Alangkah beruntung seseorang itu jika terjaga dari tidur di tengah malam. Jangan lepaskan peluang ini untuk bangun dan tunaikan apa yang patut seperti solat sunat hajat atau tahajjud.
Sebenarnya terjaga di tengah malam merupakan perkara biasa dan jika terjaga digalakkan untuk berzikir dan berdoa seperti dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Dari ‘Ubadah bin Shamit Radhiallahu’anhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda.
“Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya. Jika dia berwudhu dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya.”
Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir, alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala Puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.”
“Bagi orang sampai kepadanya hadits ini, sepantasnya dia berusaha mengamalkannya dan mengikhlaskan niatnya (ketika mengamalkannya) untuk Allah Ta’ala.” (dinukil oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullah dalam kitab Fathul Baari 3/41).
Justeru marilah sama samalah kita berusaha mengamalkan amalan berdoa ini bila terjaga pada tengah malam. Jelas ia merupakan perkara yang mulia dan disukai Allah.
Gara-gara letupan sebuah gudang mercun pada Sabtu lalu membuatkan puluhan kediaman musnah terbakar. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Tidak dapat bayangkan perasaan mereka apabila tempat tinggal hilang sekelip mata dijilit api. Fiera Fateha antara salah seorang penduduk yang terjejas.
Wanita ini telah memuatkan naik video bagi berkongsi keadaan rumahnya yang musnah seratus peratus akibat kejadian yang berlaku.
Perkara menarik daripada perkongsian tersebut, biarpun rumah yang didiami wanita ini musnah tetapi sebuah bingkai ayat Qursi yang telah digantung di dinding tetap kelihatan sempurna dan kekal di tempatnya.
Dalam masa yang sama, wanita ini juga kagum melihat bukti kekuasaan Allah setelah apa yang berlaku pada rumahnya, tetapi bingkai ayat tersebut langsung tidak dijilat api.
“Saya pun tak pasti macam mana. Ni ayat (bingkai) ini, dengan keadaan rumah saya seteruk ini, tapi ayat (bingkai ayat Qursi) yang duduk di sini masih baik.
‘Ayat ini jaga rumah saya, dia tak pecah dan tiada apa-apa. Dia satu-satunya barang yangs elamat dalam rumah ini. Ayat tu utuh dengan cerminnya tak pecah.
‘Awak boleh tengok sendiri keadaan dalam rumah kami. Subhanallah kuasa Allah,’ ujar wanita itu dalam nada sebak sambil menghalakan kamera ke arah rumahnya yang sudah tidak berbumbung.
Bercerita lanjut, mengenai tragedi di kediamannya di Pekan Munduk, Thailand, ketika kejadian dirinya sedang bekerja di Rantau Panjang, Kelantan ketika letupan berlaku.
Meskipun rumah didiaminya rosak teruk, dia bersyukur kerana ahli keluarganya hanya cedera ringan dan berjaya menyelamatkan diri.
‘Alhamdulillah family saya semuanya selamat. Masa kejadian ada nenek di rumah, nenek saya luka sikit kerana dia merangkak keluar dan bumbung jatuh timpa dia.
‘Masa itu tengah tunggu solat, dia juga berpuasa pada hari kejadian, syukur dia selamat,’ ceritanya satu persatu.
Perkongsian video tersebut ternyata menimbulkan pelbAgai reaksi di kalangan wargamaya. Ramai antara mereka meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar keluarga wanita ini terus tabah dengan ujian yang sedang dilalui.
Kejadian yang berlaku ini telah mengorbankan Sembilan individu dan puluhan lagi amngsa cedera akibat kebakaran serta letupan stor simpanan bunga api dan mercun yang berlaku.
Kesemua mangsa dilaporkan warga Thailand dan tiada rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian tersebut.
Letupan yang berlaku pada petang Sabtu itu turut didengari oleh penduduk Malaysia yang menetap di sektar Rantau Panjang, berdekatan sempadan Thailand.
Innalilahi Wainna Ilaihi Rojiun. Salam takziah buat Myra Jijie dan 15 ahli keluarga yang lain akibat dijangkiti Covid-19 baru-baru ini. Tambah perit apabila ibu tercinta menyahut panggilan Illahi lantaran tidak dapat bertahan melawan virus yang menyerang.
Akhirnya ibu menghembus nafas terakhir tanpa seorang pun ahli keluarga di sisi berikutan semuanya sedang dirawat dan dikuarantin. Sedih dan pilu hanya Allah sahaja yang tahu.
Sesungguhnya Allah akan menguji hambaNya sekadar yang termampu olehnya dan ujian itu adalah satu cubaan yang benar.
Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Anbiya’, ayat 35 yang bermaksud:
“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” (al-Anbiya’: Ayat 35)
Terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan detik dikesan positif Covid-19, Myra Jijie telah memuat naik di akaun facebooknya kronologi bagaimana dia sekeluarga diuji dengan ujian berat seperti ini.
Boleh share sy izinkan utk create awareness Covid fighter 1 family 16 org positif 1 meninggal (mak) Kluster permatang
Maaf banyak gambar di hospital mira dah padam.
Assalamualaikum semua, hari ni genap 20 hari mira di hospital sebab covid, mira da janji dengan semua nak cerita semua kan..ya mira tepati hari ni…harap boleh ambil iktibar dan pengajaran.maaf jika penulisan mira kacau bilau..mira cuba..
22/10/2020 Mak masuk icu Sebab kaki mak bengkak teruk,overload fluid doc kata
23/10/2020 Katanya mak kena kuarantin sbb ada kes..xpasti buat swab test result negatif.
26/10/2020 Besday mak,aku sambut beli bouquet,beli rantai emas kat mak,sebab kali terakhir mak datang ipoh,mak cakap mak teringin nak rantai emas,sedih sgt mak tak sempat pun pakai,malam.tu mak nak fries mcd..mak mkn skit ja,mak kata teringin..tapi mak makan 2-3 fries saja
27/10/2020 Mak masuk icu balik sebab pnafasan mak xok,mak kt icu tp mak nak mee sotong plak,abg beli mee sotong,kak ipar suapkan mak,kmi kena gilir2 naik sbb plawat hanya 2 jam bole jumpa 2 org skli.kami ank2 kena jumpa doc2 mak,sakit mak kami terpaksa rahsiakan p&c
29/10/2020 Mak dah intubate,atas keizinan kami semua,sempat aku cium mak sblm intubate,mintak ampun dengan mak..belai2 mak. rupanya tu kali terakhir dpt syg mak.cium.makk.
30/10/2020 Mak dah koma,keadaan mak dah kritikal,doc mintak kami skeluarga redha jika sesuatu terjadi dengan mak. Balik tu semua dalam keadaan letih,masa ni aku dgn abg lg sorg dah ada simptom batuk dan demam.
31/10/2020 Abang aku pagi2 dah call,bgtaw mak positif covid utk swab test ke2,hanya Allah saja tahu perasaan aku,meraung nangis2,aku taw dgn keadaan mak yg kritikal,hrpn mak nak baik sgt2 tipis, mak kena transfer ke icu gh penang,makanya tercetus la kluster permatang dari mak aku,sbnrnya kmi pn xthu dtg dri mana,ssungguhnya soalan ni xmmpu aku jwb,sbb covid tu kta xnmpk…klu nmpk snang aku bgtaw dtg dri sapa..
Kak ipar aku org 1st swab mmandangkan dia mmg keja hosp.jd dia pling pantas swab sbb mmg dia tgh kerja time tu,kami plak kena swab 2/11..kak ipar dapat result hari yang sama jgk,sbb contact rapat,jd positif dan ambulan pun dtg ambil.
Time ni org kata dia pncetus..ksian dia..dia pn xtaw apa2..kmi pn xthu dri sapa kmi dpt..covid ni merata ada dlm komuniti kta skrg.asbab mak aku positif smua buat cerita bukan2..xapala..kmi redha..ni ujian buat kmi
1/11/2020 Abg aku no 3 pegi swab test,sbb simptom dia smkin trok..kmi plak kkm mtk swab test 2/11..utk depa prepare kmi kluarga bsr utk swab test.. Abg aku pn positif mlm tu jgk ambulance dtg ambil..
2/11 1 family aku ke kk kulim utk swab test Simptom aku pling trok Batuk,demam on off,muntah,sakit dada macam kena tumbuk,nafas xlepas,aku xtggu result dah,mlm tu jgk aku serah diri kt hospital kulim sbb aku xleh bnafas,dlm brapa jam.hosp kulim transfer aku ke hosp sultanah bahiyah alor star
3/11/2020-5/11/2020 Suhu aku 39,oxygen aku xcntik.kena tambah darah sbb hb jd 7,kena pakai gas,malam tu jugak aku kena transfer icu HSB baru,oxygen aku drop trok.malam tu jgk doc buat penerangan nak intubate aku.dia mtk no suami aku utk inform smua in detail..aku dah ngis2 merayu kt doc..xnk kna intubate mcm mak,aku msih bole lawan.aku nk cuba lawan..
6/11/2020 Abg aku plak ke icu,sama stuasi mcm aku,oxygen drop,ssungguhnya covid ni sgt jahat,mcm2 dia serang aku n abg aku..sementara tu family aku skit demi skit kena hntr ke HSB lama sbb positif..baby 4 bln ank kakak aku pn positif
8/11/2020 9.13 pagi,mak dah meninggalkan kami untuk selamanya,mak dah lawan 8 hari,mak dah xmmpu,..mak dah penat,pling sedih buat keluarga aku,kmi sorg pn xbole blek tgk mak,smua kt hosp sbb covid.
Tggl suami dgn ank2 buah 3 org ja ngatif,tp xbole kluar sbb kuarantin,sedih sgt.pakai wakil buat pngecaman jenazah mak,kubur pn xbole tgk.smoga mak tenang dsana..Al-fatihah
Dan aku di icu selama 2 mggu,berperang dengan sakit,kena isolate sorg2 dlm blik,sdgkan org lain kt icu dduk luar katil bnyk2.boleh kata cond aku sgt2 x ok. Bole refer post2 di gambar..penat 2 mggu tu Allah sja thu..hri2 aku bperang sgn sakit.
16/11/2020 Alhamdulillah akhirnya aku recover,dah kena transfer ke hsb lama..wad biasa,skarang dlm proses recover,dpt dduk sblh suami..dia positif swab test ke2 hri ke 14..ank2 buah 3 org tu power..smpai skrg ngatif..immune pling power
21/11/2020 Hri ke 20,doc cakap klu 21 hari aku bole.balik dh,mudah2an amin,1 je nk pesan buat org dluar sana..bila ada teman2 sdara mara kena c0vid,shrusnya kita support emosi diorg,bukan kta tokok tambah cerita,buat fitnah yg xbtl psl org positif,nk thu dgn skit je cerita tmbh2 ni bole buat emosi psakit down,sbb tu psakit covid jika ada fmly depa bg dok 1 fmly utk support emosi sesama kmi..
Alhamdulillah family aku skrg smua dh ngatif Abg aku,kak ipar discaj esok..aku n suami maybe ahad ni. Lain2 smua awl lg dh discaj..recover cepat.covid ni xda ubat pn bg yg xda simptom..bg aku yg dok icu..ada ubat2 yg aku dpt..xbole bg information p&c.
Aku hrp kwn2 kt luar sana,follow lah sop,tak penting xperlu keluar,aku xcerita detail sgt spnjg aku sakit,p&c..apa aku ckp..covid ni real..mmg sakit sgt,xbole nk ucap perasaan sakit tu mcm mana.
Allah maha mengetahui, stop spreading false news, stop la fitnah pesakit2 covid, selagi kta x kena, kta x rasa siksa tu macam mana..jd tlg la bg moral support kt mereka..itu shj dh ckup.
Tlg pakai mask,cuci tgn dgn kerap,kekalkan jarak 1 meter,dan jaga sop… Skian karangan dari pesakit covid
Terima kasih buat smua staff nurse/doktor2 icu hospital sultanah bahiyah yang menjaga aku dengan baik skli, mndikan aku,urut aku, sikat rmbut aku,ikat rmbut aku.. Ya Allah baik sgt depa, kalah hosp swasta taw.
Terima kasih staff nurse dan doktor hspital sultanah bahiyah lama sbb jaga aku sepanjang kat wad biasa..alhamdulillah depa smua ikhlas buat kerja depa. Aku hrp aku mmpu tlg depa dgn bg awareness kt smua org psl covid.
Family is everything bila jd cmni kmi sling mnyayangi,saling support sesama kami,mgkin ksih syg mak buat kami adik bradik rpt mcm ni..
Al-fatihah mak rogayah bt md desa Sehingga hari ni msih blm tgk kubur mak Rindu yang tak terucap…
Kashoorga :Pihak portal tidak melakukan sebarang suntingan maklumat pada nota yang dimuat naik oleh Myra Jijie. Sekian harap maklum.
Kredit foto : Myra Jijie Facebook
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dilaporkan sejumlah RM70 billion harta pusaka tak dituntut terbiar begitu sahaja tanpa boleh diagihkan kepada yang berhak. Ini semua terjadi atas kecuaian kita sendiri yang tidak sempat mengurus dan memilih instrumen pembahagian harta pusaka yang dimiliki kepada waris.
Jangan dikaburi dengan kerukunan hubungan kekeluargaan yang aman damai semasa kita masih hidup. Kita lupa ada urusan akhirat perlu kita selesaikan sebelum mati iaitu urusan pembahagian harta milik kita. Apabila kita sudah dalam kubur nanti, akan timbul isu perebutan harta. Dan ini akan dipersoalkan nanti di akhirat.
Waris yang hidup, masing-masing sibuk menuntut hak atas harta yang kita tinggalkan, sedangkan kubur kita masih merah lagi. Paling sedih, isteri dan anak-anak kita menjadi mangsa, satu sen pun tak dapat pun ada. Sampai ke sudah urusan pembahagian harta tak selesai. Agak-agaknya boleh aman ke kita di dalam kubur nanti?
Ikuti perkongsian Mina Azmina, peguam shariah dari Azmina Wardah & Associates memberi pencerahan ke mana atau instrumen apa yang boleh kita pertimbangkan untuk menguruskan harta pusaka kita. Bila dah tahu metod yang sesuai, tak ada lah nanti waris bermasam muka tak bertegur sapa.
Menurut Mina, isu kehartaan dalam sesebuah keluarga boleh menyebabkan berlaku pergaduhan antara adik beradik setelah berlaku kematian salah satu pihak dalam keluarga tersebut.
Semasa hiduplah kita perlu cakna tentang isu kehartaan supaya apabila berlaku kematian tidak ada pertelingkahan dalam keluarga. Secara lumrahnya; apabila susah atau masih hidup tiada yang mahu mengaku adik beradik, tetapi bila berlaku kematian, ramailah yang akan mengaku adik beradik atau mendakwa dirinya sebagai waris si mati dan ingin menuntut hak mereka katanya.
Menjelaskan lagi, Mina menekankan bahawa bab duit dan harta kebanyakan manusia boleh jadi gelap mata. Realitinya siapa yang tak nak harta dan wang ringgit yang banyak kan?
Maka bertindaklah sekarang dan sebagai permulaan kenali dulu instrumen untuk pewarisan dan pembahagian harta pusaka yang perlu kita ambil tahu.
Wasiat membolehkan si pemilik harta mewariskan harta kepada bukan waris atau waris tanpa melalui pembahagian faraid. Namun, jumlahnya terhad kepada nilai 1/3 harta sahaja dan perlu kepada persetujuan semua waris.
Menghadiahkan harta kepada mana-mana individu atau organisasi samaada waris atau bukan waris. Si pemilik harta boleh mewariskan harta kepada bukan waris seperti anak angkat atau mana-mana waris yang dirasakan lebih memerlukan berbanding yang lain. Kebiasaannya, hibah diberikan atas dasar kasih-sayang.
Mengisytiharkan harta-harta sebagai hasil usahasama dengan pasangan yang sah. Dengan mengisytiharkan harta sepencarian, si suami boleh mewariskan sebahagian harta secara terus kepada isteri (dan juga sebaliknya) tanpa perlu diagihkan melalui faraid.
Menyerahkan harta kepada pihak ketiga iaitu pemegang amanah yang akan bertanggungjawab mengurus dan melindungi harta pusaka daripada tuntutan pihak lain.
Sebagai contoh, mengamanahkan bendang sawah kepada persatuan, dan sebahagian hasilnya hendaklah diberi kepada waris-waris yang ditinggalkan.
Menginfaqkan harta pusaka yang ditinggalkan sebagai sumbangan ke arah jalan kebaikan dan kegunaan umum, contohnya mewakafkan tanah untuk dibina masjid.
Wakaf berfungsi sebagai kesinambungan amalan selepas kematian. Sebaik-baiknya, jumlah harta yang diwakafkan tidak melebihi 1/3 nilai kesemua harta yang ditinggalkan.
Kaedah pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh hukum Islam. Faraid memastikan pembahagian yang adil dan saksama kepada kesemua waris yang ditinggalkan.
Pecahan pembahagian bergantung kepada jenis (anak lelaki, anak perempuan, isteri, ibu, bapa) dan bilangan waris yang masih ada.
Kashoorga: Ini antara instrumen atau platform mana yang kita boleh pilih untuk selesaikan pembahagian harta pusaka kita nanti. Buatlah segera sebelum meninggal dunia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Maal Hijrah tempat kerja baharu menjadi inspirasi untuk membina mindset positif, hubungan sosial yang sihat dan prinsip yang kukuh ketika memulakan kerjaya dalam persekitaran baharu.