Menular secara senyap dalam masyarakat, isu penyelewengan akidah melalui ajaran sesat sentiasa perlu dibendung.
Dalam hal ini orang ramai juga perlu didedahkan dengan ciri-ciri ajaran sesat supaya umat Islam tidak terjebak dalam kesesatan yang membawa kepada syirik.
Dikongsi oleh Majlis Agama Islam Selangor berikut adalah ciri-ciri ajaran sesat yang perlu diketahui orang ramai.
Antara ciri-ciri ajaran sesat tersebut ialah;
- Mempersenda, Menghina dan Ingkar Kandungan Al-Quran iaitu sama ada sebahagian dari mana-mana ayat Al-Quran atau keseluruhannya atau mengubah, menambah dan meminda serta menafikan keaslian Al-Quran yang sedia ada sebagaimana iktiqad ajaran Syiah dan Qadiani.
- Mempersenda, Menghina dan Ingkar Syariat baginda Nabi Muhammad SAW iaitu ajaran yang mempersenda atau menghina atau ingkar dan menidakkan syariat yang baginda Nabi SAW bawa, baik secara keseluruhan atau sebahagiannya. Contohnya ajaran agama Bahai, Qadiani, ajaran ayah Pin dan Tuhan Harun.
- Menyamakan Agama Islam Dengan Agama Lain iaitu tiada bezanya agama Islam dengan agama selain Islam sebagaimana kefahaman liberalisma dan pluralisma yang cuba dipupuk oleh mereka yang berpentingan sama ada melalui medsos mahupun penulisan-penulisan.
- Mencela Dan Mengkafirkan Isteri-Isteri Serta Para Sahabat Baginda Rasulullah SAW iaitu sebagaimana yang diiktiqad, dilakukan dan disebarluaskan oleh puak-puak Syiah di seluruh dunia.
- Menyerahkan Diri, Harta, Keluarga dan Membayar Zakat Kepada Ketua Kumpulan Sahaja iaitu memperdaya, memperkuda serta mempergunakan pengikut agar mengumpul dana, menyerahkan semua harta sama ada kereta, rumah, wang ringgit dan sebagainya yang kononnya atas dasar perjuangan, Jihad serta pergorbanan yang suci.
- Menjadikan Silat Sebagai Wasilah Bagi Mendapat Pengikut iaitu sebagaimana yang pernah diamal oleh pengamal silat Nasrul Haq yang telah diharamkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahu 1987 yang mana ajaran Nasrul Haq telah berselindung dibelakang ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis sehingga boleh mengelirukan orang lain tentang perkara-perkara yang ghaib.
- Mengaku Sebagai Imam Mahdi iaitu merekrut pengikut-pengikut yang ta’sub kepada pemimpin kemudian mengaku sebagai Imam Mahdi atau diangkat oleh pengikut sebagai Imam Mahdi bagi menarik perhatian serta dukungan dalam dan luar negara.
- Menjadikan Tarekat Tertentu Sebagai Tapak Mencari Pengikut Dan Pengaruh Bagi Mengaburi Mata Masyarakat iaitu sebahagian daripada mereka yang berkepentingan telah mengambil kesempatan menjadikan tarekat sebagai jalan pintas untuk mendapat sokongan pengikut-pengikut yang cetek ilmu agamanya.
- Mengamalkan Wirid-Wirid Tertentu Untuk Mencapai Maqam Tertentu iaitu sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah tarekat yang sesat seperti tarekat Mufarridiyah yang difatwakan sesat pada tahun 1987. Sepatutnya wirid-wirid yang diamalkan adalah untuk mensucikan jiwa seseorang dari sifat mazmumah kepada seorang yang berjiwa mahmudah dan bukannya untuk menjadi insan suci setelah berwirid sehingga akhirnya meninggalkan syariat.
Sekiranya ada kumpulan yang cuba mendekati dengan fahaman dan ciri di atas segera elakkan.
Sumber: Majlis Agama Islam Selangor
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI