Rezeki terpijak, anak petani bakal bergelar doktor dilamar dengan mas kahwin RM311,145. Tentu cinta lelaki ini begitu kuat kepada bakal isteri hingga sanggup berhabis duit demi menyuntingnya sebagai suri hati.
Lagi pula anak petani bukanlah orang sembarangan, graduan kedoktoran yang bakal bergelar doktor tidak lama lagi. Dikira jumlah yang diberi sesuailah dengan taraf pendidikan wanita ini.
Seorang anak petani di Kolaka Utara, wilayah Sulawesi Tenggara mendapat perhatian orang ramai kerana menerima lamaran seorang lelaki yang menetapkan mas kahwin berjumlah 1 bilion rupiah (RM311,145), lapor laman berita Merdeka semalam.
Wanita dikenali sebagai Nurmainna itu dilamar oleh lelaki bernama Fitra Yudi. Dia menetapkan jumlah mas kahwin tersebut di samping sebuah rumah dua tingkat berharga 4.5 bilion rupiah (RM1.4 juta), 40 gram emas serta telefon bimbit jenama iPhone.
Ads
Majlis pertunangan graduan sarjana kedoktoran daripada Universiti Halu Oleo di Kendari itu berlangsung pada 18 Jun lalu.
Anak Petani Bakal Bergelar Doktor
Pengacara majlis pertunangan, Athy Lowa mengesahkan nilai mas kahwin tersebut selepas ia tular dan menjadi buah mulut orang ramai sambil menambah, dia merupakan anak saudara Nurmainna.
“Benar maklumat itu. Kebetulan, saya adalah pengacara majlis tersebut yang juga mempunyai talian persaudaraan dengan Nurmainna,” katanya.
Ads
Dilamar Dengan Mas Kahwin RM311,145
Nurmainna merupakan anak kepada seorang petani, Abidin, manakala ibunya, Rapida, menjalankan perniagaan sendiri.
Bakal suaminya pula merupakan pemilik sebuah syarikat serta calon anggota badan perundangan Kolaka Utara. – AGENSI
Kashoorga: Sedikit atau banyak mas kahwin yang diberikan bukanlah penentu kebahagiaan mana-mana pasangan, bahagialah mengikut cara dan kemampuan sendiri.
Tidak dinafikan dalam badan kita juga mempunyai toksik yang jika tidak diatasi boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Pelbagai cara untuk menghilangkan toksik ini dan salah satunya menggunakan cara rawatan tradisional.
Dalam satu perkongsian oleh Personaliti TV Ahmad Fedtri Yahya memberitahu cara terbaik untuk membuang toksik dalam badan. Menurutunya kaedah rawatan tradisional ini boleh dilakukan waktu malam sebelum tidur.
Tambahnya cara ini sesuai dilakukan oleh mereka yang mengalami strok dan sebagainya. Hanya menggunakan bahan dapur iaitu garam kasar yang dicampur dengan lada hitam dan tidak perlu diletakkan air atau bahan lain.
Kemudian masukkan dalam bekas yang sesuai dan kemudian pijak selama 5 hingga 15 minit.
Diingatkan juga untuk mencuci kaki terlebih dahulu sebelum masuk tidur. Dan garam berkenaan juga jangan dibuang sebaliknya boleh digunakan untuk beberapa kali rawatan.
Jadi sesiapa yang ingin membuang toksik dalam bada ndengan cara mudah, cepat dan selamat ini boleh gunakan kaedah rawatan yang sangat tradisional. Insya-Allah dengan izin Allah masalah ini akan dapat diatasi segera.
Malam ini sebelum tidur anda boleh mencuba ‘rawatan ini’. Katanya baik untuk membuang toksik dalam badan dan bagus untuk yang alami strok dan sebagainya. 2kg garam kasar dicampur dengan 100g lada hitam. Tak perlu letak air atau apa-apa yang lain. Masuk dalam bekas yang sesuai dan pijak-pijak selama kira-kira 5-15 minit. Cuci kaki dan tidur… Garam tu jangan buang lagi. Boleh guna beberapa kali. . Terima kasih @abbyfana berkongsi tip ini
Rupanya ada juga dalam kalangan warganet yang sudah mencuba cara ini dan ternyata berkesan dan memberi sedikit kelegaan.
noorazlinawati.abdullah mak ngan ayah sya pn bt jgk sekarang,dan sy prnh cuba sekali bgun pg rasa lega ckit lenguh2 badan..
honey_abang2 kg Garam Kasar. 100gm lada hitam. Campurkan dlm besin Rendamkan kaki Tanpa setitik air pun. Sambil Tu, Berzikir atau berselawat. Insyaallah.. khasiat Garam Dan lada hitam Mampu tarik toksik keluar Dari tapak Kaki. Badan Rasa Ringan. Baik utk Persakit strok juga. Boleh guna Tanpa had masa, ikut suka nak buat berapa Kali. @fedtriyahya sy dpt ni dr perkongsian Ilmu Dari Ustaz Hanafi..
zailyma Saya dah cuba. Alhamdulillah. Ada kurang sakit pada tapak kaki walaupun tak sembuh sepenuhnya lagi.
Isu tak letak ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama anak. ‘Boleh ke kita gugurkan pada sijil kelahiran?’. Selama ini, boleh dikatakan setiap daripada kita yang beragama Islam meletakkan nama berserta ‘bin’ bagi lelaki, manakala ‘binti’ bagi perempuan.
Namun baru-baru ini tular tentang isu ini dan golongan ini dikatakan lebih selesa untuk tidak meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ bagi memudahkan urusan keti travel di luar negara.
Ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini:
Maksudnya:
“Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.”
Riwayat Abu Daud
Tular di media sosial trend ibu bapa muda pada hari ini yang tidak meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ pada nama anak ketika mendaftarkan kelahiran.
Jika dilihat kepada syarat permohonan kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara pun maka tidak akan ditemui syarat yang mewajibkan untuk meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ dalam nama anak.
Meskipun begitu jika penjaga mahu menggugurkan perkataan ‘bin’ atau ‘binti’ pada nama anak mereka maka mereka perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara.
Dari aspek ‘uruf (adat setempat) pula memang semenjak dahulu di Malaysia setiap nama bagi individu muslim akan diletakkan ‘bin’ atau ‘binti’.
Perkara ini berpandukan kepada tradisi perletakan nama dan nasab para Rasul AS, Sahabat RA, Tabiin, Tabi Tabiin dan seluruh ulama Islam. Sebagai contoh, nama Rasulullah SAW iaitu Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib.
Oleh itu, tidak benar tanggapan sebahagian masyarakat yang mengatakan bahawa bangsa Arab sendiri pun tiada pemakaian ‘bin’ atau ‘binti’.
Sedangkan pemakaian tersebut digunakan sehingga ke hari ini kerana bangsa Arab merupakan bangsa yang amat mementingkan asal usul keturunan mereka.
Amalan dalam masyarakat Islam di Malaysia meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ pada nama anak semenjak dari zaman dahulu adalah selari dengan amalan bangsa Arab ini.
Ia dikira sebahagian daripada ʻuruf (adat setempat) yang diiktiraf pada syarak sebagaimana kaedah yang menyebut:
العادة محكمة
Maksudnya:
“Adat setempat yang dijadikan sebagai hukum.”
Dalam konteks Islam, nasab dan keturunan merupakan perkara penting yang perlu dipelihara dengan baik demi menjaga sistem sosial dalam masyarakat.
Jika tidak ia boleh menyebabkan kerosakan terhadap institusi kekeluargaan seperti mengelirukan susur galur keturunan, menimbulkan fitnah dan masalah terhadap pembahagian harta pusaka.
Meskipun tanpa perletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ tidak merosakkan institusi kekeluargaan dan tidak menjejaskan nasab seseorang, namun akibat normalisasi amalan ini akan mengakibatkan penyalahgunaan sebahagian individu yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai contoh tanpa ‘bin’ atau ‘binti’ seseorang mampu membuat helah untuk menyembunyikan status anak angkatnya. Sedangkan sebagai seorang muslim wajib menisbahkan anak angkat itu kepada bapa kandungnya.
Selain itu, nasab merupakan tonggak utama dalam pembentukan sesebuah keluarga. Hal ini kerana setiap ahli keluarga mempunyai pertalian darah yang berhubung antara satu sama lain.
Nikmat keturunan merupakan satu anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepada setiap insan. Justeru, memelihara nasab adalah salah satu daripada maqasid syariah yang lima.
Maksudnya:
“Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).”
Surah al-Furqan (54)
Perkataan ‘bin’ dan ‘binti’ ini juga mengambil contoh daripada beberapa sunnah Nabi SAW yang memanggil nama ahli keluarganya serta para sahabatnya dengan nama yang ada ‘bin’ dan ‘binti’. Contohnya, Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa:
“Rasulullah SAW berdiri ketika Allah SWT menurunkan ayat: وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الأَقْرَبِينَ (Maksudnya: Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat)[Surah al-Syuʻara’: 214], Baginda SAW bersabda: “Wahai kaum Quraisy belilah diri-diri kamu, aku tidak dapat menghindarkan kamu sedikit pun daripada azab Allah SWT. Wahai Bani ‘Abd Manaf, aku tidak dapat menghindarkan kamu sedikit pun daripada azab Allah SWT. Wahai Abbas bin ‘Abd al-Muttalib, aku tidak dapat menghindarkan engkau sedikit pun daripada azab Allah SWT. Wahai Safiyyah, ibu saudara Rasulullah SAW, aku tidak dapat menghindarkan engkau sedikit pun daripada azab Allah SWT. Wahai Fatimah binti Muhammad, mintalah kepadaku apa yang engkau mahu daripada hartaku dan aku juga tidak dapat menghindarkan engkau sedikit pun daripada azab Allah SWT.”
Riwayat al-Bukhari
Islam begitu menjaga nasab dan keturunan kerana ia merupakan salah satu daripada maqasid syariah yang lima.
Dalam konteks Malaysia, tidak mahu meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama anak ketika mendaftar di Jabatan Pendafataran Negeri adalah sah di sisi undang-undang dan tidak wajib di sisi hukum taklif. Namun, dalam pandangan syarak meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama merupakan suatu perkara yang penting.
Hal ini kerana, bagi menjaga institusi kekeluargaan masyarakat Islam daripada sebarang kerosakan seperti mengelirukan susur galur keturunan, menimbulkan fitnah dan menimbulkan konflik dalam isu pembahagian harta pusaka.
Selain itu, telah menjadi kebiasaan amalan masyarakat Islam di Malaysia yang meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama anak dalam sijil daftar kelahiran.
Kashoorga: Tak salah pun nak letak ‘bin’ atau ‘binti’ kerana bukan sehari, dua orang-orang kita pergi travel. Selama ini tiada masalah berat pun yang timbul.
Siapa yang tidak mengenali penyanyi, pengacara serta pelakon versatil, Alif Satar. Personaliti ini dilihat sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri lengkap bergelar lelaki budiman.
Malah walaupun dia dilihat sibuk dengan aktiviti harian, tetapi itu tidak menghalang Alif untuk memenuhi tuntutan akhirat.
Jika sebelum ini viral gambarnya yang menghadiri sembahyang Jumaat tetapi kali ini dia mengambil kesempatan yang ada untuk belajar mengaji.
Dalam status di laman sosialnya, Alif telah muat naik foto bersama Bilal Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Hafiz sehingga mendapat perhatian warga net.
Dalam kapsyen yang ditulis Alif memberitahu dia menghadiri kelas malam dan baru seminggu tidak mengaji sudah berterabur.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.