Tukar nama anak sebab dikatakan terlalu berat hingga menyebabkan empunya diri selalu sakit…

Dalam kalangan keluarga kita mungkin ada berlaku situasi ini atas nasihat orang tua. Dan ternyata selepas ditukar nama, keadaan jadi lebih baik, anak pun tak lagi sakit.

Tapi adakah ini kepercayaan atau hanya kebetulan? Dari sudut agama, bagaimana pula hukumnya dengan tindakan menukar nama akibat terlalu ‘berat’?

Menjelaskan tentang hal ini menurut Pejabat Mufti  Wilayah Persekutuan, sememangnya terdapat dalil yang menunjukkan kepada galakan menukar nama sekiranya nama tersebut kurang elok. Antaranya ialah hadith riwayat Abu Hurairah RA:

عَن أبي هُرَيْرَة أَن زَيْنَب كَانَ اسْمهَا برة فَقيل تزكي نَفسهَا فسماها رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم

Maksudnya: Bahawasanya pada asalnya nama Zainab ialah Barrah, maka dikatakan kepadanya “engkau memuji diri sendiri” maka rasulullah SAW pun menukarkan namanya kepada Zainab. Riwayat Al-Bukhari [6192]

Ads

Selain itu, terdapat juga hadis lain yang berbunyi:

عَنِ ابْنِ المُسَيِّبِ، عَنْ أَبِيهِ: أَنَّ أَبَاهُ جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «مَا اسْمُكَ» قَالَ: حَزْنٌ، قَالَ: «أَنْتَ سَهْلٌ» قَالَ: لاَ أُغَيِّرُ اسْمًا سَمَّانِيهِ أَبِي قَالَ ابْنُ المُسَيِّبِ: «فَمَا زَالَتِ الحُزُونَةُ فِينَا بَعْدُ

Maksudnya: Dari Ibn al-Musayyib dari bapanya bahawa atuknya bertemu dengan nabi SAW, lalu nabi SAW bertanya kepadanya, apa nama kamu, maka dia menjawab Hazan, lalu kata Nabi SAW nama awak sekarang ialah Sahl, maka dia berkata saya tidak akan menukar nama yang telah diberikan kepada saya oleh ayah saya. Kata Ibn al-Musayyib: Maka sejak itu, kesedihan sentiasa menimpa kami.” Riwayat al-Bukhari

Dituntut tukar nama jika…

Berdasarkan hadis-hadis di atas dan juga hadis-hadis lain yang terkait sekitar pemberian nama ini, para ulama’ telah mencapai kepada beberapa konklusi:

Ads

1) Kita dituntut untuk menukarkan nama seseorang kerana kejelekannya dan keburukannya. Contohnya ialah nama Abdul Ka’abah, kerana nama tersebut terdapat unsur syirik padanya.

2) Begitu juga kita digalakkan untuk menukarkan nama kerana maslahah tertentu walaupun nama itu baik pada asalnya. Seperti nama Barrah dan Kharunnisa’. Ini kerana Barrah bermaksud yang banyak membuat baik manakala Khairunnisa’ bermaksud sebaik-baik wanita.

3) Kita dituntut untuk mengelakkan nama yang boleh membawa kepada mempercayai sial. Contohnya seperti nama hazan yang bermaksud kesedihan, nama sebegini boleh membawa kepada mempercayai bahawa segala musibah yang menimpa insan yang bernama hazan ini ialah kerana namanya yang membawa kepada kesedihan.

Ads

Dikhuatiri ada unsur khurafat

Namun berkaitan isu anak tidak mampu menanggung nama, kerana nama tersebut ‘berat’ dan sebagainya khuatiri kepercayaan tersebut mempunyai unsur-unsur khurafat. Ini kerana para ulama’ telah mentakrifkan khurafat sebagai:

الاعتقاد بما لا ينفع ولا يضر ولا يلتئم مع المنطق السليم والواقع الصحيح

Maksudnya: Khurafat ialah sebuah kepercayaan kepada perkara yang tidak bermanfaat, tidak memudaratkan dan tidak bersesuaian dengan akal yang sejahtera dan realiti semasa

Kepercayaan ini juga dibimbangi bercanggah dengan aqidah yang sejahtera yang wajib diimani kesemua muslim iaitu hanya Allah SWT sahaja yang boleh beri manfaat atau mudarat.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Baca Lagi: Hukum Menamakan Anak Dengan Nama Malaikat, Ada Ulamak Kata Makruh. Ini Penjelasannya

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI