1. Insan bernama ibu adalah seorang wanita mulia yang wajib kita sayang sehingga ke akhir hayat mereka. Jasa mereka melahirkan serta membesarkan kita hingga menjadi insan berguna tiada tolok bandingnya.

Dan menjadi tanggungjawab kita untuk membalas setiap jasa yang telah dicurahkan. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah kita perlu menjaga mereka dengan penuh rasa kasih sayang.

Seperti perkongsian lelaki ini di laman sosial Facebook, Azrie Walter menceritakan pengalaman salah seorang pekerjanya yang begitu meyayangi ibunya.

Malah pekerjanya yang bernama Habil itu sanggup ikat perut semata-mata mahu menyerahkan duit gaji untuk diberikan kepada ibunya di kampung.

Posting ini menjadi viral hingga menerima lebih 17 ribu butang ‘like’ dan 12 ribu pula butang ‘share’ dan menarik perhatian warganet.

Buka pintu dengar bunyi bawah meja, rupanya salah seorang pekerja sedang masak nasi

Saya sengaja naik ofis tadi. Ingat nak lepak dengan budak budak team. Buka je pintu, tengok takde sape. Lampu terbuka. Saya pun melangkah masuk.

Saya pandang kiri, saya pandang kanan. Nampak bawah meja seperti ada kelibat. Bulu roma mula meremang. Tangan kiri saya masih standby pegang pintu. Kot ada apa apa senang nak lari huhu.

Bunyi macam ada aktiviti bawah meja. Saya tak puas hati. Saya cekalkan hati. Apa nak jadi, jadi. Saya masuk menjenguk.

IKLAN

Saya pandang dia, dia pandang saya. Habil rupanya, tengah duduk sebelah rice kuker. “Aik Habil. Apa buat ni? masak nasi ke apa lauk?”

“Sejuk Perut Ibu Mengandungkannya” – Lelaki Ini ‘Ikat Perut’ Semata-Mata Nak Bagi Duit Gaji Pada Emak

Dengan wajah takut, dia menggelupur berdiri sambil capai kopiah “Eh tuan sori Tuan, saya masak nasi tak makan lagi”

Saya hairan “Habil bukan minggu ni income dah seribu lebih ke? kenapa tak makan dekat kedai bawah?”

IKLAN

Walaupun dah bergaji, tetapi pekerja nama Habil ini mahu serahkan duit berkenaan pada ibunya di kampung untuk beli keperluan adik-adik

Dia garu garu kepala. “Duit saya Tuan. Cuma minggu ni nak bagi mak. Mak tak ada pun minta, cuma saya kesian dekat mak. Kalau saya bagi duit, mak boleh guna beli baju ke, makan ke, boleh pakai untuk adik adik sekali”

Habil ni saya tahu, ayahnya sudah meninggal dunia beberapa tahun dulu. Habil baru berusia 19 tahun datang merantau dari Kuala Lipis.

Sebak pula hati. Saya peluk dia. Saya cakap “Takpe saya join Habil makan. Kita makan sama sama okey! Saya turun bawah, beli lauk dan kami makan sama sama.

IKLAN

Ayatnya paling terkesan bila cakap ‘sementara emak ada memang nak bahagiakan dia’…

Ayat paling saya terkesan waktu Habil cakap “bukan apa Tuan. Saya pun tak tahu sampai bila mak ada. Sementara mak ada ni, saya nak bagi mak hepi. Saya takpe tak ada tanggungan. Lagipun saya dah pandai nak cari duit setiap hari”

“Sejuk Perut Ibu Mengandungkannya” – Lelaki Ini ‘Ikat Perut’ Semata-Mata Nak Bagi Duit Gaji Pada Emak
Bersama Bos, Azrie Walter.

Tergamam.

Antara saya belajar malam ni :

1. Kita ni, usah lokek dengan mak ayah. Terutama sekali mak. Kadang tu kita takut sangat tak cukup duit kalau bagi mak. Sedangkan, rezeki Allah bagi. Lagi banyak kita buat baik dekat mak, insyaAllah hidup kita diredhai.

2. Betul juga kata Habil. Waktu kecil, apa kita nak mak sedaya upaya tunaikan. Kadang tu benda yang kita tak minta pun mak bagi. Bila dah besar, kalau nak tak minta kita tetap kena bagi. Moga moga, mak redha kita, Allah pun redha dengan kita.

Jom kita sama sama buat baik dekat mak dan ayah. Jika mereka sudah tiada, kita bantu dengan doa anak yang soleh okey.

“Sejuk Perut Ibu Mengandungkannya” – Lelaki Ini ‘Ikat Perut’ Semata-Mata Nak Bagi Duit Gaji Pada Emak
Gambar terbaru Habil yang tersenyum menikmati hidangan.

Rata-rata menzahirkan rasa terharu dengan pengorbanan dilakukannya semata-mata demi untuk membahagiakan dan kesenangan ibunya. Moga mendapat ganjaran di syurga nanti.

Sarinah Muhamad Smoga berjaya habil dan teruskn brbakti pd mak ye..
Suriani Bt Mohd Yaacub Moga Allah bg rezeki yg mlimpah ruah bt habil dan tn azri….
Lunati Luna Subhanallah Ibu mu akan.bawa mu ke syurga firdaus…Insyaallah
B Norerama D Pagukuman Moga dipermudahkan urusan Habil. Such inspiring young man.
Khamidah Zainal Kbz Alhamdulillah …terbaik…sejuk perut ibu yg mengandongkannya.
Mohd Farhan Haqimy Norizan Terbaik tuan. Sampaikan salam saya dekat habil ni. Doa mak tu yang jadikan kita siapa pada hari ni.
Azzy Akmal moga hati anda cekal dn kuat utk bahgiakn ibu dn adik2..inshaa Allah.. Allah akn bg lebih dn Allah akn permudahkn urusan anda didunia dn diakhirat selagi anda brbakti kpd ibubapa…
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI