Selain mengerjakan amalan mulia seperti mengaji atau Solat Sunat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada juga antara kita yang terjebak dengan aplikasi Tik Tok.
Namun dalam satu posting di laman Instagram Pencetus Ummah, PU Amin beliau menasihati orang ramai agar jangan terlalu seronok dan ghairah untuk mencuba aplikasi ini sewaktu negara sedang ditimpa bencana.
Sebaliknya gunakan masa yang ada ini untuk berzikir, selawat dan membaca Al-Quran dan tidak melakukan perkara sia-sia.
Tambahnya lagi, apabila hati dan lidah sentiasa mengingati Allah, maka akan hilangkan rasa seseorang itu untuk bertik tok.
Ads
Menurut PU Amin juga tidak salah untuk seseorang itu merakam video joget tetapi janganlah dipertontonkan kepada khalayak ramai. Ujarnya lagi pada ketika ini sepatutnya lebih kepada bermuhasabah diri dan tinggalkan perkara yang sia-sia.
“Isi masa yang ada dengan zikir , ibadah , selawat dan baca Al Quran . Jangan isi masa bosan dengan perkara sia sia .
“Kalau nak rekod video joget , boleh , tapi hanya dilihat oleh mahram kita . Kita saling berpesan , kerana waktu bencana bukan waktu berseronok , waktu bencana adalah waktu untuk bermuhasabah .
“Yakinlah , bila kita tinggal perkara sia sia yang biasa kita buat Allah akan berikan kasih sayang nya pada kita . Saya berpesan pada diri saya yang serba jahil ini .
“Nak buat macam mana, dah takdir tak ada jodoh sampai ke tua, hadap je lah,” Kita biasa sangat dengar keluhan ini daripada rakan malah diri sendiri juga berkeluh kesah dengan takdir jodoh ketentuan Allah. Ia seakan give up dan serahkan segalanya kepada takdir. Sedikit pula antara kita mahu berusaha untuk merubah takdir.
Ya benar, ajal, rezeki dan jodoh adalah sesuatu yang misteri. Hanya Allah yang mengetahuinya. Dalam Islam, takdir ini terbahagi kepada dua iaitu takdir Mubram dan takdir Muallaq.
Takdir Mubram ialah takdir yang tetap, muktamad dan tidak boleh diubah seperti takdir ajal. Takdir Muallaq pula merupakan ketetapan yang boleh diubah dengan syarat manusia berusaha bersungguh-sungguh, istiqamah dan berdoa serta tawakal.
Bertawakal adalah menyerahkan segalanya kepada Allah selepas segala usaha dan doa telah dilakukan.
Rasulullah SAW telah bersabda, “Tidak boleh ditolak ketetapan Allah SWT melainkan dengan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur, melainkan berbuat baik kepada ibubapa (Riwayat al-Hakim, Ibnu Hibban dan Imam at-Tirmidzi)
Setelah menginjak dwasa, kita akan ula berfikir tentang jodoh diri. Kerap berlegar dalam fikiran sapalah bakal jodoh yang ditentkan Allah. Tak ada yang tahu dan pasti dengan siapa kita ditakdirkan untuk bersama. Hal inilah yang kerap membuat seseorang dirundung rasa bimbang hingga berdebar.
Pelbagai pertanyaan menerpa; siapa jodohku? Benarkah dia adalah jodohku? Bila akan bertemu atau bolehkah dia menjadi jodohku? Pertanyaan-pertanyaan seperti itu barangkali pernah terlintas dibenak setiap insan.
Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam salah satu ayat di kitab suci Al-qur’an yang menyatakan bahwa setiap makhluk yang ada di muka bumi ini diciptakan secara berpasang-pasangan.
Justeru, ini cukup membuktikan bahawa setiap insan pastinya ditakdirkan untuk berjodoh atau berpasangan. Kita sahaja yang tidak tahu siapa orangnya dan bila waktunya tiba.
Bolehkah kita mengubah takdir jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT? Jodoh sebenarnya tak boleh berubah kerana sudah tercatat di luh mahfuz. Namun, sebagaimana Allah memberikan rezeki, demikian pula pada takdir jodoh.
Allah memerintahkan manusia untuk berusaha. Seorang yang tidak berusaha untuk takdirnya dianggap sebuah kekeliruan dan kelemahan.
Ketetapan jodoh sebenarnya boleh diubah jika kita melakukan usaha berterusan untuk merubahnya. Sebagaimana firman Allah SWT.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (QS 13:11)
Lalu bagaimana penyelesaiannya? Berikhtiarlah! berusaha dan berdoa lah kepada Allah SWT agar anda mendapatkan jodoh yang baik dan sesuai dengan keinginan anda.
Anda dapat merubah takdir jodoh dengan doa karena sesungguhnya tak ada yang bisa merubah takdir kecuali doa yang disertai usaha. Adapun doa untuk mengubah takdir jodoh akan dihuraikan berikut ini:
Do’a dalam al-Furqan ayat 74: “Robbana hablanaa min azwazinaa, wadzuriyatinaa, qurata’ayyun, wajaalna lilmutaqqina immamaa”
Ya Tuhan kami anugerahkanlah kepada kami pasangan dan keturunan yang menjadi penyejuk mata hati kami dan jadikanlah kami iman bagi orang-orang yang bertaqwa
Rasulullah SAW pun telah mengajarkan doa istikharah (menurut hadis Bukhari, Ahmad dan lain-lain), yang isinya mengandung permohonan mengubah takdirNya:
“Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahawa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih baik pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku redha menerimanya.“
Selain memanjatkan doa untuk mengubah takdir jodoh, anda juga sangat dianjurkan untuk senantiasa berusaha mencari jodoh dalam Islam.
Berusaha mendapatkan jodoh tentunya harus sesuai dengan keutamaan ajaran Islam dengan menerapkan cara memilih calon pendamping hidup sesuai syariat Islam.
Salah satu usaha yang boleh anda lakukan adalah dengan meningkatkan ketaatan serta ketakwaan anda kepada Allah SWT, kerana orang yang baik-baik tentunya juga akan mendapatkan jodoh yang baik-baik pula. Sumber artikel: Dalam Islam
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Setengah wanita hari ini menggunakan maskara untuk kecantikan matanya. Soalan saya apakah sah mengambil wuduk ketika memakai maskara ini?
JAWAPAN :
Maskara adalah salah satu bahan yang digunakan untuk menambahkan kecantikan mata dengan cara meletakkan suatu bahan ke atas bulu mata.
Biasanya maskara ini dibuat dari serbuk bercampur cecair atau lilin.
Tersebut pada Wikipedia :
Normally in one of three forms—liquid, powder, or cream—the modern mascara product has various formulas; however, most contain the same basic components of pigments, oils, waxes, and preservatives. https://en.wikipedia.org/wiki/Mascara.
Ertinya : “Biasanya maskara terdiri dari tiga jenis bahan yaitu cecair atau serbuk atau krim dan produk maskara zaman moden mengandungi pelbagai formula. Bagaimana pun kebanyakkan kandungannya adalah bahan pigmen dan minyak dan lilin dan bahan pengawet.”
Artinya : “Wahai orang-orang beriman apabila kamu hendak mendirikan solat maka basuhlah segala muka kamu..” (Al-Maidah : 6)
Maka diwajibkan membasuh akan segala yang ada dalam had muka dengan air sampai rata atas kulit dan segala bulu yang tumbuh di atas muka termasuklah bulu mata.
Maka ketika membasuh tempat tumbuh bulu mata diwajibkan air sampai pada sekelian bulu matanya dari hujung ke pangkal dan sampai air pada kulit di bawah bulu mata itu.
Ertinya : “Maka ada pun bulu yang jaranglah tebal itu seperti dua bulu kening dan bulu mata dan misai dan dua ‘izar yaitu anak rambut yang tumbuh setentang dengan dua telinga maka wajiblah membasuh zahir sekelian bulu-bulu ini dan batinnya serta dengan kulit dibawahnya sekali pun ia tebal kerana ia adalah termasuk dalam sempadan muka.”
