Suami Beri Pilihan Kepada Isteri Untuk Ceraikan Diri Sendiri, Boleh Ke?
Konflik rumah tangga yang berlaku memungkinkan perkara ini berlaku. Bila mana suami sendiri memberi pilihan sama ada isteri mahu bercerai atau tidak. Tapi dalam Islam bagaimana pula hukumnya?
Penjelasan perkara ini diperincikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui AL-KAFI #1909: BOLEHKAH SUAMI MEMBERI PILIHAN KEPADA ISTERI UNTUK MENCERAIKAN DIRINYA SENDIRI?
Hukum Suami Beri Pilihan Kepada Isteri Untuk Ceraikan Diri Sendiri
Menurut hukum Islam, kuasa menjatuhkan talak pada asalnya berada pada tangan suami, berdasarkan firman Allah SWT;
Maksudnya: Wahai Nabi! Apabila kamu – (engkau dan umatmu) – hendak menceraikan isteri-isteri kamu, maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan iddah mereka, dan hitunglah masa iddah itu dengan betul. Surah al-Talaq (1)
Ads
Menurut para ulama mazhab Syafie seperti Imam al-Khatib al-Syarbini dan Imam Syamsuddin al-Ramli, para ulama telah bersepakat bahawa diharuskan bagi suami untuk memberi pilihan kepada isteri untuk menceraikan dirinya sendiri.
Contohnya jika dia berkata kepada isterinya: “Talaklah diri kamu sendiri ( طَلِّقِي نَفْسَكِ ).”
Persoalan ini dibahaskan oleh para ulama dalam bab tafwidh al-talaq (تفويض الطلاق). Ia berdasarkan perbuatan Rasulullah ﷺ sendiri yang telah memberi pilihan kepada isteri-isteri Baginda, sama ada untuk memilih dunia atau memilih untuk hidup bersama Baginda, seperti firman Allah SWT:
Maksudnya: Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut’ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. Surah al-Ahzab (28)
Boleh serahkan talak dengan syarat
Maka berdasarkan hal ini, suami boleh menyerahkan hak talak kepada isteri, dan si isteri mestilah terus membuat keputusan pada waktu itu juga. Jika isteri tersebut menangguhkan keputusan, maka talak tidak jatuh.
Ads
Namun jika suami berkata: “Talaklah diri kamu sendiri pada bila-bila masa yang kamu mahu”, maka isteri boleh berbuat demikian pada masa yang dia mahu, dan talak akan jatuh selagi suami tidak menarik kembali pilihan tersebut.
Perincian hukum
Dalam pada itu terdapat juga perincian hukum lain yang berkaitan yang dinyatakan oleh para ulama, iaitu:
Talak juga akan jatuh jika lafaz suami dan isteri itu diucapkan dalam bentuk lafaz soreh, contohnya suami berkata “talakkanlah dirimu sendiri” atau secara lafaz kinayah jika disertai dengan niat, contohnya suami berkata “Pisahkanlah dirimu daripadaku.”
Tidak sah meletakkan taklik pada tafwidh talak tersebut contohnya jika suami berkata: “Jika tiba Ramadhan” atau “jika tiba hari esok” atau “jika Zaid datang”, maka talaklah diri kamu sendiri.
Selain itu, suami juga berhak untuk menarik kembali pilihan yang yang diberikan sebelum isterinya membuat keputusan, dan dalam keadaan tersebut batallah tafwidh talak tersebut.
Ambil air sembahyang tanpa tanggalkan mekap, sah atau tidak wuduk? Iyalah tujuan ambil air sembahyang adalah untuk mendirikan solat.
Adakah sah wuduk sekiranya seseorang itu tidak menanggalkan krim atau pelembap muka terlebih dahulu sebelum mengambil wuduk, tetapi hanya menanggalkan krim,pelembap tersebut ketika sedang berwuduk?
Maksudnya:
“Kami pulang bersama-sama Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah. Apabila kami sampai ke kawasan air di pertengahan jalan, sekumpulan orang bergegas untuk bersolat Asar. Lalu mereka berwuduk secara tergesa-gesa. Kami pun menghampiri mereka dan dapati buku lali mereka tidak dibasahi air.
Lantas Rasulullah SAW bersabda: Celakalah buku lali mereka daripada api neraka (penyebab mereka masuk ke neraka)! Oleh itu, berwuduklah kamu dengan sempurna.”
(Sahih Muslim: 241)
Syeikh Ali al-Qari menyebut:
وفيه دليل على وجوب غسل الرجلين على وجه الاستيعاب وهو المنقول من فعله – صلى الله عليه وسلم – ومن فعل الصحابة رضي الله تعالى عنهم أجمعين
Maksudnya:
“Pada hadis ini terdapat dalil kewajipan membasuh kedua-dua kaki secara meliputi (menyampaikan air kepada keseluruhan bahagian kaki yang wajib dibasuh), dan perkara ini diambil daripada perbuatan Nabi SAW dan perbuatan para sahabat RA.” (Rujuk Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masobih, jil. 2 hlm.110)
Para fuqaha’ telah bersepakat bahawa kewujudan sesuatu benda pada anggota wuduk atau anggota mandi wajib yang menghalang sampainya air kepada kulit, menghalang sahnya wuduk dan mandi wajib tersebut.
Oleh sebab itu, antara syarat wuduk ialah menghilangkan perkara yang menghalang air mengenai kulit, sama ada minyak tepu, lilin dan seumpamanya.
Syarat ini disepakati oleh 4 Mazhab yang muktabar. (Rujuk; al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, jilid 2 halaman 282 dan Mausu’ah Ahkam al-Thahahrah, halaman 71)
Imam al-Nawawi menyebut dalam kitab al-Majmu’:
إذا كان على بعض أعضائه شمع أو عجين أو حناء وأشباه ذلك، فمَنَعَ وصولَ الماء إلى شيء من العضو؛ لم تصحَّ طهارته، سواء كثر ذلك أم قلَّ، ولو بقي على اليد وغيرها أثر الحناء ولونه دون عينه أو أثر دهن مائع بحيث يمس الماء بشرة العضو ويجري عليها لكن لا يثبت؛ صحَّت طهارته
Maksudnya:
“Jika sekiranya di atas sebahagian anggota badannya terdapat lilin, tepung atau inai dan seumpamanya, yang mana ia menghalang air daripada sampai kepada anggota tersebut, maka tidak sah taharahnya, sama ada benda itu sedikit ataupun banyak. Namun, jika di atas tangannya atau pada anggota badan yang lain masih tersisa kesan inai dan warnanya tanpa zatnya, atau kesan minyak yang cair yang mana air akan menyentuhi kulit anggota badan tersebut, dengan mengalir dan tidak melekat, maka sah taharahnya itu.” (Rujuk; al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jilid 1 halaman 464)
Perkara ini dijelaskan dalam kitab Taqrirat al-Sadidah, bahawa yang dimaksudkan dengan bebas daripada perkara yang menghalang sampainya air ke anggota wuduk ialah tidak terdapat jirim pada anggota wuduk yang menghalang sampainya air.
Maksudnya, tidak terdapat sesuatu zat atau benda asing pada anggota wuduk yang kalis atau tidak telap air, adapun kesan yang ditinggalkan daripada zat tersebut, seperti kesan minyak yang cair dan warna inai pada jari seperti yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi, maka ia tidak menghalang sampainya air.
Begitu juga keadaannya dengan dakwat pen, kerana ia tidak menghalang sampainya air kepada kulit. (Rujuk; Taqrirat al-Sadidah Qism al-Ibadah, hlm. 95)
Setiap perbuatan rukun yang telah disebutkan, bilangan yang dituntut hanyalah sekali sahaja, namun dengan syarat ia melakukan dengan sempurna, iaitu dapat meliputi seluruh bahagian anggota wuduk dengan sekali basuhan atau sapuan.
Sekiranya dengan satu kali perbuatan (basuhan atau sapuan) tidak berjaya meliputi keseluruhan anggota yang wajib dikenakan air, maka wajib melakukannya untuk kali kedua hingga kesemua bahagian anggota berjaya diliputi air.
Namun yang dituntut adalah melakukannya sebanyak tiga kali, iaitu perbuatan pertama sebagai perbuatan wajib, dan perbuatan kedua hingga ketiga adalah perbuatan sunat.
Basuhan atau sapuan pertama diukur apabila berjaya meliputi keseluruhan anggota, sekiranya seseorang memerlukan sehingga dua kali untuk berjaya meliputi, maka dua kali perbuatan itu dianggap sebagai satu perbuatan.
Adapun melakukan kurang daripada tiga kali (iaitu sebanyak dua kali, dalam keadaan perbuatan pertama sudah berjaya meliputi keseluruhan anggota), atau lebih daripada tiga kali (dalam keadaan keseluruhan anggota telah berjaya diliputi), maka hukumnya makruh, dan sah wuduknya. (Rujuk; al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jilid 1 halaman 441-443)
Berkaitan dengan soalan yang diajukan, perkara utama yang perlu diperhatikan ialah; adakah air sampai kepada keseluruhan anggota wuduk?
Bagi memastikan perkara ini berjaya dilakukan, ia boleh dilakukan dengan apa sahaja cara sekalipun asalkan tujuan tercapai, iaitu menyampaikan air ke anggota wuduk.
Justeru, sekiranya menanggalkan krim atau pelembap muka terlebih dahulu, sehingga air dapat disampaikan kepada keseluruhan anggota wuduk, maka telah terlaksana kewajipan berwuduk.
Adapun sekiranya membasuh tanpa menanggalkan krim/pelembap muka terlebih dahulu, sekiranya basuhan pertama hanya menghilangkan krim/pelembap muka tetapi tidak menyampaikan air kepada kulit, wajib membasuh lagi hingga air berjaya sampai ke kulit.
Setelah air berjaya sampai ke kulit baru dianggap telah melakukan basuhan atau sapuan wajib (walaupun sebenarnya melakukan dua kali atau lebih perbuatan) dan wuduknya sah. Jika krim/pelembap muka tetap ada dan menghalang air sampai ke kulit, maka tidak sah wuduk itu.
Oleh itu, kami mencadangkan agar dihilangkan terlebih dahulu krim/pelembap muka kerana ia lebih berkemungkinan dan diyakini dapat memastikan kita melaksanakan wuduk dengan sempurna.
Apatah lagi telah jelas dalam hadis-hadis berkenaan orang yang tidak menyempurnakan wuduk dengan ancamannya, maka sangat wajar untuk berhati-hati dan berusaha agar kita tidak tertinggal kawasan yang sepatutnya dikenakan atau disampaikan air.
Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala titah perintah-Nya.
Solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Perintah mendirikan solat ini telahpun bermula semenjak berlakunya satu peristiwa besar di dalam Islam yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-2 yang bermaksud: “Benar-benar sangat beruntung orang-orang beriman. Yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.”
Masa yang sama, kita disarankan sentiasa berwuduk kerana orang yang sentiasa berwuduk akan didoakan oleh para malaikat supaya dirahmati dan diampuni Allah. Malah orang yang sentiasa dalam keadaan berwuduk dapat menghindari dari terkena panahan Ain yang jahat.
Dipetik dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, timbul satu pertanyaan manakah lebih afdal, menjaga wuduk atau mengambil wuduk baru untuk solat seterusnya?
Menjaga wuduk dan sentiasa dalam keadaan berwuduk ialah satu perbuatan yang terpuji kerana kita dapat bersedia dan lebih mudah untuk menunaikan ibadah sama ada ibadah fardhu atau sunat.
Jika kita menjaga wuduk sehingga ke solat fardhu seterusnya, memadai untuk kita menggunakan wuduk yang sama untuk solat tersebut. Walau bagaimanapun, disunatkan untuk kita memperbaharui wuduk walaupun kita masih lagi dalam keadaan berwuduk kerana ia merupakan sunnah dan kebiasaan yang diamalkan Rasulullah SAW.
Oleh itu, mengambil wuduk baharu bagi solat fardhu adalah lebih afdhal dan lebih baik kerana perbuatan tersebut termasuk dalam kelebihan orang yang banyak berwuduk di dalam hadith. Selain itu, kaedah fiqh menyebutkan bahawa sesiapa yang lebih banyak perbuatan ibadahnya, maka lebih kelebihan dan pahalanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Sunat bayi perempuan dalam islam wajib.’ Sengaja cipta isu, khitan cara Islam insyallah selamat. Khitan wanita tidak perlu dipolemikkan! Tiap-tiap tahun mesti timbul desakan ini. Saranan pengharaman adalah berdasarkan kajian.
Namun dalam persidangan sebelum ini, pihak Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) terbuka mendengar kajian untuk melihat sejauh mana mudharat praktis yang diamalkan di Malaysia tapi setakat ini pandangan ini turut disangkal oleh pengamal perubatan yang lain.
Ikuti perkongsian Persatuan Ulama’ Malaysia sekali lagi menegaskan hukum khitan bagi bayi perempuan:
Persatuan Ulama Malaysia telah mengadakan sidang meja bulat dengan pakar-pakar yang dijemput untuk membincangkan mengenai isu khitan wanita (kanak-kanak perempuan).
Ia diadakan dua tahun yang lalu iaitu pada 9 Feb 2021. Dalam sidang ini, terdapat pelbagai pandangan yang dikemukakan.
Ada yang tidak bersetuju dengan hujahan-hujahannya, ada yang bersetuju juga dengan hujahan masing-masing.
Secara ringkasnya, PUM berpandangan isu ini tidak perlu dipolemikkan. Pandangan yang membolehkannya (mewajibkannya) masih lagi kuat. Ia tidak sama dengan FGM yang dibimbangi barat.
Muzakarah Fatwa Kebangsaan dalam isu ini telah ada sejak 2009 lagi. Ia perlu dihormati. Jika terdapat keperluan kajian semula, maka ia perlu pandangan pakar (perubatan & syariah).
Berasaskan sidang meja bulat yang dianjurkan PUM pada tahun 2021 tersebut, PUM telah mengeluarkan resolusi sebagai panduan kepada semua dalam melihat isu ini.
Kashoorga: Khatan bayi perempuan akan menjadikan seseorang wanita itu lebih bersih dan membawa kepada kesempurnaan agama. “Khatan ialah sunnah bagi lelaki dan kemuliaan bagi Wanita”
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.