Tersalah Baca Tahiyat Akhir Ketika Duduk Tahiyat Awal Apa Hukumnya?

Tersalah baca tahiyat akhir ketika duduk untuk tahiyat awal. Sebagai manusia yang lemah, ada kala solat pun tidak khusyuk dan masih mengingat hal dunia.

Hingga menyebabkan tersalah bacaan, antaranya terbaca tahiyat akhir Ketika rakaat kedua ataupun Ketika duduk tahiyat awal. Dalam hal ini apa hukumnya?

Persoalan ini dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dalam satu perkongsian beliau.

SOALAN :

Apakah hukumnya kalau kita tersalah membaca tahyat akhir ketika duduk tahyat awal?

JAWAPAN :

TASYAHUD AWAL

Ads

Membaca taysahud awal hukumnya adalah sunat ab’adh maka siapa yang tertinggal membacanya disunatkan dia sujud sahwi.

Jika sudah memberi salam lalu tersedar dia tertinggal membaca taysahud awal maka solatnya sah.

Bacaan pada tasyahud awal itu ialah :

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ للهِ، السَّلامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الله اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

TASYAHUD AKHIR

Ads

Membaca tasyahud akhir adalah rukun sembahyang yang jika seorang tidak membacanya maka tidak sah sembahyangnya sekalipun diganti dengan sujud sahwi.

Jika dia sedar selepas solat bahawa dia tertinggal membaca tasyahud akhir maka wajib diulangi akan solat tersebut kerana solat tersebut kekurangan satu rukun.

Bacaan tasyahud akhir yang wajib ialah  :

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ للهِ، السَّلامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الله اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Ads

Dan bacaan tasyahud akhir yang afdhal ialah :

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ للهِ، السَّلامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الله اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَرَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

Tidak disunatkan ketika duduk tahyat awal membaca tasyahud akhir akan tetapi jika dibacanya juga akan tasyahud akhir maka solatnya sah tidak mengapa.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads