Orang kata kalau nak pada anaknya, kena juga jaga hati keluarganya. Jangan sebab nak anaknya, tetapi tidak ambil endah keluarga terutama ibu dan ayah pasangan kita.
Anggaplah kedua-dua ibu dah ayah pasangan kita seperti keluarga sendiri. Layanlah mereka seadanya kerana kita akan hidup bersama anaknya hingga ke akhir hayat.
Namun, pelbagai cerita ibu mertua yang kita dengar. Ada yang terlalu baik dan ada juga bersikap kejam kerana kita dikatakan merampas anaknya.
Gambar sekadar hiasan.
Janganlah begitu, minta dijauhkan daripada mendapat keluarga mentua bersikap demikian. Jadi setiap kali meminta pada Allah jodoh yang baik, pohon sekali agar kita ditemukan dengan keluarga yang baik juga.
Semoga hubungan akan kekal terjalin hingga ke jannah. Ayuh, bacalah penjelasan yang disampaikan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki ini.
Biasa dengar kan?
Nak dapat anak yang baik, soleh musleh, selalunya orang tua-tua pesan pilihlah pasangan yang baik.
Salah satu usaha yang biasa kita buat ialah doa pada Allah. Minta supaya diberikan jodoh yang baik, yang soleh.
Ads
Namun, kisah yang dikongsikan oleh Ustazah Isfadiah Ahmad Dasuki hari tu membuatkan saya terhenti daripada lipat kain dan tak berkelip mata tengok TV. Tak sabar-sabar dah nak tahu lebih lagi dari ustazah yang manis itu. Otak pula cuba-cuba nak ingat semua semula. Flashback 8 tahun lepas punya memori.
“Pernah ke aku buat macam tu? Ish, macam tak pernah je. Memang confirm la tak pernah!”
Ustazah cerita, waktu tu beliau masih di universiti.
Setiap kali beliau berdoa tentang jodoh, beliau doa begini.
Ads
“Ya Allah, kurniakanlah ibu bapa mertua yang saya boleh seiring sejalan dengan dia. Yang saya boleh masuk dengan dia dan saya nak mencintai ibu bapa mertua saya melebihi cinta saya terhadap suami saya.”
Nak tahu kenapa ustazah doa begini?
Saat beliau tahu yang hubungan dengan ibu ayah mertua takkan putus sampai bila-bila sekalipun terjadinya penceraian di antara pasangan suami isteri, beliau mula terfikir untuk usaha berdoa dengan cara yang berbeza seperti di atas tu.
Betul juga kan? Kita ni kahwin dengan suami, bukan takat hubungan dengan suami je kita nak kena jaga. Hubungan kita dengan mertua pun. Malah siap tak putus sampai bila-bila pulak tu.
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Sambung ustazah lagi,
Macam biasa. Rutin beliau setiap hari ialah telefon ibu ayah. Tapi bila dah bertunang, beliau disiplinkan diri untuk telefon bakal ibu mertuanya seminggu sekali. Kebetulan pada waktu itu tunang beliau masih menuntut di luar negara.
Dari situ beliau dan bakal ibu mertuanya mula berkawan dan saling kenal mengenal antara satu sama lain. Ibu mertuanya nampak cita-cita beliau dan nampak semangat beliau untuk membangunkan masyarakat melalui kelas-kelas bimbingan dan ibu mertuanya pun turut serta dalam kelas-kelas tersebut.
Buat adik-adik, kakak-kakak yang masih berusaha untuk dikurniakan rezeki jodoh, saya doakan kalian diberikan jodoh suami, ibu dan ayah mertua yang soleh musleh dan sekufu. Yang juga menyejukkan hati di dunia dan akhirat.
Aamiiiin.
Nadia Bakar
Kashoorga: Jika sayangkan keluarga mertua, hadiahkan barangan menarik yang boleh didapati di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Saat kita berbicara tentang hijab ia selalunya dikaitkan dengan menutup aurat. Namun tidak semua orang mampu istiqamah dengan sebenar-benarnya sehingga ramai yang bertanya “Bagaimana cara agar istiqamah berhijab?” Perlu diketahui bahawa hijab bukanlah hanya sekadar hiasan akan tetapi menjadi ‘gaun kehormatan’ untuk para Muslimah. Hijab merupakan suatu bentuk betapa cara Islam sangat menjaga dan memuliakan wanita.
Hijab terdiri daripada dua bahagian iaitu jilbab dan khimar (kerudung).
“Kenapa kita harus berhijab ?”
Allah SWT berfirman : “Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:”Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS.Al-Ahzab:59)
Allah SWT berfirman :“Katakanlah kepada wanita yang beriman: ”Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan HENDAKLAH MEREKA MENUTUPKAN KAIN KERUDUNG KE PARAS DADANYA dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau puteraputera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak2-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ”(QS.An Nur:31)
Berhijab itu tidak susah. Yang susahnya ialah istiqamah. Syaitan tidak akan duduk diam apabila seorang Muslimah mula mengenakan hijab. Dia pasti akan terus menggoda kita untuk menanggalkan hijab yang kita kenakan kerana memang sudah janjinya akan terus berusaha menyesatkan anak dan cucu adam.
Bagaimana untuk terus istiqamah berhijab?
1. Mengingati mati
Renungkan, apakah anda menunggu kain kafan yang akan menjadi hijabmu yang pertama dan terakhir?
2. Cubalah menghitung nikmat Allah
Renungkan betapa banyaknya nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Sungguh tidak terhitung banyaknya. Dari situ kita harus berfikir begitu banyak Allah memberikan kita nikmat dan memberikan yang kita minta, tapi ketika Allah meminta kita untuk berhijab, mengapa kita ingkar?
3. Keutamaan berhijab
Dengan berhijab kita mudah dikenali dan tidak diganggu jadi tunggu apa lagi? Istiqamah berhijab!
4. Berkumpul dan bergaul dengan orang-orang yang beriman
Bergaullah dengan golongan yang menitikberatkan ajaran agama. Kiasan orang-orang tua, apabila kita berkawan dengan penjual minyak wangi maka kita juga akan berbau wangi begitu jugalah sebaliknya.
Berkumpullah dengan sahabat-sahabat. Belajar untuk istiqamah, kuatkan iman dan ucapkanlah ”selamat tinggal “ untuk segala keburukan dan perkara yang sia-sia. Semoga kita senantiasa isitiqamah dan menjadi Muslimah sejati yang kehadiranmu membawa keindahan serta kebaikan.
PENTING: Apabila sudah mula berhijab, janganlah sampai menanggalkan hijab. Istiqamahlah. Kuatkan imanmu nescaya Allah pasti akan mempermudahkan segala urusanmu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Semalam merupakan sambutan hari bapa dan ramai yang meraikannya dengan cara tersendiri di rumah masing-masing.
Tidak kurang yang turut muat naik status hanya dengan menghargai pengorbanan seorang bapa yang juga tidak ada nilainya.
Seperti perkongsian gadis ini yang begitu menghargai jasa kedua ibu bapanya. Malah tidak segan memberitahu ibu bapanya adalah insan istimewa, sebaliknya bangga dengan apa yang Allah kurniakan pada mereka sekeluarga.
Menerusi perkongsian ini di laman sosial twitter menggunakan akaun @jannah juga, dia turut menjelaskan bagaimana dia berkomunikasi dengan kedua-dua orang tuanya ini.
Ramai yang bertanya
Dan ini jawapannya, mempunyai seorang ayah yang tidak boleh bercakap & pendengaran tidak jelas
Berkomunikasi dengan tangan. Dulu ayah susah, jadi tak pergi belajar bahasa isyarat
Tapi ayah jenis tak boleh duduk dia. Ada sahaja kerja mahu dilakukan. Selain ayah, juga mempunya emak yang juga insan istimewa
Mak boleh bercakap, tapi tak dengar sangat. Kena cakap slow sampai dia faham
Ada kenalan yang dulunya malu mempunyai keluarga yang OKU, tetapi berubah apabila dengar ceritanya. Kena bangga sebab tidak kira bagaimana mereka, berjaya penuhkan hajat
Ayah pula jenis tak boleh kalau mak tak ada depan mata. Gelisah mencari emak. Tak minta banyak, doakan dapat bawak mak dan ayah kerjakan umrah/haji
Inilah keluarga kecil kami, terima kasih besarkan kami adik beradik. Akan balas segala jasa mak dan ayah
Perkongsian gadis ini juga turut mendapat perhatian daripada warganet.
Siapa pun mereka hargailah keduanya
Syurga buatmu
Respek dan bangga
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Suami isteri adalah partner dalam kehidupan. Keberadaan masing-masing haruslah saling menguatkan, memotivasi, mengingatkan dan menjaga. Perkahwinan adalah umpama bahtera yang harus dilalui bersama. Setiap gelombang harus dilalui dan diselesaikan bersama.
Bagi menghangatkan kebahagiaan rumah tangga, komunikasi dan sentuhan amat penting antara suami isteri. Hubungan yang romantis menjadikan kasih sayang suami isteri kekal mekar bak bunga yang sedang berkembang.
Seperti pasangan Mustapha Kamal dan Susan Menon. Pasangan selebriti ini kelihatan cukup mesra dan bahagia.
Berikut perkongsian Mustapha Kamal seperti yang dikongsikan di laman Facebooknya.
Romantiskanlah diri kita bersama pasangan … tidak semestinya hanya ketika hendak bersama pasangan suami atau isteri baru kita perlu romantis, setiap masa kita memerlukan pasangan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Romantiskanlah dirimu wahai suami ketika berdoa dengan doa yang indah-indah dan di dengari oleh isteri ketika berjemaah.
Ya Allah… kau permudahkanlan kehidupan kami semua, jangan dipersulitkan , dan disudahi dengan kebaikan …Aamiin..
Kebanyakan isteri tak mintak lebih. Minta kita sayangkan, jaga dan berikan perhatian pada dia saja.
Bersyukurlah Allah kurniakan kita isteri sebagai peneman hidup. Ada orang yang masih menanti jodoh yang belum kunjung tiba hingga ke saat ini.
Syawal berbaki lebih kurang dua minggu lagi dan masih ada peluang untuk kita melaksanakan puasa enam yang ganjarannya cukup besar.Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad...