Senyum saja anak dengar ayah baca Surah Taha.

Surah Taha ayat 1-5, mampu lembutkan hati. “Baca tiga kali, hembus pada anak atau suami ketika tidur. Surah Taha ini bukan saja mampu lembutkan hati anak, malah sesuai untuk dijadikan pelembut hati suami.

Artikel Berkaitan: Mahu Jodoh Datang Mendekat? Amalkan Doa Ayat 4 Surah Yusuf & Ayat 39 Surah Taha

Surah Taha Ayat 1-5

Tular sebuah video, seorang ayah membaca surah Taha pada anak perempuannya, Maryam yang baru berusia dua tahun. Anaknya kelihatan tersenyum dan tenang mendengar ayat-ayat indah lantunan sang ayah. Sudah pasti ada kelebihan yang tersembunyi.

@ndibsyIngat tak dulu Uwais 3bulan surah Ad-Dhuha, now adik dia Maryam 2bulan surah Taha♬ original sound – N Dibsy

Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT.

Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Mampu Lembutkan Hati

Menurut ahli sejarah Islam, ketika Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w, beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya.

Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya.

IKLAN

Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Baca Di Sini:

Dijodohkan Dengan Pasangan Keras Kepala, Bacalah Surah Thaha Ayat 1-5. Hatinya Akan Lembut

Tak Rugi Jadi ‘BFF’ Kepada Al-Quran, Banyak Rupanya Rahsia Tersembunyi Yang Bermanfaat

Baca Tiga Kali

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:

“Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: “Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar”

IKLAN

Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab :

“Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?”

Jawab Rasulullah SAW: “Benar”

Aku berkata lagi: “Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?”

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang kafir Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq!

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

Taa’ Haa. (1)
Ma anzalna AAalayka alqur-analitashqa (2)
Illa tathkiratan liman yakhsha (3)
Tanzeelan mimman khalaqa al-arda wassamawatialAAula (4)
Arrahmanu AAalaalAAarshi istawa (5)

IKLAN

Maksudnya:
Taa. Haa.

Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.

Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas ‘Arasy.

Hembus Pada Anak Atau Suami

Bacaan Untuk Anak atau Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat

Baca doa atau ayat ini sebanyak tiga kali dan hembuskan pada anak atau suami anda ketika dia sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. Insyallah…

Kashoorga : Tenang betul baby bila dengar ayahnya baca surah Taha, seakan-akan faham dan mengiyakan apa yang ayah dia katakan. Subhanallah.

Sumber : TikTok ndibsy, surahalquran

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI