Ketika ini manusia diduga dengan banyak perkara yang melekakan. Lihat saja selesai kerja atau tugas kita ralit melayan ‘handphone’. Malah ada yang usai solat terus mencapai gajet ini untuk melihat kandungan yang melekakan.
Kita duduk bersahaja tanpa membuat apa-apa sedangkan masa yang ada di dunia sangat berharga dan Allah memerintahkan kita agar mengisi masa kosong kita dengan amal soleh.
Perkara ini dijelaskan oleh Prof. Dr Ahmad Sanusi Azmi dari Fakulti Pengajian Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia dalam satu perkongsian beliau.
Saidina Umar benci melihat lelaki yang duduk bersahaja
Ketika menghuraikan dua ayat terakhir dari Surah al-Sharh, Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa Allah memerintahkan kita agar mengisi masa kosong kita dengan amal soleh.
Ads
Firman Allah:
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ . وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) [7] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). [8] – Surah al-Sharh
Secara umumnya ayat ini membimbing kita agar melakukan amalan ketaatan setelah kita selesai melakukan sesuatu kebaikan. Sebagai contoh, setelah kita selesai menggandakan ibadah, maka jangan pula dibiarkan masa lapang kita menjadi kosong dari sebarang amalan. Malah kita digalakkan untuk meneruskannya dengan melakukan amal kebaikan yang lain pula.
Sheikh al-Tantawi menukilkan kata-kata Saidina Umar yang membenci melihat lelaki yang duduk bersahaja tanpa melakukan apa-apa amalan tidak kira amal untuk dunianya atau akhiratnya. Kata Umar: إنّى لَأَكْرَهُ لأَحَدِكُمْ أَنْ يَكُونَ خَالِياً، لاَ فِيْ عَمَلِ دُنْيَا وَلاَ دِيْن Aku membenci salah seorang dari kamu yang duduk bersahaja (dalam masa kosongnya). Tidak melakukan amalan samada amal untuk dunianya atau agamanya. (Tafsir al-Wasit)
Ads
Perbuatan menangguhkan amalan juga tidak disukai
Bahkan, perbuatan menangguh-nangguh amalan juga adalah sesuatu yang tidak disukai oleh salafussoleh terdahulu. Al-Khatib al-Baghdadi pernah menulis satu bab mengenai Zamm al-Taswif (Celaan Terhadap istilah : “Nanti Aku Buat”).
Beliau menukilkan kata-kata al-Hasan yang menyatakan:
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ، إِيَّاكُمْ وَالتَّسْوِيفَ.. سَوْفَ أَفْعَلُ، سَوْفَ أَفْعَلُ
“Wahai anak muda, hendaklah kamu menjauhkan dirimu dari taswif. (Apakah itu taswif? Iaitu perkataan kamu yang menyatakan:) “Nanti aku buatlah” “Nanti aku buatlah”.
Ads
Oleh yang demikian, isi masa lapang dengan perkara yang berfaedah dan jauhi sikap suka bertangguh-tangguh.
Penyanyi Aizat Amdan dan Nabila Razali telah meluangkan masa melawat 30 orang pesakit kanak-kanak di wad kanak-kanak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sama ada Aizat mahupun Nabila, masing-masing gembira diberi peluang untuk meraikan kanak-kanak ini yang nyata teruja dengan kehadiran dua penyanyi kesayangan ramai ini.
Program Remaja X Media Hiburan Make A Wish Raya ini adalah anjuran majalah Remaja dan Media Hiburan serta mendapat tajaan daripada pihak Int3tree. Aizat dan Nabila telah menyampaikan cenderahati dan duit raya kepada 30 orang pesakit kanak-kanak di wad ini. Jelas terpancar keceriaan pada wajah mereka.
Sekurang-kurangnya kehadiran Aizat dan Nabila dapat menceriakan anak-anak ini.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kebelakangan ini ramai yang merungut dengan kenaikan harga barang, ditambah pula bermula 1 Mac akan berlaku kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan. Sudah tentu peningkatan ini bakal memberi kesan dalam banyak aspek.
Bagi yang tidak mengetahui, situasi kenaikan harga barang ini turut juga berlaku pada zaman sahabat Nabi iaitu sewaktu pemerintahan Saidina Umar AS. Perkara ini dikongsi oleh Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi dari Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.
Namun begitu apa yang menarik dalam perkongsian ini, beliau turut menceritakan bagaimana pihak pemerintah ketika itu bersikap selain tindakan Rasulullah ketika rakyat berdepan zaman kesusahan.
Beberapa pengumuman kenaikan barang diwar-warkan baru-baru ini. Sebagai rakyat kita hendaklah bersedia menghadapinya manakala sebagai pemimpin, mereka seharusnya membantu meringankan beban rakyat.
Menurut Saidina Anas bin Malik, ketika zaman pemerintahan Saidina Umar, harga barangan telah naik mendadak sehingga Umar sendiri membeli roti yang biasa dibeli oleh rakyat bagi menghayati kesusahan mereka.
Kata Anas:
غلا الطعام على عهد عمرَ بنِ الخطاب، فأكل عمر خبز الشعير، وكان قبل ذلك لا يأكله، فاستنكره بطنُه فصوَّت، فضربه بيده وقال: هو والله كما ترى؛ يوسع الله على المسلمين
“Harga barang telah menjadi mahal ketika zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab. Lalu Umar hanya memakan roti yang diperbuat dari gandum gred rendah.
“Sebelum itu beliau tidak pernah makan makanan sedemikian sehingga menyebabkan perutnya sendiri berbunyi, lalu dia memukul perutnya dengan tangannya dan berkata: Demi Allah, ini semua adalah seperti yang kamu lihat, mudah-mudahan Allah melapangkan urusan kaum muslimin. (al-Tartushi, Siraj al-Muluk).
Perhatikan bagaimana sikap Rasulullah dan para pemimpin Muslim terdahulu menghayati kesusahan rakyat. Mereka tahu harga barangan naik lalu mereka sendiri mengubah aspek kehidupan mereka. Mereka tidak bermewahan bahkan mengurangkan perbelanjaan yang boleh membantu rakyat.
Mereka sendiri membantu rakyat yang memerlukan. Saidina Umar dikatakan akan pergi ke persisiran luar (perkampungan luar) dan memerhatikan andai ada golongan pekerja yang melakukan kerja yang berat agar beliau boleh memudahkan kerja tersebut.
Perkara ini direkodkan oleh al-Imam Malik yang menyebutkan:
أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ كَانَ يَذْهَبُ إِلَى الْعَوَالِي كُلَّ يَوْمِ سَبْتٍ. فَإِذَا وَجَدَ عَبْداً فِي عَمَلٍ لاَ يُطِيقُهُ، وَضَعَ عَنْهُ مِنْهُ
“Sesungguhnya Umar bin al-Khattab akan pergi ke perkampungan luar Madinah pada setiap hari Sabtu. Beliau akan memerhatikan sekiranya ada hamba yang bekerja lebih dari kemampuannya, maka Umar akan mengurangkan bebanan kerja tersebut.” (al-Muwatta, no: 3594)
Pengaruh sahabat dalam hidup kita memang sangat besar. Siapa mereka sedikit sebanyak akan mempengaruhi tindak tanduk kita juga. Lumrah, kita cenderung mendapatkan pandangan daripada sahabat tentang pelbagai hal.
Oleh itu, kita perlu menapis dengan siapa kita berkawan. Ada sahabat yang benar-benar ikhlas dan ada memiliki ciri-ciri sahabat munafik.
Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya di dalam, al-Quran, banyak lagi ciri orang munafik dinyatakan. Ayuh kita lihat andai ada sahabat kita punyai ciri ini.
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab:” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”. Surah Al-Baqarah: 11
Sahabat Yang Menuduh Orang Beriman Sebagai Bodoh
Bagi orang seperti ini, dia hanya berasa dia sahaja yang pandai, manakala yang lain adalah tidak bijak. Malang sekali mempunyai sahabat seperti ini kerana dia tidak akan pernah mengaku silap.
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِنْ لَا يَعْلَمُونَ Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”.
Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Surah Al-Baqarah: 13
3. Keras kepala dan merasa mulia berbuat dosa
Jika anda masih bersahabat dengan orang keras kepala,cari lah jalan keluar untuk meninggalkannya. Sahabat seperti ini susah untuk dibawa berbincang. Ada waktunya dia tidak berasa bersalah walaupun telah melakukan sesuatu bertentangan dengan ajaran agama. Malah berbangga pula.
Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertaqwalah engkau kepada Allah” timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu).
Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal. Surah Al-Baqarah: 206
Lebih selesa berkawan dengan orang-orang kafir
Apabila kita berkawan dengan orang kafir, tidak hairan jika sikap kita juga terikut-ikut dengan mereka yang mana akan menjauhkan lagi kita ke jalan Allah.
الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.
Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). Surah An-Nisa:139
Merujuk kepada taghut dan syaitan
Nauzubillah. Tinggalkan lah segera sahabat seperti ini. Tiada kebaikan yang kita dapat daripadanya.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” Nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. Surah An-Nisa’: 61
Sahabat Yang Suka Membuat Onar
Daripada kita ‘simpan’ sahabat yang suka mengeruhkan hubungan sesama sahabat muslim kita yang lain, elok dipulaukan atau ditinggalkan terus.
“Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan, dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim” Surah At-Taubah: 47
Sahabat Yang Tidak Mahu Kita Menjadi Baik
Sahabat seperti ini ibarat syaitan bertopengkan manusia. Tidak suka dan benci jika kita menjadi manusia baik dan takut dengan perintah Allah.
“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut).
Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik” Surah At-Taubah: 67
Suka Mengkhianat dan mungkir janji
Sahabat seperti ini memang akan menyebabkan hati kita sakit dan membangkitkan kemarahan. Apabila berjanji sering dimungkiri yang mana sikap buruk ini akan menyusahkan banyak pihak apatah lagi suka mengkhianati kita.
فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَىٰ يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta. Surah At-Taubah:77
Mengajak meninggalkan jihad
Manusia seperti ini mampu menggagalkan usaha baik untuk berjihad ke jalan Allah. Dalam dunia moden hari ini berjihad bukan bermaksud pergi ke medan peperangan sebenar. Jihad yang dimaksudkan ialah gerakan bersama untuk kesejahteraan ramai. Atau dalam konteks di tempat kerja, ia merujuk kepada usaha bersama memajukan syarikat.
Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata:
“Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Api neraka Jahanam lebih panas membakar”, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami. Surah At-Taubah: 81
Kashoorga: Ringkasnya, sahabat munafik ini ramai di sekeliling kita. Mereka ini merupakan barah dalam perhubungan dan akan merebak pantas. Oleh itu berwaspadalah selalu, jangan kita terikut sama sikap dan akhlak mereka.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.