Begitu juga dengan kisah cinta pasangan ini. Seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Puan Izyan Izdihar Shaarani memaparkan anak saudaranya yang mampu terlantar di atas di atas katil selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya.
Moga bahagia till jannah.
Rupanya pengantin perempuan yang dikenali dengan nama Fatihah Aireina menghidap kanser dan masih mencari kekuatan berdepan hari bahagianya yang berlangsung hujung minggu lalu.
Menurut Izyan, anak buah kesayangannya itu beruntung kerana dikelilingi dengan orang-orang yang sangat menyayangi dirinya tanpa berbelah bagi.
Malah mengakui, majlis berlangsung sangat indah dan anak buah dipanggil Nina ini sebagai pengantin paling cantik walaupun sedang berbaring.
Menerusi posting berkenaan juga juga, Izyan telah membuat satu ucapan buat pengantin lelaki bernama Aiman yang telah sudi menerima serta menyayangi anak saudaranya itu dalam apa jua keadaan.
Dikelilingi insan tersayang.
Dia turut mendoakan anak buahnya itu akan cepat sembuh dan boleh pergi bercuti sambil makan-makan nanti.
Izyan juga turut memohon agar semua rakan-rakan lain dapat mendoakan anak buahnya yang dianggap seorang wanita yang baik dan ceria orangnya.
Ads
Congratulations my dear beloved niece Fatihah Aireina Beautiful wedding, beautiful people, and definitely a beautiful day. Keep having a great live ahead. Surrounded by all the people who love you. This time, literally surrounded. Awwww .
To aiman, You are one in a million. Keep loving unconditionally, and welcome to our family. Semoga nina cepat cepat sembuh. Nanti boleh pergi holiday makan makan sampai gemok. I love you.
Sorry tak dapat datang. Nanti insyaallah habis PKPB ni cik anne balik sana jumpa you dan semorang k. Muahhhh! Kau kan nina, baring pun lawo. Haih. — Dikesempatan ini, saya mohon jasa baik rakan rakan untuk turut sama doakan kesembuhan nina ya. Kami semua sayang nina. She is a good, funny and cheerful girl. Terima kasih. (Tak mahu emoji sedih ya. Love love sahaja. ) #cancerfighter #truelove #TrueLoveNeverFails
Pengantin paling cantik.
Posting ini juga turut mendapat respon dari warganet. Rata-rata turut mengucapkan selamat pengantin baru dan mendoakan kesembuhan gadis ini serta berharap rumah tangga dibina kekal till jannah.
Ads
Hany Ishak Nangis aku yan oiii… Barakallah… Allahuakbar… Semoga Allah merahmati pasangan ini hingga ke syurga. Amin ya Rabbal Alamin.
Dengan izinNya, pasangan yang berkahwin pasti gembira dikurniakan cahaya mata tak kira anak lelaki atau anak perempuan. Ia adalah amanah dan anugerah terindah yang tiada bandingnya.
Anak mampu memberi kebahagiaan, mendekatkan dan meningkatkan kasih sayang antara suami isteri, juga akan mendapatkkan jaminan rezeki dari Allah.
Namun ini tidak bermakna pasangan yang belum dikurniakan anak, tidak akan bahagia hidup bersama; rezeki belum tiba. InsyaAllah berusahalah bersungguh ke arah itu. Dikurniakan anak lelaki atau perempuan bukanlah satu persoalan pun, asalkan sahaja anak itu sihat dan bakal menjadi anak berakhlak tinggi.
Cuma seperkara harus diingat anak lelaki dan perempuan memiliki keistimewaan berbeza antara mereka. Khas untuk kupasan ini, kita ketahui apa keistimewaan dikurniakan anak-anak perempuan.
1. Melindungi Orang Tua Dari Neraka
“Siapa yang diuji dengan kehadiran anak perempuan, maka anak itu akan menjadi pelindung baginya di neraka”. (HR Ahmad).
Jika pasangan suami isteri diberi anugerah dengan anak perempuan dan mampu melalui ujian Allah dalam hal memelihara dan mendidik mereka pada jalan Allah, maka anak-anak solehah ini akan menjadi pelindung kedua orang tuanya dari api neraka.
2. Dekat Dengan Rasulullah
“Siapa yang menanggung nafkah dua anak perempuan sampai baligh, maka pada hari kiamat antara saya dan dia seperti ini (baginda menggabungkan jari jarinya)”. (HR Muslim).
Rasulullah juga memiliki anak perempuan yang amat disayangi dan solehah, iaitu Fatimah Az Zahra. Pada hari kiamat nanti, orang tua yang memiliki dua anak perempuan dan tulus menghadapi kerana Allah, akan mendapat syafaat pada hari kiamat.
3. Jalan Masuk Surga
“Siapa yang memiliki anak perempuan, dia tidak membunuhnya dengan dikubur hidup-hidup, tidak menghinanya, dan tidak lebih mengutamakan anak lelaki, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga”. (HR Abu Daud).
Allah menjamin syurga bagi orang tua yang memiliki anak perempuan dan memperlakukan anak tersebut dengan baik serta tidak membezakan kasih sayangnya dengan anak lelaki.
4. Lebih Dekat Secara Hati Nurani
Mereka memiliki hati yang lebih lembut, lebih dekat dengan orang tua terutama ibu kerana karakter perempuan yang hampir sama. Orang tua wajib menjaga dan melindungi mereka dari jalan atau pergaulan yang salah.
Harus dibiasakan dengan ilmu agama sejak kecil, sehingga ketika dewasa dia akan faham tentang ilmu agama dan memiliki keakraban yang lebih dengan orang tuanya kerana dididik nuraninya untuk menjadi anak yang berbakti.
5. Pelindung Di Hari Kiamat
“Siapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar, memberinya makan dan minum, dan pakaian dari hasil usahanya, maka semuanya akan menjadi pelindungnya pada hari kiamat”. (HR Ibnu Majah).
Jika kita dianugerahkan tiga anak perempuan dan bersabar dalam mengurusnya, bekerja keras mendidiknya menjadi anak solehah, kelak kita akan dilindungi ketika hari kiamat sebab kebaikan kita pada ketiga-tiganya.
6. Cermin Kelembutan Hati
Anak perempuan memiliki hati yang lembut. Umumya mereka terbiasa bermain segala sesuatu yang berhubungan dengan keindahan, seperti anak patung yang cantik atau bermain pondok-pondok.
Hal tersebut cerminan kelembutan hati yang telah Allah tanamkan sejak kecil sebagai ciri khas. Kita harus tahu membentuk mereka menjadi orang yang berhati dan bersikap lembut terhadap orang tua dan sesama manusia.
7. Mudah Dalam Membantu Orang Tua
Anak-anak ini seringkali lebih selesa bermain di rumah daripada di luar. Ini menjadi sisi positif jika kedua orang tua dapat mendidiknya dengan mudah. Orang tua dapat mula melatih kebiasaan tentang kewajiban perempuan sejak kecil, seperti membersihkan rumah dan memasak.
Dengan demikian ibu ayah merasa sangat bertuah ketika anak-anak tersebut sudah mampu membantu. Selain termasuk didikan agar anak berbakti, kebiasaan baik tersebut nantinya akan sangat bermanfaat untuknya ketika dia dewasa, menjadi lebih berdikari dalam hal apapun.
8. Berita Gembira Dari Allah
“Apabila mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, merah padamlah wajahnya dan dia sangat marah… ketahuilah betapa buruknya apa yang mereka tetapkan itu”. (QS An Nahl : 58-59).
Anak perempuan adalah sebuah berita gembira dari Allah. Bagi orang yang menolaknya hal tersebut mereka dipandang buruk oleh Allah sebab Allah amat memuliakan perempuan dengan berbagai syariatNya seperti wajib menutup aurat agar tidak digoda oleh lelaki.
9. Cerminan Ibu
Mereka merupakan cerminan ibunya, jika seorang ibu mampu beri didikan agama dan menghindarkannya daripada pengaruh buruk persekitaran, maka anak tersebut juga akan menjadi wanita yang solehah seperti ibunya. Sebab itu sebagai orang tua, kita harus memberi contoh yang baik terlebih dahulu baru mengajarkan pada anaknya.
10. Kebanggaan Orang Tua
Pada masa sekarang, ramai perempuan memiliki peluang sama dengan lelaki dalam pelbagai hal; pendidikan mahupun pekerjaan. Orang tua yang memiliki anak perempuan dan mampu membesarkan hingga memiliki akhlak mulia, tentu akan merasa bangga sebab mampu menjadian anaknya tersebut sukses dan memiliki kemampuan yang sama dengan anak lelaki.
11. Peluang Untuk Berbuat Baik
“Tidaklah seorang muslim yang memiliki dua anak perempuan yang telah dewasa lalu dia berbuat baik pada keduanya kecuali akan dimasukkan ke syurga”. (Shahih Al Adabil Mufrad).
Kelebihan memiliki anak perempuan merupakan kesempatan atau ladang pahala yang besar dalam Islam. Orang tua yang berjaya menjaga dan mendidik sebaik mungkin sesuai kemampuannya, akan menjadikannya peluang untuk berbuat baik, peroleh pahala dan peluang yang dilorongkan untuk orang tua ke syurga.
12. Meningkatkan Kasih Sayang
“Aku pun melihat Abu Bakar mencium pipi puterinya sambil berkata, bagaimana keadaanmu puteriku?”. (HR Bukhari).
Anak perempuan yang memiliki sifat lebih lembut dan cenderung lebih manja, umumnya lebih disayangi oleh orang tua; lebih diawasi ketika bergaul dan berteman. Hal tersebut merupakan bentuk kasih sayang.
Memiliki anak-anak ini dapat menjadi lubuk meningkatkan kasih sayang, sehingga akan meningkatkan kasih sayang dan rahmat Allah pula bagi orang tuanya.
13. Dimuliakan Allah
Jelas dari berbagai ayat Al Qur’an dan hadis bahawa wanita selalu dimuliakan dan dilindungi, hal tersebut berlaku sejak kecil, selama masa dewasa, juga setelah anak perempuan tersebut berkeluarga.
14. Darjat Yang Sama
Mereka memiliki kedudukan sama dengan anak lelaki. Mereka tidak berbeza dalam hal kepandaian dalam pendidikan mahupun dalam pekerjaan paling utama tidak memiliki perbezaan di sisi Allah, semua memiliki kesempatan yang sama untuk beribadah dan mendapat jalan berbuat baik yang sama juga.
15. Lebih Cerdas Dalam Ilmu Dan Menerima Nasihat
Mereka cenderung menurut dan memudahkan orang tua dalam memberi ilmu dan memberi nasihat. Memang tidak semuanya baik dan penurut, hal itu bergantung daripada cara orang tuanya mendidik sejak kecil dan bagaimana cara orang tuanya menanamkan kesedaran nurani Islami di hati anaknya.
Anak-anak yang solehah, akan tetap mengingat nasihat orang tuanya untuk menjaga diri dan melakukan yang terbaik dalam setiap urusannya, hal itu dapat terjadi jika orang tua berhasil menanamkan rasa bakti sejak kecil.
Jangan lupa bersyukur, mengajarkan kebaikan dan memberi yang terbaik untuk anak kita.
Tahniah buat pengantin baharu, Mira Filzah dan suami, Wan Emir yang telah selamat diijabkabulkan pada 3 September 2020. Semoga sahaja pernikahan ini kekal bahagia hingga ke Jannah.
Begitu juga buat pengantin baharu lainnya. Sesungguhnya perkahwinan adalah satu ikatan suci yang diredha Allah SWT. Pernikahan adalah ibadah yang begitu suci dan mulia, di dalam agama Islam sendiri pernikahan digambarkan dengan kata mitsaqan ghalizha, iaitu janji yang sangat agung.
Ikatan agung ini tidak hanya menyatukan adam dan hawa saja, tetapi juga dengan kedua keluarga. Maka jelaslah, restu dan redha daripada kedua orang tua adalah sesuatu yang harus diambil perhatian.
Oleh itu, doa yang paling penting adalah doa dari ibu dan ayah mempelai agar berkahnya pernikahan yang dijalani. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmatNya untuk kita semua.
Doa yang terbaik adalah doa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Jika kebiasaannya kita hanya ucapkan “Selamat Pengantin Baharu, semoga berbahagia ke anak cucu” Tahukah kita bahawa doa begini tidak ‘dipersetujui oleh Rasulullah SAW? Oleh itu, kita amalkan doa berikut yang jauh lebih baik mengikut Sunnah.
Doa untuk Pasangan Pengantin Mengikut Sunnah
Dari Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa, jika Nabi SAW ingin mengucapkan selamat kepada seorang yang telah menikah, Baginda mendoakan,
“Semoga Allah memberkahimu ketika bahagia dan ketika susah dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan” (HR Abu Daud: 2130)
Kashoorga : Oleh yang demikian, selepas ini, kita titipkan doa sebagaimana sunnah sama ada diucapkan atau ditulis pada kad. Semoga kita mendapat manfaatnya. Bagaimanapun selagi kalimat doa itu masih mempunyai maksud yang baik, maka ia tidak menjadi kesalahan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Menular secara senyap dalam masyarakat, isu penyelewengan akidah melalui ajaran sesat sentiasa perlu dibendung.
Dalam hal ini orang ramai juga perlu didedahkan dengan ciri-ciri ajaran sesat supaya umat Islam tidak terjebak dalam kesesatan yang membawa kepada syirik.
Dikongsi oleh Majlis Agama Islam Selangor berikut adalah ciri-ciri ajaran sesat yang perlu diketahui orang ramai.
Antara ciri-ciri ajaran sesat tersebut ialah;
Sekiranya ada kumpulan yang cuba mendekati dengan fahaman dan ciri di atas segera elakkan.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.