Ramai anak-anak selepas kematian ibu ayah membuat kubur dengan menghias keterlaluan. Mungkin wang ada dan bagi mereka ini satu cara membuktikan sayang pada mak ayah.
Tapi apakah hukum membuat binaan pada kubur, adakah dibenarkan dalam agama? Mufti Wilayah mengulas persoalan ini.
Kami menukilkan keterangan di dalam kitab Fiqh al-Manhaji (1/617-618):
Ads
Makruh membina kubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur dan seumpamanya. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Jabir RA, katanya:-
Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang pembinaan kubur dengan batu kapur.” Riwayat Muslim (970)
Walau bagaimanapun pembinaan kubur dengan batu marmar dan seumpamanya adalah haram. Ini kerana perbuatan tersebut sangat bertentangan dengan larangan Rasulullah SAW di samping terdapat unsur-unsur pembaziran yang ditegah oleh syarak serta unsur-unsur kemegahan dan kebanggaan yang dicela oleh agama.
Ads
Bukan Selepas Mati
Makruh tahrim meninggikan kubur dan membuat binaan di atasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini. Menurut sunnah bahawa kubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ali bin Abu Talib RA, katanya, Abu al-Hayyaj al-Asadiy berkata:-
Maksudnya: “Aku menyampaikan pesanan Rasulullah SAW kepadaku bahawa jangan ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan kubur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya.” Riwayat Muslim (969)
Ads
Hukum Buat Binaan Kubur Guna Marmar
Larangan makruh ini dikuatkan dengan realiti bahawa kematian itu adalah pemutus bagi kemewahan dan kecantikan yang dibanggakan sewaktu hidup, sehingga jadilah kubur itu ingatan kepada kematian bukan kemewahan. Apatahlagi tidak boleh menggunakan harta peninggalan si mati untuk tujuan binaan di atas kubur. Firman Allah Taala:-
Maksudnya: Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. (Surah al-Takathur: 1-2)
Syeikh Ali al-Sobuni dalam Sofwah al-Tafasir menyebut tafsir: “Maksudnya mereka itu yakni manusia terlalu sibuk dan berbangga dengan harta benda, anak-anak, dan para pengikut sehingga melupakan untuk berbuat taat kepada Allah da meninggalkan persiapan akhirat…sehinggalah kematian tiba kepada mereka. Lalu mereka dikebumikan di dalam kubur-kubur.”
Semoga Allah Taala memberikan kita kekuatan untuk mengikuti sunnah Rasulullah SAW.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Isu tak letak ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama anak. ‘Boleh ke kita gugurkan pada sijil kelahiran?’. Selama ini, boleh dikatakan setiap daripada kita yang beragama Islam meletakkan nama berserta ‘bin’ bagi lelaki, manakala ‘binti’ bagi perempuan.
Namun baru-baru ini tular tentang isu ini dan golongan ini dikatakan lebih selesa untuk tidak meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ bagi memudahkan urusan keti travel di luar negara.
Ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini:
Maksudnya:
“Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.”
Riwayat Abu Daud
Tular di media sosial trend ibu bapa muda pada hari ini yang tidak meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ pada nama anak ketika mendaftarkan kelahiran.
Jika dilihat kepada syarat permohonan kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara pun maka tidak akan ditemui syarat yang mewajibkan untuk meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ dalam nama anak.
Meskipun begitu jika penjaga mahu menggugurkan perkataan ‘bin’ atau ‘binti’ pada nama anak mereka maka mereka perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara.
Dari aspek ‘uruf (adat setempat) pula memang semenjak dahulu di Malaysia setiap nama bagi individu muslim akan diletakkan ‘bin’ atau ‘binti’.
Perkara ini berpandukan kepada tradisi perletakan nama dan nasab para Rasul AS, Sahabat RA, Tabiin, Tabi Tabiin dan seluruh ulama Islam. Sebagai contoh, nama Rasulullah SAW iaitu Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib.
Oleh itu, tidak benar tanggapan sebahagian masyarakat yang mengatakan bahawa bangsa Arab sendiri pun tiada pemakaian ‘bin’ atau ‘binti’.
Sedangkan pemakaian tersebut digunakan sehingga ke hari ini kerana bangsa Arab merupakan bangsa yang amat mementingkan asal usul keturunan mereka.
Amalan dalam masyarakat Islam di Malaysia meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ pada nama anak semenjak dari zaman dahulu adalah selari dengan amalan bangsa Arab ini.
Ia dikira sebahagian daripada ʻuruf (adat setempat) yang diiktiraf pada syarak sebagaimana kaedah yang menyebut:
العادة محكمة
Maksudnya:
“Adat setempat yang dijadikan sebagai hukum.”
Dalam konteks Islam, nasab dan keturunan merupakan perkara penting yang perlu dipelihara dengan baik demi menjaga sistem sosial dalam masyarakat.
Jika tidak ia boleh menyebabkan kerosakan terhadap institusi kekeluargaan seperti mengelirukan susur galur keturunan, menimbulkan fitnah dan masalah terhadap pembahagian harta pusaka.
Meskipun tanpa perletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ tidak merosakkan institusi kekeluargaan dan tidak menjejaskan nasab seseorang, namun akibat normalisasi amalan ini akan mengakibatkan penyalahgunaan sebahagian individu yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai contoh tanpa ‘bin’ atau ‘binti’ seseorang mampu membuat helah untuk menyembunyikan status anak angkatnya. Sedangkan sebagai seorang muslim wajib menisbahkan anak angkat itu kepada bapa kandungnya.
Selain itu, nasab merupakan tonggak utama dalam pembentukan sesebuah keluarga. Hal ini kerana setiap ahli keluarga mempunyai pertalian darah yang berhubung antara satu sama lain.
Nikmat keturunan merupakan satu anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepada setiap insan. Justeru, memelihara nasab adalah salah satu daripada maqasid syariah yang lima.
Maksudnya:
“Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).”
Surah al-Furqan (54)
Perkataan ‘bin’ dan ‘binti’ ini juga mengambil contoh daripada beberapa sunnah Nabi SAW yang memanggil nama ahli keluarganya serta para sahabatnya dengan nama yang ada ‘bin’ dan ‘binti’. Contohnya, Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa:
“Rasulullah SAW berdiri ketika Allah SWT menurunkan ayat: وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الأَقْرَبِينَ (Maksudnya: Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat)[Surah al-Syuʻara’: 214], Baginda SAW bersabda: “Wahai kaum Quraisy belilah diri-diri kamu, aku tidak dapat menghindarkan kamu sedikit pun daripada azab Allah SWT. Wahai Bani ‘Abd Manaf, aku tidak dapat menghindarkan kamu sedikit pun daripada azab Allah SWT. Wahai Abbas bin ‘Abd al-Muttalib, aku tidak dapat menghindarkan engkau sedikit pun daripada azab Allah SWT. Wahai Safiyyah, ibu saudara Rasulullah SAW, aku tidak dapat menghindarkan engkau sedikit pun daripada azab Allah SWT. Wahai Fatimah binti Muhammad, mintalah kepadaku apa yang engkau mahu daripada hartaku dan aku juga tidak dapat menghindarkan engkau sedikit pun daripada azab Allah SWT.”
Riwayat al-Bukhari
Islam begitu menjaga nasab dan keturunan kerana ia merupakan salah satu daripada maqasid syariah yang lima.
Dalam konteks Malaysia, tidak mahu meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama anak ketika mendaftar di Jabatan Pendafataran Negeri adalah sah di sisi undang-undang dan tidak wajib di sisi hukum taklif. Namun, dalam pandangan syarak meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama merupakan suatu perkara yang penting.
Hal ini kerana, bagi menjaga institusi kekeluargaan masyarakat Islam daripada sebarang kerosakan seperti mengelirukan susur galur keturunan, menimbulkan fitnah dan menimbulkan konflik dalam isu pembahagian harta pusaka.
Selain itu, telah menjadi kebiasaan amalan masyarakat Islam di Malaysia yang meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama anak dalam sijil daftar kelahiran.
Kashoorga: Tak salah pun nak letak ‘bin’ atau ‘binti’ kerana bukan sehari, dua orang-orang kita pergi travel. Selama ini tiada masalah berat pun yang timbul.
Niat Buat Jahat Tapi Tak Laksana Adakah Beroleh Pahala?
Niat buat baik tapi ada halangan dan tidak dapat melakukannya maka akan beroleh ganjaran pahala. Tapi bagaimana pula jika berniat buat jahat tapi tidak melakukannya? Adakah turut beroleh pahala?
Persoalan ini dijawab oleh Pejabat Mufti Wilayah dalam Al Kafi Siri 631: Berniat Buat Jahat Tapi Tak Buat, Adakah Dapat Pahala.
Dalam memahami perkara ini terdapat dua hadis yang perlu dihayati. Daripada Ibn Abbas RA, daripada Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan Al Bukhari:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan nilai kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Maka barangsiapa berniat mengerjakan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat untuk berbuat kebaikan lalu ia mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700 kali kebaikan atau lebih banyak lagi. Jika ia berniat melakukan kejahatan, tetapi ia tidak mengerjakannya, Allah mencatatkan padanya satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat melakukan kejahatan lalu dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kejahatan.” (Riwayat al-Bukhari, no. 6491)
Walau bagaimanapun, hadis di atas tidaklah boleh disalah fahami dengan menganggap sekiranya berniat untuk melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya maka akan mendapat pahala.
Ini kerana, terdapat hadis lain di mana Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Bila dua orang Muslim bertemu dengan pedang mereka, maka yang membunuh dan yang dibunuh berada di dalam neraka. Aku (Abu Bakrah) pun bertanya, “Wahai Rasulullah, orang yang membunuh (memang patut dimasukkan ke dalam neraka), bagaimana pula dengan orang yang dibunuh? Nabi s.a.w. menjawab: ‘Sesungguhnya dia mahu membunuh temannya”. (Riwayat al-Bukhari, no. 14)
Di sini dapat difahami bahawa niat seseorang untuk melakukan kejahatan juga dikira mendatangkan dosa sekiranya niat itu disertai dengan keazaman, kesungguhan dan kemahuan yang tinggi, tinggal sahaja terhalang untuk melakukannya.
Berbanding zaman dahulu, ujian scan semasa mengandung pada hari ini lebih canggih dan tepat. Ini termasuklah ibu ayah yang bakal menimang anak boleh melihat wajah anak berbanding dahulu hanya mengetahui jantina sahaja.
Ujian ultrasound ini bukan saja mengetahui jantina bayi, kesempurnaan fizikalnya tetapi mampu juga mengesan jika bayi di dalam kandungan mempunyai kelainan fizikal.
Menjawap satu pertanyaan adalah dibolehkan ibu mengandung menggugurkan anak berusia 120 hari yang mengalami kecacatan seperti tempurung kepala tidak sempurna, dipetik dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ini adalah hukum menggugurkan kandungan berusia 120 hari wajar kita ketahui. Semoga pencerahan ini mampu menghuraikan permasalahan ibu ayah.
JAWAPAN
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat.
Pengguguran bayi dikalangan wanita Islam merupakan satu fenomena semasa yang menjadi permasalahan bersifat domestik dan antarabangsa. Namun, ia bukanlah satu perkara baru dan telah dibincangkan oleh para ulama’ dalam kitab-kitab Fiqh klasik dan moden.
Hukum menggugurkan bayi dalam kandungan boleh dibahagikan kepada dua bahagian; iaitu menggugurkan kandungan sebelum berusia 4 bulan dan menggugurkannya selepas berusia 4 bulan. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW daripada Ibn Mas’ud RA:
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap daripada kamu dihimpunkan penciptaannya di dalam rahim perut ibunya selama 40 hari, kemudian jadilah (nutfah) itu segumpal darah selama tempoh itu juga, kemudian jadilah (`alaqah) itu segumpal daging selama tempoh itu juga, kemudian diutuskan malaikat dan ditiupkan ke dalamnya roh”. Riwayat al-Bukhari (3208) dan Muslim (2643)
Menggugurkan kandungan yang berusia empat bulan atau kurang daripadanya adalah termasuk dalam perkara yang menjadi perselisihan di kalangan para ulama’ kerana dalam tempoh tersebut roh belum lagi ditiupkan ke dalam kandungan. Majoriti ulama mengatakan bahawa hukumnya adalah haram. Sebahagian lain mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh. Manakala sebahagian yang lain pula berpendapat bahawa hukumnya adalah harus dengan syarat-syarat tertentu. Rujuk Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah (2/58-59), Nihayah al-Muhtaj (8/416). Boleh rujuk perbahasan dalam masalah ini melalui artikel kami yang terdahulu dibawah tajuk: “Al-Kafi #659: Hukum Gugurkan Janin Bagi Wanita Yang Sibuk Berkerja”[1]
Adapun menggugurkan kandungan selepas berusia 4 bulan, para ulama’ bersepakat bahawa hukumnya haram kerana pada usia tersebut, roh telah ditiupkan ke dalam kandungan ibu berdasarkan hadith Ibn Mas’ud RA. Rujuk Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah (2/57), al-Mughni (8/418).
Namun, diharuskan menggugurkan bayi di dalam kandungan walaupun sudah ditiupkan roh kepadanya (selepas berusia 4 bulan), jika ia boleh mengancam nyawa ibunya. Rujuk Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah (2/57)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-26 yang telah diputuskan pada 7 Mac 1990 menyatakan:-
(1) Menurut Ijmak Fuqaha’, haram menggugurkan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang teruk.
(2) Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hari hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan daripada kedua-dua suami dan isteri.
(3) Ijmak Fuqaha’ berpendapat hukum pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.
Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.
Kesimpulan
Berdasarkan nas, perbincangan dan fatwa di atas, kami simpulkan bahawa bayi di dalam kandungan yang berusia 4 bulan dan ke atas tidak boleh digugurkan kecuali pengguguran itu bertujuan untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang teruk dan setelah mendapat nasihat daripada pakar-pakar perubatan yang berautoriti.
Kami menasihatkan agar pihak yang bertanya mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar perubatan yang berautoriti mengenai kedudukan bayi di dalam kandungan dan kesan yang mungkin berlaku kepada ibu dan bayi jika bayi di dalam kandungan tersebut tidak digugurkan.
Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...