Sejak kebelakangan ini keretakan rumahtangga, pergeseran antara suami isteri, pergaduhan pasangan bercinta, salah faham antara ibu bapa dan anak-anak dipamer dan dipaparkan di media sosial. Tanpa rasa bersalah segala aib ‘disingkap’ tanpa rasa malu dan bersalah.
Dalam satu perkongsian di laman Instagram penceremah bebas, Da’i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Din, dia menegaskan bahawa tidak sepatutnya masalah rumah tangga ‘diwar-warkan’ di laman sosial. Sepatutnya ia diselesaikan di belakang tabir demi melindungi hak sebagai suami isteri.
Berikut catatan Da’i Wan.
Biar ilmu mengajarkan kita untuk letakkan emosi pada tempatnya.
“Suami isteri perlu jaga aib sesama mereka, hal bilik tidur khususnya simpan sahaja untuk kebahgaiaan berdua. Hal berantakan pula, luahkan secara berdepan, selesaikan mengikut prosuder dan undang-undang yang ada.”
Ads
TEGURAN SECARA UMUM
Da’i Wan berkata, dia memuat naik status di media sosialnya sebagai teguran secara umum tanpa mengaitkan mana-mana pihak.
Ads
Katanya, pendedahan berkaitan hal rumah tangga di laman sosial semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
“Apa yang saya kongsikan itu secara umum kerana sejak kebelakangan ini banyak yang dedahkan masalah-masalah rumah tangga di media sosial mereka,” ujarnya.
Tinggal lagi sehari sahaja lagi kita sebelum melangkah ke tahun baru. Dan salah satu azam selain mahu rajin kekalkan momentom bersolat awal waktu, pastinya bab kewangan juga perlu diambil kira.
Ini boleh juga dibuat persediaan untuk sambutan Ramadan/Syawal tahun ini atau percutian hujung tahun depan.
Tidak perlu menyimpan dengan banyak setiap hari, tetapi memadai dengan hanya serendah RM1 sehari.
Seperti perkongsian pengguna laman sosial di Facebook, yang menyimpan RM1 setiap hari dan dalam masa sebulan berjaya mendapat sehingga hampir RM500 sebulan. Sangat berbaloi dengan nilai simpanan yang kecil.
Ayuh, ikuti tip yang dikongsi olehnya.
Tips simpan RM496 sebulan bermula dengan RM1.
Boleh buat dengan pasangan, adik-beradik atau member korang.
1. Amek balang kosong untuk simpan duit dan kalendar.
2. Pilih samada nak nombor genap atau ganjil. Korang boleh guna cara alternatif nak osom ker undi lambung duit kerr.
3. Okay! Katakan korang buat dengan suami. Kalau suami korang pilih nombor ganjil jadi korang dapat nombor genap lah. Masukkan duit dalam balang ikut nombor dalam kalendar.
Pada 1hb setiap bulan suami korang masukkan RM1 dalam balang lepastu tanda pada tarikh tersebut.
Untuk 2hb pulak korang kena masukkan RM2 dalam balang lepastu tanda pada tarikh 2hb.
Ini fakta zaman sekarang. Bila jadi pengantin, memang semua nak nampak cantik dan pakaian pun mengerlip. Tapi sayangnya kecantikan itu takut dicemari lalu meninggalkan solat, yang wajib buat diri.
Akibat nak bermekap, mak andam sampai ke rumah pengantin seawal jam 11 pagi. Maka si pengantin pun menadah muka selama sejam dua lamanya, akhirnya siap bermekap setelah hampir jam 1 tengah hari.
Dah tahu Zohor masuk setengah jam lagi, terus disarungkan busana perkahwinan yang ketat membaluti seluruh tubuh wanita. Tak ada seinci pun kelonggaran, malah lebih ketat lebih mengujakan.
Itu belum lagi menyentuh hal mak andam separa alam, yang tidak dapat dipastikan jantinanya lelaki mahupun wanita. Maka bersentuhan la kulit sang ajnabi bertopengkan wajah si pari-pari, untuk menatariaskan pengantin akhir zaman yang hanyut dengan kejahilan diri.
Apatah lagi jika mak andamnya lelaki, walau bersarung tangan tetap dia ajnabi dan si bakal suami pula jenis berpenyakit bisu bila isteri disentuh lelaki yang juga halal untuk dinikahi si bakal isteri.
Akhir zaman, majlis pernikahan yang sepatutnya mengundang seribu keberkatan dan malaikat rahmat turut sama mendoakan, telah dicemari dengan kemaksiatan yang tiada berkesudahan.
Busana yang anggun disarung tadi, dibawa pula ke majlis pernikahan untuk menjadi saksi penyatuan dua hati. Saat sah menjadi isteri, maka tertanggunglah segala dosa atas bahu si suami yang dayus membiarkan sang bidadari menjadi tatapan nafsu ajnabi.
Hilanglah kesucian dan jatuhlah maruah seorang isteri, sebelum malam pertamanya lagi. Manakan tidak, beratus pasang mata melirik menjamu kecantikan si pengantin rupawan yang tidak memberatkan hukum menutup aurat buat dirinya.
Belum lagi disebut tentang perihal solat yang dianggap remeh, di hari persandingan kedua mempelai. Sibuk menjamu telinga dengan bunyi karaoke, sampaikan azan pun diperlekeh dan solat juga tercicir.
Pengantin takut merosak kecantikan majlis dan wajah hanya kerana sudah lengkap berbusana, lalu solat yang fardhu ditinggalkan tanpa ada rasa malu melayan tetamu.
Maka bermulalah episod cinta yang disaksikan kemurkaan Allah SWT, buat kedua mereka. Namun masih beria-ia kata, LOVE TILL JANNAH..
Sumber: Majlis Ilmu
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
ORANG dulu-dulu selalu menyebut, ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Jodoh kita adalah urusan Allah SWT dan hanya Dia yang tahu siapakah bakal dijodohkan dengan kita. Islam menggalakkan mencari jodoh untuk menuju alam perkahwinan bagi menguatkan agama dan menghindari bisikan syaitan.
Selepas bertemu jodoh dan berkahwin, seseorang akan mendapat penawar terbaik bagi mengubati jiwa yang kesunyian. Setiap kita mempunyai harapan tersendiri terhadap pasangan yang diidam-idamkan. Namun, selepas lama mendirikan rumah tangga, pelbagai masalah serta persoalan timbul satu persatu.
Mengapa perkara sebegini berlaku? Semasa bercinta, setiap pasangan kekasih biasanya akan mempamerkan sikap dan personaliti sangat ideal. Masing-masing menyembunyikan kelemahan diri supaya dapat menambat hati pasangan.
TERUS BELAJAR KENALI PASANGAN
Apabila sudah berkahwin, barulah segala rahsia serta kelemahan diri terbongkar. Perkahwinan menuntut persefahaman dan jalinan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua pasangan. Suami perlu belajar dan berusaha mengenali isteri, begitu juga isteri berusaha mengenali suami.
Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin menghuraikan tajuk ‘Pasangan bukan tukang tilik’ dalam rancangan Pesona D’Zahra di IKIMfm, berkata suami isteri perlu berterus terang mengenai diri mereka terhadap pasangan masing-masing.
Katanya, setiap pasangan tanpa kenal erti putus asa hendaklah memahami perilaku pasangan mereka. Proses mengenali diri pasangan bukan boleh berlaku secara automatik, sebaliknya memerlukan masa kerana tidak semua kelebihan atau kekurangan dapat dilihat dalam satu hari.
Dalam hal ini, suami isteri perlu dengar apa yang diutarakan oleh pasangan dan mengambil berat setiap perkara disampaikan walaupun hal kecil atau remeh. Apabila kita bersedia mendengar pandangan, pasangan juga akan menjadi pendengar yang baik kepada kita.
Menurut Muhamad, ada kala pasangan tidak suka mendengar untuk faham. Oleh itu, pasangan perlu mengelak daripada mencari kelemahan atau membuka aib, sebaliknya perlu sabar serta cari masa terbaik untuk membuat teguran.
Contohnya, suami memiliki sifat panas baran tidak suka diri dinasihati dan menganggap nasihat sebagai mencari kesalahan dirinya. Justeru, pilihlah masa sesuai untuk berbicara dari hati ke hati dengan suami seperti selepas menikmati hidangan makanan kegemarannya atau ketika berehat berdua-duaan.
PASANGAN SEBAGAI SAHABAT
Gunakan bahasa yang lembut dan manis serta susun ayat secara ringkas. Isteri solehah seharusnya menjadi, sahabat serta teman berunding bagi suami dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri diumpamakan sebagai ‘teman hidup.’
Jika suami menghadapi masalah bagi mencapai-cita-cita dan keluarga, maka peranan isteri diperlukan untuk memberi semangat serta motivasi kepada suami di samping menghiburkan hatinya.
Prinsip seterusnya yang harus dititikberat oleh setiap pasangan adalah memberi perhatian kepada pasangan kerana ada kala mimik muka, teguran atau nasihat disampaikan secara berterusan mampu memupuk rasa saling memahami dan secara tidak langsung menyejukkan hati pasangan.
Sewaktu hayatnya, Nabi Muhammad SAW pernah mendapat tentangan ketika menjalankan urusan dakwah. Baginda bersabar walaupun sering dicaci dan dihina oleh musuhnya. Sikap inilah yang membuatkan pengikutnya setia kepada ajaran Baginda.
Dua tahun sebelum hijrah, Allah SWT menghadiahkan Nabi Muhammad SAW satu amalan yang mampu melembutkan hati iaitu solat dan doa yang sentiasa dibacakan dalam solat yang bermaksud: “Tunjuklah kami jalan yang lurus.” (Surah Al Fatihah, ayat 6)
Perjuangan menuntut pengorbanan besar daripada aspek fizikal, mental dan spiritual. Namun semua itu dapat dihadapi dan dilaksanakan oleh Baginda SAW dengan pertolongan serta pimpinan daripada Allah SWT yang akhirnya membuahkan kejayaan kepada Baginda.
Setiap pasangan suami isteri harus percaya bahawa kesefahaman terbaik yang cuba dijalinkan dalam hubungan hadir daripada pertolongan Allah SWT.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.