Doa ialah satu situasi seorang manusia itu meminta-minta kepada Yang Maha Pencipta. ALLAH SWT menurunkan ujian kepada hamba-NYA kerana mahu mendengar rintihannya. Mintalah kepada ALLAH, mintalah apa-apa sahaja.
Justeru, misalnya anda mempunyai masalah dalam soal jodoh mahupun rumahtangga, berdoalah kepada ALLAH supaya segalanya dipermudahkan. Usahlah pernah jemu untuk berdoa kerana doa mempunyai kuasanya yang tersendiri.
PENGABDIAN
Tidaklah kita dicipta di muka bumi ini selain daripada untuk menyembah ALLAH. Justeru sebagai hamba yang lemah, apa lagi yang hendak kita lakukan selain berdoa dan berusaha memperbaiki keadaan demi kehidupan yang lebih baik.
Ads
ALLAH mendengar doa yang kita mohonkan. Terserah kepada ALLAH untuk memakbulkannya atau tidak. Jika doa kita tidak dimakbulkan pada hari ini, percayalah pasti ada sesuatu yang lebih baik untuk kita pada hari kemudian.
Ads
MENGUBAH HIDUP
Percaya kepada doa yang dipohonkan membuatkan seseorang itu menjadi lebih positif. Berdoalah dengan kepercayaan yang utuh bahawa ALLAH mendengar apa yang kita minta. Usah sesekali berpaling dan kecewa kepada doa.
Ads
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Ubah corak pemikiran anda menjadi lebih positif dan lihatlah kesannya. Memanglah tatkala sedang bersedih, kita terarah untuk menjadi seorang yang negatif. Namun, doa yang tulus ikhlas kepada ALLAH, pasti akan dapat membantu anda menjadi lebih positif.
WAKTU MUJARAB BERDOA
1)Ketika sahur atau sepertiga malam.
2)Ketika berbuka puasa.
3)Ketika malam lailatul qadar.
4)Ketika azan berkumandang.
5)Ketika sedang sujud dalam solat.
6)Sebelum memberi salam pada solat fardu.
7)Pada hari Jumaat (penghulu segala hari).
8)Ketika waktu hujan.
9)Pada Hari Arafah.
10)Sewaktu minum air zamzam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dia tak diam tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk kita menyambut Ramadan, Syawal dan seterusnya bulan haji.
Kebiasaanya ramai diantara kita yang mengambil kesempatan untuk menyambut awal atau akhir ramadan di sana.
Tetapi tahun ini situasinya berlainan. Dalam laporan Astro Awani hari ini Arab Saudi meminta umat Islam untuk tangguhkan sebarang rancangan untuk tunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai COVID-19 diketahui.
Mungkinkah akan tiada perhimpunan seperti ini tahun ini?
“Arab Saudi bersedia sepenuhnya untuk menerima jemaah haji dan umrah.
“Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai pandemik global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat.
“Oleh itu, kita meminta umat Islam di semua negara untuk menunggu sebelum melakukan haji sehingga keadaannya jelas,” kata Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu.
Selain menangguhkan haji dan umrah, Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Mekah dan Madinah.
Pada awal bulan lepas, Arab Saudi menghentikan kemasukan jemaah haji atau umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19 ke bandar-bandar suci Islam.
Buat masa sekarang Masjidil Haram ditutup kepada orang ramai. – AP
Ia satu langkah yang julung kali terjadi, sekali gus menimbulkan ketidakpastian berhubung ibadat haji untuk tahun ini.
Pembatalan musim haji tidak pernah berlaku sebelum ini, namun langkah mengehadkan kehadiran dari kawasan berisiko tinggi pernah dilaksana ketika wabak Ebola menyerang wilayah itu.
Kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Mekah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Haji juga adalah sumber pendapatan yang besar bagi kerajaan Arab Saudi.
Sebelum ini Arab Saudi juga pernah berdepan masalah wabak penyakit ini di mana pada 632 di mana jemaah menentang malaria sementara wabak kolera pada tahun 1,821 membunuh kira-kira 20 ribu jemaah haji.
Satu lagi wabak kolera menular pada tahun 1,865 dan membunuh 15,000 jemaah haji yang kemudian tersebar di seluruh dunia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sempena penularan wabak COVID-19 ini, banyak antara kita berkongsi ilmu di alam maya. Dan salah satu daripadanya adalah melalui laman sosial Facebook Majlis Ilmu.
Ini adalah salah satu perkongsian menarik yang boleh kita jadikan panduan.
TOLONGLAH TANYA AKU DI MANA, KAWAN..
Mengunjungi seorang kawan yang sedang kritikal sakit, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, dan membisikkan sesuatu..
Dalam airmata berlinang dan ucapan yg terbata2 dia berkata,” Jika awak tidak melihat saya di syurga, tolong tanya pada Allah di mana saya, tolonglah saya ketika itu…”
Dia langsung terisak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya pun berbisik,” In sha Allah, in sha Allah aku juga mohon kepada awak jika awak juga tidak terlihat saya di syurga…”
Kami pun menangis bersama, entah berapa lama…
Ketika saya meninggalkan hospital, saya terkenang akan pesan beliau…
Sebenarnya pesan itu pernah disampaikan oleh seorang ulama besar, Ibnu Jauzi, yang berkata kepada sahabatnya sambil menangis :
” Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Rabb kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga.”
Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadits :
“Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami…”
Maka Allah berfirman, ” Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah”. (Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)
Maka wahai sahabat2ku,
Di dalam bersahabat, pilihlah mereka yg boleh membantu kita bukan ikatan di dunia, tetapi hingga akhirat..
Carilah sahabat2 yg senantiasa berbuat amal soleh, yg solat berjemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan agar meningkatkan keimanan, serta berjuang untuk menegakkan agama Islam.
Carilah kawan yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bersama untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.
Kawan yg dicari kerana urusan perniagaan, pekerjaan,kawan tengok bola, kawan memancing, kawan bershopping, kawan fb utk bercerita hal politik, kawan whatsapp utk menceritakan hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing2 hanya akan membawa diri sendiri.
Tetapi kawan yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga….
Semaklah diri, apakah ada kawan yg seperti ini dalam kehidupan kita atau yg ada mungkin lebih buruk dari kita…
Jom berubah sekarang, kurangi waktu dgn kawan yg hanya condong pada dunia, carilah kawan yg membawa kita bersama ke syurga, karena kita tidak boleh mengharapkan pahala ibadah kita saja utk masuk syurganya Allah..
Perbanyaklah usaha, moga satu darinya akan tersangkut dan membawa kita ke pintu syurga….
Al-Hasan Al-Bashri berkata :
” Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.
Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya diantara sahabat2 kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama2 ke syurga..
Jika tidak, mulailah hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.
Agaknya kepada siapa antum boleh menyampaikan pesan ini?
Sahabat, tolong tanyakan Allah jika aku tiada bersamamu di syurga-Nya…
Puasa di bulan Ramadan ialah menahan lapar dan dahaga serta juga hawa nafsu dari terbitnya fajar sampai terbenam matahari.
Salah satu nikmat ketika menjalani ibadah berpuasa ialah ketika berbuka puasa. Walau bagaimanapun ketika berbuka puasa, bukan sekadar dapat menghilangkan lapar dan dahaga tetapi lebih dari itu.
12 PERKARA YANG MENJADI KEUTAMAAN KETIKA BERBUKA PUASA
BARAKAH KEPADA MEREKA YANG BERPUASA
Mereka yang berpuasa ketika berbuka puasa akan dapat merasai betapa bersyukurnya kerana mempunyai makanan untuk dimakan berbanding mereka yang tidak berkemampuan. Menahan lapar dan dahaga sepanjang hari akan memberikan keinsafan dalam diri.
MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Manusia akan senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR. Bukhari no. 1957 dan Muslim no. 1098)
Dalam hadis yang lain disebutkan,
“Umatku akan senantiasa berada di atas sunnahku (ajaranku) selama tidak menunggu munculnya bintang untuk berbuka puasa.” (HR. Ibnu Hibban 8/277 dan Ibnu Khuzaimah 3/275, sanad shahih). Inilah yang ditiru oleh Rafidhah (Syi’ah),
MEMBACA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah SAW bersabda,
“Apabila salah seorang di antara kalian makan, maka hendaknya ia menyebut nama Allah Ta’ala (iaitu membaca ‘bismillah’). Jika ia lupa untuk menyebut nama Allah Ta’ala di awal, hendaklah ia mengucapkan: “Bismillaahi awwalahu wa aakhirohu (dengan nama Allah pada awal dan akhirnya)”.” (HR. Abu Daud no. 3767 dan At Tirmidzi no. 1858, hasan shahih)
MAKAN HIDANGAN YANG RINGAN
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,
“Rasulullah SAW biasanya berbuka dengan rothb (kurma basah) sebelum menunaikan solat. Jika tidak ada rothb, maka beliau berbuka dengan tamr (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian beliau berbuka dengan seteguk air.” (HR. Abu Daud no. 2356 dan Ahmad 3/164, hasan shahih)
MEMBACA BISMILLAH SEBAGAI TANDA BERSYUKUR
Para sahabat Nabi SAW berkata,
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami makan dan tidak merasa kenyang?” Beliau bersabda: “Kemungkinan kalian makan sendiri-sendiri.” Mereka menjawab, “Ya.” Beliau bersabda: “Hendaklah kalian makan secara bersama-sama, dan sebutlah nama Allah, maka kalian akan diberi berkah padanya.” (HR. Abu Daud no. 3764, hasan).
DOA BAGI YANG BERBUKA PUASA TIDAK AKAN DITOLAK
Nabi SAW bersabda,
“Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak : (1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, (3) Doa orang yang dizalimi.” (HR. Tirmidzi no. 2526 dan Ibnu Hibban 16/396, shahih).
Ketika berbuka adalah waktu terkabulnya doa kerana ketika ini orang yang berpuasa telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri (Lihat Tuhfatul Ahwadzi, 7: 194).
SALING BERKONGSI HIDANGAN BERBUKA
Rasulullah SAW bersabda,
“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” (HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5/192, hasan shahih)
WAKTU BERBAHAGIA BAGI YANG BERPUASA
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang berbuka puasa mempunyai dua kebahagiaan yang boleh ia rasakan; kebahagiaan ketika ia berbuka dan kebahagiaan ketika ia bertemu dengan Rabb-nya kerana puasa yang dilakukannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
MENUNGGU WAKTU BERBUKA DENGAN MELAKUKAN PERKARA YANG BERMANFAAT
Gunakan waktu sepanjang berpuasa untuk menambah ibadah. Menunggu waktu berbuka dapat anda manfaatkan untuk melakukan perkara yang boleh mendatangkan pahala. Mengaji Al-Quran, bertadarus waima menyediakan juadah berbuka puasa pun sudah dapat memberikan pahala kepada kita. Pastinya ia akan menyempurnakan ibadah dan buka puasa anda.
JANGAN MAKAN DAN MINUM BERLEBIHAN
Berbuka puasa dalam Islam biarlah secara sederhana, usah bermewah-mewah. Bulan Ramadan mengajar kita untuk bersederhana. Jangan sampai ibadah berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata.
BUKANLAH WAKTU UNTUK BALAS DENDAM
Waktu berbuka puasa bukan merupakan waktu untuk balas dendam. Makan biarlah bersederhana dan tidak keterlaluan. Sesungguhnya apa jua perkara yang dilakukan secara berlebihan akan mendatangkan kemudharatan.
JANGAN MELALAIKAN ADAB MAKAN
Ya! Memang lapar ketika berpuasa seharian namun itu bukan bermakna kita boleh mengenepikan soal adab ketika menjamu selera. Mulakan dengan doa ringkas dan makan secara perlahan-lahan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Masuk masjid nampak soket plug terus kita cas telefon bimbit yang kebetulan hampir kehabisan bateri.Mungkin ramai yang biasa melakukan perkara ini tanpa memikirkan bahawa...