Jika tahun lalu, Wak Doyok menghadiahkan sebuah rumah banglo buat ibunya hasil titik peluh dalam bidang perniagaan. Tahun ini pula Wak Doyok menghadiahkan ibunya sebuah kereta Vellfire bernilai RM260,000 sempena hari ibu.
Seperti mulianya taraf seorang ibu, begitulah juga mulianya doa mereka di sisi Allah SWT. Allah telah meletakkan seseorang ibu di peringkat yang paling tinggi doanya untuk dimakbulkan. Disebabkan itulah reda dan restu dari ibu sangat penting dalam kehidupan anak-anak.
Berikut perkongsian Wak Doyok di laman Instagramnya.
Ads
Sempena hari ibu hari ini saya menghadiahkan mak saya sebuah kereta villfire agar tahun ini mak boleh berjalan-jalan dengan selesa di rumah sanak saudara. Semoga mak sihat dan dapat menunaikan fardu haji tahun ini insyallah.
Wak Doyok memberitahu, niatnya untuk menghadiahkan kereta tersebut buat ibunya untuk membuatkan ibunya bahagia selepas bapanya pergi menghadap Ilahi pada Oktober tahun lalu.
Ads
“Semua ini adalah usaha untuk membuatkan mak saya bahagia dikala dia hidup kesunyian selepas pemergian ayah saya pada tahun lalu.
“Biarpun kereta tersebut bernilai ratusan ribu, namun sedikit pun tidak tertanding dengan jasanya membesarkan saya selama ini,” katanya.
Doa ialah satu situasi seorang manusia itu meminta-minta kepada Yang Maha Pencipta. ALLAH SWT menurunkan ujian kepada hamba-NYA kerana mahu mendengar rintihannya. Mintalah kepada ALLAH, mintalah apa-apa sahaja.
Justeru, misalnya anda mempunyai masalah dalam soal jodoh mahupun rumahtangga, berdoalah kepada ALLAH supaya segalanya dipermudahkan. Usahlah pernah jemu untuk berdoa kerana doa mempunyai kuasanya yang tersendiri.
PENGABDIAN
Tidaklah kita dicipta di muka bumi ini selain daripada untuk menyembah ALLAH. Justeru sebagai hamba yang lemah, apa lagi yang hendak kita lakukan selain berdoa dan berusaha memperbaiki keadaan demi kehidupan yang lebih baik.
ALLAH mendengar doa yang kita mohonkan. Terserah kepada ALLAH untuk memakbulkannya atau tidak. Jika doa kita tidak dimakbulkan pada hari ini, percayalah pasti ada sesuatu yang lebih baik untuk kita pada hari kemudian.
MENGUBAH HIDUP
Percaya kepada doa yang dipohonkan membuatkan seseorang itu menjadi lebih positif. Berdoalah dengan kepercayaan yang utuh bahawa ALLAH mendengar apa yang kita minta. Usah sesekali berpaling dan kecewa kepada doa.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Ubah corak pemikiran anda menjadi lebih positif dan lihatlah kesannya. Memanglah tatkala sedang bersedih, kita terarah untuk menjadi seorang yang negatif. Namun, doa yang tulus ikhlas kepada ALLAH, pasti akan dapat membantu anda menjadi lebih positif.
WAKTU MUSTAJAB BERDOA
1)Ketika sahur atau sepertiga malam.
2)Ketika berbuka puasa.
3)Ketika malam lailatul qadar.
4)Ketika azan berkumandang.
5)Ketika sedang sujud dalam solat.
6)Sebelum memberi salam pada solat fardu.
7)Pada hari Jumaat (penghulu segala hari).
8)Ketika waktu hujan.
9)Pada Hari Arafah.
10)Sewaktu minum air zamzam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Minggu lalu, pelakon, penyanyi dan pengacara, Marsha Milan Londoh selamat berangkat menunaikan ibadah umrah buat kali kedua. Mengakui tidak dapat menepis kebimbangan biarpun sudah berpengalaman menunaikan umrah, Marsha, 32, berkata, apa yang diharapkannya adalah ibadah tersebut berjalan dengan lancar.
“Saya pergi ke sana bersama suami dan keluarganya. Walaupun dah pernah pergi, tapi saya masih lagi tidak dapat mengurangkan kebimbangan kerana saya masih lagi dalam tempoh belajar.
“Bila pergi kali kedua ini, kebimbangan itu tidaklah sama seperti kali pertama sebab dah tahu apa nak buat.
“Cuma saya rasa perlu jaga adab, tatatertib semasa kerjakan umrah, bukan apa cuma nak elak perkara tidak diingini daripada berlaku. Doakan umrah saya diterima dan dipermudahkan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
DOA MOHON ZURIAT
Ditanya apa doa yang ingin dititipkan di depan Kaabah nanti, Marsha berkata, dia berharap ALLAH SWT memberikannya rezeki untuk menimang cahaya mata.
“Tentulah doa untuk dikurniakan zuriat, jika dengan izinNya, Insya-ALLAH.
“Bagaimanapun bukan itu sahaja niat saya untuk menunaikan umrah. Saya kira ini juga peluang buat saya mendekatkan diri lagi dengan ALLAH SWT,” jelasnya.
Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, 32, pada 31 Disember 2015.
Sumber kredit: Sinar Harian dan Instagram Marshamilan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Subhanallah! Pemuda ini meninggal dunia saat melaungkan azan kedua solat Jumaat! Apakah amalannya sehingga ramai alim ulama mendoakannya?
Disebutkan dalam hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan lainnya[1], bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إذا أراد الله بعبد خيرا استعمله قيل : ما يستعمله ؟ قال : يفتح له عملا صالحا بين يدي موته حتى يرضي عليه من حوله
“Apabila Allah menginginkan kebaikan kepada seorang hamba, Allah jadikan ia beramal.” Lalu para sahabat bertanya, “Apa yang dimaksud dijadikan dia beramal?” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dibukakan untuknya amalan shalih sebelum meninggalnya sehingga orang-orang yang berada di sekitarnya ridha kepadanya.”
Baru pulang dari menziarahi jenazah Sdra Amirul Najmie Asrul Leonard. Siswa sem 5 Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan.
Budaknya sangat baik. Kerap juga datang ke bilik saya untuk bertanya perihal pengajiannya. Sering bertugas sebagai bilal pelatih di Masjid KUIPSAS. Kebanyakan pensyarah dan ahli jemaah Masjid KUIPSAS mengenali beliau. Perginya dalam keadaan yang sangat mulia, dalam bulan Ramadan yang mulia, pada hari Jumaat yang mulia di tempat yang mulia iaitu Masjid Sungai Panching Selatan selepas tidak sedarkan diri ketika sedang mengalunkan azan kedua Solat Jumaat tadi.
CORETAN RAKAN KARIB
Melalui coretan seorang pemuda menerusi akaun Facebook dikenali sebagai Muhammad Izzan, pemuda ini berkongsi mengenai sahabatnya yang meninggal dunia ketika melaungkan azan.
Saya rasa tidak perlu saya perkenalkan siapa adinda Amirul ini pada saya. Ramai orang tahu yang dia kawan rapat saya.
Gambar kami yang beratus-ratus keping, selalu menjadi teman lepak saya, teman bercerita saya, kalau Ramadhan biasanya dia akan teman saya ke masjid-masjid tempat saya bertugas imam Tarawih.
Amirul yang saya kenali,
Dia seorang yang sangat meminati bacaan Al-Quran saya, sehinggakan bila saya mengaji dalam kereta pun, dia pasti akan rakam.
Dia seorang yang banyak membantu orang.
Dia seorang yang ceria. Mudah didekati.
Dia seorang yang sentiasa gigih dalam apa yang dia lakukan. Saya teringat dia selalu minta saya ajar cara mengeluarkan suara yang betul ketika azan. Sehingga dapat, dia usahakan.
Semalam hari yang saya rasa seolah mimpi.
Amirul, kau telah pergi selamanya. Bertemu Allah dalam keadaan kau sedang mengalunkan azan Jumaat. Jemaah melihat hal ini. Menjadi saksi mulianya kau menghadap Sang Pencipta.
Gelak tawa, susah senang dan memoriku bersama kau Mirul, tak kan sesekali dilupakan.
Aku yakin kau juga senang bersama aku. Allah pinjamkan 3 tahun untuk kita saling mengenali. Moga kita tergolong dalam apa yang dijanjikan Allah menerusi sebuah hadis,
إن الله يقول يوم القيامة : أين المتحابون بجلالي؟ اليوم أظلهم في ظلي يوم لا ظلَّ إلا ظلِّي.
Nabi saw berkata, sesungguhnya Allah akan berkata di hari akhirat kelak : Di mana mereka yang saling berkasih kerana keagunganKu? Hari ini Aku naungi mereka dengan naunganKu. Dan hari ini tidak ada naungan melainkan naunganKu sahaja.
Banyak lagi kalau saya hendak tulis tentang Amirul. Namun linangan air mata lebih pantas dari jari yang mencatit.
BERIKUT KOMEN-KOMEN DARIPADA RAKAN-RAKAN DAN NETIZEN YANG NYATA ‘CEMBURU’ DENGAN PEMERGIAN ALLAHYARHAM AMIRUL NAJMIE ASRUL LEONARD DI BULAN YANG MULIA INI.
Semoga roh Almarhum dirahmati Allah swt dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.
Duit raya anak adalah hak milik anak walaupun mereka masih kecil. Ketahui hukum menggunakan duit raya anak menurut Islam, pandangan ulama serta keadaan yang dibenarkan syarak.