Ads

Ustaz Wadi Annuar Cedera Dada Dan Perut Selepas Kenderaan Bertembung, Perdana Menteri Titip Doa

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar dilanda kemalangan jalan raya di kawasan Air Banun, Tasik Banding sewaktu dalam perjalanan ke Gerik, Perak pada awal pagi ini mengejutkan ramai.

​Keadaan Stabil, Mohon Doa Ramai

​Menerusi perkongsian terkini daripada pembantunya, Mohd Amir Faizal menerusi satu hantaran video, kenderaan yang dinaiki Ustaz Wadi bersama beberapa individu lain telah bertembung dengan sebuah kenderaan lain. 

Rempuhan itu menyebabkan kenderaan mereka terpelanting dan mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang.

BACA JUGA: 7 Tanda ‘Red Flag’ Pada Pasangan Sebelum Kahwin Yang Wajib Anda Ambil Tahu

​Difahamkan, Ustaz Wadi yang berada di tempat duduk belakang mengalami kesakitan di bahagian dada dan perut akibat impak kemalangan tersebut. 

Ads

Manakala seorang lagi ustaz yang turut berada di dalam kenderaan sama mengalami kecederaan di bahagian lutut serta dagu.

​Alhamdulillah, kedua-dua mereka kini dilaporkan dalam keadaan stabil, boleh bercakap dan telah dibawa untuk pemeriksaan lanjut serta ujian X-ray di Hospital Gerik.

​Perdana Menteri Turut Titip Doa

​Khabar duka ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menitipkan doa khas menerusi laman Facebook beliau agar pendakwah kesayangan ramai ini diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan.

Ads

​“Mendoakan Ustaz Wadi Annuar dikurniakan kesembuhan selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Gerik awal pagi tadi. 

Moga ALLAH SWT mempermudah segala urusan rawatan serta mengurniakan ketabahan dan kekuatan buat Ustaz dalam menempuh ujian ini. 

Ads

Semoga Ustaz segera pulih dan kembali berbakti menyampaikan ilmu serta dakwah kepada masyarakat,” kata beliau.

Sama-sama kita mendoakan agar Ustaz Wadi Annuar serta mereka yang terlibat diberikan kesembuhan berpanjangan, kekuatan mental dan fizikal, serta diangkat segala kesakitan oleh Allah SWT. 

Moga beliau dapat kembali pulih sepenuhnya untuk meneruskan agenda dakwah dan berbakti kepada ummah.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

red flag

7 Tanda ‘Red Flag’ Pada Pasangan Sebelum Kahwin Yang Wajib Anda...

Kenali 7 red flag pasangan sebelum kahwin yang berbahaya, daripada panas baran hingga suka menipu. Jangan abaikan tanda amaran dalam hubungan.