Setiap suami isteri menyimpan impian mempunyai cahayamata ketika membina alam rumah tangga. Malah melakukan hubungan intim juga salah satu cara mengeratkan hubungan kemesraan bagi suami isteri.
Namun begitu, Islam menggariskan beberapa perkara agar tuntutan nafsu itu tidak berlebihan atau menyalahi hukum. Umpamanya melakukan hubungan ganas, memasukkan sesuatu ke lubang anusnya, mendatangi isteri di dalam haid dan lain lagi.
Dalam mendapat keberkatan dalam perhubungan dan memperoleh zuriat yang baik, digalakkan suami isteri membaca doa ini dahulu sebelum melakukan hubungan intim agar anak yang terjadi dari perhubungan itu tidak dicelakakan oleh syaitan.
Pasangan suami isteri digalakkan membaca doa ini. Dari satu hadis dari ibnu Abbas r.a bahawa Nabi mengajarkan doa ini.
“Bismillahi, Allahumma jannibnasyaithana, wa jannibisyaithana maa razaqtanaa”
Ads
Ertinya: Ya Allah, jauhkanlah kami dari setan dan jauhkanlah setan dari apa yang engkau rezekikan kepada kami (anak),"
Dengan membaca doa ini, apabila pasangan suami isteri dikurnikana keturunan oleh Allah SWT dari hubungan diadakan, maka setan tak akan dapat mencelakakan anak itu (HR Al Bukhari no 6388 dan Muslim no 1434)
Doa ketika air mani keluar
Ketika pasangan sudah keluar air maninya, diwajibkan juga berdoa agar air mani yang keluar boleh. Ini doa ketika mengeluarkan air mani:
Erti dari doa ini adalah Ya Allah, semoga sperma yang kami keluarkan boleh menghasilkan keturunan yang baik.
Ads
Dalam pada itu, selepas selesai melakukan hubungan jima’, sekali lagi suami isteri digalakkan membaca di atas nikmat syukur kerana berupaya melakukan hubungan intim hingga pasangan merasai kepuasan masing-masing dan bukannya terbaring atau tertidur selepas melakukannya.
"Alhamdulilahi Lladzii Khalaqa Minal Maa I Basyaraa"
Bermaksud : segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air mani ini menjadi manusia (keturunan).
Semoga Allah memelihara diri kita, pasangan dan zuriat keturunan kita menjadi sebaik-baik hamba Allah yang soleh.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap manusia tentu tak pernah lepas dari rasa amarah. Marah merupakan satu bentuk emosi yang lumrah ada pada setiap orang. Rasa marah wujud kalau ada yang mula mencetusnya.
Sayangnya, apabila rasa marah berlebihan akan membuatkan seseorang hilang pertimbangan. Bahkan ia biasa merugikan diri sendiri selain kesannya amat buruk.
Pada saat marah, ia boleh melukai banyak hati khususnya kalau orang dewasa marah-marah. Bagi kanak-kanak yang mengamuk (tantrum), ramai ibu bapa yang mungkin akan membiarkan anak mengamuk hingga reda sendiri tapi sebenarnya ada doa diajarkan oleh Rasulullah untuk meredakan marah seseorang.
Menurut Ray Levy, seorang pakar psikologi klinikal dan pengarang buku menjelaskan,
“Kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan umur setahun hingga 4 tahun, akan sering mengamuk kerana mereka masih dalam proses mempelajari kemahiran menyelesaikan masalah.
Namun tahukah, Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya untuk menahan marah ketika hati sedang bergejolak. Bahkan Rasulullah SAW juga mengajarkan sebuah doa yang mampu menahan amarah seseorang:
“Allaahummaghfirlii dzanbii, wa adzhib ghaizha qalbii, wa ajirnii minas syaithaani.”
Ertinya:-
” Tuhanku, ampunilah dosaku, redamlah murka hatiku, dan lindungilah diriku dari pengaruh syaitan.”
Bacalah doa tersebut ketika kalian merasa sedang marah agar tak hilang kendali dan menjauhkan diri dari hal-hal yang tak diinginkan.
Masa yang sama, ibu bapa boleh bacakan surah Toha ayat 1-5 di ubun-ubun anak saat memeluknya kerana ia mampu melembutkan hatinya yang sedang keras.
Taa’ Haa. (1)
Ma anzalna AAalayka alqur-analitashqa (2)
Illa tathkiratan liman yakhsha (3)
Tanzeelan mimman khalaqa al-arda wassamawatialAAula (4)
Arrahmanu AAalaalAAarshi istawa (5)
Maksudnya:-
1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam di atas ‘Arasy.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tahun lalu dunia kehilangan seorang ulama terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber. Banyak memberikan nasihat dan doa-doa, ulama ini cukup disayangi pengikutnya. Malah pemergiannya semalam turut mendapat perhatian dari Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas yang menyifatkan pemergian Syekh Ali Jaber satu kehilangan besar dalam dunia dakwah Indonesia dan sempat mendoakan almarhum sentiasa mendapat rahmat dan tempat terbaik di sisi Allah.
Di sebalik pemergian yang ditangisi, ternyata sisi baik ulama ini termasuk menjaga kehormonian rumahtangganya di sebalik kesibukan berdakwah di mana Syekh Ali Jaber menampilkan akhlak yang cukup terpuji.
Pernah dalam satu temubual di program Okay Bos yang mana Raffi Ahmad dan Vicky Prasetyo menjadi pengacaranya pada 28 September tahun lalu, saat ditanya adakah benar Syekh Ali Jaber tidak menggunakan telefon bimbit selama dua tahun kerana isterinya sering cemburu, ulama ini mengiyakannya.
Jelasnya, hal itu dilakukan demi menghormati perasaan isterinya, Umi Nadia yang berasa cemburu suaminya bergambar dengan perempuan lain seusai habis kuliah agama disampaikannya.
Allah, baiknya akhlak ulama ini demi menjaga hati isteri disayanginya, beliau tidak mahu menyakiti dan sanggup berkorban apa sahaja.
Isteri wajar berasa cemburu dengan suami
Dalam pada itu, Syekh Jabir Ali berkata, adalah wajar jika isteri mempunyai perasaan cemburu terhadap suami.
“Wajar perempuan berasa cemburu dan semestinya terhadap kita sang suaminya. Marah terhadap cemburu atau kita menghormati rasa cemburunya dan bersikap baik untuk menenangkan hatinya. Kita harus memilih antara satunya. Dan saya pilih menenangkan hati isteri,” katanya dalam temubual itu.
Syekh Ali Jaber sempat berkongsi saat isterinya berasa cemburu. Hal ini biasanya berlaku apabila peminat dan jemaah memberikan tanda emosi hati terhadapnya. Biasa hal ini terjadi, ada yang menulis di whatsapp dan memberikan tanda emoji hati,” kenang Syekh Ali Jaber.
Kata ulama ini lagi, suami tidak seharus membuat hati isteri resah dengan semua perlakuan dan suami harus menjaga perilaku agar isteri tidak berasa cemburu.
Mampukah kita membuat sebegini demi menjaga hati isteri? Apa pun rumah tangga seharusnya dibajai dengan solat jemaah dan mengaji bersama. Jika kita berpegang teguh pada agama dan redha menerima kekurangan pasangan, pasti rumahtangga akan bahagia.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Agungnya kasih seorang ayah. ‘Saya berkebun sebelah kubur kerana mahu dekat dengan arwah anak.’ Begitulah betapa kasihnya seorang ayah kepada anak bongsu yang telah pergi sebelumnya.
Biarpun sedih dengan pemergian dengan anak tercinta, namun apa yang dilakukan lelaki ini memberi impak dan manfaat kepada orang sekeliling.
“Saya berkebun setiap hari dari pagi hingga ke petang sejak enam tahun lalu kerana mahu sentiasa ‘dekat’ dengan anak yang kuburnya hanya di sebelah kebun ini saja.
Setakat ini, saya menanam 450 pokok buah-buahan yang hasilnya diberi kepada orang ramai khasnya sukarelawan yang membantu saya,” kata warga emas, Yen Maseri Idris, 67.
Memetik laporan Harian Metro, kebun bandar yang letaknya berdekatan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur ini diusahakannya selepas setahun pemergian anak bongsu Yen Maseri, yang meninggal dunia di United Kingdom (UK) dan dikebumikan di tanah perkuburan itu.
Sebenarnya, mungkin disebabkan kepesatan kawasan itu, tiada siapa yang perasan kewujudan kebun bandar di atas tanah rizab terbiar milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sepanjang 600 meter itu, melainkan ia kelihatan seperti kawasan hutan kecil seperti kawasan lain di sekitar ibu kota.
Jelas Yen Maseri, kematian anaknya pada 2016 yang ketika itu pelajar di London, memberi kesan sangat mendalam sehingga beliau berhenti kerja selepas 32 tahun berkhidmat di Unit Sumber Manusia sebuah syarikat dengan menghabiskan masa melawat kubur anaknya.
“Semua rasa kegembiraan hilang selepas anak meninggal dunia. Setiap hari saya berkunjung ke kuburnya dan sanggup berkhidmat sebagai penggali kubur selama setahun di situ semata-mata mahu sentiasa dekat dengannya.
“Selepas setahun, saya melihat ada kawasan tanah rizab terbiar di belakang tanah perkuburan itu yang penuh semak samun dan menjadi kawasan pembiakan nyamuk.
“Jadi timbul idea untuk membersihkan kawasan itu dan menanam pokok yang dapat memberi manfaat kepada setiap orang kerana saya faham ini tanah rizab, cuma saya ingin mentransformasi serta menjadikan kawasan itu tidak terbazir begitu saja.
“Pada masa sama, kegiatan saya ini masih membolehkan saya ‘dekat’ dengan arwah anak kerana setiap hari tetap datang melawat kuburnya,” katanya yang berulang alik sejauh 10 kilometer dari rumahnya di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Betul Ke Haram Bunuh Semut:
Di samping itu, jelas Yen Maseri, dia tidak pernah terfikir menjadi seorang pekebun dan sejak mengusahakan kebun bandar itu selama enam tahun, hampir 450 batang pokok daripada 30 jenis pokok buah-buahan ditanamnya termasuk ciku hibrid, avacado, nangka, mangga harum manis, durian musang king dan rambutan.
“Banyak hasil sudah diperoleh dan ia tidak pernah dijual, sebaliknya berkongsi dengan kira-kira 150 ahli sukarela yang terbabit dalam projek kebun ini bagi memastikan usaha menghijaukan kawasan terbiar dengan sesuatu yang bermanfaat dapat diteruskan.
“Malah saya juga menjaga dan memberi makan ikan talapia bunga yang ada dalam longkang di sini yang dibersihkan sehingga jernih hingga boleh dilihat ikan berenang.
“Ikan talapia bunga ini sangat banyak dan seekor ikan dewasa dianggarkan seberat satu kilogram. Saya mengutip lebihan makanan di medan selera berdekatan dan memberikan daun pandan yang ditanam di sini kepada peniaga terbabit,” katanya yang setiap hari berada di kebun itu bermula 7.30 pagi hingga 7 petang.
Tambah Yen Maseri, tidak dinafikan sejak mengusahakan tanah ini daripada semak samun kepada satu ‘permata’ bernilai yang boleh dinikmati orang ramai secara terbuka, banyak cabaran dihadapinya termasuk sering diadu mengenai aktiviti perkebunannya kepada pihak berkuasa, selain dicerobohi orang luar.
“Saya faham ini tanah rizab dan mengalu-alukan sukarelawan berganding bahu menjadikan kawasan terbiar ini satu lokasi bermanfaat dan berkongsi ilmu kerana saya tiada pengalaman bertani sebelum ini.
“Malah saya juga berhubung dan memaklumkan aktiviti perkebunan di tanah milik JPS ini melakukan tindakan susulan lain untuk memastikan ia sentiasa dikemaskini kepada pihak berwajib.
“Bagi saya, setiap tumbuhan ditanam ini, jika hasilnya dikongsi bersama, buahnya juga akan sentiasa lebat dan sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya yang turut membaja pokok ini tiga bulan sekali dengan modal sendiri sekurang-kurangnya RM400.
Malah menurut bapa kepada empat cahaya mata ini, anaknya turut memberi sokongan terhadap usahanya, malah anak perempuannya turut membantu menyiapkan kandungan media sosial perkembangan terkini kebun bandar untuk tatapan orang ramai.
“Kebun bandar menerima sumbangan, contohnya jika memerlukan sesuatu seperti memasang pagar dan sebagainya. Jadi saya perlu sentiasa mengemaskini perkembangannya supaya penyumbang tahu walaupun mereka tidak turun padang.
“Saya berharap usaha ini memberikan satu nilai positif, malah saya sedang mengusahakan satu laluan khas sepanjang 250 meter untuk dijadikan denai bagi memudahkan orang ramai datang ke sini untuk menikmati suasana kebun dalam bandar,” katanya.
Dalam keheningan Ramadan yang sarat dengan rahmat dan keberkatan, inisiatif “Pot of Hope” oleh Nu Ideaktiv bersama Rasa tampil sebagai satu gerakan yang bukan...