‘Semoga terus kuat dan tabah.’ Puteri Sarah tidak rela bermadu, minta Syamsul Yusof lepaskannya.
Isteri pertama Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana merayu kepada suaminya untuk ‘melepaskan’nya kerana tidak rela dimadukan.
Pengumuman mengejutkan itu dibuat Puteri Sarah di Instagram selepas Syamsul masih menyekat nombor telefonnya selepas empat hari suaminya membuat pengakuan sudah selamat bernikah buat kali kedua.
“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak sekat saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu,” tulisnya ringkas.
Ternyata perkongsian Puteri Sarah itu mengejutkan ramai pihak sehingga memintanya untuk terus kuat dan tabah mengharungi dugaan hidup ini.
Ads
Dalam masa yang sama, Sarah menerusi Insta Stories meluahkan rasa kecewanya dan malu dengan sikap tidak matang yang ditunjukkan Syamsul Yusof bagi pihak dua anak mereka, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Minta Syamsul Yusof Lepaskannya
Hantaran itu dipercayai dibuat selepas Syamsul mendoakan ketenangan buat kedua-dua isterinya pada pagi ini.
“Saya cuba untuk tidak memberikan respon di atas apa-apa perkongsian tetapi berasa sangat kecewa dan malu bagi pihak keluarga serta anak-anak.
Ads
“Hal ini kerana saya tidak dapat mengawal sepenuhnya anak-anak untuk menggunakan telefon dan melihat apa yang telah beredar di media sosial.
“Jaga sensitiviti terhadap anak-anak dan keluarga awak. Malunya ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni,” tulisnya.
Terdahulu, Syamsul pada 6 Januari lalu memaklumkan telah pun menikahi Ira Kazar dengan diwalikan Kazar Saisi di Thailand.
‘KJ pilih nama Jibreil Ali, Timor, Raif Averroes sebab unik&bawa maksud baik.’ Begini caranya namakan anak ikut islam. Setiap daripada kita disarankan untuk menamakan anak yang baik-baik setelah dia dilahirkan.
Begitu juga kisahnya Khairy Jamaluddin atau KJ berkongsi inspirasi di sebalik setiap nama anak-anaknya.
Baru-baru ini Khairy Jamaluddin sekali lagi menjadi tumpuan warga Malaysia apabila menerima tawaran menjadi DJ di Hot FM minggu lalu.
Dalam masa yang sama, KJ sekali lagi viral di media sosial apabila menjadi tetamu dalam program Kerusi DJ Nazz, Molek FM.
Selain perihal politik, menerusi sesi temubual tersebut, DJ Nazz turut bertanya tentang keunikan nama anak-anak KJ iaitu Jibreil Ali Jamaluddin, Timor Abdullah Jamaluddin dan Raif Averroes Jamaluddin. KJ mengakui setiap nama-nama itu mempunyai sebabnya tersendiri.
“Jibreil Ali dinamakan selepas Malaikat Gabriel, Ali pula diambil daripada nama pak cik isteri saya. Jadi nama itu sangat bermakna dan dia (Jibreil Ali) merupakan anak pertama kami.
“Ramai yang kata ‘Timor’ itu diambil daripada ‘Amir Timur’, seorang pejuang daripada Uzbekistan. Sebenarnya tidak, kami sukakan bunyi nama itu dan ‘Abdullah’ diambil daripada datuknya, ‘Pak Lah’.
“Raif (Rev) tiada sebab. Kami cuma sukakan nama itu. Dan ‘Averroes’ sudah tentu diambil daripada ‘Ibnu Averroes’, seorang pemikir yang saya hormati,” terang KJ kepada DJ Nazz.
Selain menjadi DJ di Hot FM, KJ juga kini memegang dua portfolio di kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai Penasihat Belia Johor dan Lembaga Pengarah JDT.
Melalui perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dalam Islam, tatkala anak dilahirkan, maka hendaklah ibu bapa menamakan anaknya.
Dengan nama yang baik dan nama yang tidak dihambakan selain kepada Allah SWT. Begitu juga, nama yang tidak ada unsur takabbur, bongkak dan yang buruk.
Justeru menamakan dengan nama yang baik adalah digalakkan kerana ianya merupakan doa dan akan diseru pada Hari Kiamat kelak.
Daripada Abi al-Darda’ R.A, Rasulullah SAW bersabda: إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ
Maksudnya: Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu. Riwayat Abu Daud (4948) Berdasarkan persoalan di atas, selama mana nama tidak diertikan dengan sebarang bentuk syirik atau seperti yang dinyatakan di atas, maka hukumnya adalah dibolehkan. Inilah pendapat kebanyakan fuqaha’ sekalipun nama yang afdhal dengan dihambakan kepada Allah atau yang dipuji.
Daripada Ibn Umar R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِنَّ أَحَبَّ أَسْمَائِكُمْ إِلَى اللَّهِ عَبْدُ اللَّهِ ، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ
Maksudnya: Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abd al-Rahman.
Riwayat Muslim (6/169), Abu Daud (2/307), al-Tirmizi (4/29),
al-Nasa’ie (2/119), Ibn Majah (2/404), al-Darimi (2/294),
Ahmad (4774) dan al-Hakim (4/274)
Seorang Muslim dibenarkan menamakan anak lelaki ataupun anak perempuan, sama ada dengan nama Arab ataupun nama bukan Arab.
Walaupun begitu, kami cadangkan berilah nama yang baik dan tiada sebarang unsur syirik serta ada harapan dan doa untuk anak yang kita namakan itu.
Kami juga sarankan agar nama-nama yang diberikan perlu terbeza daripada nama yang bukan Islam. Begitu juga dengan penggunaan bin atau binti amat patut dikekalkan. Ini sesuai dengan budaya yang telah kita fahami sejak sekian lama.
Tujuannya supaya tidak menimbulkan sebarang persoalan dan pertanyaan adakah seseorang ini Islam atau tidak, tetapi dengan hanya disebut nama maka akan diketahui seseorang itu Islam atau sebaliknya.
Setiap orang pasti mati, tetapi bila dan bagaimana hanya Allah yang tahu. Ada pelbagai cara nyawa diambil dan salah satu ketika sedang solat menghadapNya.
Perkongsian di laman sosial Facebook Zayan FM memberitahu kematian yang dicemburui di mana satu kejadian yang berlaku di Kluang johor.
Seorang waega emas, Zakaria Suriat, 60 tahun disahkan meninggal dunia ketika sedang menyempurnakan solat Maghrib di Addauliah, Taman Permata Kluang Johor, pada tarikh 15.12.2019.
Arwah yang menjadi makmun di saf pertama dan apabila masuk rakaat kedua ketika ingin sujud, arwah seperti tidak bermaya dengan keadaan nafas yang kencang. Arwah dikatakan sujud di rakaat kedua dan tidak bangun-bangun selepas itu.
Jemaah lain yang turut sama tidak menduga apa berlaku sehinggalah semuanya selesai solat. Selesai solat mereka cuba membantu tetapi dirinya sudah dipanggil Allah.
Betapa kematiannya dicemburui kerana perginya ketika pada sujud ketika bertemu PencintaNya. Sebelum itu arwah dikatakan tidak ada sebarang tanda sakit sebelum mendirikan solat di surau berkenaan.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un…
KEMATIAN yang dicemburui. Itu yang berlaku ke atas Zakaria bin Suriat atau dikenali dengan panggilan Pak Ya , 60 an, apabila disahkan meninggal dunia ketika solat Maghrib di Surau Addauliah, Taman Permata Kluang Johor, semalam pada tarikh 15.12.2019
Dalam kejadian 7.20 malam itu Allahyarham menjadi makmun di saf pertama. Apabila tiba rakaat kedua, semasa ingin sujud, Allahyarham macam tidak bermaya dengan nafas yang kencang. Allahyarham sujud di rakaat kedua dan tidak bangun². Jemaah lain duduk tahiyat awal dan tidak menduga apa yang berlaku sehingga semuanya selesai solat. Apabila selesai solat para jemaah cuba membantu beliau. Tetapi semuanya sdh berakhir perginya dalam sujud utk betemu penciptanya.
Allahyarham tidak menunjukan sebarang tanda sakit pada dirinya sebelum mendirikan solat maghrib di surau tersebut.
Sumber fb Abe Dee
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Salah satu menu makanan yang sangat menambat selera adalah ikan percik. Kalau boleh setiap hari mahu menyediakan hidangan ini untuk berbuka puasa.
Malah hidangan percik ini juga sangat popular untuk mereka yang tinggal di Pantai Timur dan wajib ada setiap kali berbuka.
Perkongsian dalam Facebook Afy Al Habibi memberitahu cara membuat ikan percik proses bermula dari perapan hinggalah kuahnya.
Cikgu pilih untuk berkongsi semula resepi ikan percik warisan keluarga cikgu. Cikgu rasa rugi pula kalau tak tunjuk langkah masak satu persatu. Sebab cikgu tengok bulan puasa kali ini makin ramai yang cari balik resepi cikgu sayang ni.
Cikgu buat ikan percik tu betul-betul duduk bersila berguru depan mak. Resepi yang sememangnya turun temurun dari emak. Tak ada rahsia yang disembunyikan. Cikgu belajar masa balik kampung dua tahun lepas. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya.
Kalau nak buat ayam percik ada cara berbeza. Nanti cikgu kongsi lagi lain kali.
Yang pasti kawan yang sudah cuba resepi ini mereka suka sangat. Cikgu lebih suka percik warna merah dari putih. Bezanya satu sahaja. Boleh baca dekat gambar di bawah.
Musim bulan puasa bazar di Kelantan memang tersohorlah menu percik ni. Jadi puasa dalam tempoh pkp sekarang bolehlah kawan cikgu cuba buat sendiri.
Ikut sahaja semua langkah cikgu bagi.
Mesti menjadi dengan sedapnya. Boleh follow cikgu untuk resepi lengkap yang lain.
Terima kasih emak kongsi resepi paling enak!
Semoga bermanfaat.
Ikan Kembung 5 ekor ( basuh bersih dan kelar ikan)
– 2 batang serai – 5 ulas bawang putih – 1 inci halia – 1 1/2 inci kunyit hidup ( Semua bahan di hiris nipis)
Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal atau jenama lain. Kisar hingga lumat.
Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
Bahan untuk kuah percik
– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Kisar semua bahan hingga lumat.
Masukkan bahan kisar dalam periuk.
Tambahkan sekali 6 senduk santan segera.
( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa)
Tambahkan 1 senduk air kosong.
Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar ( kisar sendiri)
Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik.
Nak buat warna percik putih maka tak perlulah letak cili kisar. Itu bezanya. Pada warna sahaja.
Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan. Perahkan sehiris limau nipis.
Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit serbuk perasa Hilal atau jenama lain
* kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
Tutup api setelah kuah berbuih mendidih. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
Bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
Sendukkan kuah percik tadi dan ratakan atas badan ikan. Salutkan dua kali untuk hasil yang cantik.
Masa ni memang tak tahan bau kuah yang disalai sekaili atas bara api. Nikmat yang tak dapat diucapkan. Haa
Siap. Nampak sedap kan?
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?