Menjelang sambutan Aidiladha tidak lama lagi, pasti ada yang sudah merangka untuk melakukan ibadah korban.
Namun tahun ini ibadah korban tetap dilaksanakan walaupun mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Dikatakan hanya 20 orang sahaja boleh berada di kawasan penyembelihan termasuk tukang sembelih.
Dalam pada itu ada persoalan yang bertanya adakah boleh bagi upah daging korban kepada tukang sembelih atau lapah ini.
Pendakwah selebriti, PU Azman dalam laman instagramnya telah menjelaskan hukum kepada perkara ini.
Ads
Menurut PU Azman tidak boleh beri upah daging korban kepada mereka. Jika mahu beri upah, berilah duit tetap bukan daging korban.
Baca penjelasan lengkap PU Azman ini.
Tak boleh bagi daging korban kepada tukang sembelih dan tukang lapah dengan niat upah. Kerana ada nilai jual beli. Sedangkan sembelihan korban bukan untuk dijual beli (ditukar ganti manfaat).
Ads
Tapi, boleh bagi daging korban kepada tukang sembelih dan tukang lapah atas niat mereka ini sebahagian daripada fakir miskin atau masuk dalam senarai list tuk terima sedekah daging.
Jadi, tukang sembelih dan tukang lapah jangan memandai-mandai nak menentukan nak bahagian itu nak bahagian ini sampai nampak macam upah buat kerja.
Ads
Dalil.
أَمَرَنِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَقُومَ عَلَى الْبُدْنِ، وَلاَ أُعْطِيَ عَلَيْهَا شَيْئًا فِي جِزَارَتِهَا.
Maksudnya: Nabi suruh aku untuk buat sembelihan unta dan suruh aku tak bagi dagingnya sebagai upah penyembelih dan juga pelapahnya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Kalau ramai-ramai masak SOP tulang, tolong jaga SOP. Bergaullah dengan SOPan. SOPaya selamat daripada COVID.
Nikah kena ikut syariat, perlu dihebahkan. ‘Bila kahwin senyap-senyap, mengandung terus nak gugur.’ Oleh itu, Islam menggalakkan umatnya menghebahkan pernikahan agar tidak timbul salah faham.
Bila berkahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama memang bakal menimbulkan pelbagai masalah di kemudian hari, tak kiralah lambat atau cepat.
Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Puan Suzana Ghazali ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan.
Cerita dalam sesi bersemuka fizikal yang pertama (pada Jumaat) selepas dibeku sejak awal Mac. Pertemuan bersama sepasang suami isteri yang baru berkahwin pada November 2022 di Thailand.
Awal sesi…
Isteri: Kami kenal 3 bulan saja kemudian kahwin. Saya mengaku saya yang ajak dia kahwin sebab sepanjang kenal dia, kami selalu jumpa dalam 2 atau 3 kali seminggu.
Dia pernah hendak pegang tangan saya masa berjalan tapi hendak guna sarung tanganlah. Cuma masa itu tak ada glove, jadi tak pegang. Masa itulah saya terfikir tak boleh terus macam ini.
Jadi saya ajak dia kahwin. Tapi lepas kawin, nak jumpa sekali seminggu pun susah…
Penghujung sesi:
Suami: Tak boleh ke kita stick pada perjanjian sebelum ni?
Isteri: So you nak I gugurkan kandungan ini?
Saya: “Macam inilah, akak sudah dengar semua. Sebelum akak bagi cadangan, akak kena beritahu dulu satu perkara penting, kehendak korang berdua masa nak nikah sudah salah.
Perkahwinan tak boleh dirahsiakan!! Z, akak faham sebab awak sudah ada isteri. Awak pula J, sebab family tak terima poligami tapi bila hanya korang saja yang tahu hubungan korang, memang payah hendak bertindak. Itu yang lebih jadi masalah sebab masing-masing terikat.
Sebab itu ikut syariat, nikah tu mesti dihebahkan, dalam hadis disebut buat majlis walau seekor anak kambing dan zaman media sosial sekarang ini, share je kat Facebook (FB) or Instagram (IG).
Akak yakin sebab itu jugalah, macam yang korang sendiri cerita, sudah buat macam-macam protection tapi Allah izin juga pregnant.
6 bulan kawin, baru 4 atau 5 kali saja bersama macam yang kamu berdua cakap kan tapi Allah izin J hamil. Berapa ramai pasangan lain yang cuba berpuluh kali tak juga berjaya?
Sebab Allah hendak kalian berdua ambil teladan, hendak awak Z sebagai suami, mesti iktiraf isteri awak selayaknya ikut syariat. Sebelum ini sudah gugur, mana mungkin kali ini hendak gugurkan lagi?
Awak kena ingat Z, kita tak tahu ke depan nanti anak yang awak tak mahu inilah yang akan jaga awak. Kena ingat juga, apa-apa perjanjian sebelum kahwin tak valid apatah lagi perjanjian yang menafikan hak dalam perkahwinan, yang berlawanan pula dengan syariat!
Z!! (saya pandang tepat ke wajahnya) Awak lelaki! Awak suami! Tanggungjawab awak untuk jaga kebajikan J dan iktiraf dia selayaknya sebagai isteri ikut syariat!”
Isteri menyapu air mata yg mengalir perlahan. Suami hanya diam…
Sungguh Allah tak pernah aniaya hambaNya. Hanya kita sebagai hamba yang sering mencari jalan untuk aniaya diri sendiri.
Astaghfirullah..!
Kehadiran bulan suci Ramadan menjadi sebuah hadiah yang indah bagi kita. Padanya kebaikan bernilai lebih serta berlipat ganda, dan terdapat padanya amalan-amalan yang tidak terdapat pada bulan lain.
Bulan Ramadan yang hanya menjengah setahun sekali. Ambillah peluang untuk bertaubat dan mengumpul pahala sebanyak mungkin.
MENANGISLAH! MENANGISLAH! Di hujung Ramadhan ini, tangisanlah menjadi penawar untuk penyakit hati… tangisan melembutkan hati yang keras… menangislah untuk hati yang masih belum bisa memaafkan… hati yang belum redho… hati yang belum bersyukur… hati yang masih lupa tujuan hidup…
Hati yang sibuk dgn dunia… menangislah juga untuk hati yang dikecewakan manusia… mudah2an jadi kaffarah yang sempurna… menangislah untuk hati yang tidak pandai menyayangi dan menghargai …mudah2an dengan tangisan itu mata hati lebih jernih… menangislah untuk ramadhan yang telah disia-siakan… mana tangisanmu untuk kematian yang semakin mendekat tapi bekalmu semakin menipis…
Menangislah untuk setiap tangisan yang tidak ada makna hanya kerana makhluk … menangislah untuk mata mu yang kering tanpa airmata walau rukuk dan sujud di hadapan Allah… Ya Allah berapa banyak tangisan yang akan menyelamatkan… dari jurang hina dan binasa… Ya Rabb kurniakan kami airmata yang Engkau redhoi.
Bersyukurlah andai saat ini Allah datangkan jalan untuk menangis kerana kasihNYA kepada kita.
Kita tidak pernah lari daripada melakukan dosa, 24 jam,7 hari. Tetapi apakah usaha kita untuk membersihkan semua dosa itu?
Sebagai hamba Allah, kita sangat beruntung kerana sesungguhnya Allah Maha Pengasih, Pemurah, Pengampun dan Penyayang.
Pelbagai amalan baik dan mudah boleh kita lakukan dan senang-senang sahaja Allah berikan pahala dan terhapus dosa.
Satu amalan yang sangat mudah dan murah malah boleh terhapus dosa-dosa kita sebanyak 80 tahun ialah dengan membaca selawat 80 kali pada setiap hari Jumaat! Bukan itu sahaja, Allah akan kurniakan pahala sebanyak 80 tahun juga mengiringi amalan kita berselawat pada hari Jumaat.
Subhanallah, mudah sungguh menghapuskan dosa dan mengumpul pahala. Maka dengan nikmat Tuhan mu yang mana ingin kita dustai?
Kita baca beberapa sabda Rasulullah yang menekankan perkara amalan selawat 80 kali ini pada setiap Jumaat, Allah menjanjikan dosa sebanyak 80 tahun terhapus dan dikurniakan 80 tahun pahala.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda,
“Sesiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak 80 kali sejurus selepas sembahyang Asar pada hari Jumaat, sebelum bangun dari tempat sembahyangnya, akan diampunkan dosanya sebanyak 80 tahun dan diberikan pahala 80 tahun ibadah”
Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku.
Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakah selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada tuan, sedangkan tuan sudah hancur tubuhnya?
Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (Riwayat Abu Dawud dengan isnad sahih)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
“Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untuk ku sekali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberikannya rahmat 10 kali)” (Riwayat Al Baihaqi)
Hari jumaat merupakan hari yang paling digalakkan kepada kita supaya memperbanyakkan beramal, kerana itu penuh dengan keberkatan dan kebaikan seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.
Untuk mengerjakan amal kebajikan janganlah ditangguh-tangguh dan mengira masa, kerana setiap amal yang baik akan dibalas dengan ganjaran pahala.
Orang yang paling banyak berselawat kepada Rasulullah SAW akan mendapat syafaat Baginda pada hari akhirat nanti dan paling hampir dengan Baginda.
Bagi yang rajin berselawat, nama kita akan disebut malaikat di hadapan nabi.
Kashoorga: Sudah terang lagi bersuluh, apa lagi yang kita tunggu dan mengapa perlu bertangguh. Amalkan selawat sebanyak mungkin setiap hari dan digandakan pada hari Jumaat. Semoga kita dikurniakan syafa’atnya di hari kiamat nanti.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?