Sudah masuk tahun 2021 namun nampaknya masih ada yang tidak boleh move on dengan ilmu sihir.

Terkini penyanyi Satu Lagi Peluang Andi Bernadee mengakui dirinya disihir oleh individu mengenalinya. Walau tidak menyatakannya siapa tapi Andi akui ketika diubati oleh seorang ustaz, katak kering dijumpai di atas keretanya selain paku keluar dari tekaknya.

“Sejujurnya, saya tak mahu percaya semua ini. Saya cuba kuat, namun tewas juga. Kali ini, saya tak sedar diri ketika dirasuk hingga ustaz datang mengubati.” “Rakan serumah memaklumkan saya meraung dan memekak tak ingat dunia. Ustaz memaklumkan wanita yang dimaksudkan pernah bekerja dengan saya. Cuma, tidak dijelaskan sama ada di kalangan artis atau sebaliknya.” “Ustaz akan datang berubat ke rumah selama tiga hari. Setakat ini, insya-Allah saya semakin okay,” jelasnya (petikan dari Berita Harian).

Dalam perkongsian di instagramnya, Ande Bernadee yang semakin aktif sebagai pelakon menulis:-

“Allhamdulillah, terima kasih awak . Saya tak tahu apa salah saya pada awak. Apapun ini semua ujian Allah..


Andi Bernadee Disihir! Keluar Paku Karat & Katak Kering, Fatwa Muzakarah Putuskan Pengamal Sihir Perlu Di Qisas
Dalam pada itu, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Kedua yang bersidang pada 11 Julai 2011 / 9 Syaaban 1432H telah membincangkan mengenai Hukum Sihir. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

IKLAN

1. Hukum pengamal sihir adalah kafir.

2. Sekiranya pengamal sihir itu menyebabkan kematian, maka pengamalnya boleh dikenakan hukuman Qisas ( Hukuman Qisas (Bahasa Arab: قصاص) adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.

a) Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa).
b) Melukakan dibalas dengan melukakan.
c) Mencederakan dibalas dengan mencederakan.

3. Hukum orang yang mendapatkan khidmat ahli sihir adalah berbeza berdasarkan situasi berikut:
Pertama: Sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir, membenar dan mempercayai perkhabarannya dengan berkeyakinan ahli sihir itu dapat mengetahui perkara ghaib, maka orang yang seumpama ini dihukum kafir. Ia dikira kafir kerana:
i. Dia telah mensyirikkan Allah dengan ahli sihir tersebut dalam mengetahui perkara ghaib yang asalnya adalah milik Allah sahaja. Firman Allah SWT:

Andi Bernadee Disihir! Keluar Paku Karat & Katak Kering, Fatwa Muzakarah Putuskan Pengamal Sihir Perlu Di QisasMafhumnya: “Katakanlah tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah…” (al-Naml: 65)

IKLAN

ii. Demikian juga disebabkan mempercayai ahli sihir. Baginda SAW bersabda: Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi bomoh atau tukang tilik, dan membenarkan (mempercayai) apa yang dikatakan oleh bomoh atau tukang tilik itu, sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.” (Hadith riwayat Ahmad, al-Hakim dari Abu Hurairah RA)

Adapun bagi sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir dan mempercayai perkhabaran ahli sihir tersebut dalam keadaan dia menyakini bahawa ahli sihir itu tidak mengetahui perkara ghaib. Sebaliknya ahli sihir itu mengambil berita-berita yang dikhabarkan kepadanya daripada jin yang mencuri dengar dari sumber lain atau qarin yang sentiasa mendampingi manusia. Para ulama berbeza pandangan, sebahagian mereka berpandangan orang seperti ini tetap dikira terkeluar dari agama, manakala sebahagian ulama yang lain berpendapat orang seperti ini telah melakukan salah satu dosa daripada dosa-dosa yang besar.

Kedua: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir hanya untuk bertanya, ia dikira telah melakukan dosa besar dan tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 hari sebagai halangan daripada melakukan dosa tersebut. Nabi SAW bersabda.

Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan bertanya kepadanya tentang sesuatu perkara, tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 malam.” (Hadith riwayat Muslim dan Ahmad)

IKLAN

Ketiga: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir bertujuan membuktikan pembohongan ahli sihir tersebut kepada orang ramai dan mengingkari perbuatannya, maka usaha orang itu dibenarkan dan dia berhak memperolehi pahala. Bahkan perkara ini menjadi wajib bagi sesiapa yang berkemampuan melakukannya kerana ia termasuk melaksanakan kewajipan al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘an al-Mungkar.

4. Orang yang menggunakan khidmat ahli sihir boleh dikenakan hukuman Ta’zir.

5. Pengamal sihir dan orang yang menggunakan khidmat ahli sihir sekiranya tidak bertaubat adalah termasuk dalam golongan ahli neraka.

6. Mempelajari ilmu sihir adalah haram secara mutlak walaupun dengan apa-apa tujuan.

7. Semua pihak adalah diharamkan daripada menyebarkan,

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI