Hidayah itu adalah ‘rezeki’. Dan untuk memperoleh rezeki itu harus bermodalkan usaha dan kerja keras.

Allah SWT berfirman dalam QS Adz-Dzariyat ayat 22-23:

وَفِي السَّمَاءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ (22) فَوَرَبِّ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ إِنَّهُ لَحَقٌّ مِثْلَ مَا أَنَّكُمْ تَنْطِقُونَ

“Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu. (22) Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan.(23)”

Begitu juga dengan hidayah untuk berhijab, tidak perlu menunda sesuatu niat yang baik kerana kita tidak tahu bila ajal akan datang menjemput. Apabila sudah tergerak hati, maka segeralah lakukannya.

Dalam perkongsian di Instagram milik pelawak Fad Bocey, isterinya, Syaheera berkongsi status panjang yang dia kini sudah pun berhijab sejak pertengahan Januari lalu. Berikut catatan panjang lebar Syaheera.


Bermula episod baru, tak la niat tulis untuk tunjuk baik tapi sekadar nak berkongsi. Sebenarnya niat dah lama. Dan dah lama saya kumpul tudung. Tapi biasala iman kita turun naik, kadang tengok orang cantiknya bertudung. Tapi bila pakai rasa macam tak yakin. MashaAllah bukan mudah istiqamah tu.

Tapi satu masa tu hampir setiap hari, saya selalu dalam keadaan resah. Kalau ke mana-mana mesti otak fikir kalau eksiden mati macam mana. Sampaikan setiap hari mimpi kiamat. Mimpi family satu, satu tinggalkan saya. Saya selalu cerita dengan Fad saya mimpi buruk tapi without no reaction from him saya jadi tertanya tanya kenapa rasa ni buatkan saya resah tak berhenti fikir. Sampai la satu hari tu saya dapat satu mimpi yang memang saya takut untuk terima.

Setiap Hari Mimpi Kiamat, Isteri Fad Bocey Akhirnya Nekad Berhijab

Saya mimpi saya mati tinggalkan anak-anak. Bila bangun rasa sedih rasa sayu sebab kita yang setiap pagi mandikan anak-anak, siapkn anak-anak pegi school, hantar school, balik masak untuk anak suami dan pastikan semuanya kenyang dan tak lapar. Tapi kalau saya tak ada nanti sapa yang akan buatkan semua tu (jangan berani nak kahwin lain).

Anak-anak sapa yang akan uruskan. Takut sangat walhal jalan yang Allah tulis kita kena reda terima semuanya. Lama saya cari apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan. Pernah dekat satu tempat tu saya masuk dalam keadaan aurat tak sempurna untuk solat, dan banyak mata yang pandang pelik. Tapi abaikan sebab Allah tau niat kita.

Lepas solat saya akan baca al-Quran yang ada terjemahan supaya saya dapat cari apa yang kurang dalam diri. Saya selalu refer kawan-kawan. Salah sorangnya @syashamsul. Dia selalu cakap slow-slow. Bukannya nak cakap pakai tudung ni kita dah jadi cukup baik, cukup sempurna tapi bila kita bertudung moga kita ke arah yang lebih baik.

Setiap Hari Mimpi Kiamat, Isteri Fad Bocey Akhirnya Nekad Berhijab

Tak ada satu pun manusia sempurna tapi kita cuba la untuk cari kesempurnaan tu. Tak ada paksaan dari suami tapi kenapa kita sebagai isteri tak boleh korbankan benda tu. Satu ceramah yang saya dengar dari youtube, tidak akan cium bau syurga bagi seorang wanita yang tidak menutup auratnya. Saya masih belajar dan belum sempurna menutup aurat

Moga ada yang dapat bimbing saya. Ramai sangat yang dm, yang whatsapp. Semuanya bagi semangat. Tak tau nak cakap rasa tu, macam ramainya yang sayang kita sebenarnya. 19 Januari, hari first saya bertudung sepenuhnya. Satu rasa yang tak tau nak gambarkan tapi hati tu rasa lapang, rasa luas, rasa lega. Doakan saya terus istiqamah.

https://www.instagram.com/p/BtkdQ9Ngu6V/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Bagi Fad Bocey pula, dia bersyukur apabila isterinya, Syaheera kini sudah berubah dengan penampilan berhijab. Menurut Fad, hatinya kini semakin tenang.

“Syukur alhamdulillah, tenang hatiku,” tulisnya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Fad memuat naik foto isterinya yang bertudung hitam sedang tersenyum.

https://www.instagram.com/p/Bs4vzmtg8_t/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Kita doakan agar isteri Fad terus istiqamah untuk berhijab. Aamiin…

Sumber kredit: Instargram Fad & Syaheera

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI