Duit nak kahwin sudah cukup. Tinggal nak tempah dewan, nak beli barang hantaran, nak tempah baju kahwin, tempah juru mekap. Oh, semua tu kena ada tarikh. Selagi belum ada tarikh, tak boleh nak buat tempahan.
Bab memilih tarikh pernikahan ni, selalu masalah akan timbul ialah untuk menetapkan pada tarikh itu kedua-dua belah keluarga tiada majlis besar lain yang akan dijalankan. Selain itu ada juga yang memilih tarikh atas alasan tarikh itu sesuai untuk pasangan ini dinikahkan. Boleh ke macam tu?
Ada ke tarikh yang elok dan tarikh yang tidak elok untuk diadakan majlis penikahan? Adakah benar jika ada yang bernikah pada tarikh-tarikh tertentu maka perkahwinannya bakal berdepan dengan pelbagai masalah?
Sesungguhnya janganlah anda percaya akan hal tersebut kerana mempercayai ada tarikh elok dan ada tarikh tidak elok itu boleh mendatangkan syirik. Perbuatan syirik adalah dosa yang sangat besar.
Ads
Sebaliknya untuk menentukan tarikh pernikahan, lihat sajalah faktor-faktor berikut. Faktor ini berkaitan dengan rutin harian. Bukannya tarikh elok dan tak elok. Semua tarikh elok sahaja untuk anda melangsungkan pernikahan:
1) Lokasi untuk mengadakan majlis anda itu kosong dan boleh ditempah. – Misalnya anda hendak mengadakan majlis di dewan orang ramai atau hotel. Maka pastikan tarikh mana yang dewan atau hotel itu belum ditempah.
2) Pilih tarikh yang agak-agak sesuai untuk anda mempersiapkan segala keperluan. Misalnya baju pengantin dan barangan hantaran.
Ads
3) Pilih tarikh yang sesuai dengan kelapangan kedua-dua belah pihak. Misalnya ada ibu bapa yang hendak mengerjakan umrah. Berkahwinlah selepas atau sebelum mereka berangkat.
4) Pilih tarikh mengikut kemudahan untuk anda memohon cuti.
Ads
5) Pilih tarikh kahwin selepas anda menyiapkan semua kerja di pejabat. Bolehlah sambung cuti kahwin terus dengan cuti berbulan madu.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam tradisi masyarakat Melayu sudah menjadi kelaziman adanya hantaran perkahwinan. Seakan tidak lengkap majlis perkahwinan jika tidak disertakan dengan barang-barang hantaran. Walaupun bukan suatu yang wajib namun sudah menjadi adat dalam perkahwinan masyarakat Melayu adanya pertukaran barang hantara daripada pihak pengantin lelaki dengan pengantin perempuan.
Walau bagaimanapun, mungkinkah ada fatwa tertentu berkenaan barang hantaran perkahwinan. Berikut penjelasannya.
SOALAN: Mohon penjelasan mengenai perkara iaitu “Fatwa Berkenaan Barang Hantaran Perkahwinan” daripada pihak yang berkaitan.
JAWAPAN:
1) Merujuk kepada Majlis Fatwa Selangor, tiada fatwa yang telah diwartakan berkenaan dengan hantaran perkahwinan.
2) Jika dilihat dari sudut garis panduan majlis perkahwinan, barang iringan atau hantaran adalah hadiah daripada kedua-dua belah pihak yang diharuskan oleh syarak. Ia mestilah dengan niat yang ikhlas, tidak riak, berbangga-bangga, bermegah-megah dan berlebih-lebihan.
3) Tepak sirih/sirih junjung adalah adat semata-mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak bercanggah dengan aqidah dan syariat, dan tidak ada apa-apa kepercayaan disampingnya.
4) Jumlah hantaran adalah mengikut kemampuan dan tidak terikat kepada jumlah bilangan yang ganjil. (rujukan: garis panduan majlis perkahwinan, Jabatan Mufti Selangor)
Sumber: Jabatan Mufti Selangor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jodohmu sudah diatur, dan siapa yang mengaturnya? Tentu sahaja Allah yang berkuasa ‘memasangkan’ hamba-hambaNya untuk berjodoh. Maka buat yang masih lagi sendiri, tidak usahlah terus bertanya bila si dia akan datang menemuimu.
Tidak usah terus bertanya bila dia akan menghampirimu, dan tidak usah terus bertanya bila si dia akan datang bertemu ayahmu. Sesungguhnya semua telah ada waktunya maka tunggu sahaja sampai Allah percaya bahawa kamu sudah memerlukan kehadirannya.
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH
Allah sangat sempurna melihat hatimu, keperluanmu, dan apa yang terdetik dalam benakmu, maka pastikan kamu terus berbaik sangka dulu kepadaNya. Ketika menurut Allah kamu sudah memerlukan teman hidup, maka pasti Allah akan menghantarkanmu seorang jodoh dengan jalan terbaik.
Jodoh tidak pernah salah alamat. Tidak akan pernah tersasar kepada orang lain jika memang si dia telah Allah tuliskan untuk hidup bersamamu. Oleh itu percayalah kepada Allah. Tetaplah bersabar, ikhlas, dan yakin bahwa bila memang sudah tiba waktunya pertemuan itu akan menjadi kenyataan.
Selama mana pun kamu menunggu si dia datang, semuanya memang sudah Allah atur sempurna. Maka si dia tidak akan datang terlalu cepat dan tidak akan terlambat, kerana pasti kedatangannya tepat pada waktu.
PERANCANGAN ALLAH
Untuk itu, tidak usah berasa resah, bersedih, dan putus asa bila belum juga berjumpa jodohmu. Bersabarlah! kerana pasti Allah sedang mempersiapkan sesuatu agar pertemuanmu lebih indah.
Jangan pernah bimbangkan rencana Allah, sebaik apapun rencanamu pasti akan tetap kalah dengan rencanaNya yang selalu luar biasa.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Nak kahwin tapi duit tak cukup lagi. Alahai. Susah juga ya. Tidak dapat dinafikan antara halangan utama untuk mendirikan rumah tangga ialah masalah kewangan.
Oleh itu jika merancang untuk mendirikan rumah tangga, adalah lebih baik jika tabungan dimulakan seawal mungkin.
Ia bagi memudahkan anda untuk merancang majlis perkahwinan serta menyusun kehidupan selepas berumah tangga.
Berikut perkongsian daripada Harith Faisal ini.
Assalamualaikum En. Harith Faisal. Maaf mengganggu dengan mesej saya ni. Kalau ada masa bolehlah reply. Saya sekarang tengah buntu. Sebenarnya saya dan pasangan bakal berkahwin. InshaAllah tahun depan.
Pasangan sekarang tengah kumpul duit untuk majlis dan hantaran. Masalahnya kitorang tak rasa duit simpnan boleh cukup sampai tarikh majlis nanti. So, dia ada cakap nak buat pinjaman bank untuk persediaan nanti.
Kami memang kurang ilmu nak buat pinjaman peribadi ni. Pendapat Encik HF macam mana? Maksudnya boleh ke kalau kami teruskn rancangan ni atau kami cuba alternatif lain. Sebab memang dah dekat sangat ni dengan majlisnya iaitu bulan Februari tahun depan.
Kami perlukan RM20,000 untuk majlis nanti. Sekarang kami hanya ada RM5,000. Saya boleh saving RM500 sebulan. Bakal suami saya ada juga saving setiap bulan. Tapi sikitlah. Sebab komitmen dia tinggi.
Kami pun silap juga sebab tak rancang kewangan awal-awal lagi. Itu sahaja soalan saya. Just minta pendapat En HF. Terima kasih banyak. Semoga Allah merahmati En HF sekeluarga. – Cik NH
NAK KAHWIN TAHUN DEPAN. TAPI TAK CUKUP DUIT LAGI? JOM BACA NI. LELAKI PALING SUKA POIN NOMBOR 3.
1. Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan.
2. Terlalu ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh kalau couple sampai 10 tahun, tapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud. Contoh.
3. Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakannya sekarang. Kalau majlis yang anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ni sama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali.
4. Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kewangan. Yang lelaki kumpul duit kahwin untuk membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Lepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan.
5. Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki tu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas kahwin nanti.
6. Kalau kita terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada saja.
7. Sebelum kahwin kita dah kata yang komitmen kita tinggi, dan tak mampu buat simpanan. Jangan ingat lepas kahwin hidup akan jadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah start morning sickness. Faham-fahamlah.
8. Jika sebelum kahwin tak mampu menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi tu.
9. Jenis yang lepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis-habis, bayangan rumah sendiri langsung tak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.
10. Orang kahwin, murah rezekinya insyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.
11. Jom bantu Cik NH. Lagi 7 bulan nak kahwin, tapi belum cukup duit. Cadangan saya, nak tak nak, buatlah simpanan RM1,000 setiap bulan bersama pasangan. Atau kurangkan kos lain yang tak wajib dan tak perlu.
12. Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau yang tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain lain.
13. Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer tak perlu sampai 3 orang, kalau tak mampu buat 2 majlis asing, buat 1 majlis sekali pun boleh, jimat 50% belanja. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung.
14. Ada cadangan lain? Saya juga sudah buntu. Saya bukanlah pakar sangat bab kahwin ni. Kalau ikut pengalaman sendiri, baru sekali saja pernah kahwin. Haha. – HF
Sumber Kredit: Harith Faisal
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?