“Saya Menangis, Ibarat Ini Peluang Kedua Yang Allah Berikan” – PU Riz Syukur Disahkan Negatif COVID-19

Share

Jika seminggu yang lalu kita mendengar Pendakwah Bebas yang juga selebriti, PU Riz telah disahkan positif COVID-19.

Ketika itu dia memohon agar semua mendoakan kesembuhannya dari wabak yang merbahaya ini.

Dan semalam berita gembira diterma apabila dia telah disahkan negatif dan bebas wabak pandemik ini selepas dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Menurutnya perkara berkenaan dimaklumkan oleh jururawat selepas ujian swab kali kedua dibuat sebelum itu.

“Syukur pada Allah apabila disahkan sembuh dan boleh pulang. Saya menangis ketika dimaklumkan negatif. Bukan apa, wabak ini boleh membawa maut dan ibaratnya ini peluang kedua yang Allah berikan.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 Hari Demam, Buat Pemeriksaan Disahkan Positif COVID-19 – PU Riz Reda

“Sepanjang dirawat, jururawat sentiasa memberikan kata-kata semangat dan minta supaya sentiasa berfikiran positif.

“Malah, ada jemaah tabligh pesan, yakin Allah ada dengan kita. Saya berdoa pada Allah semoga terus istiqomah sampai hujung nyawa,” katanya kepada Harian Metro.

PU Rizz juga turut berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawat dan membantu dirinya. Hanya Allah saja yang membalas jasa mereka.

Tambahnya lagi selepas ini dia perlu menjalani proses kuarantin diri selama dua minggu dan kemudia pergi ke klinik berdekatan untuk mengesahkan sudah menjalani kuarantin selepas bebas dari wabak koronavirus ini.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM PU RIZ

IKLAN