Masih tercari-cari menu petang ini untuk disajikan buat seisi keluarga, apa kata kita hidangkan kek majerin yang bukan saja bahannya mudah didapati tetapi juga senang untuk dibuat.
Hanya menggunakan bahan dapur sedia ada dan paling penting kena ikut cara membuat dengan betul.
Resipi yang diajar ini juga tidak perlu pakai penimbang, hanya guna sukatan cawan dan hasilnya memang menjadi.
Elok disajikan dengan secawan kopi panas dan boleh dimakan usai solat Asar berjemaah bersama keluarga.
Ads
Mudah jek wat kek majerin nie. Kite blander jek n bako.. jom wat sendiri hehehe
Ads
Resepi Kek marjerin
1cwn gula halus 1cwn marjerin pelangi 1cwn tpng gndum 1sudu kecil baking powder 3biji telur 1sudu kecil esen vanilla
1. Pukul gula dgn marjerin jd putih Dan sebati 2. Msukkn telur sebiji Demi sebiji..pkul bg rata kemudian Msukkn tepung,esen vanilla Dan baking powder 3. Pukul smpi sebati kemudian Msukkn dlm loyang 4. Bakar suhu 160°slma 35 minit(ikut oven masing2)
Kredit: Juraida Shukor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ajal maut sudah tertulis di luh mahfuz lagi. Tiada yang mampu menolak takdir satu ini. Namun sebagai hambaNya, sudah pasti soal kematian itu ada dalam kamus fikiran kita.
Bila, bagaimana saatnya dan lain-lain pertanyaan lagi. Hal sama pastinya menjadi pertanyaan bila orang terdekat dengan kita diuji sakit kronik dan tiada lagi harapan diberikan doktor.
Satu perkongsian dari skuad unit van jenazah percuma, Mr Wan Cai dari UKVJ cukup meruntun hati. Pasti di saat pasangan diuji dengan sakit yang tiada kesembuhan, pasti kita tertanya-tanya bagaimana mahu menguruskan jenazah pasangan? Setidaknya membuat persiapan kalau masanya sudah tiba, sebagaimana janji Allah di luh mahfuz.
Kalau isteri saya meninggal dunia dengan siapa saya nak minta urus?
Isteri saya ada di Hospital Sultanah Bahiyah. La ni dah tiada harapan. Ini kata-kata dari seorang suami kepada saya petang semalam. Doktor memberitahu isterinya tiada harapan untuk hidup lagi. Saluran darah dikepala sudah tersumbat. Si isteri juga bergantung pada alat bantuan pernafasan.
Peluang untuk hidup sangat tipis. Tujuan si suami menghubungi saya dengan niat untuk membuat persediaan awal. Bagi saya apa yang dilakukan oleh si suami tidak salah. Beliau tak nak kalut bila isterinya tiba-tiba meninggal dunia. Doktor dah bagi kata dua dan minta beliau bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan.
Ajal maut Allah yang tentukan. Pukul 05.14 petang si isteri menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah puas bertarung nyawa. Si suami menghubungi untuk maklumkan mengenai berita kematian isterinya. Beliau mahu menggunakan khidmat UKVJ tetapi katanya ada sedikit masalah.
Kata suami arwah :-
Saya ni dah lama follow tuan. Tapi adik beradik saya tak percaya pada unit tuan. Saya sebagai suami nak tuan yang uruskan. Ini kata-kata si suami kepada saya. Owh baru saya faham. Rupa-rupanya ada ahli keluarga lain yang tidak percaya pada team kami.
Tetapi saya tidak boleh salah mereka. Mungkin mereka tidak pernah tahu tentang kewujudan Unit Khas Van Jenazah. Saya berfikiran baik. Tak semua orang main media sosial ni kan. Lagi pun kami bukan lah siapa-siapa.
Saya minta si suami yakinkan ahli keluarganya yang lain. Si suami kena berkeras kalau nak kami bantu. Akhirnya Allah mudahkan urusan kami dan arwah. Ahli keluarga yang lain akur juga. Mereka bersetuju untuk kami bantu.
Susah juga nak buat perkara baik ni. Ada sahaja cabarannya. Mujur Allah sentiasa bantu saya dan rakan-rakan. Rakan-rakan UKVJ Kedah terus bergegas ke Hospital Sultanah setelah gambar permit kematian diterima. Pengurusan buat Allahyarhamah Shafidamasni Binti Shafee telah dilakukan dibilik forensik hospital.
Suami arwah meminta izin jenazah isterinya dibawa pulang sebentar kerumahnya di Jalan Datuk Kumbar. Katanya anak-anak nak lihat wajah ibu mereka buat pelepas rindu untuk kali terakhir. 3 rakan yang bertugas menuruti permintaan si suami tanda memahami.
Setiap jenazah mempunyai hak untuk diberi penghormatan terakhir. Sebagai pengurusan jenazah jangan kita nafikan. Beri peluang kepada ahli keluarga cium dan peluk puas-puas jasad insan yang mereka sayangi.
Kalau ada yang cium sampai airmata kesedihan terkena pada wajah jenazah biarkan sahaja. Jangan dimarah atau dilarang. Tak salah pun kalau airmata mereka terkena jenazah atau pada kain kafan. Asalkan bukan meraung atau meratap didepan jenazah.
Kalau ada yang tegur airmata jangan sampai jatuh pada jenazah pedulikan. Itu khilaf yang sering berlaku dalam masyarakat melayu islam kita.
Sebagai contoh, jika seorang suami mahu mencium dan memeluk jasad isteri lama-lama buat kali terakhir.. Kalau pun suami itu menangis dan airmatanya terkena pada kain kafan tidak mengapa. Kerana tiada hadis atau nas yang mengatakan tidak boleh.
Di saat itulah si suami mungkin sedang berbisik kepada isterinya. Si suami mahu memaafkan dan menghalalkan segala makan minum buat isteri tercinta. Jadi jangan dilarang perbuatan yang dilakukan oleh si suami. Yang tak boleh itu bila kita meraung atau meratap dihadapan jenazah atau sewaktu kematiannya. Ianya dilarang keras oleh Rasulullah SAW.
Ok kita sambung semula kisah pengurusan jenazah ibu berusia 39 tadi. Selesai diberi penghormatan oleh anak-anak dan ahli keluarga yang lain. 3 rakan yang bertugas terus membawa jenazah menuju ke lokasi tanah perkuburan seperti yang dipinta.
Permintaan dari ahli keluarga arwah mahu jenazah dikebumikan di Arau Perlis. Rakan² UKVJ Kedah hanya menuruti permintaan tersebut. Alhamdulillah jenazah akhirnya selamat disemadikan sekitar pukul 10.45 malam tadi ditanah perkuburan Islam Masjid Arau Perlis. Turut membantu ditanah perkuburan tadi ialah abang zan dari team VJWP..
Alhamdulillah, Hasrat suami arwah nak guna khidmat UKVJ tercapai jua. Semuanya dipermudahkan dengan izin Allah SWT. Tahniah UKVJ Kedah. Kalian wira kepada suami arwah.
Berminat untuk sama² membantu ummah? Salurkan sumbangan anda ke nombor akaun rasmi kami :- 8603746447 CIMB BANK PERTUBUHAN UKHUWAH KEBAJIKAN VAN JELATA SELANGOR
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tunai ibadat haji tanpa suami, Lisdawati sempat titip pesanan buat Fauzi Nawawi. Pelakon cantik dan manis, Lisdawati, 45, selamat berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji kelmarin.
Alangkah bertuahnya tuan badan menjadi salah seorang duyufurrahman bagi musim haji kali ini. Selain Lisdawati, selebriti yang turut mendapat panggilan ialah aktor, Zul Ariffin. Tahniah buat semua.
Menerusi perkongsian suaminya, Fauzi Nawawi, 51, di akaun Instagram, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazruddin dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan ibadah suci.
Dalam video yang dimuatnaik itu juga, kelihatan Lisdawati sempat menitipkan beberapa pesanan buat suami tercinta.
Fauzi yang mendengar pesanan itu terdiam seketika dan kelihatan sebak serta hanya mampu menjawab, baik sambil anggukkan kepala.
Menerusi posting yang sama, Fauzi Nawawi turut mendoakan Lisdawati sepanjang menunaikan haji di Tanah Suci nanti.
Ya Allah peliharalah Dia untuk ku… Berkatilah perjalanannya rahmatilah ibadahnya, lancarkanlah fardu haji untuknya…
Aku serah segalanya pada Mu Ya Allah @lisdawati15
Selamat jalan sayangku
Manakala melihat perkongsian Lisdawati di Instagramnya, dia menyifatkan perjalanannya masih jauh dan perjuangan belum selesai. Katanya, doakan terbaik sesama kita.
“Perjalanan yang jauh.. perjuangan masih belum selesai. Sentiasa doakan yang terbaik sesama kita.
‘Mati itu pasti.. kita je yang tak tahu lagi..selagi nafas belum terhenti.. tetapkan hati..Cari iman sebelum mati.
“Semoga semua yang membaca ruang ini akan dijemput menjadi tetamu-Nya nanti. Assalammualaikum semua,’ tulisnya.
Pasangan Fauzi dan Lisdawati mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 15, Nur Aina Fazneesya,14, Ahmad Nur Fyrdaus, 9, dan Ahmad Nur Fayyadh, 4.
Lisdawati juga mempunyai empat anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Fauzi iaitu Nurul Hainil Fatihah, 28, Fareez Hazwan, 26, Nurul Hana Farisya, 24, dan Mohd Fikri Hakimi, 21.
Nampaknya setiap hari ada saja mangsa yang disahkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak koronavirus, COVID-19 ini.
Dan terbaru seorang petugas kesihatan iaitu Doktor menjadi mangsa kesembilan hari ini.
Dalam kenyataan di laman sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa adalah warganegara Malaysia berusia 48 tahun yang merupakan kes ke 890 dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki.