Apakah yang disebut oleh Nabi SAW pintu segala kebaikan. Pintu segala kebaikan salah satunya adalah berpuasa.
Seperti yang diterangkan dalam Eksklusif Tazkirah Ramadan oleh Pendakwah Selebriti, PU Riz, puasa itu sebenarnya menjadi benteng untuk kita terhindar dari segala kesilapan, kejahatan dan kemaksiatan dalam hidup kita.
Ads
“Sedar tak sedar kita sebenarnya banyak buat silap. Tapi dalam bulan Ramadan inilah kita perlu didik diri kita jadi insan lebih baik dan insan yang soleh pada Allah Taala.
“Jangan risau tak akan ada mudharat pada diri kita bila kita berpuasa. Bahkan Allah gantikan dengan kesihatan yang lebih baik. Malah pada bulan ini jugalah menjadikan kita lebih rapat dengan Allah Taala.
Ads
“Selamat beramal dan jangan takut puasalah. Semoga Allah akan memberi kita kebaikan dunia dan akhirat,” tambahnya.
Ads
KASHOORGA: Jangan lupa ikuti secara Eksklusif Ramadan Kashoorga Tazkirah & Azan LIVE di palatform Digital Facebook setiap hari sepanjang Ramadan ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Syukur dikurniakan isteri yang pandai jaga maruah.’ Bakal sambut anak ke-3, PU Abu luah rasa sebak.
Bukan calang-calang isteri PU Abu yang dikenali dengan panggilan Ain, dirinya tetap utuh di sisi suami walaupun pelbagai dugaan menjelma sepanjang perkahwinannya dengan PU Abu.
Begitulah alam rumah tangga, tak selalunya indah dan bahagia. Pasti ada pasang, surutnya dan ada juga ujiannya.
Bagi yang tidak mampu melawan ombak dan badai rumah tangga pasti akan menyerah kalah serta akhirnya memilih jalan perpisahan. PU Abu dan isterinya antara pasangan yang diuji dan Allah Maha Besar, setiap ujian yang mendatang pasti ada hikmahnya.
Ikuti perkongsian PU Abu di akaun instagramnya:
Moga Allah jaga keluarga kecil kami ini, bila teringat likunya rasa sebak. Lebih-lebih lagi wanita hebat ada di samping saya ni.
Sabarnya persis arwah ummi. Wanita biasa mungkin sudah angkat kaki, tapi dia masih ada di samping saya tak kira apa pun. Meredhai segala keputusan si suami.
Biar dibelakangi berkali-kali, tapi masih tetap menjaga maruah. Tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana lelaki.
Benarlah kata hukama’, ‘Ingin mencari isteri solehah, carilah ibu yang terbaik buat anak-anak mu.
Insyallah next year, Januari 2023 pendatang baru menyelit.
Perkongsian PU Abu turut mendapat pelbagai respon daripada warganet. Ada di kalangan mereka mendoakan yang terbaik buat keluarga kecil ini:
Aqilah Suhaila
Jaga ain baik-baik, cukup-cukuplah sakiti hati wanita. Semoga yang lepas jadikan pengajaran. Bina cinta dan hati yang baru. Ain sangat limited.
Nadiya Mansor
Masyaallah, tolonglah sayang dan hargai umi sebab dia memang terlalu baik. Semoga terus bahagia.
Nishashfika
Tak mengapa yang lepas jadikan pengajaran. Semua hamba-Nya diuji. Semoga Allah merahmati keluarga ustaz.
Hanara1980
Menangis bahagia tengok family ini. Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah dan mendapat keberkatan dunia akhirat.
Mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hanya sempat menganyam bunga-bunga cinta sebagai suami isteri selama dua tahun lima bulan, si dia dijemput sang pencipta. Meninggal dunia dalam kes kemalangan langgar lari bertarikh 6 Mac 2019, sesungguhnya pemergian suami tercinta ibarat satu mimpi.
Lebih memilukan apabila perginya seorang suami sehari sebelum sang isteri menyambut hari lahir.
Baca perkongsian Asyrafiah Sabri yang menyentuh jiwa. Kerinduan seorang isteri terhadap arwah suaminya begitu sukar untuk dibendung. Begitu tulus dan suci kasih dan cinta seorang isteri kepada suaminya.
PERGINYA SEORANG KEKASIH HATI KE SISI KEKASIH ABADI
Hari ini, genaplah saya berumur 29 tahun. 3 hari lepas, suami saya mintak saya pilih, nak staycation atau barang sebagai hadiah birthday saya.
Tapi minggu lepas, kami berjalan habis-habisan. Berjalan ke KLCC, esoknya tawaf Sunway Pyramid. Dan sempat beliau pilihkan travel perfume dan travel lotion Bath & Body Works yang beliau suka, untuk kami guna sama-sama dalam birthday vacation kami di Bali, 23 Mac 2019. Tapi tak kesampaian kami nak sambut, suami saya dah pergi dulu pulang ke tempat asalnya. Al-Fatihah abang.
Saya memang rapat sangat dengan arwah suami. Rapat gila-gila. Macam kembar. Kitorang mesti kena ada benda yang sama.
Baju sama. Seluar sama. Kasut travel sama. Kasut sukan. Handphone. Apa yang suami makan, dia akan tapau untuk saya. Yang saya beli travel set Bath & Body Works tu pun, suami cakap nak jugak 1 set beli lepas gaji dari company lama dia clear, tapi tak kesampaian juga. Al-Fatihah abang.
Trylah beli satu barang je, mesti sorang lagi merajuk nak benda yang sama. Memang merajuk! Sama ada saya atau pun dia. ?
Saya rasa saya macam baby dengan suami saya. Tengah malam kalau suami tidur arah lain, saya tarik dia mintak dia peluk. Kalau tak, saya merengek macam baby ? Terima kasih abang, sabarnya melayan baby tua sepanjang perkahwinan kita bang.
Sempena hari ulang tahun ke-29 saya ni, saya tak nak mintak banyak dengan Allah, tapi saya mintak Allah terima doa saya yang banyak dosa ni tanpa hijab, masukkan suami saya, Fikri Hamiz bin Hamidun ke dalam syurga-Nya tanpa hisab dan satukanlah kami berdua di syurga-Nya nanti.
Pemergian abang, meninggalkan cinta yang paling dalam.
Terima kasih abang, akulah satu-satunya isterimu hingga akhir nyawamu.
(Nukilan 7 Mac 2019)
Dari awal kahwin, arwah suami ada satu habit iaitu suruh bini potong kuku tangan dan kaki. Minggu lepas kot kalau tak salah, dia mintak saya potongkan kuku tangan dan kaki macam biasa. Saya dapat potong kuku tangan je sebab masa tu penat sangat.
Saya cakap sambung esoklah bang. Penat sangat ni. Dia pun okay je. Sudahnya saya lupa nak sambung potong kuku kaki. Dia pun lupa ingatkan.
Sampailah 6 Mac masa saya tengok mayat suami, saya cek kuku kakinya. Rasa ralat betul. Tapi masa tu kaki dia sejuk sangat. Pegang pun menggeletar.
Ya Allah alhamdulillah. Sepanjang kahwin, dapat saya berbakti potong kuku suami antaranya. Walaupun masa awal-awal dia suruh dulu rasa awkward gila.
Sampai saya pernah cakap dengan suami saya,
“Bang, nape abang malas sangat potong kuku sendiri.” ?
Rupanya, dia nak saya ingat, 2 tahun 5 bulan kahwin, sayalah yang selesaikan urusan jaga dia. 2 tahun 5 bulan je dia nak saya potong kuku dia.
Saja kemas WhatsApp suami. Keluarkan dia dari kumpulan kerja, kumpulan sekolah. Maaf bukan apa, tak sanggup nak baca.
Tapi mesej ni, ya Allah.
Tarikh birthday saya sebagai password PC kerja beliau.
Padahal bila saya tanya beliau,
“Bang, berapa tarikh beday sayang.”
“Beday sayang? Eh mana abang ingatttt.” ?
Rupanya dia sentiasa ingat. Ni mesej dengan kawan kerjanya, bulan Ogos 2018.
Al-Fatihah abang. Cinta hati selamanya…
Selamat berehat suamiku yang tercinta.
Nanti kita staycation dekat “sana”.
Terima kasih untuk segala jasa baik abang jaga sayang 2 tahun 5 bulan.
Abang bersemadi dengan cinta yang penuh di hati. Disayangi ramai orang.
Berehatlah dengan tenang di taman syurga.
Ikhlas dari isteri yang tak pernah berhenti mencintaimu, Asyrafiah Sabri
Pesan Ustaz Don, isteri kena sabar kalau suami ada orang lain. ‘Diam, kemudian susun strategi.’ Sabar tak bermaksud kena menyerah tanpa lakukan apa-apa.
Sebaliknya bila kita sabar segalanya akan menjadi lebih rasional. Seseorang itu juga akan dapat berfikir secara matang dan ambil langkah terbaik untuk berdepan dengan konflik rumah tangga.
Tak dinafikan memang sukar untuk menerapkan rasa sabar dalam diri, namun percayalah sikap sabar adalah kunci atau cara terbaik mengatasi konflik dalam perkahwinan.
Menerusi video yang dikongsikan mStar, ini saranan pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal bila sebuah rumah tangga berdepan dengan orang ketiga.
‘Pertama sekali, saya berpesan pada diri saya dan semua, banyakkan membaca doa pendinding agar Allah melindungi kita, memelihara kita sebab ujian pasti akan datang.
‘Sebab itu suami-suami dan isteri-isteri janganlah enjoy sangat. Ini tidak, bila sudah berkahwin ramai merasakan dunia ini seperti dia yang punya,” jelasnya.
Sebenarnya sikap ‘lupa diri’ ini perlu dijauhi, sebaiknya ada masanya kita luangkan untuk zikir atau membaca Mathurat bersama-sama. Jangan tinggalkan amalan-amalan sebegini setelah berkahwin.
Selain itu, Ustaz Don turut nasihat pasangan suami isteri agar curi waktu untuk sembahyang berjemaah. Kadang-kadang bab solat berjemaah ini pasangan sambil lewa, malah tidak mencuba menyempurnakan amal ibadat.
‘Tapi bila jadi sesuatu kita salahkan semua, kita tak tak nak pula salahkan diri kita.
‘Sebaiknya, binalah pertahanan dulu. Sesungguhnya pertahanan yang paling ampuh adalah doa, zikir munajat kerana Allah yang memantau rumah tangga kita.’ Terangnya.
Namun begitu, jelas Ustaz Don jika pasangan tetap diuji biarpun telah lakukan apa yang telah disarankan.
‘Bila jadi begini, kita kena ingat dalam rumah tangga ada ujianya yang tersendiri. Dalam satu dapatan kajian yang dilakukan oleh pihak university, 70 % masalah dalam hubungan suami, isteri adalah berpunca daripada komunikasi rumah tangga.
‘Seperti mana yang Allah sebutkan dalam Al-Quran, minta tolonglah dengan sabar dan sembahyang.
‘Ada yang bertanya kenapa perlu sabar dahulu sebelum sembahyang, sebab bermula dengan sabarlah barulah kita solat,’ katanya.
Selain itu tambah Ustaz Don lagi, bila seorang isteri mengetahui yang suami mempunyai orang lain atau ada wanita lain. Dia kena belajar untuk bersabar, susun starategi dan cuba cakap dengan suami untuk memenangkan balik haknya.
‘Kalau isteri tak sabar bila suaminya suka dekat wanita lain, dengan mudah suami akan meletakkan segala kekurangan dan kelemahan kepada isteri. Itu standart.
‘Oleh itu, sekali lagi ditekankan bila berdepan dengan situasi begini, isteri kena bersabar. Jika isteri tunjuk sikap garang. Jadi suami akan menjadikan sikap isteri ini sebagai alasan untuk curang,’ jelasnya.
Sekali lagi terang Ustaz Don, percayalah orang yang diam, steady dan tak berhujah pasti dia akan menang. Jadi bila berlaku perkara begini dalam rumah tangga, kena sabar.
Namun begitu tak bermakna sabar dan terus mendiamkan diri. Sebaliknya tegas Ustaz Don, sikap sabar adalah langkah pertama, dalam masa yang sama susun strategi apa nak buat untuk tambat kembali hati suami kita dan kaji kembali apa kekurangan diri kita selama ini.
Terakhir, jangan takut memohon pertolongan tapi perlu diingat jika minta tolong daripada ibu bapa sendiri atau mentua. Pastikan mereka jadi hakim, bukannya jadi penyokong atau pemihak.
Jika ibu bapa bersikap sedemikian, awal-awal kena reject. Memang tak boleh. Sebab keadaan ini akan mengeruhkan keadaan.