Sering kali kita mendengar penganut agama lain mendapat hidayah selepas mendengar kebaikan tentang agama Islam. Lalu mereka mengucap dua kalimah syahadah sebagai bukti pengislaman.

Dalam sudut pengertian Islam, hidayah (Bahasa Arab: هداية) bermakna, dari segi bahasa ianya adalah "petunjuk" atau "hadiah", manakala dari segi istilah ialah petunjuk Allah ke arah kebenaran. Allah menganugerahkan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya agar beriman dan mentaati perintahnya.

Firman Allah:

فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ

Ertinya:- Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. (Surah Al-An'aam: 125)

Lalu, kalau bukan beragama Islam menerima hidayah dari Allah, adakah kita dilahirkan sebagai beragama Islam masih memerlukan hidayah dari Allah?

Ya, kerana hidayah itu sesuatu yang sangat berharga. Ini kerana manusia memerlukan hidayah dari Allah dalam kehidupannya. Keperluan hidayah jauh lebih besar dari makanan dan minuman.

IKLAN

Ada beberapa dalil baik dari Al-Quran dan hadith yang menjelaskan mengapa manusia dituntut sentiasa meminta hidayah dari Allah.

وَوَجَدَكَ ضَآ لًّا فَهَدٰى

“Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kebingungan, lalu Dia memberikan petunjuk.” (QS Ad-Dhuha: 7).

Maksud ayat ini adalah, semula Rasulullah SAW belum menyedari tentang wahyu yang akan diturunkan kepada beliau. Hal ini sebagaimana penegasan ayat lainnya iaitu:-

IKLAN

وَكَذٰلِكَ اَوۡحَيۡنَاۤ اِلَيۡكَ رُوۡحًا مِّنۡ اَمۡرِنَا‌ ؕ مَا كُنۡتَ تَدۡرِىۡ مَا الۡكِتٰبُ وَلَا الۡاِيۡمَانُ وَلٰـكِنۡ جَعَلۡنٰهُ نُوۡرًا نَّهۡدِىۡ بِهٖ مَنۡ نَّشَآءُ مِنۡ عِبَادِنَا‌ ؕ وَاِنَّكَ لَتَهۡدِىۡۤ اِلٰى صِرَاطٍ مُّسۡتَقِيۡمٍۙ

“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) rµh (Al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya engkau tidaklah mengetahui apakah Kitab (Al-Quran) dan apakah iman itu, tetapi Kami jadikan Al-Quran itu cahaya, dengan itu Kami memberi petunjuk siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sungguh, engkau benar-benar membimbing (manusia) kepada jalan yang lurus.” (QS Asy-Syura: 52).

Dalam sebuah hadits qudsi disebutkan, bahawa Allah SWT berfirman:

IKLAN

يا عبادي كلكم ضال إلا من هديته، فاستهدوني أهدكم

“Wahai hamba-Ku, kalian semua itu sebenarnya sesat kecuali Aku berikan petunjuk, maka mintalah petunjuk kepada-Ku, Aku akan berikan hidayah.”
Umat Islam juga sentiasa dituntut memohon petunjuk jalan yang lurus kepada Allah SWT dalam setiap solatnya. Ini terkandung dalam surat yang wajib dibaca ketika solat yakni Al-Fatihah.

Allah SWT berfirman:-

{اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ}

Terkait hidayah, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Seorang hamba sentiasa keperluannya sangat mendesak terhadap kandungan doa (dalam ayat) ini, kerana sesungguhnya tidak ada keselamatan dari seksa (neraka) dan pencapaian kebahagiaan (yang abadi di syurga) kecuali dengan hidayah (dari Allah SWT) ini. Maka barang siapa yang tidak mendapatkan hidayah ini bererti dia termasuk orang-orang yang dimurkai Allah (seperti orang-orang Yahudi) atau orang-orang yang tersesat (seperti orang-orang Nasrani.”

Sumber : ISLAMWEB

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI