Pelakon, Wawa Zainal syukur dapat beli rumah untuk mak. ‘Lama pujuk, akhirnya setuju pindah semenanjung.’ Anak mana yang tak teruja apabila dapat berkongsi rezeki dengan mak dan ayah apabila sudah berkemampuan.
Pelakon ini kini aktif dalam bidang perniagaan, sudah tentu rezeki yang dia peroleh ingin dikongsi bersama ibu dan bapa tersayang yang selama ini banyak berkorban buatnya.
Lama pujuk mak duduk di semenanjung. Akhirnya dia setuju dan wawa decide untuk belikan rumah untuk mak dan bapak. Mula-mula hendak beli rumah 2 tingkat..
Tapi bila fikir-fikir, duduk berdua dan sudah berusia untuk naik turun. Jadi wawa cari rumah setingkat dan bila tengok keadaan rumah yang agak lama telan air liur jugalah.
Dapat Beli Rumah Untuk Mak
Tambah Wawa lagi, kepada mak ku sayang yang lahirkan Wawa di dunia. Walaupun Wawa tidak membesar dengan mak. Mak kena tahu Wawa sayang dengan mak, bapak dunia dan akhirat.
Memang lama rumah yang Wawa Zainal belikan untuk mak dan ayahnya. Rumah yang diberi nafas dengan dekorasi moden manimalist sungguh cantik.
Lama Pujuk, Akhirnya Setuju Pindah Semenanjung
Reaksi mak dan ayahnya mengundang rasa sebak di kalangan warganet. Dalam memuji sikap Wawa Zainal, rata-ratanya tersentuh hati tatkala ayahnya membaca doa agar Wawa dimurahkan rezeki.
Ads
Zarina Zainudin
Allhamdulillah, amin. semoga rezeki ya bertambah barakah. Bila kita baik pada ibu bapa, maka rezekinya akan bertali arus bagai air sungai yang mengalir. Kak ina proud of you!
Azmi Musa
Post wawa ini mengandung bawang. Doa dari parent yang masih hidup itu tak ternilai sekali jika dibandingkan dengan segala kemewahan yang kita ada. Alhamdulillah Wawa punya rezeki itu.
Madame Pilot
Sebaknya time Ayah Wawa doa. Berharganya doa kedua ibu bapa. Macam mana tak murah rezeki kan…
Shar70_07
Syukur dapat pujuk. Saya pun masih lagi dalam process memujuk.
Tiada apa yang mustahil di dunia ini jika Allah mengkehendaki-Nya. Malah dalam setiap kejadian ia boleh menjadi iktibar kepada orang lain.
Di aplikasi Tok Tok, seorang Ustaz @hazuansukur2 berkongsi banyak pengalaman dirinya ketika menguruskan jenazah-jenazah yang boleh dijadikan iktibar buat orang ramai. Berdasarkan pengalamannya, Ustaz Hazuan banyak menguruskan jenazah mangsa Covid-19, sakit tua hatta mereka yang memilih hidup singkat iaitu bunuh diri di hospital tempatnya bertugas.
Terbaru di Tik Toknya, Ustaz Hazuan berkongsi satu pengalaman seram dialaminya iaitu diekori badi mayat. Badi bermaksud bayangan. Dalam sesetengah kes diekori badi mayat, biasanya individu yang diganggu adalah mereka yang melihat mayat di jalan raya akibat kemalangan jalan raya, mengiringi dan memandikan jenazah, memangku mayat orang yang membunuh diri dan lain-lain yang berkait dengan mayat manusia.
Kata Ustaz Hazuan, kisah ini terjadi apabila satu hari dirinya diamanahkan untuk menguruskan satu jenazah individu bunuh diri. Kata Ustaz Hazuan, sepanjang memandikan jenazah itu termasuk proses kapan, tiada apa yang ganjil dan ia berlangsung dengan baik.
Namun tiba saat solat jenazah, Ustaz Hazuan memaklumkan timbul satu perasaan tidak sedap di hatinya.
“Saya mula rasa seram sejuk saat itu. Tapi disebabkan ketika itu sudah hampir masuk waktu Maghrib, jadi saya pun selesaikan solat jenazahnya dan kemudian saya solat Maghrib. Dan selepas selesai semuanya, saya balik ke rumah.
“Di rumah tiada siapa dan saya duduk dengan ayah sahaja. Jadi masa saya balik rumah itu kebetulan ayah sudah keluar kerja. Jadi tak ada siapa di rumah. Keadaan dalam rumah pun agak gelap ketika itu,” katanya sambil menambah saat memetik suiz lampu untuk menerangi ruang tamu, dirinya tiba-tiba ternampak jenazah yang diuruskannya tadi di hospital sudah terbaring di tengah rumah ruang tamunya.
“Masya Allah! Ketika itu rasa takut sangat. Mulut jadi kaku, lutut jadi lembik dan hampir pengsan. Allahuakbar. Kebetulan dalam saat menakutkan itu, Allah masih beri lagi kekuatan kepada saya. Saya cuba lawan, saya cuba istigfar dalam hati, cuba selawat banyak-banyak dan saya cakap pada jenazah itu saya dah selesaikan tanggungjawab saya sebagai muslim, sebagai saudara seagamanya, saya dah solatkan dirinya dan saya dah hantar dirinya ke tanah perkuburan.
“Jadi saya minta jangan ganggu saya lagi kerana semuanya sudah saya uruskan menurut fardu kifayah seperti dituntut agama. Kemudian saya azan kuat-kuat. Alhamdulillah, jenzah yang ada di tengah rumah kemudian hilang. Jujurnya memang seram tapi syukur kerana Allah masih memberi kekuatan buat saya di mana saya masih mampu melaksanakan tugasan yang diamanahkan kepada saya iaitu menguruskan jenazah seperti dituntut agama,” katanya dalam perkongsian itu.
‘Ajak orang lakukan maksiat secara terang-terangan.’ Johor beri amaran, jangan anjur program tak bermoral sebegini.
Semakin hari semakin melampau apabila tampil segelintir puak yang berani menganjurkan pesta seks secara terang-terangan. Langkah drastik yang diambil pihak kerajaan Johor harus dipuji dalam mencegah kemungkaran.
Memetik laporan Bernama, kerajaan Johor memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mencegah dan menghalang kegiatan itu daripada berlaku di Johor.
Secara Terang-Terangan
Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk mengambil tindakan segera dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
“Saya bagi amaran! Demi ALLAH saya tak akan benarkan ia berlaku di Johor. Semua mesti bantu cegah dan halang kegiatan tak bermoral ini,” katanya dalam hantaran di laman Facebook malam ini.
Johor Beri Amaran, Jangan Anjur Program Tak Bermoral
Amaran itu dikeluarkan susulan tular sebuah poster bertajuk ‘Gang Bang JB Party’ yang dijadual diadakan di bandar raya ini pada 20 Jun depan dari jam 4 petang hingga 9 malam dan program tersebut dikatakan terbuka untuk semua kaum namun tidak dibenarkan mengambil gambar atau merakam sebarang video.
Pada Disember tahun lepas, JAINJ berjaya menggagalkan penganjuran pesta buih di kolam renang sebuah hotel di bandar raya ini selepas menerima aduan orang awam selepas jemputan ke parti tertutup itu tular melalui media sosial. – Bernama
‘Bila pergi umrah, sebaiknya fokus dan kusyuk pada ibadah.’ Bukan sibuk tayang telekung yang mahal, handbag berjenama. Kita kumpul duit ke sana adalah untuk menjadi tetamu Allah dan beribadat.
Jadi betulkan niat supaya tak terpesong dan tidak timbul riak di hati apabila kita menyarung pakaian atau telekung yang mahal ketika menunaikan ibadat umrah. Ikuti perkongsian Puan Dzurisikim Dzulkefli dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan.
Dua hari lepas adik saya minta untuk meminjam pakaian saya yang polos, tanpa sebarang manik atau hiasan mahupun renda untuk dipakai bagi menunaikan umrah.
Saya berikan bersama beg tangan polos juga. Yang tidak nampak sebarang jenama…. Benar-benar kosong. Hanya beg yang ringkas.
Saya beritahu adik saya, setiap kali ke Mekah, selalunya saya pakai beg biasa sahaja. Saya memang orang yang sederhana. Dan saya juga beritahu kepada adik saya, jika boleh… Jangan kita bawa beg tangan yang boleh buat orang menoleh kepada kita di dalam masjid nanti.
Asalkan beg itu cukup untuk kegunaan. Boleh bawa wang, Al Quran kecil atau keperluan lain. Sudah cukup.
Sebaiknya Fokus&Kusyuk
Sewaktu saya hendak membawa anak-anak menunaikan umrah pada bulan 5 yang lalu, ada yang berbisik kepada saya. Mengapa saya tidak ambil penerbangan kelas perniagaan, agar nanti boleh saya bergambar dan masukkan ke media sosial. Sesuai dengan saya sebagai orang yang berniaga dan bagus untuk konten katanya.
Saya terus beristigfar dalam hati. Untuk menjaga hati orang yang berbisik kepada saya itu kerana dia berpangkat kakak, saya tidak menjawab. Hanya senyum sahaja.
Namun ini soal pergi buat ibadah. Duduk kelas mana pun kita pergi tempat sama. Waktu penerbangan sama. Makanan berbeza sedikit tapi tetap kenyang dan ada.
Alhamdulillah tempat duduk kelas ekonomi pun selesa. Kami bersyukur. Lebih mudah untuk ke bahagian belakang pesawat kerana ada ruang solat di situ.
Pada Ibadah
Apabila membaca kisah ahli perniagaan yang memaparkan telekung dengan harga lebih RM6000 dan dengan kapsyen itu barulah tetamu VIP Allah…. Saya cuba fahami apa yang mahu disampaikan oleh ahli perniagaan itu.
Dia menjelaskan bahawa di TikTok harus tulis pendek dan padat jadi orang yang berniaga akan faham maksud beliau. Dia juga menjelaskan di Instagram bahawa yang dimaksudkan sebagai VIP adalah apabila dapat terbang dengan penerbangan ”business class”, supaya selesa beribadah, selesa baca Al Quran, tidak perlu risau tentang makan minum.
Dan dapat duduk di hotel paling dekat dengan masjid. Dapat khatam Quran. Mahu hadiahkan diri dengan telekung mewah dan mahal…. Mahu tawaf dan saie lancar bagaikan seorang VIP…
Saya cuba untuk menulis pandangan ikhlas saya tentang ini. Namun saya juga telah berkali-kali memadamkan semula tulisan saya.
Kerana, kita tidak dapat memandang hati manusia. Hanya mampu menilai dari luaran. Dan akal kita ini adalah sangat terbatas untuk menilai…. Subhanallah.
Dan kerana setiap kita tidaklah sempurna. Penuh dengan khilaf (kita sendiri) yang barangkali kita sendiri juga tidak sedari.
Memakai pakaian yang mahal tidak salah selagi dia mampu dan bagi menzahirkan rasa syukur terhadap Allah dan juga asalkan tidak timbul rasa riak dalam diri…
Hanya sebagai seorang wanita biasa, saya yakin bahawa bukanlah telekung mahal yang akan menjadikan kita seorang VIP bagi Allah. Bukan juga hotel yang paling dekat.
Bukan kerana perjalanan umrah pada bulan Disember yang menjadikan ia eksklusif dan VIP kerana pakejnya lebih mahal. Malah, bukan kerana mudah memasuki Raudah maka dia adalah tetamu VIP Allah melainkan barangkali dia yang berasa begitu kerana Allah telah permudahkan segalanya.
Janganlah sahabat wanita lain berasa sedih jika tidak mampu untuk bermewah ketika menunaikan Umrah kerana hal menjalankan ibadah ini bukanlah pertandingan dari sudut pakaian mahupun tempat penginapan mu ataupun kelas penerbangan mu.
Sepersalinan telekung yang bersih sudah cukup. Jika tercemar, bersihkanlah ia.
Telekung, Handbag Berjenama
Orang yang dijemput untuk menjadi tetamu Allah akan boleh sampai ke sana walau tanpa ada wang dalam tangan mahupun dalam bentuk simpanan apa pun.
Itulah orang yang benar-benar istimewa. Kerana diberikan kecukupan, jalannya dipermudahkan (padahal dia tidak mampu), tetapi kerana mahu… lalu Allah bantu.
Sesungguhnya harta adalah ujian buat kita. Kepayahan juga adalah ujian buat kita. Segalanya adalah pinjaman dan tidak akan kekal lama.
Berdoalah semoga kita semua dijauhkan dari sebarang rasa bermegah diri (walau setitik kecil) dalam hati atas apa sahaja yang Allah pinjamkan kepada kita.
Kashoorga : Semoga suatu hari nanti impian kita menjadi tetamu Allah menjadi kenyataan. Insyallah Amin.
Qada solat tarawih boleh atau tidak? Mungkin ramai kalangan kita yang bekerja pada waktu malam termasuklah pada bulan Ramadan hingga menyebabkan kekangan masa untuk...