Dan berkata Syeikh Nawawi Al-Bantani :
وإذا كان على الوجه حائل وجبت إزالته ومنه الرمص في العين والوسخ الذي يكون في باب الأنف فلا بد من إزالة ذلك
Ertinya : “Dan apabila ada atas muka itu suatu yang menghalang nescaya wajib menghilangkannya. Dan setengah dari yang menghalang itu ialah kotoran pada mata dan suatu yang ada pada tepi lubang hidung. Maka mestilah menghilangkan yang demikian itu.” (Kitab Nihayah Zain)
Jelas disini kalau ada suatu yang menghalang air sampai kepada bulu atau kulit nescaya wajib dihilangkannya terlebih dahulu supaya rata air basuhan wuduk.
KESIMPULAN
Jika bahan dari masakara tersebut menghalang air basuhan wuduk daripada kena pada helaian bulu mata atau kulit dibawahnya maka wuduknya tidak sah.
Jika sampai air basuhan wuduk pada helaian bulu mata dan kulit di bawahnya maka sah wuduknya.
Jika ragu adakah masakara yang dipakainya menghalang air atau tidak nescaya sunat ditanggalkan terlebih dulu ketika hendak mengambil wuduk.
Kita dituntut bersikap ihsan kepada semua termasuk termasuk manusia dan binatang. Jika menganiaya manusia itu berdosa, melakukan penganiayaan kepada binatang juga perbuatan zalim dan berdosa besar.
Bersikap ihsan ini sangat dituntut biarpun ada sebahagian binatang menjadi makanan kita. Malah saat ingin menyembelihnya disarankan bersikap menggunakan pisau tajam, makruh mengasah pisau di depan binatang dan binatang lain di depannya.
Ini dinyatakan dalam satu hadis,
Allah SWT telah menetapkan prinsip ihsan dalam setiap perkara. Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan ‘al-Ihsan’ ke atas setiap perkata, maka apabila kamu membunuh, bunuhlah dengan sebaik-baiknya, dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan sebaik-baiknya. Hendaklah kalian tajamkan pisau supaya binatang disembelih mati dengan lebih cepat dan mudah. Sahih Muslim (1955)
Hal yang sama turut dinyatakan dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda, seorang wanita di azab di neraka lantaran tidak memiliki sikap belas ihsan terhadap seekor kucing: دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا، فَلَمْ تُطْعِمْهَا، وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ
Maksudnya: “Seorang wanita masuk ke dalam neraka kerana seekor kucing yang ditambatnya tanpa diberikan makan, dan dia tidak melepaskan kucing tersebut untuk makan sendiri binatang yang berkeliaran di atas muka bumi.” (Riwayat al-Bukhari (3318) dan Muslim (2619)
Nyawa setiap binatang juga perlu dipelihara dan tidak boleh dibunuh sesuka hati secara sewenang-wenangnya. Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang membunuh burung kecil tanpa sebab, ia akan mengadu kepada Allah SWT pada hari kiamat dan berkata: Wahai Tuhan, sesungguhnya si fulan telah membunuhku dnegan sia-sia tanpa sebab dan tidak membunuhku kerana sebarang manfaat. (Sunan an-Nasa’ie (4446) (sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan). Perbuatan menyeksa atau menganiaya binatang adalah jelas haramnya. Al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah mengkategorikan menyeksa binatang itu termasuk dalam dosa-dosa besar. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa, lalu tidak bertaubat, nescaya Allah menyeksanya pada Hari Kiamat.” (Hadits riwayat Ahmad)
Hal menganiayai binatang ini turut pernah diulas oleh Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menjelaskan bahawa berdosa menganiaya haiwan sama ada binatang haram atau yang halal dimakan atau disentuh bagi orang Islam di dalam akhbar Sinar Harian.
Menurutnya, semua haiwan perlu dikasihani melainkan yang membahayakan nyawa maka dibolehkan untuk membunuhnya.
“Tidak kira haiwan itu halal atau haram bagi umat Islam, asalkan ia tidak mengancam kita maka tidak boleh diseksa atau dicederakan.
“Hukum jika melakukan perkara tidak perikemanusiaan itu adalah berdosa kerana menganiaya binatang. Jika binatang berbahaya yang mengganas sehingga mengancam nyawa, lebih baik terus dibunuh tanpa mencederakan sehingga boleh menyiksanya,”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.