‘Rezeki Esha dapat dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’, Madinah.’ ‘Memang rindu, kalau dekat setiap hari ziarah.’ Begitulah luahan bapa kepada Nur Alesha yang arwah anaknya disemadikan di Tanah Suci.

Biarpun pedih menahan rindu, namun bapa ini reda dengan Ketentuan Allah SWT. Tidak semua berpeluang dikebumikan di sana, Alhamdulillah sudah tertulis rezeki Nur Alesha.

Artikel Berkaitan:

‘Meninggal Dunia Selepas Selesai Haji dan Niat Keluar Berdakwah.’ Datuk Pahamin Rajab Sempat Capai Hasrat Tunai Haji 7 Kali

Rezeki Esha Dapat Dikebumikan

“Tipu kalau saya katakan tak rindu kerana jika dekat atau boleh naik bas ke sana (Madinah), setiap hari saya nak pergi ziarah pusaranya,” luah Mohamad Amirul Zolkafly.

Mohamad Amirul, 36, adalah guru Sains di Sekolah Kebangsaan (SK) Lohan, Ranau, Sabah yang pernah diuji dengan kehilangan anak bongsunya, Nur Alesha Ammara, 4.

Memetik laporan Harian Metro, Nur Alesha meninggal dunia akibat demam pada 14 Februari lalu iaitu ketika mereka mengerjakan umrah bersama.

Meskipun sudah hampir enam bulan berlalu, Mohamad Amirul mengakui masih teringat kenangan bersama Nur Alesha Ammara dan sangat merindui keletah anaknya itu yang mesra disapa Esha.

Di Tanah Perkuburan Baqi’, Madinah

Bagaimanapun, takdir menentukan Nur Alesha Ammara pergi dahulu menemui yang Esa dan menjadi insan terpilih kerana disemadikan di bumi Madinah.

Ia membuatkan Mohamad Amirul dan isterinya, Nur Ashwa Johalim, 33, hanya dapat menanggung rindu daripada kejauhan.

“Esha anak yang paling ceria, petah bercakap, suka menconteng dinding dan pastinya meninggalkan kenangan di setiap sudut rumah.

“Saya sekeluarga memang terasa sangat perubahan suasana di rumah sejak ketiadaannya dan pada awalnya isteri sangat rindukan Esha dan sukar move on tetapi beransur reda serta menganggap pemergian anak sebagai anugerah dari Allah sebagai tabungan di akhirat kelak.

“Kini, isteri rajin muat naik video Esha di TikTok dan niatnya bukan untuk raih simpati jauh sekali mahukan publisiti atau cari populariti tetapi lepaskan rindu terhadap anak kami yang sudah tiada.

“Cuma tak sangka ramai pula menonton video dimuat dan tersentuh malah ramai juga yang mendoakan,” katanya lagi.

@aleshaammara Replying to @nor_farhana93 🥹 Sejak dia meninggal xda hari akak yg berlalu tanpa air mata.. Selalu menitis air mata klu edit video Alesha..tp tersenyum tgk gelagat dia🥹🥰❤️ #bukitmarwah #bukitsafamarwah #umrah2023 #datang_berempat_pulang_bertiga #AleshaAmmara #Esha #bintangsyurga #anaksyurgaabahdanmommy #AllahsayangEsha #nuraleshaammara #madinah #makkah #rinduygtiadapenghujung #sabarituindah #redha #allahuakbar #rayatanpaEsha #ramadhantanpaEsha #raya2023 #ramadhan2023 #mysecondborn #myprincess #mommyrinduesha ♬ Takdir Cinta Kita – Verse – Asfan Shah & Erin CTJ

Memang Rindu

Menurut Mohamad Amirul, selain dia dan isteri, anak sulungnya, Mohamad Arysh Ayden, 6, turut terkesan dengan pemergian Nur Alesha Ammara sehingga ke hari ini.

“Jarak usia Arysh (nama panggilan) dan Esha hanya dua tahun jadi mereka memang sangat rapat.

“Saya tahu Arysh rindukan Esha malah selalu tahan air mata dan sesekali curi-curi tengok gambar adiknya itu.

“Pernah juga dia tanya bila nak dapat adik lagi dan mahu saya juga isteri letak nama sama dengan Esha jika dapat anak perempuan nanti,” katanya.

Di sebalik ujian itu, Mohamad Amirul bersyukur kerana urusan jenazah dan pengebumian anaknya dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.

Kalau Dekat

Lebih manis lagi buat Mohamad Amirul dan isteri apabila jenazah Nur Alesha Ammara dapat disemadikan di Tanah Perkuburan Baqi’, Madinah.

“Asbab pemergian Esha adalah demam dan sebelum itu dia koma selama diintubasi oleh doktor serta bergantung kepada bantuan pernafasan.

“Ketika koma, isteri ada bercakap dengan Esha yang dia reda seandainya Esha pergi dan tak lama selepas itu Esha pergi dengan lembut dan tenang.

“Walaupun tiada pengalaman berdepan situasi itu (kematian anak), Allah sudah susun dengan cantik semuanya kerana bil hospital Esha dibiayai individu tak dikenali,” katanya.

Setiap Hari Ziarah

Tambah Mohamad Amirul, ramai juga kakitangan hospital yang sudi membantu urusan jenazah Nur Ammara Alesha.

“Rezeki Esha juga apabila dapat dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’, dengan bantuan pengarah hospital walaupun lazimnya warga asing akan disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Uhud.

“Urusan dokumentasi juga selesai dalam tempoh tidak sampai sehari dengan bantuan penuntut Malaysia di sana dan kami sekeluarga juga dapat pulang ke tanah air mengikut tarikh tiket dijadualkan selepas pengebumian Alesha pada 15 Februari lalu,” katanya yang turut berpeluang bertemu dengan pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar selepas pulang dari Tanah Suci.

Terima Kasih Atas Doa

Mohamad Amirul berterima kasih kepada yang mendoakan dan berharap orang ramai terus menitipkan doa supaya impiannya menjejakkan lagi ke Tanah Suci termakbul.

“Memang ada perancangan nak ke sana (Tanah Suci) malah setiap kali solat, saya sentiasa doa diizinkan Allah untuk ke sana lagi.

“Ada juga cuba kumpul wang namun belum cukup kerana ada ketika, simpanan perlu digunakan untuk keperluan lain.

“Doakan saya sekeluarga dan seandainya ada yang sudi bawa kami ke sana, saya terima dengan tangan terbuka.

“Selain beribadat dan jadi tetamu Allah, tentunya saya nak ke sana untuk lepaskan rindu terhadap Esha dengan menziarahi pusaranya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Jemaah Umrah Terjatuh Dalam Bilik Air Di Mekah Selamat Dibawa Pulang. ‘Diramal Terlantar Seumur Hidup.’

Kashoorga: Diuji dengan kehilangan anak bukan sesuatu yang mudah untuk ditelan. Semoga ibu dan bapa arwah Nur Alesha terus kuat menghadapi hidup mendatang.

Sumber: myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI