Sempena bulan Ramadan sekali lagi saluran Astro Oasis membawakan program game show menarik Tahu Ke Tidok: Celik Agama yang berkonsepkan perkongsian ilmu asas fardu ain.
Akan bersiaran Isnin 11 Mac 2024 jam 7.30 malam, program ini menampilkan ramai selebriti yang akan diuji dengan soalan-soalan ilmu agama asas.
Ia sekali gus diharap dapat mengukuhkan semula atau memberi ilmu agama baru buat penonton.
Ads
Musim ketiga program Tahu Ke Tidok: Celik Agama sebanyak 10 episod yang disiarkan setiap minggu ini menampil PU Amin sebagai pengacara.
Ads
Menurut beliau rancangan ini sesuai untuk tontonan seisi keluarga kerana ia mengetengah ilmu asas fardu ain dalam dengan konsep yang santai dan ceria.
“Soalan-soalan yang diutarakan dan dijawab oleh selebriti ini adalah perkara asas dan mungkin ramai sudah terlupa. Jadi program ini ‘recap’ semula ilmu fardu ain yang sememangnya wajib dipelajari umat Islam,”katanya.
Ads
Program Tahu Ke Tidok ini akan menampilkan selebriti yang akan diuji pengetahuan mereka antaranya Izzue Islam, Ropie, Adam Shaz untuk episod pertama selain Sarah Suhairi, Aiman Tino, Catriona Ross, Roy Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi bagi episod seterusnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Cuti sekolah ini ramai yang membawa keluarga pergi bercuti termasuklah ke luar negara. Meski pun berhasrat memuat naik gambar percutian di akaun sosial media sendiri tapi membatalkan hasrat berbuat demikian kerana bimbang dilabel sebagai riak oleh rakan-rakan.
Hal yang sama bila anak-anak memperoleh kejayaan, ada ibu bapa yang tidak mahu memuat naik gambar ini sebagai kenangan kerana bimbang dikatakan riak.
Hakikatnya menurut Ustaz Azhar Idrus ramai yang salah faham tentang maksud riak. Memuat naik gambar percutian dengan keluarga atau kejayaan anak-anak bukanlah sesuatu perbuatan riak.
Jelas beliau riak itu adalah apabila kita melakukan amalan akhirat seperti membaca al-Quran, solat, berpuasa dan membayar zakat tapi dengan tujuan menunjuk-nunjuk dan meraih pujian. Inilah maksud riak.
“Ramai salah faham maksud riak. Muat naik gambar bercuti dengan famili, bergambar dengan anak yang berjaya bukan riak. Ia bukan bukan termasuk dalam amalah akhirat, bukan amal soleh. Hukumnya harus.”
“Riak itu adalah apabila kita melakukan amalan akhirat seperti membaca al-Quran, solat, berpuasa dan membayar zakat tapi dengan tujuan menunjuk-nunjuk dan meraih pujian. Inilah maksud riak,”jelasnya.
Beliau turut memberi contoh lain tentang perbuatan yang bukan bermaksud riak dan perbuatan yang sememangnya riak.
“Seorang membeli kereta MyVi dan memperolehnya setelah lapan bulan menunggu. Selepas kereta sampai, dia teruja dan muat naik dalam akaun Facebook. Ini bukan riak.
“Riak ini bila kita malas sembahyang, duduk saja dalam masjid tapi bila ada orang datang kita pun bangun sembahyang sebab nak menunjuk kepada orang, ini baru riak.
“Atau seseorang baca al quran supaya nak orang puji suara sedap, ini riak kerana ia adalah amalan akhirat.
“Post gambar percutian, beli motor bukan riak,”ujar beliau dalam satu video soal jawab yang dikongsi Siti Hadijah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Baru saja mendirikan rumahtangga dengan Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55 perkahwinan penyanyi Dato Nora Ariffin sudah terpalit kontroversi kerana timbulnya dakwaan mereka bukan baru bernikah sebaliknya sudah dua tahun.
Bukan itu saja, wujud juga dakwaan Nora memaksa suaminya menceraikan isteri pertama serta pelbagai tuduhan lain.
Akui terkesan dengan kontroversi perkahwinan yang dibina bersama Dr Rushdi yang juga teman baik arwah suaminya sejak kecil, Datuk Nora memberikan penjelasan sekali lagi di instagramnya berkaitan tuduhan ini.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.
Terima kasih buat semua yang saya hormati.
Perkahwinan tidak boleh dipaksa- paksa.Begitu juga dengan perceraian.Tidak ada seorang manusia pun yang berhak untuk memaksa orang lain bercerai tanpa sebab.Itu dosa besar.
Berkahwin itu perkara baik, mendapat pahala, wajar dihebahkan, kerana itulah, saya mengambil keputusan untuk beritahu pada semua untuk mengelakkan fitnah.
Niat saya betul-betul kerana Allah.Tapi lain pula jadinya.Bagitau salah, tak bagitau pun salah.
Sebagai seorang selebriti saya juga berhak untuk tidak berkongsi atau explain everything tentang hal-hal kehidupan peribadi saya, sekiranya tiada keperluan.That’s my privacy.
Sekiranya perbuatan saya salah di sisi hukum Allah, biarlah saya meminta ampun dari-Nya. Dan biarlah para agamawan, aulia yang memberi nasihat pada saya.In Shaa Allah.Saya akan perbetulkan kesalahan saya.
Saya menyeru kepada individu yang sengaja ingin memburukkan kami, please tampil bertemu muka.Mungkin individu ini ada masalah, kita sama-sama bantu.
Saya ingin tahu apa tujuan sebenarnya menyebarkan FITNAH, TUDUHAN yang tidak tepat & berasas ini???Lagipun ini adalah hal kehidupan saya.Kenapa gunakan social media & FAKE ACC untuk sebarkan fitnah?
Alangkah baik kalau DM saya direct.Whats your intention?Kalau bertujuan untuk mencari kebaikan, saya sedia mendengarnya.Tapi kalau bertujuan untuk meruntuhkan perkahwinan saya.Itu adalah hak suami saya.
Hak mutlak seorang suami, tidak boleh dipaksa- paksa. Saya serahkan pada Allah SWT.
Wasalam Nora Ariffin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bagi Muslimah, puasa ganti adalah satu ibadah wajib sebagai membayar ganti semula hutang puasa Ramadhan yang lalu. Ia diganti di luar bulan Ramadhan sebelum tibanya Ramadhan tahun berikutnya. Namun dalam menjalankan ibadah puasa ganti ini, ada juga dilema terjadi apabila suami ingin bersama isteri.
Dalam hal ini, suami isteri sepatutnya ada cara komunikasi yang jelas. Apabila masing-amsing sering memaklumkan perancangan awal tentang sesuatu perkara, maka tidak akan timbul masalah berbangkit kerana masing-masing sudah sedia maklum.
Sewaktu komunikasi berlaku, pastinya pasangan menuntut penjelasan lanjut; itu dan ini. Komunikasi awal akan banyak membantu melanacarkan urusan harian.
Jika tiada perancangan awal, maka apabila ada urusan yang mengejut dan ia akan menyebabkan dilema, maka jangan salahkan sesiapa.
Salahkan diri sendiri kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan pasangan, contohnya apabila sang suami berkeinginan bersama atau melakukan hubungan intim namun saat itu isteri sedang lakukan ibadah puasa ganti.
Dalam keadaan ini bagaimana nak bertindak? Diteruskan berpuasa atau membatalkan puasa ganti tadi? Sedangkan kedua-duanya adalah tanggungjawab penting.
Kita ikuti pandangan Dr. Khalid Al-Musyaiqih, pensyarah di Fakulti Syariah, Universitas Muhammad bin Suud KSA.
Dr. Khalid Al-Musyaiqih mengatakan, “Tidak boleh bagi suami untuk membatalkan puasa wajib yang sedang dilakukan isterinya, baik dengan hubungan badan atau lainnya. Baik puasa wajib ini adalah puasa ganti ramadhan atau puasa nazar.
“Jika suami telah mengetahui puasa wajib yang dilakukan isterinya, maka dia berdosa kerana telah dengan sengaja merosakkan puasa isterinya. Dia wajib bertaubat kepada Allah. Seharusnya yang dia lakukan adalah membantu isterinya untuk melaksanakan puasa yang menjadi kewajibannya”
Beliau juga memberikan nasihat kepada pihak isteri,
“Demikian pula, tidak boleh bagi isteri untuk mentaati suami agar membatalkan puasanya. Jika isteri mentaati keinginan suami, dia juga melakukan dosa dan wajib bertaubat kepada Allah. Dan dia wajib mengganti puasa ganti hari itu”
Beliau melarang para suami untuk menyuruh isterinya membatalkan puasa ganti, kerana puasa ini, termasuk puasa wajib.
Sementara puasa wajib tidak boleh dibatalkan tanpa uzur yang dibenarkan syariat.
Tatkala diajak suami untuk berhubungan intim, ia bukanlah uzur yang membolehkan sang isteri untuk membatalkan puasanya.
Menunaikan kewajiban Allah lebih didahulukan dibandingkan kewajiban makhluk.
Dari Ali bin Abi Thalib r.a bahawa Nabi SAW bersabda,
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Sang Khaliq,” (HR. Ahmad 1095, Ibn Abi Syaibah dalam Mushanaf 33717, dan sandarnya disahihkan Syuaib Al-Arnauth). Allahu a’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?