Apabila sudah sampai ajalnya tidak akan lambat atau cepat walaupun sesaat. Pastinya yang ditinggalkan akan merasai kehilangan namun siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi.
Sallih Tahar, 67 dan isterinya Fatimah Mohd Yatim, 64 hadir ke Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Inspektor Kor Suksis UiTM Semalaysia, mewakili anak perempuan mereka, Allahyarham Inspektor (Suksis) Norela Asmida yang meninggal dunia, awal Januari lepas.
Hidap Acute Lymphoblastic Leukimia (ALL)
Allahyarham Inspektor (Suksis) Norela yang berasal dari negeri Johor, meninggal dunia akibat penyakit Acute Lymphoblastic Leukimia (ALL). Kehadiran Sallih dan Fatimah dengan membawa sepasang uniform milik arwah anak mereka di majlis yang berlangsung dekat Padang Kawad, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah, pagi tadi mencuri perhatian jemputan yang hadir.
Sama-sama kita hadiahkan surah Al-Fatihah buat Allahyarham Inspektor (Suksis) Norela. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.
Sementara itu melalui catatan Cik Nieza AK wanita ini berkongsi rasa.
SANGAT TERKILAN Betullah KANSER itu PEMBUNUH SENYAP!
Dalam masa 3 minggu terakhir ni saya menerima berita kematian 3 orang yang saya anggap insan yg sangat berhati mulia…
Ads
Hujung 2018 dan permulaan 2019 yang sangat mendukacitakan ??.. INNA LILLAHI WAINA ILAI HIROJIUNNN… Walaupun tiada pertalian darah…. Namun ianya sangat terkesan dihati ini dgn pemergian mereka.
? Salinda Kamisan , umi (tak tahu nama tapi sy panggil umi) & Norela Asmida ?
? Salinda Kamisan ?
Sy berjumpa arwah ketika bertugas di SSTMI …selalu deal dgn arwah ketika buat program2 kaunseling….arwah pada ketika itu bertugas di koperasi sekolah. Jadi apabila bekeperluan barang2 program saya akan berurusan dgnnya. Dia memang seorang yang sangat hebat…memudahkan kerja orang. Subhanallah…nak barang ini dapat…nak barang itu dapat…walaupun pada ketika itu duit kaunseling tak dapat lagi …maka tangguhkan dulu bayaran…ambil barang bayar kemudian….huhuhuh….kekadang tu sy call jer…bila datang..barang2 dah tersedia…..
Ya Allah mmg dia seorang yg sangat berhati mulia…..positif dan ceria selalu walaupun ada ketikanya masalah datang bertimpa2…dia selalu jg berkongsi cerita dgn sy …..sy cukup rasa dihargai ketika bertugas sbg kaunselor di SSTMI tidak kira pelajar, staf atau guru lain …tak malu, tak segan menggunakan perkhidmatan sy sbg kaunselor …dan sy menerima tanpa syarat kehadiran mereka bersama sy…
Ads
Berbalik kisah arwah…Pelajar2 pun sangat rapat dgn arwah sbenarnya,…dia seorang pendengar yg baik …selalu bg nasihat.. Bila saya mendengar pengkhabaran ttg dia terlantar sakit akibat kanser …hati mmg meruntun utk ziarah…kebetulan cuti sekolah dan dah lama tak turun johor….tapi sebab suami ketika itu tak putus2 mesyuarat dan tanda kertas exam..jadi niat tu sy simpan dahulu..tangguh pada tarikh lain…namun, kita hanya merancang Allah yg tentukan…taka ada rezeki untuk sy bertemu arwah… Moga syurga buatmu @salinda kamisan..
? Norela Asmida Sallih ?
2hb Januari 2019 diawal pagi juga perkhabaran perginya anak syurga Norela Asmida yg saya anggap spt anak didik saya juga walaupun dia bersekolah di Sekolah Sains Kota Tinggi (SAKTI) berjiran dengan SSTMI..
biasanya semua kaunselor zon bandar penawar yg mnggabungkan 4 buah sekolah ini sangat akrab…baik kaunselor maupun pelajar…. kerana setiap kali kem…pasti melaksanakan bersama2….justeru itu anak2 didik kami semua mmg rapat dan kenal antara satu sama lain…terutama anak2 PRS…
norela asmida adalah salah seorang prs ….apabila dia dah habis sekolah …arwah masih tetap mengikuti perkembangan sekolah dan aktiviti yg dijalankan…dia ni mmg rapat dengan atlet2 pelajar di sekolah sy…maka perhubungan mmg tidak pernah putus waima smpai ke penghujung hayatnya….
Ads
bagi setiap kem atau program yg sy adakan kadang2 jemput dia dan ex-prs utk bantu sy jalankan program……sangat ringan tulang dan sntiasa brsedia utk membantu….tapi bila sy dah bertukar balik ke Kelantan….kami dah jarang berhubung…….
Teringat sy sewaktu dia terlantar di wad HSI..sakit kanser…dia call sy…x angkat..kebetulan tengah drive…bila sy cek hp ada mesej yg ditinggalkan….cikgu…cikgu apa khabar….ella ni…ella rindu sangat kat cikgu……bila cg nak turun johor…bila baca mesej ni…tertanya2 juga….lain macam betul mesej ni….sy balas mesejnya….selang seminggu mesej tersebut …dengar pengkhabaran dia dah tak ada….hati meruntun hiba, sayu, sebak dan macam2 lagi….terkilan sangat sebab tak dapat jumpa kerana kesibukan tugas dunia…..
Ella…maafkan cikgu kerana sampai ke akhir hayat ella kita tak dapat nak jumpa….???
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Tiada istilah terlambat dalam soal menuntut ilmu termasuklah belajar mengaji al-Quran. Apa yang penting, jangan malu dan berputus asa. Jangan pernah rasa terlambat untuk memulakan kehidupan baru yang lebih bermanfaat. Usia bukanlah penghalang. Apa yang paling utama ialah keinginan untuk belajar.
Bandi yang merupakan vokalis kumpulan Amuk merupakan rokers yang terkenal pada era 1990 an. Agak lama juga tidak ‘kedengaran’ kisah tentang dirinya. Bandi kini aktif dengan aktiviti dakwah dan keagamaan termasuk mempelajari semula al-Quran.
“SAYA boleh membaca al-Quran, cuma dulu belajar tak habis. Saya penat apabila orang asyik bercerita hal dunia kerana dari dulu sehinggalah usia saya sekarang, saya belum khatam al-Quran,” kata penyanyi Bandi Amuk, 55, yang kini aktif mengikuti aktiviti dakwah dan keagamaan termasuk mempelajari semula al-Quran dari bawah.
IKUT KELAS AL-QURAN
Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat berkata, dia kini mengikuti kelas al-Quran tiga kali seminggu bermula dari Iqra.
Bandi berkata, dia tidak malu untuk belajar semula al-Quran dari bawah walaupun usianya sudah lebih separuh abad.
“Ketika mula menyertai kelas itu, mereka tanya saya nak bermula dari mana? Saya jawab nak mula dari Iqra semula. Apa nak malu?
“Dulu ketika belajar, makcik yang mengajar saya itu hanya menyapu sampah sambil mendengar kita membacanya. Kemudian dia tegur kita salah baca. Dia boleh tahu yang tajwid saya salah. Itu buat saya ambil keputusan belajar semula,” katanya yang kini menetap di Johor Bahru.
BELAJAR SEJAK SETAHUN LALU
Bandi yang mula belajar sejak setahun lalu mengakui proses pembelajarannya kadang-kadang terhenti apabila dia mendapat tawaran mengadakan persembahan di luar Johor Bahru.
“Kadang-kadang saya terfikir perlu menghabiskannya. Baru-baru ini sebaik tiba di rumah selepas balik dari menjayakan persembahan di Sabah, saya segera bersiap-siap dan pergi belajar kerana ia tanggungjawab. “Saya ada juga mengajak rakan-rakan lain turut serta. Kalau bolehlah dalam usia begini, kita kurangkan cerita hal dunia,” katanya.
ANAK KEMBALI SIHAT
Dalam pada itu, Bandi turut bersyukur kerana anak keempatnya, Muhammad Saiful Affique, 22, sudah pulih daripada masalah ketumbuhan di bahagian belakang paru-paru.
“Alhamdulillah Tuhan permudahkan urusannya dan dia baru selesai belajar di UiTM (Universiti Teknologi Mara) dalam jurusan Komunikasi Massa dan sedang tunggu keputusan diploma.
“Dia berhasrat untuk sambung ambil ijazah sarjana muda dan kini belajar sementara. Berkat doa kawan-kawan dan semua, syukurlah kesihatannya makin baik.
“Saya sekarang jaga pemakanan serta minumannya. Begitu juga makanan tambahan kerana ia perlu diambil oleh anak saya,” katanya.
Sementara itu, Bandi bersama kumpulan FTG dan Sil Khannaz akan terbabit dalam Konsert Rockstage V (Dominasi King Barbarik) yang akan berlangsung di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur pada 2 Mac ini. Persembahannya akan diiringi pemuzik profesional iaitu Yan Lefthanded, Shahrul Ekamatra, Kid Search dan A Tonk DGC.
‘Tiada perasaan malu, tapi bersyukur dikurniakan anak istimewa.’ Anak sindrom down anugerah Allah SWT. Begitulah luahan ibu muda ini apabila dikurniakan anak sindrom down.
Biarpun dia hanya mengetahui hal sebenar setelah anaknya lahir, tetapi perkara itu langsung tidak membuatkan hati wanita ini berbelah bahagi. Sebaliknya dia bersyukur dikurniakan anak istimewa.
‘Tiada sekelumit pun rasa benci, tak suka atau malu…macam mana pun, dia tetap zuriat saya,” kata Intan Nurshahira Saridan yang dikurniakan anak sindrom down, Lufyaa Elzzara.
Lufyaa Elzzara atau dipanggil Lufyaaa, 7 bulan adalah anak kepada Intan Nurshahira, 24, hasil perkahwinannya dengan Muhammad Hazziq Aliff Azhar, 25, pada Februari tahun lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Intan Nurshahira yang menetap di Senawang, Negeri Sembilan menjelaskan Lufyaa disahkan sindrom down selepas 10 minit dilahirkan.
Tapi Bersyukur
Menurut Intan Nurshahira, dia dan suami hanya tahu mengenainya selepas bersalin kerana tiada masalah dikesan sepanjang tempoh kehamilannya.
“Sejak hari pertama Lufyaa dilahirkan lagi, saya dan suami sudah diberitahu oleh doktor pakar kanak-kanak mengenai keadaan anak kami.
“Cuma, hanya suami dapat lihat keadaan Lufyaa pada hari pertama, manakala saya hanya berpeluang tengok wajah anak keesokannya.
“Jujurnya, tiada langsung perasaan sedih malah bersyukur dikurniakan anugerah anak istimewa dan boleh terima Lufyaa sejak hari pertama lagi.
“Suami yang jadi kekuatan saya kerana dia sayang sangat dekat anak, tak kenal erti malu sebaliknya selalu beri saya semangat untuk sama-sama besarkan Lufyaa,” katanya.
Dikurniakan Anak Istimewa
Menceritakan keadaan Lufyaa, Intan Nurshahira berkata, anaknya itu diintubasi selama sebulan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas dilahirkan.
“Selain itu, ada beberapa rawatan lain dan janji temu pakar di kanak HTJS, pemeriksaan jantung di Hospital Serdang, Selangor, genetik di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selain sesi fisioterapi di Klinik Kesihatan Senawang.
“Keadaannya sekarang bertambah baik cuma saya dan suami masih rujuk dengan pakar untuk tahu masalah dalamannya kerana bayi macam Lufyaa agak sensitif serta perlukan lebih perhatian,” katanya.
Anak Sindrom Down Anugerah Allah
Soal rutin harian pula, Intan Nurshahira berkata, Lufyaa masih meniarap dan sudah mula makan dan minum.
Intan Nurshahira gunakan masa bersama Lufyaa untuk merakam detik bersama anaknya itu sebagai kenangan.
“Saya kongsikan video di TikTok supaya mereka yang mempunyai anak syurga seperti anak saya dan masih tidak boleh terima, dapat kekuatan selepas melihat hantaran dimuat naik.
“Terima kasih kepada yang sentiasa menonton video dan mendoakan Lufyaa.
“Semoga dimurahkan rezeki, diberkati Allah dan semoga doa yang baik itu berbalik kepada semua,” katanya.
Sebelum ini dirinya dipilih oleh Allah untuk menerima hidayahNya. Selama hampir 14 tahun menyebarkan ilmu melalui pelbagai cara ternasuk medium media sosial, akhirnya mualaf ini atau lebih dikenali dengan nama Firdaus Wong mendapat perkhabaran sangat menggembrakan.
Siapa sangka Tuhan telah bukakan pintu hati insan yang mlahirkan dIrinya, ibu kandung untuk memeluk Islam. Apa yang lebih membahagiakan Firaus Wong yang juga seorang pedakwah bebas ini, beliau sendiri mengislamkan ibunya.
Berkongsi kegembiraan ini di laman sosial Instagram miliknya semalam. Menurut Firdaus, ini bukanlah syahadah pertama dikendalikan, tetapi syahadah paling nervous dan sebak kerana yang mengucap adalah ibu tercinta sendiri.
Tambahnya lagi, beliau tidak dapat menahan air mata kegembiraan sebaik ibunya mengucapkan dua kalimah syahadah dan terus memeluk insan yang telah melahirkan dan membesarkan dirinya.
Malah beliau turut berharap sahabat terus menyokong dan mendoakan mereka berdua. Juga Firdaus berharap agar ayah, kakak serta adik beradik lain turut memilih Islam sebagai agama baru mereka.
Alhamdulilah Allahuakbar.
Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar.
Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ini saya sendiri. Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya. .
Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda. Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.
Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim. Allahuma Ameen.
Melalui ruangan komen ramai wargenet yang mengucapkan tahniah ke atas penghijrahan ibu Firdaus Wong ini dan mendoakan akan kekal istiqamah serta bersama hingga ke syurga.
fir.daud_ subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar, saya tumpang gembira.. semoga Allah makbulkan doa bro firdaus, dan doa2 kami juga..
yuribaginda Alhamdulillah. Kasih ibu hingga ke syurga.
abieahmad09 Mudah2an bro firdaus dan keluarga sentiasa diberi hidayah Allah swt..aaminn..
saleh.samid Subhanallah..maha suci allah..maha perancang dan maha mengetahui..
dya_dyn Allahuakbar.. Alhamdulillah.. semoga bersama hingga ke jannatulfirdaus
Malam Lailatul Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan...