Sedekah merupakan pemberian yang ikhlas sebagai bukti ketaatan kepada Allah SWT. Sedekah sememangnya tidak dapat dipaksa melainkankan lahir dari hati untuk memberi berdasarkan kemampuan seseorang itu.

Antara ganjaran bersedekah yang dijanjikan Allah SWT terhadap umatnya ialah dilipat gandakan pahala.

Allah berfirman yang bermaksud: “Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerah-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah:261)

Oleh itu janganlah kita sesekali bimbang akan berkurangnya rezeki kerana memberi sedekah kepada orang lain. Sesungguhnya dengan bersedekah akan meluaskan dan membukakan lagi pintu rezeki kepada kita. Sabda Baginda; “Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”

Sedekah bukan sekadar duit

Namun kita faham bukan semua dari kita dianugerahkan harta kekayaan melimpah ruah. Tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh bersedekah kerana nilai sedekah itu bukan diukur kepada banyak atau sedikit tapi berdasarkan hati yang ikhlas untuk melakukannya.

Jika tak mampu memberi duit, berilah dalam bentuk makanan yang kita mampu. Malah ini juga amalan yang terbaik dalam Islam. Ia berdasarkan hadis “Daripada Abdullah ibnu Amru RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:

“Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda: “Memberi makan dan memberi salam kepada orang engkau kenal serta orang yang engkau tidak kenali.” (HR Bukhari dan Muslim).

Sedekah beras pada golongan memerlukan

Sedekah Beras, Amalan Terbaik & Mudah Praktik
Foto pixabay.com

Boleh mulakan dengan amalan memberi sekampit beras sebulan pada insan yang memerlukan. Harga untuk sekampit beras kurang daripada RM30. Sisihkan RM1 sehari setiap bulan untuk tujuan ini.

Sedekah beras ini boleh diberikan kepada ahli keluarga terdekat yang kita tahu hidup susah. Ini kerana sedekah paling afdal adalah untuk ahli keluarga kita sendiri.

Boleh juga hantarkan sumbangan ke rumah anak yatim, sekolah tahfiz, sekolah pondok yang diurus secara persendirian. Sumbangan sebegini juga amat dihargai.

Selain itu jadikan juga satu kebiasaan memberi sedekah beras sebagai buah tangan ketika melawat saudara-mara atau rakan-rakan yang terlantar sakit yang kita ketahui hidup dalam kesempitan hidup akibat kos rawatan yang tinggi.

Berilah beras yang terbaik sebagai sedekah

Dalam memberi sedekah beras ini juga, berilah beras yang terbaik dan juga halal. Beras Faiza antaranya, boleh dijadikan pilihan. Selain berkuali tinggi, ia juga adalah produk keluaran Muslim, sekaligus bermakna kita membantu ekonomi umat Islam yang lain. Sementelah Beras Faiza itu sendiri banyak terlibat dalam misi bantuan untuk golongan memerlukan.

Sedekah Beras, Amalan Terbaik & Mudah Praktik

Di samping itu terdapat pelbagai pilihan beras Faiza yang boleh kita beli untuk menjayakan amalan sedekah beras setiap bulan. Beras tempatan dan beras Siam wangi Faiza antara yang boleh dibeli pada harga berpatutan.

Sedekah Beras, Amalan Terbaik & Mudah Praktik

Sedekah Beras, Amalan Terbaik & Mudah Praktik

Beras basmathi dan beras kesihatan pula sesuai untuk kita sedekahkan kepada ahli keluarga, saudara atau kenalan yang terlantar sakit. Beras Basmathi Faiza itu sendiri merupakan pelopor dalam beras basmathi dan berkualiti tinggi.Sedekah Beras, Amalan Terbaik & Mudah Praktik

Manakala beras Taj Mahal keluaran Faiza merupakan beras kesihatan no. 1 di Malaysia diiktiraf oleh Institut Diabetes Kebangsaan.

Untuk maklumat lanjut tentang beras Faiza boleh layari;
Laman web www.faizarice.com.
Facebook SyarikatFaizaOfficial
Instagram @syarikat_faiza_official

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI