Tular di media sosial keberkatan sedekah yang dilakukan oleh seorang Ustaz yang juga guru mengaji, Mohd Sofee Mustafa, 39 membelanja sekumpulan empat individu minum pagi.
Nilai sedekahnya hanyalah RM15 sahaja tetapi dia kemudiannya menerima RM500 dalam satu sampul disedekahkan oleh individu dibelanjanya.
Dalam satu perkongsian yang tular di twitter semalam, Ustaz Sofee yang juga pengasas Pertubuhan Geng Ngaji Negeri Sembilan berkongsi kisah dia belanja dua meja senyap-senyap di kedai sarapan kampungnya ketika membeli sarapan buat ibunya.
Rupanya salah seorang perasan.Time nak gerak balik, dia hulur kat aku duit dalam sampul RM500. Aku belanja tadi dalam RM15 lebih je lebih kurang. Tak sampai 15 minit, Allah balas 30 kali ganda, fuhh. Tulisnya di ciapan twitternya.
Ads
Ternyata selepas berkongsi ceritanya itu dengan niat untuk berkongsi keberkatan sedekah, ramai mempunyai pandangan berbeza. Ini termasuklah yang mengatakan ia satu strateginya berniaga dan ada yang mengeluarkan pendapat yang bunyinya agak sarkastik. Komen-komen nie datangnya dari kebanyakan mereka yang beragama Islam.
Dalam pada hal ini sudah tular di media dengan masing-masing ada pendapat dan pandangan mengenainya, Ustaz Sofee yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar, Mesir memaklumkan, ada banyak kecaman dan hinaan kepada dirinya kerana mereka menuduhnya mereka-reka cerita sebagai strategi perniagaaan.
Katanya lagi, ini baru RM500 orang infa. Belum lagi saya kongsi yang bagi RM5000. Selamba je.
Ads
“Apa pun saya dah maafkan mereka kerana inilah tugas seorang Ustaz. Mendidik masyarakat, bukan menghukum atau menghina.
“Kalau orang kenal aktiviti kami di Geng Ngaji mungkin tak pelik baca kisah orang bg selamba aje kat saya RM500 sebagai infaq. Sebab bukan untuk saya. Semua saya serahkan untuk urusan Allah.
Ads
Dalam pada itu seorang dari kenalan Ustaz Sofee atas nama Hamizan Hakim menulis ini di fb Ustaz Sofee.
“Banyak betul pahala yang apak Mohd Sofee Mustafa dapat. Dalam banyak-banyak komen yang den tengok, yang ni memang terasa la dengan den sekali kat sini. “Tanpa usul periksa. Betapa tenatnye pemikiran umat sekarang. Bukan nilai duit yang disampaikan. Tetapi amalan bersedekah. Bertahun apak mengajar mengaji pada penduduk kampung tanpa meminta satu sen pun bayaran. Kepada mereka yang tak tahu tu meh la datang dan tengok sendiri suasana Geng Ngaji di sini. Tenang setenangnya. Confirm tak nak balik.
Sumber : FB Ustaz Sofee
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Jangan pernah berasa jemu berdoa kepada Allah walau ia belum diperkenankan kerana Allah sahaja yang tahu bila masa sesuai mengabulkan permintaan kita. Namun kuasa doa dengan izin perkenan Allah SWT juga mampu menolak “mulut-mulut” yang tidak mempercayainya kecuali orang beriman.
Buktinya penghujung tahun lalu, Turki diuji dengan kemarau panjang hingga menjelaskan keadaan negara tersebut.
Perubahan kemarau berpanjangan ini berlaku disebabkan perubahan iklim dan kebakaran hutan di negara tersebut. Hal ini menjejaskan keperluan rakyat Turki untuk mendapatkan keperluan air bersih untuk kegunaan harian.
Seorang ilmuan Turki, Dr Akgun Ilhan menjelaskan masalah cuaca kering yang melanda Turki sudah biasa terjadi tapi hujung tahun lalu adalah paling teruk.
Ini adalah tahun kedua Turki menghadapi masalah kemarau,’ kata Dr Ilhan.
Presiden Turki arahkan buat solat istisqa’ atau solat minta turun hujan
Dalam negaranya menghadapi ujian ini, Presiden Turki, Recep Erdogan meminta imam masjid serta rakyat jelata teruskan membuat solat istisqa’ atau solat minta hujan dan ia biasa dilakukan di tanah terbuka yang menghadapi kemarau.
Namun, Dr. Ilhan agak skeptikal malah mentertawakan idea pemerintah dan rakyat dalam melaksanakan solat meminta hujan ini.
Menurut Dr. Ilhan, melaksanakan solat istisqa’ adalah hal yang sia-sia dan tidak berguna.
“Tapi itu (solat istisqa’) adalah percuma. Tuhan tidak bertanggungjawab atas perubahan iklim, tapi manusialah yang bertanggung jawab,” ujar Dr Ilhan seperti yang diberitakan Euronews.
Walaupun banyak ditentang dan diragukan berbagai kalangan mereka yang tidak percaya, rakyat Turki tetap melaksanakan solat Istisqa’ secara berjemaah.
Solat istisqa’ itu dilakukan besar-besaran di berbagai wilayah di Turki selama beberapa hari berturut-turut.
Orang Turki yang Atheist dan tidak mempercayai keajaiban solat Istisqa’ mengejek mereka yang melaksanakan solat ini.
Tetapi pada 8 Ogos 2021, keajaiban terjadi di mana tidak sampai seminggu solat hajat ini dilakukan, turun lebat turun di pelbagai wilayah di Turki.
Rakyat Turki yang gembira dengan hal ini keluar dari rumah masing-masing dan mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada Allah atas rahmat diberinya.
Bukti kekuasaan Allah ini, para ilmuan yang mengkritik dan mereka yang skeptikal tidak lagi memprotes solat istisqa’ kerana ia terbukti menurunkan hujan.
Nabi SAW pernah memohon hujan seperti ditulis dalam kitab Hisn al-Muslim dan doa ini dibaca oleh Rasulullah SAW di dalam doa Istisqa’ (iaitu solat memohon hujan).
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
اللهُمَّ أَغِثْنَا، اللهُمَّ أَغِثْنَا، اللهُمَّ أَغِثْنَا Maksudnya: “Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami, Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami,Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami.” [Riwayat al-Bukhari (1014)]
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Salah satu pemandangan biasa di kawasan perumahan adalah kehadiran kucing-kucing jalanan berlegaran mencari makanan. Tidak dinafikan, rezeki mereka ini pasti ada kerana ramai juga yang suka memberinya makan.
Namun dalam kemurahan hati memberi makan, ada juga kalangan jiran yang tidak sukakannya. Bukan membencinya tetapi mungkin alergik dan ingin memelihara kebersihan persekitaran kerana terganggu dengan bau busuk tinja kucing yang menyengat.
Kucing jalanan ini biasanya akan membuang hajat di halaman kediaman kejiranan tanpa mengira rumah siapa pun. Najis kelihatan di merata tempat; dalam pasu tanaman, depan pagar utama, anjung meletak kereta dan banyak lagi tempat yang mengundang rasa marah dan geram ‘mangsa’.
Isu ini sering menjadi perbincangan hangat dalam grup whatsapp kawasan perumahan. Kita ikuti apa hukumnya memberi makan kucing jalanan sehingga jiran-jiran terganggu disebabkan najis-najisnya berselerakan oleh SS Mufti Wilayah Persekutuan.
Pada asalnya sunat untuk memberi makanan kepada kucing jalanan selagi mana tidak mengganggu ketenteraman awam.
Justeru, keutamaan wajib diberi berdasarkan keadaan di tempatnya, sekiranya memberi makanan tersebut akan mengganggu dan menyusahkan jiran tetangga disebabkan najis atau bau yang tidak menyenangkan, maka perbuatan memberi makan itu adalah tidak digalakkan bagi menjamin keharmonian hubungan antara jiran.
Sebaiknya gunakan kebijaksanaan dalam mempertimbangkan kaedah yang terbaik bagi mendapat dua kebaikan, iaitu kebaikan dalam menjaga hubungan di antara jiran dan juga kebaikan dengan memberi makan kepada kucing jalanan.
Memberi makan kepada kucing jalanan merupakan salah satu sikap yang terpuji dan Islam mengajar umatnya supaya berbuat baik sesama makhluk sekalipun terhadap haiwan.
Ini adalah sifat ihsan yang diterapkan di dalam agama Islam. Nabi SAW menceritakan berkenaan dengan kebaikan yang dilakukan oleh seorang pelacur sehingga diampunkan dosanya hanya dengan memberi minum seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya.
Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda:
أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنَ الْعَطَشِ فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا Maksudnya: Sesungguhnya seorang pelacur wanita melihat seekor anjing mundar-mandir mengelilingi telaga pada hari yang sangat panas dengan lidahnya yang terkeluar kerana kehausan, lalu perempuan itu memberi minum menggunakan kasutnya, maka dia diberi pengampunan segala dosanya. (Riwayat Muslim: 2245)
Selain itu, tanggungjawab untuk menjaga nafkah dan keperluan haiwan yang dipelihara adalah wajib di atas tuannya.
Sekiranya seseorang itu gagal memenuhi keperluan haiwan peliharaannya itu maka ia akan menanggung dosa di atas perbuatannya, seperti tidak menyediakan makanan, tempat tinggal dan kebersihannya.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a, sabda Nabi SAW:
دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا، فَلَمْ تُطْعِمْهَا، وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ Maksudnya: Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka disebabkan seekor kucing yang ditambatnya, tidak diberi makanannya, dan tidak melepaskannya untuk mencari makanan di atas muka bumi (Riwayat Muslim: 2619)
Berbalik kepada persoalan, tanggungjawab dalam menjaga kebajikan haiwan adalah salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh penjaganya, terutamanya dalam menjaga kebersihan sehingga tidak mengganggu jiran tetangga yang lain.
Dalam hal ini, keharmonian jiran tetangga merupakan perkara yang sangat penting dan perlu diberi perhatian oleh setiap umat Islam. Baginda Nabi SAW memberi amaran kepada umatnya bahawa tidak akan dimasukkan ke dalam syurga kepada sesiapa yang melakukan sesuatu perkara sehingga mengganggu jiran tetangganya.
Ini jelas seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لاَ يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ Maksudnya: Tidak akan masuk syurga bagi seseorang itu apabila jirannya tidak merasa aman dengan gangguannya (Riwayat Muslim: 46)
Nabi SAW menasihatkan para sahabatnya supaya berbuat baik kepada jirannya kerana sikap dan keperibadian seorang muslim yang sejati itu adalah mereka yang sentiasa berbuat baik kepada jiran tetangganya.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, berdasarkan kepada persoalan yang diajukan di atas serta nas yang diberikan, pada asalnya sunat untuk memberi makanan kepada kucing jalanan selagi mana tidak mengganggu ketenteraman awam.
Justeru, keutamaan wajib diberi dengan berpandukan keadaan ditempatnya, sekiranya dengan memberi makanan tersebut akan mengganggu dan menyusahkan jiran tetangga disebabkan najis atau bau yang tidak menyenangkan, maka perbuatan memberi makan itu adalah tidak digalakkan bagi menjamin keharmonian hubungan antara jiran.
Sebaiknya kebijaksanaan dalam mempertimbangkan kaedah yang terbaik bagi mendapat dua kebaikan, iaitu kebaikan dalam menjaga hubungan di antara jiran dan juga kebaikan dengan memberi makan kepada kucing jalanan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sempena bulan Ramadan sekali lagi saluran Astro Oasis membawakan program game show menarik Tahu Ke Tidok: Celik Agama yang berkonsepkan perkongsian ilmu asas fardu ain.
Akan bersiaran Isnin 11 Mac 2024 jam 7.30 malam, program ini menampilkan ramai selebriti yang akan diuji dengan soalan-soalan ilmu agama asas.
Ia sekali gus diharap dapat mengukuhkan semula atau memberi ilmu agama baru buat penonton.
Musim ketiga program Tahu Ke Tidok: Celik Agama sebanyak 10 episod yang disiarkan setiap minggu ini menampil PU Amin sebagai pengacara.
Menurut beliau rancangan ini sesuai untuk tontonan seisi keluarga kerana ia mengetengah ilmu asas fardu ain dalam dengan konsep yang santai dan ceria.
“Soalan-soalan yang diutarakan dan dijawab oleh selebriti ini adalah perkara asas dan mungkin ramai sudah terlupa. Jadi program ini ‘recap’ semula ilmu fardu ain yang sememangnya wajib dipelajari umat Islam,”katanya.
Program Tahu Ke Tidok ini akan menampilkan selebriti yang akan diuji pengetahuan mereka antaranya Izzue Islam, Ropie, Adam Shaz untuk episod pertama selain Sarah Suhairi, Aiman Tino, Catriona Ross, Roy Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi bagi episod seterusnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.