Ada duit kita mampu membeli segala-galanya. Mampu membeli barangan mahal dan eksklusif dan mampu menikmati hidup apa yang kita corakkan.
Perkongsian usahawan tudung, Haliza Maysuri yang juga pengasas dan pemilik Bawal Exclusive di Tik Toknya mengenai harga telekungnya RM16,000 mengundang reaksi orang ramai.
Dalam akaunnya, usahawan ini memaklumkan telekung harga RM16,000 untuk jumpa Allah. Tulisnya lagi, barulah rasa tak bersalah pakai bag harga belasan ribu untuk jumpa kawan-kawan.
Ads
“Semuanya Allah yang beri,” katanya sambil menggayakan telekung berkenaan.
Dalam pada itu, perkongsiannya mendapat respon dari orang ramai di mana ada pro dan kontranya.
Ads
Ada menulis, ia adalah sifat riak bahkan kata mereka, harga bukan nilai ukuran bertemu Allah tapi keikhlasan.
Tapi jika dipandang dari satu sudut positif, ramai mampu membeli bag tangan atau baju mahal-mahal dan kelihatan bergaya saat bertemu kawan-kawan namun bila bertemu Allah, tidak ramai berani mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli telekung yang sangat selesa saat mengadap Allah.
Ads
Apa pun pandangan kita, paling utama, jangan pernah tinggalkan solat kerana ia tiang agama. Jika tiang ini roboh atau runtuh, hidup kita juga roboh.
Wujudkah azab kubur? Menurut penjelasan Mufti Wilayah dalam Irsyad Al Fatwa ke-3 pada 2014, tiada nas secara jelas disebut dalam Al-Quran.
Tapi dari segi dalalahnya terdapat ayat-ayat yang menunjukkan adanya azab kubur. Ini dikuatkan lagi dengan tafsiran para ulama dan ahli tafsir. Antara ayat-ayat tersebut ialah:
Pertama: Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh), dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!” (Surah Ghafir: 45-46).
Sayyid Qutub berkata: Ayat ini menyatakan bahawa mereka didedahkan kepada neraka pada waktu pagi dan petang iaitu dalam tempoh selepas mati hingga berikutnya kiamat. Mungkin azab ini ialah azab kubur kerana selepas itu al-Quran menyebut:
Maksudnya: Dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya! (Surah Ghafir: 46)
Ayat di atas menerangkan tentang azab sebelum hari kiamat, iaitu satu azab yang amat dahsyat. Mereka didedahkan kepada api neraka pada waktu pagi dan petang. Ketika menafsirkan ayat ini, Imam al-Qurtubi mengatakan, bahawa Mujahid, Ikrimah, Muqatil, dan Muhammad bin Ka’ab kesemua mereka mengatakan ayat ini membuktikan wujudnya azab kubur di alam dunia.
Di satu content tik tok @ztaipan, dipaparkan satu suasana di tanah perkuburan yang sunyi dan kelihatan sebuah kubur berlubang yang agak besar. Lokasinya tidak dinyatakan di mana namun jika didengar menggunakan earphone, kedengaran suara jeritan seolah diseksa (merujuk kepada azab kubur). Masa yang sama, kedengaran suara wanita mengalunkan surah Yassin.
Benarkah manusia boleh mendengar seksaan kubur secara jelas atau ia dibuat demi sebuah content?
Kes orang boleh mendengar seksaan kubur ini pernah berlaku pada tahun 2020 di mana ia menjadi viral selepas video dirakam ibu tiga anak, Siti Natrah Ismail yang duduk di atas jengkaut di Tanah Perkuburan Islam Sireh, Klang apabila kedengaran suara misteri seperti merayu dan meraung meminta tolong di dalam rakaman berkenaan.
Menurut Harian Metro yang menghubungi Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman menjelaskan, sekiranya seseorang itu boleh mendengar (suara dari alam lain), kemungkinan ia adalah anugerah daripada Allah SWT.
Abdul Rahman berkata, umat Islam tidak wajib untuk mempercayai kebenaran video berkenaan kerana tiada bukti menunjukkan kesahihannya.
"Namun, tidak mustahil untuk seseorang itu mendengar jika diizinkan Allah SWT. Seksa kubur itu benar dan berdasarkan satu hadis ada dinyatakan orang beriman akan memohon disegerakan urusan pengebumian mereka.
"Manakala, sebaliknya bagi yang kufur dan rayuan si mati sebelum dikebumikan boleh didengari makhluk lain seperti haiwan kecuali manusia. Ini kerana manusia akan ketakutan dan pengsan jika mendengarnya. Apa yang pasti, semuanya berlaku dengan izin Allah," katanya.
Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad ketika dihubungi berkata, perkongsian video seumpama itu tidak wajar kerana apa yang dilihat atau didengar perlu disimpan untuk diri sendiri bagi mengelak timbul fitnah.
"Azab kubur itu benar dan sesiapa pun boleh mendengarnya dengan izin Allah SWT.
"Cuma, adalah lebih baik jika apa didengar atau mimpi yang kita dapat misalnya, disimpan untuk diri sendiri.
"Jika ia membawa petanda buruk, berdoa kepada Allah SWT semoga dijauhkan. Apa pun, ambil apa yang berlaku sebagai iktibar dan pengajaran buat kita semua," katanya.
Suara jeritan dalam Siberian Hall
Dalam pada itu, pada komen netizen di video dipaparkan ini mereka memaklumkan bahawa suara jeritan minta tolong itu adalah dari rakaman suara Siberian Hall yang pernah tular pada 1999 di mana sekumpulan penyelidik dari Russia yang diketuai oleh Dr Azza mencari titik pusat bumi dan apa yang ada di bawah permukaan tanah.
Projek Mohole dimulakan pada 1970 dan dihentikan pada 1994 di mana penggerudian dilakukan di Semenanjung Kola iaitu hujung utara Russia. Ia juga merupakan lubang terdalam di dunia yang disebut Kola Superdeep Borehole.
Antara temuan dalam projek ini seperti fosil plankton mikrokopik berusia 2 bilion tahun. Namun di sebalik temuan itu, ada sesuatu yang menakutkan hingga projek dihentikan seketika di mana para pekerja mendengar suara jeritan manusia di seksa dari neraka (suara ini sangat jelas didengari ) dan kajian dilakukan selepas itu mendapati ternyata ia tidak benar. Projek ini dihentikan serta merta apabila penyelidik mendapati berlaku perubahan suhu mencapai 180 darjah Celsius. Dan ia ditutup hingga kini.
Persoalannya, seksaan kubur itu benar namun untuk mencetuskan “ketakutan”bahawa kubur berlubang punca kita diseksa hingga boleh dengar suaranya adalah tidak wajar sama sekali. Jangan lakukan demi content walau niat kita baik.
‘Memang pasang impian menikah dengan gadis luar negara.’ Guru Maahad Tahfiz pilih orang Hawaii jadi isteri.
Tidak dinafikan setiap orang tidak kiralah lelaki atau wanita mempunyai citarasa tersendiri untuk mencari pasangan hidup mereka bagi melayari bahtera perkahwinan.
Setiap orang memiliki impian untuk mencari pasangan yan secocok dan ideal untuk dijadikan teman hidup sehingga ke hujung nyawa. Mencari pasangan bukan semudah membeli barang di pasar.
Oleh hal yang demikian, ada segelintirnya mengambil masa untuk berjumpa dengan jodoh yang sesuai.
Begitu juga yang dilalui pasangan muda, Herman Zulfikar Hamzah, 25, yang memilih untuk mengahwini, Naziha Nuha Ali, 22, yang berasal dari Hawaii, Amerika Syarikat.
Peristiwa bersejarah itu dipahatkan menerusi Program Aqdun Mubarak: Program Memeterai Kontrak Maknawi (Kemuncak Destinasi Cinta) Tahun 2022 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor, di mana seramai 10 pasangan selamat diijabkabulkan.
Lelaki ini, Herman yang merupakan seorang guru di Maahad Tahfiz Baitul Ehsan memaklumkan dia menyimpan impian untuk menikahi wanita dari luar negara selepas melanjutkan pelajaran di Indonesia satu ketika dahulu.
Pernikahan Yang Diharamkan Allah, ini jenis-jenisnya:
“Saya minat dengan budaya luar, bukan nak kata saya tidak berminat dengan budaya kita, tapi saya nak gabungkan, mungkin ia boleh jadi satu yang baik untuk diri kita dan keluarga.
“Kita boleh sebar dan luaskan keluarga kita ke luar negara,” katanya.
Seindah takdir ketentuan ALLAH SWT, Herman jelaskan, perkahwinan tersebut bukanlah satu perkara yang dirancang olehnya terlebih dahulu.
Malah, anak keempat daripada enam beradik itu memaklumkan, keluarganya dan mentuanya menemukan mereka pada Julai lalu dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur tanpa pengetahuan dia dan isterinya.
Tambah Herman, dia juga terkejut pada awalnya selepas mengetahui tujuan perjumpaan tersebut bagaimanapun membuat keputusan untuk menikahi Naziha Nuha selepas bertemu dengannya.
“Pada awalnya, saya tidak tahu pertemuan tersebut adalah untuk menjodohkan saya dengan isteri kerana keluarga beritahu ada orang dari Hawaii datang ke Malaysia untuk berkenalan.
“Tapi selepas saya berjumpa isteri buat pertama kali, saya lihat dia (Naziha Nuha) baik dan kena dengan ciri-ciri yang saya inginkan,” katanya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.
Sementara itu, menurut Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Salwana Ahmad Dahlan, inisiatif tersebut dilakukan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai konsep majlis pernikahan dan walimatulurus berlandaskan syarak.
Menurutnya, program tersebut dianjurkan oleh JAIS dengan kerjasama Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah Selangor, Tabung Infak Jariah Umat Islam dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, di sini.
“Dengan bayaran sebanyak RM1,000, setiap pasangan akan terus menerima Surat Perakuan Nikah dan Kad Perakuan Nikah.
“Selain itu, mereka juga mendapat perkhidmatan percuma berkaitan urusan nikah, set ‘photobooth’, set penggambaran, cenderahati pengantin, santapan barakah dan jamuan tetamu,” katanya.
Sekitar pagi tadi, grup RIAK APA HARI Ini yang sudah berjaya mengumpul 137k ahli selepas ianyanya tular di media sosial menerima teguran dari penceramah terkenal, Ustazah Asma Harun.
Dalam satu kenyataan pendek di fbnya, Ustazah Asma’ Harun meminta agar grup berkenaan di bubarkan.
Mohon Admin Group "Riyak Apa Hari Ni" boleh tukar tajuk atau tutup terus. PELBAGAI KEMUNGKARAN DAN DOSA SEDANG DIHALALKAN ATAS NAMA GURAUAN, perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harta dengan caption riyak tapi kata GURAU, share pakaian dalam, dll yang aib sangat. JANGAN INDAHKAN PERKATAAN KEJI "RIYAK" ATAS NAMA GURAUAN.
Bagaimana pun teguran berkenaan dipandang dari sudut berbeza. Seorang dari admin grup berkenaan menulis bahawa sesiapa yang tidak suka atau nanti kena jilat api neraka boleh left.
“Tq pd yg update psl ceramah. Tarbiah dr ustazah. Slps berbincang dgn creator.. kami akan kekalkn nama group. Cuma pd yg rasa berdosa nk ddk dlm group ni bolh la left. Kami x paksa ye. Sbb kalau lihat kat luar sana byk lg group2 yg terlbh dr dasat. Cthnya..group janda dan duda gersang. Haa…situ dgn posting dan aksi yg lg dasat dipertontonkan tanpa ditapis oleh admin. Bagaimana tu?? Jd sekali lg kami ulang..pd yg x bolh nk ddk dlm ni nnt kena jilat api neraka bolh left ya”.
Apa yang menakutkan, selepas kenyataan di atas ditukarkan, ribuan komen dari ahli grup berkenaan menghujani ruangan komen.
“Ada yang menulis, neraka masih luas, lepak sini dulu aahh”
“Neraka kirim salam kak”
“Tak ada beza kita berdua, dua-dua ahli neraka”
Serta banyak lagi komen seolah neraka itu mainan bagi ahli kumpulan ini.
Neraka dan syurga itu sememangnya wujud namun ia termasuk dalam perkara ghaib.
Al-Quran yang diturunkan sebagai panduan umat Islam sejak 1400 tahun dahulu ada menyebut nama-nama neraka dan ia mempunyai tujuh tingkat.
Tingkat pertama dan yang paling panas ialah Neraka Jahanam. Diikuti Luza, Hathamah, Sair, Saqru, Jahim dan Hawiyah. Walau neraka paling rendah iaitu Neraka Hawiyah dalam surah Al-Qariah tapi apinya sangat panas.
“Siapa yang ringan timbangan kebaikannya, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah itu? Ia adalah api yang sangat panas. “ (surah Al-Qariah: 8-11).
Hari ini, di dunia kita mungkin masih boleh menaip, melawak dan sebagainya tapi di akhirat nanti anggota mulut akan terkunci sementara anggota lain menjawab apa dosa kita disenaraikan. Moga kita semua sempat bertaubat sebelum nyawa di kerongkongan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?