Setiap wanita Muslimah pasti mengimpikan syurga Allah. Panduan untuk mendapatkan apa yang dihajati ini hanya melalui empat rahsia. Jika keempat-empat rahsia ini dilaksanakan, insya-Allah, syurga sedang menantimu.
1 – Solat Fardu 5 Waktu
Jika anda patuh perintah ini tanpa gagal, tahniah, anda sudah mendapat merit untuk masuk ke syurga. Bayangkan jika anda solat pada penghujung waktu atau solat dalam keadaan yang tergesa-gesa, bagaimana anda ‘berani-berani’ nak minta syurga daripada Allah? Berikan kesempurnaan pada ibadah paling utama ini dahulu dan mohonlah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.
2 – Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Ads
Anda bermula dengan sebuah niat, kemudian anda berusaha menahan diri daripada makan dan minum, akhir sekali berbuka puasa. Mungkin orang yang tidak faham Islam, tidak akan nampak bahawa ini ialah latihan rohani dan jasmani untuk ahli syurga seperti anda.
Puasa selama sebulan berturut-turut bukan sahaja melatih ‘otot’ kesabaran dalam hati, tetapi menyihatkan tubuh badan secara semula jadi.
Ads
3 – Menjaga Kehormatan Diri
Wanita, anda memang golongan penduduk bumi yang dilindungi. Hijab dan pakaian labuh/longgar bukan sahaja menutup aurat diri, tetapi membalut hati anda daripada perkara kemungkaran secara sendiri. Pakaian Muslimah yang mengikut syariat itulah pakaian buat wanita syurga di atas dunia.
Ads
Berbanggalah anda menutup aurat dengan sempurna kerana mungkin itu petanda anda bakal ahli syurga jika memenuhi semua syarat yang lain. Selain pakaian, menjaga kehormatan diri juga bermaksud menjaga tingkah laku dan menjaga batasan dalam pergaulan.
4 – Taat Perintah Suami
Bayangkan jika suami anda meminta anda membuat air dan anda buatkan, ketahuilah malaikat sedang mencatat markah ke dalam kitab amalan anda. Bertambah-tambah markah anda dalam misi ke syurga. Anda hanya membancuh minuman kegemarannya, bukan bertadarus 30 Juzuk. Itu pun sudah ‘gemuk’ pahalanya, apatah lagi jika anda melakukan ibadah sunat kerana suami, pasti di tahap ‘obesiti’ kantung pahala anda!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Umum mengetahui penyanyi dan juga pelakon, Elly Mazlein sudah sah berkahwin buat kali kedua bersama pilihan hatinya baru-baru ini dengan seorang Guru Geografi.
Majlis persandingan mereka berdua diadakan sangat gilang gemilang diraikan bersama keluarga serta sahabat handai yang di PWTC.
Dan setelah dua minggu majlis berlangsung, sekali lagi Elly Mazlein atau dikenali dengan nama Kak Lina Pom Pon mengadakan pula majis resepsi atau sambut menantu di kampung halaman suami tercinta, Cikgu Azlan Di Kuala Krai Kelantan.
Untuk majlis di negeri dikenali Serambi Mekah, Elly Mazlen menggayakan busana sopan dan anggun rona putih dan tampak manis berhijab litup yang terletak cantik di kepalanya.
Bukan itu sahaja, pasangan sama cantik sama padan ini juga turut diraikan dengan penuh meriah dengan tradisi desa serta paluan kompang bagi memeriahkan suasana majlis persandingan berkenaan.
Dalam pada itu dalam postingnya di laman sosial Instagram juga, Kak Lina turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga suami di Kelantan kerana melayan dirinya dan anak kesayangannya dengan baik.
Penampilan yang Kak Lina yang santun ini juga turut mendapat pujian followernya yang rata-rata memuji kecantikannya mengenakan hijab. Juga mendoakan pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga.
mariaasuwandi Syurgaa diwajah mu sis.. Moga kekal till jannah
Tidak kiralah sudah berapa lama kita berumah tangga, pasti ada sedikit pertelingkahan dalam perkahwinan yang dibina. Bergaduh itu tak salah, Cuma janganlah dipanjangkan.
Jadilah seorang isteri yang baik, solehah dan sentiasa menurut kata-kata suaminya. Jika masih tidak tahu bagaimana caranya, ikuti perkongsian 48 himpunan nasihat yang diberikan oleh pakar motivasi, Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah. Insya-Allah rumah tangga dibina kekal ’till’ ke jannah.
Dalam hal ini, seorang isteri itu patut mengalah jika berlaku salah faham antara keduanya. Tidak ada gunanya terus terusan bermasam muka kerana isteri perlu tahu syurga itu terletak pada tangan suaminya.
Jom semak pesanan Dr Fadzilah Kamsah yang senang dan muda untuk diikuti. Cuma no 23 tu kalau tak reti boleh belajar.
1. Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.
2. Cuba masak yang paling sedap untuk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.
3. Teman pasangan apabila melakukan kerja bersendirian pada waktu malam.
4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.
5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.
7. Mengemas tempat tidur umpama baru kahwin.
8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.
9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin.
10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.
11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.
12. Beri tindak balas positif apabila mendengar pasangan bercerita.
13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.
14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.
15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.
16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.
17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
18. Berkelah bersama pasangan.
19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pengetahuannya).
20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.
21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.
22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.
23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.
24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.
25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.
26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.
27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.
28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.
29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.
30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.
31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.
32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak menggemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.
33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.
34. Jangan gesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.
35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.
36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.
37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.
38. Jangan cabar pasangan.
39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.
40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.
41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telah pun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.
42.Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.
43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.
44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.
45. Untuk merangsang suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.
46. Elak menasihati suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat untuk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.
47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.
48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semoga hidup kita bahagia di dunia dah akhirat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kebahagiaan seorang anak terletak pada reda ibu bapanya. Anak yang membahagiakan ibu bapanya, nescaya hidupnya lebih diberkati ALLAH SWT. Justeru, tergamakkah seorang anak meletakkan ibu bapanya di belakang selepas bertemu kekasih hati?
Memang ada ibu bapa yang tidak bersetuju dengan pilihan hati anak. Mereka kurang berkenan dengan calon menantu yang dipilih oleh anaknya. Sebagai anak, lebih baik berbincang dari hati ke hati dengan ibu bapa. Usahlah menjadikan hal ini sebagai punca terputusnya silaturahim antara anda dengan orang tua.
BAWA BERBINCANG
Semua masalah tentu ada jalan penyelesaiannya. Apabila pilihan hati anda kurang disenangi oleh orang tua, carilah jalan. Seperti menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Berbincang adalah jalan terbaik berbanding memendam rasa dan akhirnya mencetuskan rasa marah.
ELAK KAHWIN LARI
Kahwin lari perlu dielakkan atas banyak sebab. Antaranya anda berdosa kerana melukakan hati orang tua. Selebihnya banyak manfaat perkahwinan yang terhalang disebabkan tindakan tersebut.
KENALI PUNCA
Jika ibu bapa kurang berkenan dengan pilihan hati anda, carilah puncanya. Kemudian perbaiki punca itu dan mintalah si dia cuba ambil hati ibu bapa anda. Insya-Allah segalanya akan jadi yang baik-baik sahaja.
BERDOA
Senjata umat Islam ialah DOA. Percayalah kepada kuasa doa. Justeru berdoalah kepada ALLAH SWT supaya pintu hati orang tua terbuka untuk menerima si dia. Berdoalah supaya si dia kuat untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan kerana perhubungan yang tidak mendapat restu orang tua amat sukar untuk dilalui.
Ibu bapa juga perlulah reda dengan pilihan hati anak. Cinta bukanlah sesuatu yang dipaksa-paksa namun hadir secara semula jadi. Sudah pasti anak berada dalam dilema jika anda menolak pilihan hati mereka. Sama-samalah saling memahami dan menuju ke arah silaturahim yang erat.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?