
Dalam pengumuman lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dengan pemberian Bantuan Sara Hidup kepada golongan yang layak.
Ini adalah bagi membantu setiap rakyat Malaysia untuk membeli barangan keperluan yang terjejas sumber pendapatan sejak wabak COVID-19 melanda negara.
Kesemua pembayaran BPN ini dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020.
Dan setelah hampir seminggu dalam bulan April, pasti ada antara kita yang sudah menerima bantuan BPN ini.
Bagi memastikan duit telah dimasukkan, kita tidak perlu pergi ke bank, sebaliknya boleh melihat melalui online wang sudah dimasukkan dalam akaun atau tidak.
Ini bagi mengelakkkan diri anda terdedah kepada jangkitan COVID-19 yang dikatakan agak kritikal ketika ini.
Jadi anda boleh semak status bayaran hanya melalui cara ini.
1) Pergi ke laman web bpn.hasil.gov.my dan masukkan nombor kad pengenalan anda.
2) Kemudian, sila jawab captcha yang diberikan dan tekan butang semak.
Diingatkan, untuk anda yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini, anda perlu membuat permohonan baru untuk memohon BPN di sini.

Jika status permohonan anda diluluskan, anda akan dapat melihat jumlah amaun yang bakal dikreditkan ke dalam akaun iaitu sebanyak RM500, RM800, RM1,000 atau RM1,600.
Sekiranya duit sudah berjaya masuk ke dalam akaun, status pada paparan skrin anda adalah seperti contoh gambar di atas.
Untuk makluman, bagi fasa pertama pembayaran wang BPN ini, ia didahulukan kepada pemohon yang layak secara automatik iaitu penerima BSH dan juga pembayar cukai sedia ada.
Dan bagi pemohon baru BPN pula, anda dijangka akan mendapat bayaran penuh pada bulan Mei depan.
Walaupun begitu, bagi permohonan yang telah lulus namun bayaran belum masuk ke akaun bank, status ‘BERJAYA KREDIT’ belum terpapar dan anda hanya perlu bersabar sehingga wang dimasukkan ke dalam akaun anda.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Selain Berdoa, Perlu Tahu Simptom Dijangkiti Virus COVID-19 Yang Dikatakan Boleh Keluar Lepas 24 Hari

Sekarang ini ramai yang mula bimbang dengan penularan wabak COVID-19 yang dikatakan semakin ramai yang didapati positif selepas pemeriksaan dibuat.
Walau bagaimanapun ramai yang tidak tahu bagaimana mereka ini dikatakan terkena jangkitan virus COVID-19 yang telah membunuh ribuan orang di seluruh dunia.

Dalam satu perkongsian memberitahu ada juga simptom yang akan keluar selepas 24 hari. Ayuh, ikuti perkongsian ini.
Covid 19 yang terbaru mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan selama beberapa hari, ada yang simptomnya keluar selepas 24 hari..
Jadi, bagaimana mungkin seseorang tahu jika dia telah dijangkiti?
Pada mereka yang mempunyai demam dan/atau batuk dan pergi ke hospital, paru-paru biasanya telah 50% dijangkiti (Fibrosis) dan ketika ini sudah terlambat!
Pakar Taiwan menyediakan kaedah pemeriksaan sendiri yang boleh kita lakukan pada setiap pagi:
1. Sedut nafas panjang sedalamnya dan tahan nafas anda selama lebih daripada 10 saat… Sekiranya anda berjaya melakukannya tanpa batuk, ketegangan atau ketidakselesaan dan sebagainya, ia membuktikan tiada fibrosis dalam paru-paru, yang pada asasnya tidak menunjukkan sebarang jangkitan.
2. Pada masa kritikal, sila lakukan sendiri ujian ini setiap pagi dalam persekitaran udara yang bersih!
SARANAN YANG SANGAT BAIK oleh doktor Jepun yang merawat kes-kes COVID-19.
1. Setiap orang harus memastikan mulut & kerongkong anda lembap dan tidak pernah KERING!
2. Teguk sedikit air setiap 15 minit sekurang- kurangnya.
MENGAPA? Walaupun virus masuk ke dalam mulut anda … air minum atau cecair lain akan MELALUKAN mereka melalui kerongkong ke dalam perut.
Setelah berada di perut yang mempunyai ACID, ia akan membunuh semua virus yang masuk ke dalamnya.

Sekiranya anda kurang minum air secara lebih kerap, virus boleh mula menjangkiti ke paru-paru anda. Di mana keadaan ini sangat berbahaya!

Tolong sebarkan kepada keluarga, kawan dan semua orang tentang ini!
Berdoalah semoga dunia pulih daripada virus Covid 19 sesegera mungkin..
Allahumma amin..
Sayang semua…
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sajat Keluar Kenyataan Kontroversi! Bagaimana Takrifan Seseorang Boleh Jatuh Murtad Menurut Majlis Fatwa?

Berpaling dari agama adalah perbuatan sukar kecuali berlaku sesuatu desakan yang amat kuat misalannya kerana cinta dan sebagainya. Ia bukan isu main-main kerana tersilap kenyataan atau perbuatan, ia boleh menjerumuskan seseorang ke arah murtad.
Terkini, usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman telah mengeluarkan satu video yang bunyinya agak kontroversi kerana mengakui sudah berpaling dari agama. Mungkin terlalu tertekan dengan masyarakat sekeliling, dirinya mengambil keputusan mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi ini.
Berikut adalah transkrip penuhnya seperti disiarkan dalam videonya.
Saya baca, tak salah kita buat research (kajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk.
"Lepas Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.
"Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah taknak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).
"Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul.
"Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam. Saya tak main-main, saya cakap betul.
"Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam…dengan benda yang macam ini, dorang (mereka) buat saya, mungkin dorang (mereka) ingat dorang (mereka) boleh bagi iktibar…bukan.
"Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat.
"Rupa-rupanya…tak tahulah," katanya.

Carian Kashoorga di portal Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) berkaitan soalan seseorang mengaku mengaku bukan Islam dan bagaimana hal murtad ini ditakrifkan.
Berpaling dari agama Islam kepada agama kufur samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan yang membawa kepada kufur samada secara persendaan, engkar atau iktiqad. Berkata Imam al-Ghazali 'Adapun hakikat riddah ialah pengucapan dengan perkataan kufur secara persendaan atau iktiqad atau engkar, manakala daripada perbuatan ialah menyembah berhala, sujud kepada matahari, demikian juga mencampakkan al-Quran ke tempat kotor dan setiap perbuatan yang jelas menghina agama dan demikian juga ahli sihir dihukum bunuh sekiranya apa yang digunakan untuk sihir itu adalah kufur seperti menyembah matahari atau seumpamanya'.
Perkara-perkara Yang Boleh Menyebabkan Murtad :
a. Perkataan
Sebarang perkataan yang jelas boleh membawa kepada kufur adalah dihukum kufur (riddah) orang yang mengucapkannya.
Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 65 dan 66 :
Yang bermaksud : 'Patutkah nama Allah dan ayatNya serta Rasul Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alas an-alasan yang dusta), (kerana) sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman..'.
Di antara contoh-contoh perkataan yang membawa kepada kufur adalah seperti berikut :
- Engkar sesuatu yang diketahui daripada agama (islam) secara darurat seperti mengengkari keesaan Allah, kewujudan Malaikat, Kenabian Nabi Muhammad S.A.W dan seumpamanya.
- Menghalalkan apa yang diharamkan secara ijma".
- Mengharamkan apa yang dihalalkan secara ijma".
- Mencela Nabi Muhammad S.A.W atau Nabi-nabi lain atau mengejek mereka.
- Mencela agama Islam, menghina al-Quran dan as-Sunnah dan tidak beramal dengan keduanya.
- Mendakwa wahyu turun kepadanya.
- Merendah-rendahkan nama Allah dan perintah Nya.
b. Perbuatan
Di antara perbuatan yang boleh membawa kepada riddah ialah :
- Mencampakkan Mashaf al-Quran atau Kitab Hadis Rasulullah S.A.W ke tempat-tempat kotor dengan tujuan menghina.
- Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.
- Tidak mengamalkan hokum-hukum al-Quran dan as-Sunnah kerana menggangapnya tidak sesuai dengan zaman sekarang.
c. Niat
Contohnya ialah seperti berazam untuk kafir pada hari esok atau teragak-agak untuk melakukannya. Niat seperti itu menyebabkan orang itu kufur ketika itu juga.
Syarat-syarat Sah Seseorang Dikira Murtad
Para Ulama" bersepakat meletakkan dua syarat bagi mengesahkan seseorang Islam dikira murtad.

- Berakal tidak sah murtad orang gila dan kanak-kanak.
- Pilihan sendiri atau sukarela. Tidak sah murtad orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih beriman.
d. Masalah
Perkara yang berlaku sekarang itu mungkin disebabkan kejahilan atau perasaan takut dan marah bukan dengan niat si pelakunya untuk murtad, kerana kebiasaannya mereka itu tetap melakukan amalan-amalan Islam walaupun selepas mengucapkan perkataan tersebut. Perkara ini boleh dicontohkan seperti berikut :
- Seseorang (remaja contohnya) apabila selalu dinasihati dan dimarahi tentu akan merasa tertekan dan marah, oleh itu kemarahannya dilahirkan dengan kata-kata sedemikian rupa bagi mengembirakan perasaannya walaupun hatinya tetap dengan Islam dan perbuatan tersebut dilakukan samada kerana jahil atau kerana tekanan perasaan yang amat sangat.
- Seseorang yang ditangkap di atas kesalahan jenayah dalam syara' mungkin juga berada didalam ketakutan atau malu. Oleh itu dia cuba mengelak daripada ditangkap dengan mengaku bukan Islam samada kerana jahil tentang hukum pengakuan tersebut atau tahu tentang hukumnya tetapi dilakukan juga sebagai helah supaya tidak ditangkap, kemudia dia pun mengucap kembali dua kalimah syahadah.
e. Pertimbangan
Walau apa pun alas an sebab seseorang itu melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan murtad, namun zahir hokum syara' adalah jelas bahawa perkataan dan perbuatan sedemikian boleh membawa kepada riddah yang sangat merbahaya. Akan tetapi untuk menghukum seseorang itu telah murtad kita perlu berhati-hati.
Berkata Syed Sabiq 'Seseorang Islam tidak dikira hukum riddah kecuali apabila telah lapang dadanya dengan kufur dan tenang hati dengannya dan masuk ke dalamnya (kufur) dengan sebenarnya'.
Berdasarkan Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 106 :
Yang bermaksud : 'Akan tetapi (yang dikira kafir) seseorang yang lapang dadanya dengan kufur'.
Sabda Rasulullah S.A.W :
Yang bermaksud : 'Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan bagi setiap seseorang apa yang diniatkannya'.
Dan kerana hati adalah suatu yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah, maka tidak dapat tidak mestilah timbul apa yang jelas menunjukkan kekafirannya dengan Dalil Qat"ie yang tidak boleh ditakwilkan lagi sehingga dinasabkan kepada Imam Malik dimana beliau berkata : yang bermaksud 'Apabila timbul darinya (seseorang) apa yang memungkinkan kufur daripada 99 wajah (cara) dan terdapat apa yang memungkinkan iman dari satu wajah (cara), maka dikira urusannya di atas iman'.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Allah Izin Rezeki Anak Dengan Jalan Berbeza”- Abby & Suami Dipuji Berjaya Serah Bayi Nak Dibuang Pada Keluarga Angkat Lewat Dinihari

Siapa tidak mengenali pelakon yang cukup popular dengan panggilan Inspektor Aliza dalam drama bersiri Gerak-Gerak Khas, Abby Abadi.
Bukan saja sering bekongsi ilmu dakwah di media sosial, tetapi juga melakukan misi kemanusiannya dalam membantu menyelamatkan bayi dan menyerahkan kepada insan memerlukan untuk diambil sebagai anak angkat.
Artikel Berkaitan: “Suami Hak Eksklusif Isteri, Jangan Bagi Perempuan Lain Pegang Suami Kita,”- Abby Abadi
Dalam posting terbarunya, Abby berkongsi berita gembira apabila dapat menyelamatkan seorang lagi bayi yang ingin dibuang di Kota Bharu Kelantan.
Bayi berkenaan kemudiannya diserahkan kepada bakal keluarga angkatnya di Kuala Terengganu, Terangganu.
Menurutnya, dia dan suami berjaya mengambil bayi berkenaan dari Kota Bharu pada lewat malam dan sampai di Terengganu awal pagi.
Dia bersyukur kerana suaminya masih mampu bertahan membawa kereta pada waktu dinihari demi memberi kegembiraan kepada pasangan lain yang belum dikurniakan anak setelah 10 tahun kahwin.
Menurut Abby juga, pasangan ini sudah mengalami pengalaman berdepan masalah keguguran sebanyak tiga kali.
Dia juga turut memberi nasihat untuk pasangan berusaha untuk menyusukan anak ini sekurang-kurangnya lima kali kenyang untuk kesenangan apabila besar nanti.
“Alhamdullillah Syukur
Suami Sy @jaiezzany berjaya bawak kereta dari KB 11:30 pm, sampai ke Kuala Terengganu kul 130am. Kuat betul kesayangan Sy ni hehe.. Sy ngantuk dah.. tp tidur2 ayam je sebab pegang baby kan..
“11.11.2020 130am
Berjaya memberi kebahagiaan kepada sepasang lagi pasangan yg belum dikurniakan anak walaupun sudah 10tahun mendirikan rumahtangga. (Sebelum ni lebih 30 pasangan atau mungkin lebih yg dah bahagia Sy bantu dptkan baby angkat, cuma Sy p&c )
“Berbalik pada pasangan ini, 3x gugur katanya takde rezeki. Yg last terasa sangat sbb dah 6bulan setengah. Tp tulah… nk buat mcmana.. akhirnya ALLAH izinkan rezeki anak dgn jalan yg berbeza. Sy nasihatkan usahalah utk susukan. Ambillah injection, makan ubat ke.. asal baby dpt menyusu sekurang2nya 5x kenyang ye. Senang nnti bila besar

Posting berkenaan juga mendapat respon baik dari warganet. Masing-masing memuji pertolongan yang diberikan oleh Abby dan suaminya kepada pasangan yang belum ada zuriat ini.
Untuk rekod, Abby juga sebenarnya sudah berjaya membantu lebih 30 pasangan untuk mendapatkan bayi angkat.
Kredit Foto: Instagram Abby Abadi
Artikel Berkaitan: Norman Hakim & Abby Abadi Kongsi Tip Didik Anak-anak Istiqamah Dengan Al-Quran
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI