Forex atau disebut forex exchange ialah pasaran kewangan terbesar yang menentukan harga dan kadar pertukaran untuk setiap mata wang di dunia. Dalam pasaran ini, pengguna membeli dan menjual mata wang sebagai aset, dengan cara menukarkannya dengan satu sama lain.
Dalam tukaran mata wang ini ada banyak unsur-unsur riba dan kerana itulah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum forex haram dan ia disepakati oleh Mufti termasuk dari negara Islam sendiri.
Dalam pada itu, sejak semalam artis terkenal, Zizan Razak mengumumkan menarik diri dari dunia forex atas sebab tertentu.
Dalam perkongsiannya, Zizan tidak menyatakan dengan jelas sebab penarikan dibuat dan hanya memaklumkan niatnya itu.
“Assalamualaikum semua. Harini Zizan telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu. Doakan yang baik baik untuk Zizan dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama. InshAllah” kongsinya.
Ads
Dalam pada itu Majlis Fatwa Kebangsaan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2012 yang bersidang pada 14-15 Mac 2012 telah membincangkan Parameter Perdagangan Pertukaran Mata Wang Asing. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:-
Mesyuarat menegaskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah ia tertakluk di bawah hukum Bay al-Sarf yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi Bay al-Sarf seperti berikut:-
Syarat-syarat umum jual beli:
Ads
Pihak yang berakad mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud);
Harga belian hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad;
Item belian hendaklah suatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual serta boleh diserahkan kepada pembeli;
Sighah akad hendaklah menunjukkan keredhaan kedua-dua pihak, tidak ada unsur penempohan dan sighah ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.
Syarat-syarat khusus Bay al-Sarf:
Berlaku taqabbudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam platform forex sebelum kedua-dua pihak yang menjalankan transaksi berpisah daripada majlis akad;
Jual beli matawang hendaklah dijalankan secara lani dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan; dan
Akad jual beli al-sarf mesti bebas daripada khiyar al-Syart.
Ads
Selain memenuhi syarat-syarat tersebut, Mesyuarat juga menegaskan bahawa operasi perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) hendaklah bebas daripada sebarang unsur riba, elemen al-Salaf wa al-Bay (pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman atau eksploitasi.
Berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Mesyuarat mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia.
Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.
Mesyuarat juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebenarnya tanpa kita sedar banyak hikmah yang berlaku disebaliknya musibah penularan wabak koronavirus COVID-19 yang semakin serius ini.
Apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyuruh kita hanya duduk di rumah secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturrahim bersama ahli keluarga.
Selain itu ada juga yang mengambil ikhtibar berlaku dengan melakukan penghijrahan.
Seperti hidayah Allah diterima oleh pengacara Dahlia Shazwan Mohd Amin, 32 tahun atau terkenal dengan panggilan gadis Trivago yang mengakui tampil berhijab sejak beberapa hari lalu selepas mendapat petunjuk dari Allah.
Dia yang mengambil keputusan berhijab setelah pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci pada bulan lalu.
Menurut pengacara HLive itu keputusannya berhijab adalah kerana dia merasakan inilah petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT.
“Saya dah balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat.
“Saya beritahu diri saya, nak tingkatkan secara rohani dulu barulah berhijab tapi makin hari rasa macam Tuhan tengah tunggu untuk saya bergerak.
“Hati saya macam rasa berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau saya biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat petunjuk tu. Jadi, saya pun pakai hijab,” ujar Dahlia kepada Gempak.
Hari ini kita sudah memasuki hari kelima berpuasa dan alhamdulilah Ramadan tetap disambut dengan sebaiknya, walaupun masih diuji dengan wabak pandemik COVID-19 ini.
Seperti yang kita tahu negara Itali adalah negara yang mempunyai kes tertinggi wabak koonavirus ini di mana kes kematiannya mencecah ribuan kes.
Namun begitu, ada hikmah yang Allah berikan di sebalik serangan wabak merbahaya ini.
Buat pertama kalinya laungan azan di satu daerah di Itali di kota Parma dilakukan secara terbuka tengan kehadiran Datuk Bandarnya.
Malah menerusi laporan Parmadaily, laungan azan itu dilakukan bagi menyambut awal Ramadan beberapa hari lalu dan dilakukan secara protokol kesihatan yang betul.
Dalam pada itu pihak mereka turut menjelaskan dan mengakui bahawa momen itu adalah sebagai salah satu cara masyarakat di wilayah berkenaan bermuhasabah diri dalam berdepan saat sukar sepeti sekarang ini.
Masya Allah,
Pertama kali, adzan di kota Parma, Italia, dikumandangkan terbuka dengan pengeras suara di ruang publik.
Semoga ini menjadi pintu hidayah Allah Ta’ala bagi penduduk Italia dan semoga dengannya Allah segera mengangkat wabah virus Corona..Aamiin
Penularan wabak COVID-19 ini bukan sahaja melanda negara kita tetapi juga seluruh dunia yang terkesan dengan virus pandemik ini.
Buat masa ini seluruh dunia yang terkesan telah membuat ‘lockdown’ bagi memutuskan rantaian jaringan COVID-19 ini.
Dan bagi salah seorang rakyat kita yang menetap di Sweden Siti Safuraa turut berkongsi pengalamannya sepanjang berdepan krisis ini apatah lagi tanpa kehadiran suami di sisi.
Menurut Siti Safuraa yang menetap di sana bersama dua orang anaknya berkata kes COVID-19 di Sweden lebih banyak dari Malaysia dan dia mengambil langkah berjaga-jaga.
“Walaupun tanpa suami di sisi (disebabkan tugas) tetapi saya cuba positifkan mental dan fizikal. Seperti iba-ibu yang lain, saya cuba sedaya upaya uruskan masa untuk mereka dan dalam masa membantu menyiapkan kerja rumah.
“Saya akui bukan ibu dan isteri terbaik tetapi akan sentiasa mencuba jadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Dan itulah saya selalu pegang terutama dalam situasi berjauhan dengan suami,” ujarnya yang sering membuat panggilan video call dan pesanan mesej ringkas.
“Apabila sering video call ini membuatkan kita tidak rasa keseorangan dalam berdepan apa juga masalah. Kadang-kadang memang kita memerlukan seseorang untuk bercakap dan dia sentiasa ada untuk saya dan anak-anak.
“Banyak juga kes membabitkan COVID-19 ini di sini dan buat sementara ini saya memang tak keluar ke mana-mana. Kerajaan juga tidak sarankan orang ramai keluar bagi membendung penularan wabak virus ini.
“Biasanya untuk barangan keperluan saya akan order deliver dan kalau perlukan daging yang halal kawan suami yang akan hantarkan.
“Tidak ada masalah keputusan barang bekalan makanan. Dalam situasi ini saya kena kuat demi anak-anak sementelah suami tiada di sisi,” jelas Safuraa yang sentiasa berdoa agar Allah menjaga mereka sekeluarga.
Menurutnya tiada amalan tertentu diamalkan cuma pesannya jangan lupa untuk bersolat dan jika ada kesempatan membaca Al-Quran.
“Memang di rumah ini saya selalu buka video Al-Quran dan kadang-kadang terikut-ikut sekali membacanya terutama apabila sedang memasak.
“Tetapi dalam banyak-banyak surah yang saya baca, paling suka Surah Al-Imran ayat 8 kerana senang dan mudah untuk membacanya,” tambahnya yang turut mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia di sini.
Tatkala bertemu dengan orang tua terutama kalangan saudara mara ramai yang tidak kisah bersalaman dengan mereka walau bukan mahram.Ini kerana ada pandangan mengatakan tidak...