Ganjaran besar menanti buat mereka yang menunggu waktu solat. Justeru selesai solat Maghrib sebaiknya tunggu saja di sejadah untuk solat Isyak kerana selang masa di antaranya hanya lebih kurang sejam.
Begitu juga untuk Zuhur, jika berkelapangan sebaiknya tunggu untuk menyempurnakan solat Asar sekali.
Ini kerana fadhilat buat seseorang yang menunggu waktu solat selepas solat amatlah besar. Perkara ini dikongsi oleh bekas mufti Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri ketika menjawab satu persoalan dalam laman web Maktabah Al Bakri.
Ujar beliau terdapat banyak kelebihan dan ganjaran buat mereka yang menunggu waktu solat. Fadhilat tersebut semuanya disebutkan dalam hadis seperti berikut.
1. Allah mengampunkan dosa orang yang menunggu solat
Diriwayatkan daripada Abu Hurairahh R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إسباغُ الوُضوءِ على المَكارِهِ إعمالُ الأَقدامِ إلى المساجدِ، وانتِظارُ الصَّلاةِ بعدَ الصَّلاةِ
Maksudnya: Perkata yang dapat menghapuskan dosa adalah menyempurnakan wuduk di saat yang tidak disukai, melangkahkan kaki menuju ke masjid dan menunggu solat selepas solat. Riwayat Muslim (251)
Ads
2. Dikira sebagai solat sehingga tiba waktu solat
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW:
فإذا دخلَ المسجدَ كانَ في صلاةٍ ما كانتِ الصَّلاةُ هيَ تحبسُه
Maksudnya: jika ia telah masuk masjid, maka ia dihitung dalam solat selama ia menunggu solat. Riwayat Bukhari(648)
3. Allah memuji di hadapan para malaikat
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Amru bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أبشِروا هذا ربُّكم قد فتح بابًا من أبوابِ السَّماءِ، يُباهي بكم الملائكةَ، يقولُ: انظُروا إلى عبادي، قد قضَوْا فريضةً، وهم ينتظِرون أخرى
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)
abar gembira, Tuhanmu telah membuka pintu-pintu langit, Dia membanggakan kalian di hadapan para malaikat, Allah berfirman : Perhatikanlah hambaku, mereka selesai menunaikan fardhu, namun mereka tetap menunggu fardhu yang lain. Riwayat Ibn Majah (801)
Para malaikat mendoakan sesiapa yang duduk di masjid menunggu solat
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.Anhu bahawa Rasulullah saw bersabda :
Ads
إنّ المَلائِكَةَ تُصَلِّي على أحَدِكُمْ ما دامَ في مَجْلِسِهِ، تَقُولُ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ له، اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ، ما لَمْ يُحْدِثْ، وأَحَدُكُمْ في صَلاةٍ ما كانَتِ الصَّلاةُ تَحْبِسُهُ
Maksudnya: Para malaikat akan mendoakan salah seorang diantara kalian selama ia masih di tempat solatnya, mereka , memohon: Ya Allah ampunilah dia, Ya Allah rahmatilah dia sebelum ia belum berhadas. Salah seorang diantara kalian dihitung dalam solat selagi mana ia menunggu waktu solat. Riwayat Muslim(649)
Hadith-hadith di atas menunjukkan kelebihan dan keistimewaan diberikan bagi sesiapa yang menunggu waktu solat. Justeru didiklah diri supaya sentiasa menunggu waktu solat agar dapat solat di awal waktu di samping mengejar ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.
Memang terdapat hadis dari Nabi SAW mengenai larangan untuk tidur secara meniarap. Ini sepertimana riwayat daripada Ya`ish daripada ayahnya, Tikhfah bin Qaysi al-Ghifari RA bahawa pada suatu hari ketika beliau sedang tidur di dalam masjid dalam keadaan meniarap, lalu ada seseorang yang menggerakkanku (membangunkanku) dengan mengunakan kaki lalu berkata:
إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ. قَالَ فَنَظَرْتُ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Maksudnya: Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai Allah. Kemudian Tikhfah RA berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW. Riwayat Abu Daud (5040) & al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad (1187)
Dalam hadis dengan lafaz yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:
قُمْ وَاقْعُدْ فَإِنَّهَا نَوْمَةٌ جَهَنَّمِيَّةٌ
Maksudnya: Bangun dan duduk, sesungguhnya ini adalah cara tidurnya penghuni neraka. Riwayat Ibn Majah (3725)
https://www.youtube.com/watch?v=Dq_XjobsZ5g
HUKUM TIDUR MENIARAP
Jelas terdapat larangan agar tidak tidur secara meniarap. Di dalam kitab-kitab fiqh mazhab al-Syafi`e, tidur secara sengaja dalam keadaan sebegini adalah makruh. Ini sepertimana yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Majmu`:
وَيُكْرَهُ الِاضْطِجَاعُ عَلَى بَطْنِهِ
Maksudnya: dan dimakruhkan untuk tidur di atas perut (secara meniarap).
Al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah juga menyebutkan bahawa sunat juga mengejutkan mereka yang tidur dalam keadaan meniarap.
KESIMPULAN
Larangan dari tidur secara meniarap berdasarkan hadis yang disebutkan di atas difahami oleh ulama` Syafi`eyyah adalah bersifat makruh. Seeloknya dijauhkan dari perbuatan tersebut.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kebanyakan kita pasti menyimpan hasrat untuk menunaikan haji. Namun begitu seharusnya ibadah ini dilaksanakan dengan cara yang betul.
Ini kerana ada juga yang menunaikan haji dengan cara yang salah mengikut undang-undang. Sebagai contoh menggunakan visa umrah atau pelancong dengan cara tinggal lebih lama (overstay) sehingga musim haji.
Dalam hal ini timbul persoalan apakah status ibadah haji mereka yang menggunakan cara sebegini. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memberi penjelasan tentang perkara ini.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) menyalahgunakan visa pelancong dan visa umrah untuk mengerjakan ibadah haji dengan cara tinggal lebih lama (overstay) sehingga masuk musim haji merupakan satu kesalahan di bawah peraturan kerajaan Arab Saudi.
Penyalahgunaan visa ini akan melibatkan keselamatan pemegang visa yang tidak diiktiraf untuk melaksanakan haji dan boleh mencemarkan nama dan hubungan baik antara dua negara. Pengiktirafan permit haji hanya dikeluarkan oleh institusi bertauliah seperti Lembaga Tabung Haji (LTH).
Syarat istita’ah atau berkemampuan dalam mengerjakan ibadah haji untuk sampai ke tanah haram juga merupakan faktor dalam menentukan kewajipan seseorang itu untuk menunaikan ibadah haji seperti perjalanan yang aman dan selamat.
Bahkan tidak wajib untuk menunaikan ibadah haji sekiranya perjalanan tersebut terdapat ancaman terhadap diri dan harta. Imam al-Nawawi menyebut:
Maksudnya: “(Antara syarat istita’ah) aman dalam perjalanan, sekiranya takut ke atas diri atau hartanya daripada ancaman binatang buas, musuh atau perompak serta tiada jalan lain yang sesuai (untuk pergi haji) maka tidak wajib untuk menunaikan ibadah haji.”[4]
Menggunakan visa umrah untuk mengerjakan ibadah haji adalah satu kesalahan seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. Arahan ini dikeluarkan untuk tujuan kebaikan dan menjaga kepentingan umat Islam wajib dipatuhi sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Suyuti:
Maksudnya : “Urus tadbir pemerintah ke atas rakyat hendaklah terikat dengan maslahah.”[6]
Menurut Imam Ibn Hajar al-Haitami arahan pemerintah yang tidak membawa kepada maslahah umum tidak wajib untuk dipatuhi[7]. Ini dapat difahami sebaliknya bahawa jika arahan pemerintah itu bertujuan untuk menjaga maslahah umum maka wajib dipatuhi.
Dalam hal ini perbuatan menggunakan visa umrah atau pelancong dengan cara tinggal lebih lama (overstay) sehingga musim haji adalah satu perbuatan yang haram dan berdosa kerana menipu dan melanggar undang-undang.
Manakala ibadah haji yang dilakukan dengan menggunakan visa tersebut adalah sah sekiranya melengkapi segala syarat dan rukun haji.
Bercinta, bertunang, bernikah dan dikurniakan bayi yang comel adalah kurniaan rezekiNya. Menimang cahayamata terutamanya merupakan nikmat paling indah. Anak-anak adalah pintu rezeki dan doa anak yang soleh dan solehah akan mengiringi kita ke syurga nanti.
Tatkala ibu selamat melahirkan bayi, perkhabaran baik itu disambut penuh kesyukuran oleh sang ayah, ahli keluarga dan kenalan. Kalau boleh, satu dunia perlu tahu kehadiran si mungil.
Namun dalam kegembiraan tersebut, adab menyambut kelahiran bayi harus diutamakan bagi mendapat redha Allah.
Ayah perlu ambil tahu hal ini. Ikuti perkongsian Ustaz Rahman Iskandar, tentang adab-adab menyambut kelahiran bayi yang ramai ambil mudah.
Orang yang terbaik untuk menyambut bayi ialah bidan atau doktor Muslimah. Sekiranya tiada, maka keutamaannya boleh diserahkan kepada perempuan non-Muslim, seterusnya kepada lelaki Muslim, dan akhir sekali kepada lelaki non-Muslim. Ini semua adalah merujuk kepada fiqh aurat wanita di dalam Islam.
Bilik bersalin adalah tempat si ibu berjuang dengan nyawanya untuk melahirkan anak. Justeru, pastikan tempat tersebut bersih. Selain itu, galakkan si bapa untuk berada sekali semasa persalinan sebagai sokongan moral.
Si bapa bolehlah memainkan peranan mengurangkan kesakitan si ibu, dan juga membaca doa atau sekadar memasang alunan bacaan al-Quran. Biar si ibu sentiasa teringat Allah, dan biarlah si bayi mendengar kalam Allah sebagai kalimah pertama ketika mula mengunjungi alam dunia ini.
Adalah disunatkan untuk menghebahkan kelahiran anak terutama kepada si bapa dan juga kepada kaum keluarga dan rakan taulan. Dalam a-Quran, ketika Allah mengkhabarkan cerita mengenai kelahiran Yahya kepada Zakariya, Allah menggunakan perkataan menggembirakan atau memberitakan berita gembira
Di dalam kitab Tuhfatul Maudud karangan Ibn al-Qayyim, dilaporkan yang Hasan al-Basri mencadangkan ucapan doa tahniah kepada ibu bapa yang baru mendapat anak. Sebahagian menyatakan doa ini adalah riwayat Imam al-Hasan r.a. Doanya seperti berikut:
“Moga engkau diberkati dengan anugerah (kelahiran bayi) ini, dan bersyukur kepada yang Maha Pemberi (Allah), dan moga engkau diberikan ketaatannya, dan dia (bayi) akan membesar (dewasa).”
Ibu dan bapa diajar untuk menjawab:
“Moga Allah memberkati kamu, dan berkat-Nya ke atas kamu, dan moga Alah mengurniakan rezeki seperti ini (mendapat anak juga).”
Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak. Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali.
Ada yang mengkritik hadis ini kerana statusnya dho’if. Bagaimanapun, Ibn al-Qayyim menggalakkannya kerana biarlah si anak mendengar ucapan yang membesarkan Allah, syahadah, serta seruan ke arah solat dan kejayaan sebagai ayat-ayat pertama didengar di muka bumi ini.
Tahnik atau membelah mulut digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya ialah dengan mengunyah tamar atau melumatkan tamar dengan jari, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian lelangit bayi.
Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis. Hikmahnya ialah untuk menguatkan gusi, urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu.
Sunnah tahnik adalah berdasarkan sepotong hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Dilaporkan Abu Musa r.a. berkata: “Aku pernah mendapat seorang anak lelaki, maka aku pun membawanya kepada Rasulullah SAW maka dinamakannya Ibrahim, kemudian ditahnik dengan tamar, lalu didoakan keberkatan kepadanya. Kemudian diserahkannya kepadaku.”
Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin.
Menurut Abdullah Nasih Ulwan di dalam kitab Tarbiyatul Aulad, ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi, iaitu menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran.
Begitu juga sebagai hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.
Ini berdasarkan sepotong hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a.:
“Bahawasanya Rasulullah SAW telah mengarahkan untuk mencukur rambut al-Hasan dan al-Husain pada hari ketujuh mereka, rambut mereka telah dicukur, lalu disedekah timbangannya dengan perak”.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang seperti ‘punk’.
Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh. Khilaf ini berdasarkan hadis yang melaporkan Rasulullah memberi nama anak baginda dengan nama moyang baginda Ibrahim sejurus selepas kelahirannya.
Sementara dalam hadis yang lain Rasulullah memberikan nama al-Hasan dan al-Husein serta ramai yang lain pada hari ketujuh.
Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Berdasarkan hadis riwayat Abu Daud :
“Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith dan Hammam manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.”
Sebahagian ulamak menyatakan bahawa sebaik-baik nama ialah nama yang dipuji seperti Ahmad, Muhammad, Mahmud dan Hamadah, serta nama yang disembah seperti Abdullah, Abdul Basit, Abdul Razak dan lain-lain.
Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya.
Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq. Dimakruhkan juga memberikan nama dengan perkataan yang bombastik. Ini berdasarkan hadis nabi, antaranya :
“Orang yang dimurkai Allah di hari kiamat dan sangat dibencinya ialah seorang yang dipanggil Malikul Malik (raja sekalian raja). Tiadalah raja yang memiliki melainkan Allah.” (Riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi).
Majoriti mazhab menggalakkannya (sunat). Sementara mazhab Hanafi pula tidak mewajibkannya.
Sunat anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing. Sebahagian ulamak menyatakan menurut zahir hadis, memadai anak lelaki itu akikah dengan seekor kambing sahaja. Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh.
Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.
Dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan.
Digalakkan melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran atau hingga usia mukallaf. Antara hikmah bersunat ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.
Anak-anak adalah saham kita untuk masa hadapan. Ketika kita meninggal dunia nanti, doa anak yang soleh ialah antara amalan yang akan berterusan sampai kepada diri kita. Justeru, janganlah putus daripada mendoakan anak kita menjadi anak yang soleh.
Doa yang terbaik ialah seperti yang diajar oleh Allah sendiri di dalam surah
al-Furqan ayat 74:
“Tuhanku, kurniakanlah daripada isteri dan anak-anakku sesuatu yang menjadi penyejuk mata, dan jadikanlah kepada imam kepada orang yang bertakwa.”
Kashoorga: Untuk adab menyambut kelahiran bayi ini, kita utamakan yang wajib dahulu. Perkara yang sunat boleh dilakukan sekiranya mampu dan yang makruh, sebaiknya kita tinggalkan terus. Wallahu’alam
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.