Maksudnya: Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.
Maksudnya: Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Surah al-Hasyr (23)
SOMBONG TERHADAP ORANG YANG SOMBONG
Ads
Terdapat satu kata-kata yang disandarkan kepada Nabi SAW yang berbunyi:
التَّكَبُّرُ علَى المُتَكَبِّرِ صَدَقَةٌ
Maksudnya: Bersikap sombong terhadap orang yang sombong merupakan satu sedeqah.
Kata-kata ini tersebar dan masyhur dalam kalangan kita, namun ia bukanlah hadith.
Syeikh Mulla Ali al-Qari telah memasukkan riwayat ini dalam kategori hadith palsu, namun mengakui bahawa perkataan tersebut pernah diucapkan oleh para ulama dengan maksud yang sama. (Rujuk Al-Asrar al-Marfu’ah fi al-Akhbar al-Maudhu’ah, hlm, 163)
Maksudnya: Apabila kami dapati kalangan yang tawadhu dalam kalangan umatku, maka berlakulah tawadhu terhadap mereka; dan apabila kamu dapati golongan yang sombong, berlakulah sombong terhadap mereka.
Ads
Riwayat ini disebut oleh Imam al-Ghazali dalam Ihyaa’ Ulum al-Din, namun Imam Tajuddin al-Subki menyatakan bahawa beliau tidak menjumpai sanad bagi riwayat ini. (Rujuk Tobaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra 6/354)
Abu Sa’id al-Khadimi sewaktu mengulas riwayat ini menyatakan bahawa secara asalnya, sikap sombong adalah diharamkan. Namun kita dibenarkan bersikap sombong terhadap orang yang sombong, dan ia sebenarnya adalah sedekah dan perbuatan baik, kerana jika kita bersikap tawadhu di hadapan orang sombong, maka itu akan menyebabkan dirinya terus-menerus berada dalam kesesatan. Namun, jika kita bersikap sombong, dia akan tersedar daripada sikapnya itu.
Ini sesuai dengan nasihat Imam Syafi’e, dimana terdapat riwayat bahawa beliau pernah berkata: “bersikaplah sombong kepada orang sombong”. Imam Al-Zuhri pula pernah mengatakan: “Bersikap sombong kepada pecinta dunia merupakan satu ikatan Islam yang kukuh”. Imam Yahya bin Mu’adz pula mengatakan, “Bersikap sombong kepada orang yang bersikap sombong kepadamu dengan hartanya, merupakan satu bentuk kerendahan diri.”
Kerana itulah dikatakan juga bahawa menzahirkan sikap sombong untuk menyedarkan orang yang sombong (bukan dengan niat berbangga diri) merupakan satu sikap terpuji, contohnya sikap sombong dihadapan orang jahil dan orang kaya yang sombong dengan hartanya. (Rujuk Bariqah Mahmudiyyah fi Syarh Tariqah Muhammadiyah, 2/186)
Selain itu, Imam al-Munawi memasukkan sikap sombong terhadap orang yang sombong ini sebagai salah satu amalan-amalan yang baik. (Rujuk Faidh al-Qadir Syarh al-Jami’ al-Saghir 3/386)
KESIMPULAN
Tuntasnya, riwayat yang menyebut sikap takabbur terhadap orang yang sombong bukanlah hadis, namun ia sekadar kalam dan pandangan para ulama sebagaimana yang telah dibahaskan.
Ads
Seseorang itu diharuskan untuk menzahirkan sikap meninggi diri terhadap orang yang sombong, dengan niat untuk menasihati, menegur dan memberi pengajaran terhadap orang yang sombong tersebut. Namun sikap sombong mestilah pada sudut zahir sahaja, dan tidak mempunyai rasa sombong yang sebenar di dalam hati.
Namun, kami berpandangan adalah lebih utama untuk menggunakan kaedah dakwah seperti yang digariskan oleh al-Qur’an al-Karim. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Surah Fussilat (34)
Maksudnya: Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim. Surah al-Syura (40)
Akhirnya, ia terletak kepada kebijaksanaan seseorang apabila melihat kepada kesesuaian keadaan. Jika orang yang sombong tersebut diyakini akan berubah jika menggunakan kaedah teguran secara lembut, maka cara itu lebih utama. Adapun jika diyakini membalas dengan sikap sombong akan menyedarkannya dan memberikan pengajaran, maka diharuskan untuk menggunakan kaedah ini.
Antara tanggungjawab seorang ketua keluarga ialah kepada wanita-wanita di bawah ‘jagaannya.’ Kisah seorang lelaki yang menjaga isteri, ibu dan ibu mertuanya membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya berasa cukup kagum. Bertuah tiga wanita yang dijaga oleh lelaki ini.
Melalui catatan Zainur Rashid Zainuddin di laman Facebooknya, dia berkongsi cerita tentang sahabat lamanya itu.
Saya mulai mengenali saudara Khusran Othman di Seremban sejak lebih 20 tahun yang lalu.
Hubungan kami terputus kerana saya berpindah ke UK selama 2 tahun untuk meneruskan latihan kepakaran.
Beliau dikhabarkan pulang ke kampungnya di Perlis setelah diberhentikan kerja (kerap ambil cuti) untuk menjaga isterinya yang sakit.
Melalui khidmat seorang sahabat lama dan penduduk kampung, kami akhirnya berjaya menjejaki beliau.
JAGA ISTERI, IBU DAN IBU MERTUA
Sejak berbelas tahun yang lalu, beliau berkhidmat sepenuh masa untuk menjaga isterinya yang lumpuh, ibu mertuanya yang mengidap kanser rahim tahap 4 dan ibunya sendiri yang semakin uzur.
Beliau membahagikan siangnya kepada 2 iaitu berkhidmat kepada ibunya di sebuah kampung di Jejawi dan isteri dan ibu mertuanya pada separuh yang lain.
Di sebelah malamnya beliau akan menjaga isteri dan ibu mertuanya di awal malam dan akan Ke kampung bersebelahan setiap jam 3 pagi untuk memberikan khidmat bakti kepada ibunya pula.
Zainur Rashid Zainuddin bersama sahabatnya Khusran (tengah baju Melayu putih)
URUS KEPERLUAN ISTERI, IBU DAN IBU MERTUA
Beliau akan memasak dan mengemas di dua-dua buah rumah ini yang jelas kelihatan kemas dan tersusun.
Ibu, isteri dan ibu mertuanya pun akan disiapkan apa yang perlu, sejak belasan tahun. Beliau kekal tekun dan tenang menunaikan tugasan ini buat sekian lamanya.
Hati saya sebak, tanpa disedari titisan air mata hangat mengalir melihatkan pengorbanan sahabat lama ini.
Apabila ditanya apakah rahsia untuk dia memiliki kekuatan ini, beliau menjawab bahawa dirinya telah dipilih Allah untuk memilih khidmat ini sebagai jalannya ke Syurga Allah SWT.
Allah Allah…
Saudara Khusran mungkin tidak dikenali oleh orang ramai tetapi saya meyakini bahawa beliau terkenal di kalangan penghuni langit.
Sungguh kagum dengan semangat lelaki ini dan boleh dikatakan agak sukar untuk ketemu dengan lelaki sebaik ini. Moga segala pengorbanan yang dilakukannya menjadi asbab dia menuju ke syurga. Aamiin.
Sumber kredit: FB: Zainur Rashid Zainuddin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perkahwinan dan zuriat merupakan urusan Allah SWT yang tidak sepatutnya dipersoalkan. Sebagai hamba Allah kita hanya mampu membuat perancangan namun yang menentukan hanya Allah SWT.
Meskipun jodoh dan zuriat itu ditentukan oleh Allah itu bukan bermakna kita hanya berpeluk tubuh tanpa sebarang usaha. Selain usaha, doa juga penting agar usaha itu berjalan seiring.
Untuk sahabat/adik beradik atau sesiapa sahaja yang belum bertemu jodoh ATAU untuk yang sangat berhajat diberikan zuriat yang soleh solehah penawar hati. Amalkan doa ini. Sungguh-sungguh, setiap hari dan yakin.
Saya amalkan tiap kali tawaf waktu mengerjakan umrah tahun 2010 padahal ketika itu saya belum pernah kenal suami lagi. Tahun 2011 saya kahwin dan hujung tahun saya bersalin anak pertama.
Tidaklah segala sesuatu itu berlaku tanpa izin Allah. Ada doa yang serasi dengan kita. Ada doa yang tidak sesuai untuk kita. Usahalah. Dan terus membacanya seperti zikir harian di mana sahaja berada.
DOA INI 2 DALAM 1. JODOH DAN ZURIAT
Untuk yang kehilangan orang tersayang, bacalah doa musibah di bawah ini. Doa ini doa yang Nabi ajar khusus. Jadikan sebagai zikir harian. Sungguh takkan rugi orang yang membacanya.
Setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya oleh Allah SWT. Secara tidak langsung ibu bapa turut sama menumpang rezeki anak. Memang Allah telah tentukan setiap anak ada rezekinya. Tetapi jika tidak diusahakan oleh ibu bapa yang menjaganya maka rezeki itu tidak akan ditemui.
Maknanya, setiap rezeki yang ada pada anak tersebut harus diusahakan oleh ibu bapanya untuk mencari. Rezeki yang dimaksudkan bukanlah berbentuk harta semata-mata, tetapi boleh datang dalam pelbagai bentuk misalnya rezeki kebahagiaan, keharmonian dan ketakwaan kepada ALLAH.
Tidak dapat dinafikan ada ibu bapa yang berasa ‘takut’ apabila diberikan rezeki anak dalam keadaan mereka yang tidak bersedia. Selalunya alasan dari segi kewangan menjadi faktor utama mengapa ada pasangan yang kurang bersedia untuk menimang cahaya mata.
Bagi Datin Nur Shahida Mohd Rashid, dia juga pernah berada dalam situasi ini. Belum bersedia untuk menambah cahaya mata dek kerana kekangan ekonomi. Suara hatinya diluahkan seperti yang tercatat di Instagramnya.
Dulu waktu mengandung baem anak2 semua kecik lagi…mengandung baem umur saya 27 tahun. Waktu tu bila tau pregnant saya x happy langsung sbb sangat2 x nak ada anak lagi dgn ekonomi x berapa baik……saya stress nangis siang malam pagi petang sampai pernah ke klinik nak gugurkan kandungan…..
Doktor kat klinik pun marah saya,tu lah manusia ni…rezeki duit nak rezeki anak dia tolak…??….terus saya terkedu dan berfikir kembali apa yg saya nak buat ni salah?…saya teruskan kandungan walaupun dalam kemurungan…..
(Kalau ingat balik berdosanya saya x terima rezeki Allah nak bg ni)..Doktor tu cakap awak x kesian d ke dekat anak awak ni dia dah ada jantung…..Nanti esok2 dia ni lah anak yg membahagiakan awak..?…Terus perasaan naluri ibu tu datang…saya x malu nak cerita sbb utk pengajaran kita semua..
Ya sememangnya betul @baem_adham penghibur saya, seingat saya beberapa kali aja saya cuba nak pukul dia yg lain x sempat sbb dia terus peluk dan cium je tiap kali saya marah…sekarang dah besar dah anak2 ni…x lama lagi dapat menantu?(terover pula kan..) apapun bargai rezeki Allah bagi…..Insya Allah kita redha yg baik2 datang pada kita…
Kesimpulannya percayalah bahawa ibu bapa perlu jaga hubungan dengan anak dan Allah. Berilah didikan seperti mana dianjurkan oleh agama dan sunahnya. Apa yang penting betulkan niat apabila mahu melahirkan ataupun mempunyai anak. Ini kerana setiap daripada mereka ada rezekinya dan ibu bapa perlu faham semua ketentuan ini.
Sumber: Instagram Nur Shahida Mohd Rashid dan Ibraheem Adham
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kutip derma untuk mengumpul dana untuk sesuatu tujuan memang biasa dibuat baik di peringkat keluarga, tempat kerja atau kalangan masyarakat umum sendiri.Kutipan ini juga...