Solat itu tiang agama. Tidak kira di mana berada atau apa jua situasi suruhan yang satu ini wajib kita tunaikan.

Sebagai manusia normal yang sempurna, alangkah bertuahnya kalau kita dapat menyempurnakan solat dengan sempurna tanpa ada halangan.

Tetapi bagaimana jika fizikal kita tidak sempurna. Adakah tidak perlu menyempurnakan rukun Islam ini atau menangguhkan disebabkan masalh itu. Solat itu perlu dilakukan bila masuk waktunya tanpa ada alasan ‘nanti lah’ atau ‘kejap lagi’.

“Solatlah Bila Ada Peluang, Bila Dah Cacat Rindu Nak Sujud PadaMu” – Kisah Sedih Lelaki Ini Yang Hilang Nikmat Sihat Akibat Kemalangan
Gambar sekadar hiasan.

Satu perkongsian di laman sosial meceritakan kisah di mana seorang pemuda yang terkenang saat terakhir dia dapat merasa sujud seperti orang lain dua tahun lalu dan selepas itu dia mengalami kecacatan kekal.

Situasi ini di mana, dia tidak boleh bengkokkan lutut kanan buat selama-lamanya. Dan sejak itu dia hanya mempu sembahyang baring dan akhirnya duduk di atas kerusi.

Menurutnya dia bukan mahu mengeluh mengenang kesukaran untuknya bersolat tetapi sekadar berkongsi kepada semua betapa sukarnya untuk bersolat apabila Tuhan sudah tarik nikmat kesihatan.

Apa yang lebih menyedihkan apabila dia teringin untuk bersujud, menyembah Allah meletakkan kepala di atas lantai untuk beritahu kita sayang padaNya dan takut padaNya. Dalam pada itu dia dapat merasa betapa menyesalnya tidak sembahyang banyak-banyak ketika sihat dulu.

Justeru dia menasihati teman-teman lain agar bersolatlah bila ada peluang. Sujudlah sementara boleh.

Pengalamannya duduk di wad memberi keinsafan bila orang lain melihat dia bersolat dan teringin untuk bersolat, tetapi bila sudah sakit, baru nak mula sembahyang memang payah.

Pesannya masih belum terlambat untuk bersolat dan janganlah menunggu hari tua barulah nak mula bersolat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on


Kali terakhir saya dapat merasa sujud seperti orang ramai adalah pada 10th Feb 2017 di Masjid Dato Haji Kamaruddin Seksyen 51A Petaling Jaya. Tiga jam selepas itu saya kemalangan dilanggar kereta dan saya sudah cacat kekal dan tak boleh bengkok kan lutut kanan buat selamanya.

Sejak dari itu saya hanya sembahyang sambil baring, mengiring dan akhirnya duduk di atas kerusi. Pernah bila tak ada kerusi di satu-satu tempat saya duduk jugak lah kat atas apa pun. Saya pernah duduk atas tangga, atas pasu bunga dan pernah duduk atas tingkap (Masjid Tokyo Camii di Jepun).

Pernah jugak lansung tak ada benda nak duduk saya hanya bersandar sambil mencangkung macam leg day punya training tu. Bukan saya nak mengeluh, tapi saya cuma nak berkongsi kepada anda bagaimana susahnya nak solat bila Tuhan dah tarik nikmat kesihatan. Yang lebih menyedihkan, bila dah tak boleh nak sujud ni, kita teringin rasa nak sujud.

Teringin nak sembah Allah, nak letak kepala kita di lantai. Nak bagitahu Dia kita sayang kat Dia, kita takut kat Dia. Menyesal dulu tak sembahyang banyak-banyak. Saya harap kawan-kawan tak jadi macam saya. Solat lah sementara ada peluang. Sujud lah sementara boleh ni. Saya dah merasa hidup dalam wad lama, dan bila saya sembahyang, orang yang tengok saya sembahyang dia pun teringin nak sembahyang jugak.

Bila kita baca Quran dia cakap sedap. Padahal saya baca tak sedap pun. Saya tahu mereka rindu nak baca Quran tapi tak reti. Nak sembahyang tapi dah terlambat. Kalau dah sakit baru nak start sembahyang memang susah.

Dah terlambat sangat. Kami semua yang dah merasai kesakitan ini sekarang dah tahu erti penyesalan. Tapi kami masih belum terlambat kerana Tuhan dah bagi kami peluang kedua walaupun bukan semua yang dapat. Harapan kami agar anda tidak perlu lah menunggu hari tua baru nak mula sembahyang. #IndahDihati

Kredit Joe Bundle

Perkongsian ini juga di laman Instagram Zayan ini juga turut mendapat perhatian warganet. Malah ada yang turut berkongsi kisah mereka yang turut mengalami masalah yang sama.

izzizacx Allahu.. kita serupa. kaki kanan x dapat lipat ketika sujud dan duduk antara dua sujud.. masa menunaikan umrah bulan lepas…. alhamdulillah d madinah dan mekah ada kerusi yg disediakan.memudahkan ibadah d sana… syukur…

jamilahomd Terima kasih di atas peringatan ini. Sungguh menyentuh hati. Sesungguhnya Nikmat Allah tidak terhitung.

chekmonek Yup.. bila tak dapat sujud sedih sgt. 2016 mujur tak lumpuh time tu.. Alhamdulillah Allah telah kurniakan kesembuhan semula

maimunah_arshad Maa shaa Allah… Hebatnya tuan… tetap taat dlm kepayahan.. Moga Allah kurniakn SyurgaNya buat tuan..aminn.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI