Suka Bersedekah Termasuk Beli Lembu Belasan Ribu Ibadah Korban Di Palestin, Pemergian Siti Sarah Ditangisi Ramai

Share

Hari ini, merupakan hari menyedihkan bagi pelawak Shuib apabila isteri tercinta menyahut panggilan Illahi selepas bertarung dengan virus  Covid-19.  Siti Sarah Raisudin diberitakan meninggal pada jam 5.13 pagi tadi seperti dimaklumkan oleh Shuib.

Ramai netizen mengakui berasa sedih dengan pemergian penyanyi dan usahawan ini. Di media sosial, ramai menyatakan hati mereka cukup terasa, seolah-olah sangat dekat dengan diri arwah hingga ramai mendoakan dirinya sebelum pemergiannya. Malah bacaan Yassin juga diadakan setiap malam bagi mendoakan dirinya kembali kuat untuk bangkit semula selepas mengalami kemerosotan kadar oksigen hingga tinggal 40 peratus semalam.

Di saat ramai yang tertanya-tanya apakah amalan dibuat oleh arwah hingga dirinya didoakan oleh orang ramai dan ramai menangisinya, warga Malaysia di bumi Palestin, Nadir Al Nuri berkongsi amalan kebaikan sedekah dibuat Siti Sarah hingga membeli seekor lembu berharga lebih belasan ribu untuk warga Palestin menikmati makanan enak itu pada hari raya korban yang lalu.

Dalam satu perkongsian di IGnya, Nadir Al Nuri memaklumkan, arwah kerap bertanya tentang umat Islam di sana, memberikan bantuan dalam diam dan inilah kebaikan yang dibuat dalam diam hingga di saat kematiannya, ia ditangisi orang ramai.

Ramai menangisi pemergian arwah Siti Sarah dan ramai mendoakan syurga buatnya
Shuib berkongsi rasa sedih atas pemergian isteri tercinta di ignya

Baca perkongsian dari Nadir Al Nuri ini.

Tersentap kejap bila baca berita daripada @shuibsepahtu tentang pemergian @sitisarahraissuddin

Saya baru dihubungi Siti Sarah sebelum raya haji lepas untuk beliau ikuti program korban di Gaza kami.

Masa tu saya terkejut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.

Arwah menghubungi Nadir untuk lakukan amalan korban di Palestin raya haji baru ini

Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara kita di Palestin.

Rupanya Allah takdirkan, nyawa beliau diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini.

Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada’ akhirat di bumi berkat.

Semoga engkau tenang di sana, al-fatihah. Sumber  / gambar : IG Nadir Al Nuri,  Shuib

 

IKLAN