Alangkah bertuahnya diri kala berpeluang mengunjungi rumah Allah dan menjadi tetamuNya. Sedang ramai yang menanti untuk ke sana, ternyata jemputan kali ini tidak dilepaskan.

Namun kegembiraan itu hanyalah seketika diberikan oleh Allah. Seorang lelaki yang juga bapa tunggal kepada enam orang anak-anaknya disahkan meninggal dunia sebaik tiba di tanah air.

Betapa hasratnya untuk menjadi tetamu Allah dimakbulkan, namun takdir Allah tiada siapa boleh menduga. Selepas tiga jam tiba, Kamarul Sharizam Kamaruddin, 40 tahun telah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’far Seremban (HTJS).

Lelaki Ini Duduk Tahiyat Akhir Sebelum Meninggal Dunia Lepas 3 Jam Balik Umrah, Tinggalkan 6 Anak Masih Kecil
Arwah Kamarul Sharizam.

Dalam satu posting oleh adiknya di laman sosial Facebook, Mohd Zatullah Kamarudin memberitahu bahawa abangnya sebelum pergi kelihatan sihat dan bersemangat untuk mengunjungi Baitullah. Katanya lagi untuk ziarah Rasulullah dan para sahabat.

Namun dalam sekelip mata dia telah diambil oleh Allah meninggalkan enam orang anak-anaknya yang masih kecil.

Ketika hayatnya arwah dikenali ramai, suka membantu terutama orang susah. Malah menurut adiknya itu, kematian juga dalam kedaaan begitu senang iaitu ketika duduk tahiyatul akhir ketika jatuh dari kereta yang memberi makna tersendiri.

Lelaki Ini Duduk Tahiyat Akhir Sebelum Meninggal Dunia Lepas 3 Jam Balik Umrah, Tinggalkan 6 Anak Masih Kecil

Paling menyedihkan menurut lagi, semua anak-anaknya berkumpul menatap wajah terakhir arwah. Dan anak yang paling kecil berusia setahun lebih menjerit memanggil ayahnya untuk lihat sewaktu dikafankan.

Kesemua anak-anak ini terutama paling kecil rapat dengan ayah mereka dan kehilangan sangat memberi kesan pada adik-beradik ini.

Berkumpullah anak-anak arwah Bro Bob Hse menatap saat terakhir wajah arwah ayahnya. 6 orang semuanya. Paling kecil setahun lebih. Dia menjerit nak ayah bila lihat ayahnya dikafankan. Maklumlah hidupnya dengan ayah nya. Dari kecil tak rasa kasih sayang seorang ibu. Bangun tidur ayah, merengek dekat ayah, merajuk tunggu ayah pujuk.
.
Semoga arwah abang saya diturunkan rahmat dan pengampunan buatnya. Allah humma aamiin.

Menurut laporan Harian Metro, sebelum itu arwah ada mengadu tidak sihat sebak tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada adiknya Mohd Zatullah, yang datang menjemputnya.

“Ketika itu abang sudah kelihatan tidak sihat lalu saya terus bawanya ke HTJS untuk rawatan.

“Sebaik tiba di hospital, saya pimpin abang dan meletakkannya di kerusi roda.

“Namun abang tiba-tiba rebah dan pegawai perubatan memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum dia disahkan meninggal dunia,” katanya.

Mohd Zatullah yang juga pengasas Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina berkata, arwah abangnya menerima tajaan menunaikan umrah itu dan dia ke Tanah Suci bersama seorang rakan.

“Arwah gembira apabila dapat menunaikan umrah dan sepanjang arwah di sana, saya mengambil tanggungjawab menjaga enam anaknya.

“Saya tak sangka dia ‘pergi’ selepas tiga jam pulang ke tanah air,” katanya.

Kisah arwah yang mempunyai enak orang anak berumur 2 tahun hingga 13 tahun pernah viral kerana dikatakan buntu memikirkan masa depan anak-anaknya selepas menghadapi masalah kesihatan yang menyebabkan dirinya tidak mampu bekerja.

Lelaki Ini Duduk Tahiyat Akhir Sebelum Meninggal Dunia Lepas 3 Jam Balik Umrah, Tinggalkan 6 Anak Masih Kecil
Meninggal enam orang anak-anak yang masih kecil, berusia 2 tahun hingga 13 tahun.

Dalam pada itu, warganet turut mengucapkan takziah atas kehilangan bapa tunggal ini dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Amirul Asraf Shariff salam takziah brother…semoga arwah dicucuri rahmat dan keluarganya tabah menghadapi dugaan…
Far East salam takziah bro.. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Honey Hidayah Innalillahiwainnailaihirajiun. Semoga Allah ampuni dan kasihani beliau serta menempatkan rohnya dikalangan para syuhada. InsyaAllah
Salam takziah….
Deq Bee Honey Salam.takziah ustaz.. Semuga d tempatkan dia bersama org2 yg soleh..aamiin..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI