Setiap orang diduga dengan ujian yang tidak dijangka. Ada yang berakhir dengan kegembiraan dan ada juga dengan kekecewaan. Jika mengalami situasi ini, pasti kita akan terus bersedih mengenangkan diri kenapa ditinggalkan begitu sahaja.

Namun sebenarnya kita perlu akur dengan ketentuan Tuhan. Jika perpisahan itu yang terbaik setelah sebelum ini berusaha menyelamatkan keadaan, kita perlu reda menerimanya.

Walau bagaimanapun tidak ramai yang boleh move on dari terus mengingati pasangan kepada kehidupan yang lebih baik. Ada yang terus terusan bersedih mengenang dugaan dialami.

Sayang Pun tak Guna Kalau Si Dia Dah Tak Nak, Ini Tip Untuk Yang Nak ‘Move On’

Sebenarnya kita perlu jadi lebih kuat dan boleh mengatasi segala masalah berlaku. Kata orang life must go on dan perlu move on untuk mencari kebahagiaan sendiri.

Terdapat beberapa tip yang boleh kita jadikan panduan untuk mereka yang mahu move on. Berfikirlah secara waras dan pastinya segala yang telah dirancang akan menjadi kenyataan.

Hadkan komunikasi dan pertemuan

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk membuang nombor telefon, ‘block’ si dia di Facebook atau apa sahaja platform media sosial yang boleh membuatkan anda menghubungi si dia atau mengambil tahu sebarang perkembangan terbaru mengenai dirinya. Tabahkan diri anda supaya tidak kembali menghubungi si dia.

Ia bukanlah bermakna anda langsung tidak boleh berhubung dengan si dia. Cuma untuk tempoh-tempoh awal perpisahan, sebaiknya jarak dan hadkan interaksi antara anda berdua sehinggalah anda benar-benar yakin anda sudah berjaya ‘move on’. Seandainya si dia mencari anda, mungkin anda boleh katakan padanya yang anda memerlukan waktu untuk sendirian.

Sayang Pun tak Guna Kalau Si Dia Dah Tak Nak, Ini Tip Untuk Yang Nak ‘Move On’

IKLAN

Luangkan masa bersama keluarga, rakan dan diri sendiri

Setiap pasangan yang bercinta pastinya akan cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa bersama-sama. Tetapi sedarkah anda, ketika anda hangat bercinta itu, anda mungkin telah mengenepikan keluarga dan rakan baik anda yang selama ini sentiasa dengan anda? Malahan anda mungkin juga langsung tidak mempedulikan tentang keinginan diri anda untuk melakukan apa yang anda sukai dan gemari?

Jadi anggaplah perpisahan ini, walaupun menyedihkan, sebagai satu peluang untuk anda menebus kembali masa-masa yang anda tinggalkan untuk bersama keluarga dan rakan baik anda.

Ajaklah keluarga anda untuk bercuti ke pusat peranginan atau sekadar meluangkan masa untuk makan beramai-ramai di restoran kegemaran anda sekeluarga. Anda mungkin boleh mengajak rakan baik anda untuk menonton wayang, bermain boling atau berkaraoke. Tidak kira apa yang anda ingin lakukan, sama ada bersama keluarga atau rakan baik anda, yang penting, anda hiburkan hati anda.

Atau mungkin anda boleh mencuba untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah anda buat sebelum ini seperti panjat gunung ke, ‘scuba diving’ atau apa sahaja aktiviti yang boleh dilakukan secara berkumpulan dan boleh membuatkan anda menjadi sibuk serta tidak mempunyai masa untuk duduk termenung sambil fikiran teringat kisah lalu.

Dermakan hadiah dan pemberian

Tip untuk melupakan seseorang yang penting ialah jauhkan pandangan dari segala barang dan benda yang ada kaitan dengan dia.

Pastinya sepanjang anda menjalinkan hubungan, anda menerima pelbagai hadiah dan pemberian daripada si dia. Agak mustahil jika anda tidak menerima sebarang pemberian selama anda bersama dengan si dia, walaupun hanya sekeping kad ucapan sempena hari lahir anda.

IKLAN

Walaupun sayang, berikan hadiah dan pemberian daripada si dia kepada rakan. Elakkan memberi kepada ahli keluarga anda, kerana kebarangkalian anda untuk melihat hadiah itu kembali, adalah sangat tinggi dan semestinya ia hanya mengundang memori lama.

Sayang Pun tak Guna Kalau Si Dia Dah Tak Nak, Ini Tip Untuk Yang Nak ‘Move On’

Luahkan apa yang dirasai

Semakin anda pendam apa yang anda rasakan, semakin sukar untuk anda ‘melepaskan’ si dia. Jika anda sedang dalam ikhtiar untuk melupakan seseorang, dapatkan rakan baik atau ahli keluarga yang rapat dengan anda yang anda percayai dan luahkan kepada mereka tentang apa yang anda rasai.

Semestinya meluahkan dan berkongsi kepada individu yang anda percaya adalah lebih baik daripada anda berkongsi secara umum di sebarang platform media sosial. Elakkan dari membuat sebarang status di media sosial mengenai perpisahan yang anda lalui.

Jika anda merasakan perlu untuk menangis, menangislah. Tidak perlu menahan emosi anda. Air mata yang mengalir itu bukanlah lambang kelemahan tetapi ia adalah satu petanda anda sedang berusaha untuk kembali bangun.

IKLAN

Menjaga diri

Anda mungkin merasakan tip di atas kedengaran tidak munasabah. Tetapi tahukah anda kesihatan sebenarnya memainkan peranan penting untuk anda meneruskan kehidupan dan membantu anda melupakan seseorang?

Bayangkan seandainya anda tidak mengambil peduli mengenai kesihatan anda, pemakanan dan penjagaan diri, anda berisiko untuk sakit. Dan apabila anda berada dalam keadaan yang tidak stabil dari segi emosi, kesihatan dan fizikal, ia sebenarnya secara tidak langsung akan menyukarkan lagi situasi semasa anda yang sedang dalam usaha untuk melupakan si dia.

Sayang Pun tak Guna Kalau Si Dia Dah Tak Nak, Ini Tip Untuk Yang Nak ‘Move On’

Menerima kenyataan

Sudah tentu ini bukanlah satu tip melupakan seseorang yang mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sekali pun. Ia sememangnya lebih mudah untuk melafazkan daripada melakukannya. Tetapi walau bagaimanapun, anda perlu berusaha untuk menerima hakikat tentang apa yang telah berlaku walaupun ia sesuatu yang memeritkan.

Terimalah hakikat bahawa antara anda dan si dia mungkin tidak dijodohkan untuk bersama dan perpisahan adalah yang terbaik untuk anda berdua. Bina dan bawalah haluan baru. Tidak perlu dikenangkan sesuatu yang sudah berlalu. Dalam Islam, kenala terima qada’ dan qadar yang telah ditetapkan.

Kuat dan yakin pada diri

Sesesungguhnya untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Pastinya akan ada yang berkata, bercakap adalah lebih mudah daripada melaksanakannya. Tetapi seandainya anda tidak mencuba sekarang, sampai bila anda ingin membiarkan hidup anda terus diselubungi kesedihan akibat perpisahan yang berlaku?

SUMBER: THE BERKAT

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI