Saya nak tahu apa hukum dan fadilat puasa sunat 27 Rejab sempena Isra’ Mi’raj?
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya.
Sebarang bentuk, puasa sunat tidak dianggap sunat melainkan terdapatnya nas sama ada daripada al-Quran atau hadis yang menggalakkan puasa sunat tersebut. Kami kemukakan di sini dari kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/114-117) berkenaan dengan puasa sunat yang terdapat dalam Islam.
Antara jenis puasa sunat ialah:
Puasa pada Hari Arafah
Sunat berpuasa pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan ibadat haji.
Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Qatadah RA katanya: “Rasulullah SAW ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Baginda bersabda:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”
Riwayat Muslim (1162)
Hari Arafah adalah hari yang afdhal antara hari yang lainnya. Ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiada hari lain yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-hamba-Nya daripada api neraka selain hari Arafah.”
Riwayat Muslim (1338)
Adapun orang yang sedang mengerjakan ibadat haji, tidak sunat berpuasa pada hari tersebut, bahkan dia sunat berbuka mengikut perbuatan Nabi SAW, di samping menguatkan tenaga untuk berdoa pada hari tersebut.
Puasa pada Hari Asyura’ dan Tasu’aa’
Asyura’ adalah hari yang kesepuluh bulan Muharam, manakala Tasu’aa’ pula adalah hari yang kesembilan pada bulan tersebut. Ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Abbas RA, katanya:
Maksudnya: “Jika aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan Muharram.”
Riwayat Muslim (1134)
Namun, Rasulullah SAW telah wafat sebelum tiba masa tersebut.
Hikmah berpuasa hari Tasu’aa’ dan hari Asyura’ adalah untuk berhati-hati daripada kemungkinan berlaku kesilapan awal bulan. Begitu juga halnya supaya tidak menyamai perbuatan orang Yahudi. Mereka juga berpuasa pada hari kesepuluh bulan Muharam. Justeru, sesiapa yang tidak berpuasa pada hari Tasu’aa’ dan hari Asyura’, dia sunat berpuasa pada hari yang kesebelas bulan tersebut.
Gambar sekadar hiasan.
Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
Dalil sunat berpuasa pada kedua-dua hari tersebut ialah hadith, daripada Aisyah R.Anha, katanya:
Maksudnya: “Semua amalan dipersembahkan pada hari Isnin dan Khamis. Justeru, aku ingin amalanku dipersembahkan ketika aku sedang berpuasa.”
Riwayat al-Tirmizi (747)
Puasa Selama Tiga Hari pada Setiap Bulan
Hari yang afdhal untuk melakukan puasa tersebut ialah pada malam bulan mengambang, iaitu pada hari yang ke-13, 14 dan 15 setiap bulan Islam yang dikenali juga sebagai hari-hari putih (الأيام البيض). Ini kerana malam hari tersebut terang benderang kerana cahaya bulan. Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, katanya:
Maksudnya: “Rasulullah SAW meminta aku melakukan tiga perkara, iaitu puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat Witir sebelum tidur.”
Riwayat al-Bukhari (1124) dan Muslim (721)
Hadith seterusnya, daripada Abu Qatadah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 haribulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.”
Riwayat Abu Daud (2449)
Walau bagaimanapun, puasa pada 13 Zulhijjah dikecualikan kerana haram berpuasa pada hari tersebut.
Puasa Selama Enam Hari pada Bulan Syawal
Cara yang afdhal adalah puasa berturut-turut sebaik sahaja selepas Hari Raya Aidilfitri. Namun, cara demikian tidaklah menjadi syarat. Malah, sunatnya tetap didapati, sekalipun dilakukan secara berselang-selang hari. Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Ayub RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.”
Riwayat Muslim (1164)
Berdasarkan kitab ini, dan juga dalil-dalil yang dikemukakan jelas menunjukkan kepada kita bahawa puasa 27 Rejab tidak dianggap termasuk dalam puasa-puasa sunat yang dituntut kecuali ia berlaku pada hari Isnin atau hari Khamis. begitu juga sebagaimana yang kami bahaskan bahawa penentuan Isra’ Mi’raj pada 27 Rejab juga menjadi khilaf di kalangan ulama’ tarikh.
Marilah sama-sama kita beramal dengan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan inilah yang diajar oleh Islam kepada kita. Semoga kita sentiasa mendapat taufiq dan hidayah daripada-Nya.
Jual barang mekap tak salah. ‘Yang haramnya bila wanita buat tutorial mekap untuk tatapan umum.’
Bila ramai yang lihat tutorial mekap yang kita buat, bayangkan saja lelaki yang melihat. Pasti bukan sekadar melihat mekap yang ditunjuk tetapi pasti bermacam-macam di fikiran mereka. Ya Allah, minta dijauhkan.
Berat saya nak tulis tentang perkara ini. Ia berkaitan hukum. Tapi, saya rasa saya perlu tulis supaya lebih ramai orang yang tahu. Saya sendiri pun tak arif berkaitan hal ni.
Beberapa hari lepas, saya ada hubungi seorang kawan untuk tanya barang makeup yang dijualnya. Memang selalu sangat dia upload tutorial makeup sebagai salah satu cara marketingnya.
Tak Salah
Rupa-rupanya, dia dah tak berjual barangan makeup tersebut. Terkejut juga saya. Bertahun dia buat bisnes ni. Takkan semudah itu dia stop kalau tak ada sesuatu yang berlaku.
“Jual makeup tak haram. Yang haramnya bila aku buat tutorial makeup tu untuk tatapan umum.”
Yang Haramnya
Itu jawapan dia pada saya.
Tapi disebabkan dia betul-betul berazam untuk tak buat tutorial makeup lagi, maka dia tinggalkan semua.
Subhanallah, betul-betul dia berjuang untuk lawan nafsu sendiri. Dia stop jual segala jenis makeup supaya tak ada lagi keinginan untuk bertutorial tu.
Bukan senang tau hendak melawan nafsu sendiri. Memang kena berjuang habis-habisan. Lagi-lagi untuk sesuatu yang kita suka buat.
“Betul ke haram buat tutorial makeup?” Saya minta penjelasan lebih lanjut daripada dia.
“Ustaz Adnin ada buat analogi. Orang perempuan ni, mesti tak suka kalau dia lalu, ada lelaki yang pandang je dia, kan?
Buat Tutorial Mekap
Kita akan rasa tak selesa dan tak suka. Rasa nak korek saja mata orang yang tengok tu. Tapi itu di dunia realiti.
Bila upload video tutorial makeup, beratus ribu orang yang tengok, baik lelaki baik perempuan. Baik bujang, baik bapak orang, baik tua bangka, baik lelaki buaya. Semua tengok.
Dalam keadaan kita duk tenyeh muka sana-sini. Bercantik-cantik untuk orang tengok. Padahal bukan tak tahu, cantik tu untuk suami.
Soheh la berdosa!”
Panjang lebar lagi sebenarnya dia terangkan pada saya. Tapi ini antara point penting yang melekat terus dalam kepala saya.
Entah-entah ada orang save pulak video kita duduk tenyeh lipstick itu untuk buat benda tak elok. Aduh, seriau weh!
Untuk Tatapan Umum
Saya ada juga terbaca tulisan Ustaz Zulbakri berkaitan hal ini.
Katanya, kalau tak sampai tabarruj (berhias secara berlebihan) boleh saja. Tapi, pendapat peribadi saya dan saya ada juga tanya beberapa orang asatizah, mereka semua sepakat bahawa tutorial makeup yang diupload untuk tatapan umum adalah haram.
Manusia zaman sekarang ni, yang tidak-tidak saja dalam kepala mereka. So bab macam ini, lebih baik kita ambil langkah selamat daripada cuba berhusnuzon dengan orang yang tengok tu semata-mata nak teruskan apa yang kita suka buat.
Buat Grup Khas
Kawan saya kata, ada kawan-kawan dia yang masih jual barangan makeup dan masih buat tutorial tapi diorang buat group khas untuk perempuan sahaja.
Insyallah bila kita usaha jaga benda ni, Allah tak akan kurangkan pun rezeki kita. Bahkan kita akan rasa cukup sebab ada berkat di dalamnya.
Saya tulis ni tentang makeup ye. Yang memang menarik minat orang untuk tengok dan telek wajah kita. Kalau berkaitan skincare, saya tak pasti. Sebab skincare ini tak ada warna-warna yang menghias muka, kan?
Bab skincare ni, kalian tanyalah orang yang lebih arif. Wallahua’lam.
Kawan-kawan,
Kalau jalan mujahadah inilah yang akan bawa kita ke syurga, semoga kita terus kuat untuk melaluinya. Semoga kita terus kuat melawan kehendak yang berlawan dengan syarak.
Selebriti yang memiliki nama penuh Nisdawati Nazaruddin, 42 tahun turut mendedahkan memohon maaf seterusnya meminta peminat tidak lagi menyiarkan gambar lamanya.
Dalam posting di laman sosial Instagram, Lisdawati berkata jika mahu simpan, ‘conteng’ sikit bahagian mana yang perlu. Jika tidak mampu dia menyuruh untuk delete semua gambar dan video dirinya yang jahil suatu ketika itu.
Malah menurutnya setiap hari berdoa supaya cerita lama dirinya tidak disiarkan. Dia juga turut memohon supaya Allah terima taubatnya.
“Byk dah gambar gambar lama yg sy dah buang dan bakar. Tiba2 terkeluar keratan ni.. Masih ada lagi yg terselit. . Teringat pada beberapa peminat yg paparkan trowback gambar lama sy.. Sy mohon maaf sgt2 dan minta tidak disiarkan gambar sy yg lama.
“Kalau nak simpan pun jom kita jaga sesama kita. Conteng sikit mana yg perlu . Kalau MAMPU nak jer sy delete semua gambar dan video sy yg jahil dulu. Hari2 berdoa supaya cerita lama sy tak disiarkan. Semoga Allah Swt terima Taubat sy
“Maaf sekali lagi atas kesalahan sy pada semua. #gambartrowback #doaygbaikbaiksaja
‘Kasihan wife banyak berkorban, beri saya fokus kerjaya.’ Azizulhasni buat kejutan hari jadi isteri walaupun dia mengakui dirinya bukanlah seorang lelaki yang romantik apatah lagi menjadi seorang yang sukakan kejutan.
Biarpun tidak menjadi dirinya, Azizulhasni Awang menganggap inilah cara seseorang suami menghargai seorang yang telah berkorban segalanya untuk suami tanpa mengenal jemu.
Momen tersebut dikongsikan atlet ini di akaun Instagramnya. Luahnya….
Seminggu dua sebelum hari lahir wife saya, beliau duduk tanya saja nanti ada apa-apa surprise tak? Perkara yang agak contra antara kami berdua ini, dia suka surprise dan saya pula tidak.
Saya ini berjiwa komando, korang nak celebrate atau tak birthday saya, ianya tidak akan mengubah apa-apa dalam hidup saya.
Banyak Berkorban
Ketika pulang ke Malaysia ni, punyalah busy tu mengalahkan Perdana Menteri Amerika boh. Itu pasal lah wife saya asyik duduk tanya saja saya akan celebrate ke tak birthday dia tu.
Mungkin kalau tak, dia nak celebrate dengan kawan-kawannya. Saya buat muka keras saja. “Tengok dulu nanti macam mana, kalau ada free kita celebrate lah mana-mana” ujar saya. Dia pun muka dok jadi je.
Beri Saya Fokus Kerjaya
Tetapi dalam hati komando ini, saya kasihan juga dekat wife. Dia banyak berkorban pelbagai perkara untuk saya. Disebabkan memberi ruang untuk saya fokus kepada kerjaya saya ini, beliau dan anak-anak terpaksa berkorban pelbagai benda.
Perkara itu orang luar tak nampak. Seksa dan peritnya menjadi ahli keluarga kepada atlet negara ni. Jadi di tengah-tengah jadual yang sibuk tak kehabisan itu, saya mencari ruang untuk menyelit.
Azizulhasni Buat Kejutan
Nak tak nak saja kan. Saya put a little effort untuk buat surprise sikit untuk isteri saya ni.
Saya ni sejujurnya tak suka bagi bunga, tapi kalau saya bagi bunga tu, memang akan special level dewa lah tu. Dan wife saya faham perkara itu.
Kononnya nak merajuklah saya ni seolah-olah mementingkan kerja lagi daripada dia. Walhal dia tak tahu sang suami ni buat plot twist.
Hari Jadi Isteri
Jadi untuk para suami di luar sana, effort kecil dari anda, boleh memberikan makna yang besar buat isteri anda. Hargailah mereka yang berkorban dan bersusah payah menjadi tulang belakang kejayaan kita.
Kadang-kadang itu kita terajang sekejap ego dalam diri kita sebagai lelaki itu, tak salah, untuk isteri kita pun. Dan kalau ada di antara kita yang malu untuk buat benda-benda romantik ni takut nanti ada kawan-kawan cakap “Takut bini lah tu”.
Korang jawab saja “Aku takut bini aku, bukan bini kau!”
Ps: korang tengoklah anak-anak saya pun terduduk dan nak termuntah tengok mak bapak nya.
Malam Lailatul Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan...