‘Terima kasih Allah kurniakan bidadari yang baik.’ Manis ucapan Adam Corrie sempena ulang tahun perkahwinan ke-14. Pelakon Adam Corrie sememangnya seorang suami yang amat menghargai isterinya.
Seperti mana orang lain, Adam Corrie tidak ketinggalan menuturkan kata-kata indah sempena ulangtahun perkahwinan seperti tahun-tahun sebelumnya sebagai tanda menghargai segala pengorbanan isterinya selama membina hidup bersama.
Coretnya,
Terima Kasih Allah
Alhamdulillah sudah 14 tahun usia perkahwinan kami.
Terima kasih Allah kerana kurniakan bidadari yang baik. Dan terima kasih bidadari saya kerana menerima lamaran saya 14 tahun yang lepas dalam keadaan saya yang baru kenal Islam, seorang selebriti, berlainan bangsa dan budaya.
Tapi alhamdulillah bidadari terima saya seadaanya. Malah membantu saya mendalami dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dengan baik selepas SAH menjadi suami isteri.
Manis Ucapan Adam Corrie
Alhamdulillah… atas berkat sabar dan saling ingat-mengingati diri saya dalam semua perkara. Jatuh bangun sentiasa bersama memberi sokongan.
Sempena Ulangtahun Perkahwinan ke-14
Semoga Allah SWT memberkati rumah tangga kami sehingga ke Jannah. Aamin allahumma aamin.
Dalam masa yang sama, ramai yang mendoakan pasangan ini, antaranya :
Ads
Ustaz Hanafi
Barakallahu lakuma wa baa raka ‘alaika wa jama’a bainakumaa fii khoiir. “Semoga Allah memberikan rahmat kepada kamu, dan semoga Dia mengurniakan rahmat kepadamu, dan semoga Dia mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. ”
Norlida Omar
Mudanya, Alhamdulillah, Semoga berkekalan hingga ke Jannah Dan doakan sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, keselamatan, kesejahteran, keselamatan ,keberakahan, dikurniakan anak yang soleh dan dipermudahkan segala urusan ADAM CORRIE sekeluarga. Amin Ya Rabbal Alamin. Happy Anniversary to both of you.
Mohamad Quzari An-Nuur
Assalamualaikum ADAM CORRIE. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kesihatan yang baik kepada Adam dan wife. Dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, dan semoga hubungan suami isteri berkekalan hingga akhir hayat. Amin, insyallah. Teringin jumpa Adam Corrie. Minat dengan semua lakonan Adam Corrie.. Good Luck BOSS!
Syukur alhamdulilah di atas nikmat dan kurniaan Allah.
Mangsa belasan suami, Jahidah Nordin, selamat menjalani pembedahan malam tadi pada jam 9 malam melalui pembedahan.
Hal ini dikongsikan oleh adiknya, Fauziah Nordin, 38 yang berkongsi berita gembira ini di akaun facebooknya semalam. Menurut Fauziah, kakaknya itu terpaksa menjalani pembedahan lebih awal semalam (berbanding dijangka hari ini) kerana kes kecemasan.
Bahkan sebentar tadi, dirinya memaklumkan agar pihak wartawan bersabar menanti berita baik ini kerana dirinya kini berad di hospital (wartawan mencarinya di rumah).
Dalam pada itu menerusi akaun tik toknya @ziah_zara15 semalam memaklumkan, buat bapa, adik beradik yang jauh,moga kita sabar dan tabah hadapi apa juga kemungkinan yang berlaku.
“Bila dah masuk dalam, saya tak nak ahli keluarga mengharapkan sesuatu yang berlaku. If anything different terjadi, this are to factor (risiko). Tapi kita harap ini tidak berlaku,” katanya memaklumkan pendapat pakar.
Kes kakitangan kerajaan yang dibelasah hingga koma ini hingga berlaku kerosakan otak mendapat perhatian ramai kerana kecederaan teruk dialaminya. Masa yang sama, dirinya tengah mengandungkan anak sulung 15 minggu.
Dalam keadaan tidak sedarkan diri, anak dalam kandungannya terus membesar sehingga selamat dilahirkan hari ini menerusi keadah pembedahan. Mari doakan agar anak yang baru lahir ini membesar sihat dan mampu menjaga ibu yang terlantar ini.
Tragedi bot terbalik, sungguh menyayat hati 49 pelajar madrasah ditemui lemas. Kejadian yang berlaku di Pakistan ini dikatakan berpunca daripada bot terbalik kerana terlebih muatan.
Seramai 51 orang termasuk 49 kanak-kanak dan remaja lelaki lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di sebuah tasik di barat laut Pakistan, Islamabad.
Pegawai kanan pasukan penyelamat, Khateer Ahmad mengesahkan, 49 mangsa berusia antara tujuh hingga 14 tahun itu adalah pelajar sebuah madrasah yang mengadakan lawatan sehari ke tasik Tanda Dam.
Katanya, dua lagi mayat yang ditemukan ialah seorang guru dan pengendali bot berkenaan.
“Air empangan itu membeku kerana cuaca sejuk sekali gus menghalang misi menyelamat.
“Tetapi hari ini penyelam dapat menyelam kawasan paling dalam untuk mengeluarkan mayat mangsa lain,” katanya.
Jurucakap polis, Fazal Naeem mengeluarkan angka kematian membabitkan 51 orang selepas tamat misi menyelamat semalam, selain turut mengesahkan punca kemalangan itu.
“Bot itu terlebih muatan sedangkan kapasitinya cuma 20 hingga 25 orang saja.
“Lima orang berjaya diselamatkan termasuk empat pelajar dan seorang guru,” katanya kepada AFP.
Sementara itu, mangsa terselamat, Muhammad Mustafa, 11, berkata, nasibnya baik kerana tersangkut di bawah bot selepas kemalangan.
“Badan saya kebas kerana airnya sangat sejuk.
“Saya fikir saya akan mati apabila seorang lelaki di atas tiub kembung menyelamatkan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Umar, yang menjual teh di tapak perkelahan yang menghadap ke destinasi pelancongan popular hujung minggu itu berkata, puluhan ibu bapa dan saudara-mara berkumpul sejak beberapa hari lalu bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai mangsa.
“Setiap kali mayat ditemukan di tempat kejadian, mereka akan pergi ke arah penyelam untuk melihat sama ada itu anak mereka dan waktu itulah kami akan mendengar mereka menjerit dan keperitan kehilangan insan tersayang.
“Seumur hidup, saya tidak pernah menyaksikan perkara ini dan ia tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Tasik Tanda Dam terletak kira-kira lima kilometer dari madrasah berkenaan iaitu sebuah sekolah Islam yang menawarkan pendidikan agama percuma di Kohat, wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Wanita kena elak post gambar, video tak menutup aurat. ‘Walaupun dalam private group, bimbang tersebar nanti sudahnya mengundang fitnah.
Tidak dinafikan ada wanita terbuka berkongsi gambar tidak menutup aurat seperti tak bertudung dalam group private dengan harapan tiada siapa yang akan sebarkan.
Kita tak tahu hati manusia kan, kadang-kadang bila berlaku perkara tak terduga dalam hubungan, akhirnya gambar atau video tersebut dijadikan modal.
Ikuti penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini,
Soalan
Bolehkah kalau post gambar tak tutup aurat dengan sempurna macam tak pakai tudung dalam kalangan ‘close friend’ perempuan dekat Instagram? Saya lihat ada kenalan yang buat macam tu. Mohon pandangan dan terima kasih.
Ringkasan Jawapan
Perbuatan memuat naik gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna di media sosial adalah perkara yang bercanggah dengan hukum dan adab sebagai seorang yang beragama Islam.
Walaupun tontonan di media sosial boleh dihadkan dan ditetapkan kepada golongan tertentu, namun terdapat kemungkinan gambar atau video itu boleh tersebar kepada orang lain atau dikhuatiri keadaannya itu diceritakan oleh orang yang melihat kepada ajnabi.
Justeru itu, bagi mengelakkan segala kemudaratan dan maksiat, menjadi satu kewajipan untuk memuat naik yang menutup aurat dengan sempurna serta tidak melanggar adab, etika dan kesopanan seorang muslim.
Huraian Jawapan
Dengan kemunculan dan pembaharuan pelbagai sistem tetapan dan ciri yang menarik di media sosial, pengguna media sosial ini perlu mengamalkan adab dan etika serta sentiasa mengawal diri daripada melakukan perkara yang membawa kesan negatif kepada diri, agama dan negara.
Bagi menjawab persoalan di atas, hukum menghantar atau memuat naik gambar gambar dengan keadaan tidak menutup aurat adalah perkara yang dilarang dalam syarak sama ada perbuatan ini dilakukan oleh lelaki mahupun wanita.
Setiap muslim perlu ada sifat malu dan berusaha menjaga auratnya sebaik mungkin dan tidak boleh mengambil mudah akan perihal aurat sehingga menjadi tontonan golongan ajnabi. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
Surah al-Nur (30-31)
Justeru itu, membuka aurat tanpa sebarang tujuan darurat adalah haram sama ada aurat diri sendiri atau aurat orang lain.
Walaupun gambar atau video yang dimuat naik telah dihadkan tontonannya kepada hanya yang mahram atau dalam kalangan sejantina, namun masih terdapat kemungkinan gambar itu tersebar sehingga menjadi tontonan ajnabi.
Justeru itu, sebagai langkah berjaga-jaga dan menghindarkan diri daripada fitnah, setiap orang perlu menapis setiap gambar dan perbuatan yang akan dipertontonkan kepada orang ramai. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain, lalu wanita lain itu menceritakan kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat wanita yang diceritakannya.
Riwayat al-Bukhari
Berdasarkan hadis tersebut, seorang isteri dilarang menceritakan keadaan bentuk badan wanita lain kepada suaminya kerana dikhuatiri suaminya berasa tertarik dengan sifat yang disebutkan sehingga menceraikan isterinya dan mengidamkan wanita yang diceritakan sifatnya itu.
Hadis ini merupakan hujah Imam Malik dalam menentukan piawaian sadd al-zariah iaitu menghalang perbuatan harus yang boleh membawa kepada sesuatu yang haram. (Rujuk Fath al-Bari, Imam Ibn Hajar al-Asqalani, 9/338)
Oleh yang demikian, memuat naik gambar atau video yang tidak menutup aurat dengan sempurna sewajarnya dielakkan. Walaupun tontonan di media sosial boleh dihadkan dan ditetapkan kepada golongan tertentu, namun terdapat kemungkinan gambar atau video itu boleh tersebar kepada orang lain atau dikhuatiri keadaannya itu diceritakan oleh orang yang melihat kepada ajnabi.