Sebelum membuat perancangan untuk berkahwin, seorang wanita itu perlu bertanya beberapa soalan kepada bakal suami.  Soalan ini bukanlah untuk menguji lelaki namun lebih kepada kesedaran terhadap tanggungjawab lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga. Ingat ya, bercinta bukan soal untuk jiwang-jiwang sahaja. Perlu lihat masa depan dengan lebih teliti. Sudah-sudahlah mabuk kepayang tak tentu hala. Sekarang masa untuk fikir soal masa depan anda, dia dan bakal anak-anak.

1. Selepas kahwin nanti kita nak tinggal di mana?

Bagi pasangan muda, ada yang masih belum memiliki rumah sendiri. Hendak menyewa pula kewangan macam antara mampu dengan tidak. Akhirnya terpaksa menumpang di rumah ibu bapa. Jadi anda dan si dia perlu bincang mengenai hal ini secara serius. Jangan ambil mudah. Menyewa ke, tinggal sebumbung dengan mentua ke. Fikir betul-betul. Jangan timbul masalah kemudian hari.

2. Bila ada anak, siapa yang akan menjaga anak itu nanti?

Hal ini perlu difikirkan bersama. Jika anda berdua bekerja, jadi siapa yang akan jaga anak itu ketika anda berdua keluar bekerja. Adakah hantar kepada pengasuh? Adakah hantar ke taska? Kalau hantar ke pengasuh dan taska, siapakah yang akan bayar? Mampukah hendak keluar bajet RM300 sebulan untuk taska? Atau mungkin hantar kepada ibu bapa sendiri untuk dijaga. Mungkin juga anda buat keputusan untuk berhenti kerja dan tumpu kepada anak. Jika begitu, apakah perancangan dari segi kewangan? Kena fikir.

3. Bagaimana cara kita uruskan perbelanjaan keluarga?

IKLAN

Memang bab perbelanjaan keluarga sepatutnya ditanggung oleh suami. Namun pada hari ini, ada lelaki yang kurang berkemampuan dan isteri perlu sama-sama membantu dari segi kewangan keluarga. Jadi bahagi siap-siap suami komitmen apa, isteri pula komitmen apa. Misalnya suami bayar ansuran kereta dan sewa rumah. Isteri pula bayar segala bil utiliti.

4. Apa tanggungjawab seorang suami dan apa pula tanggungjawab seorang isteri?

Keindahan masa bercinta boleh hilang sekelip mata jika bab tanggungjawab ini tidak diselesaikan awal-awal. Masa bercinta anda tidak kenal 100 peratus pun orang yang anda sayang itu. Selepas kahwin barulah anda nampak siapa dia sebenarnya. Anda berdua sudah saling kenal dan tahu rutin harian si dia. Jadi senarai siap-siap tanggungjawab masing-masing. Sebagai contoh, misalnya suami kena buang sampah setiap hari. Isteri pula tanggungjawabnya menyediakan makan malam. Jadi masing-masing sudah ada kerja sendiri.

IKLAN

5. Siapa yang akan buat keputusan dalam perkahwinan kita?

Memang suami ialah ketua keluarga. Namun isteri pun ada hak untuk buat keputusan. Jadi bahagikan siap-siap apa isu yang suami perlu buat keputusan dan apa isu yang isteri boleh buat keputusan. Senang, kan?

6. Bagaimana cara terbaik untuk didik anak-anak kita nanti?

IKLAN

Ramai pasangan yang bergaduh sebab tak setuju tentang apa yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sama ada sekolah kebangsaan atau sekolah swasta? Sekolah antarabangsa atau sekolah agama? Ada orang yang rasa memang patut bekerja keras dan berhabis duit untuk hantar anak ke sekolah yang dirasakan terbaik tapi ada juga yang rasa sekolah biasa pun sudah memadai. Selain itu, bincangkan juga bagaimana anda patut ajar anak-anak tentang agama nanti dan bagaimana nak capai matlamat sebuah keluarga.

7. Ada apa-apa isu kesihatan yang patut diketahui?

Bab kesihatan ini selalu diambil mudah. Ada orang yang muda-muda sudah ada diabetes. Sudah ada darah tinggi. Jadi sanggupkah anda berdepan dengan masalah sedemikian kerana penyakit ini mempengaruhi kebolehupayaan seseorang untuk hamil. Jika ada lain-lain penyakit pun kena maklumkan supaya si dia boleh berjaga-jaga dan set minda dengan betul mengenai tahap kesihatan pasangannya.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI