Emoji Ayah Pin sering kali digunakan dalam banyak komen-komen netizen. Malah ajaran Kerajaan Langitnya juga sering dijadikan emoji lucu bagi membahan berita yang viral.

Di sebalik ajaran Ayah Pin yang difatwakan sesat sehingga perkampungannya di Terengganu dimusnahkan pada tahun 2000-an, malah ajaran sesat dibawanya ini menjadi cukup terkenal sehingga ke hari ini namun dalam bentuk emoji “membahan” orang lain.

5 Ajaran Sesat Popular Di Malaysia Termasuk Ayah Pin, Terkini “Asmaul Husna Wan Maseri” Difatwakan Sesat

Selain ajaran Ayah Pin yang menggemparkan negara kerana mempunyai ribuan pengikut, ada lagi ajaran kumpulan sesat difatwakan di Malaysia yang harus kita waspada. Terkini, akhbar Sinar Harian melaporkan pengasas Ajaran Sesat Asmaul Husna Wan Maseri yang juga bekas seorang professor difatwakan sesat.

Pengasas ajaran 'Asmaul Husna Wan Maseri' yang dikatakan menyeleweng daripada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah tampil mengaku kesalahan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas ajaran mengelirukan yang dibawa sebelum ini.

5 Ajaran Sesat Popular Di Malaysia Termasuk Ayah Pin, Terkini “Asmaul Husna Wan Maseri” Difatwakan Sesat

Profesor Dr Wan Maseri Wan Mohd secara terbuka melafazkan syahadah bagi memperbaharui keislamannya.

IKLAN

Pengakuan sama dibuat dalam Mesyuarat Panel Pakar Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bersidang di Putrajaya pada Isnin.

Melalui pengakuan itu, beliau menjelaskan kenyataannya tentang Nabi Muhammad SAW tidak wujud adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

IKLAN

"Begitu juga dengan kenyataan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah hijab kita dengan ALLAH, tidak boleh berselawat kepada baginda dan tidak boleh memohon bermimpi baginda juga salah serta bertentangan dengan ajaran Islam.

"Saya juga mengaku bahawa kenyataan tentang semua orang Islam belum Islam selepas kewafatan Rasulullah juga terpesong," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.
Wan Maseri menjelaskan, kajian 99 Asmaul husna yang dijalankan tidak tepat dengan disiplin perolehan ilmu yang diperlukan syariat.

IKLAN

"Justeru saya menarik balik semua penulisan yang telah tersebar di kalangan masyarakat.Insya-ALLAH saya akan mengemukakan penulisan baharu yang akan terlebih dahulu melalui proses perolehan ilmu yang benar di sisi syariat," katanya.

Ajaran 'Asmaul Husna Wan Maseri' yang dibawa bekas pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu sebelum ini dirujuk kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (Muzakarah MKI) kerana didakwa menyeleweng daripada ajaran Islam dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ini lagi 4 Ajaran Sesat Popular Di Malaysia, Jangan Sampai Kita Rosak Akidah

5 Ajaran Sesat Popular Di Malaysia Termasuk Ayah Pin, Terkini “Asmaul Husna Wan Maseri” Difatwakan Sesat

  1. Ajaran Tuhan Harun :- Kes ini pernah menggemparkan negara apabila pengasasnya diberitakan meninggal dunia ketika kesnya masih dalam perbicaraan pada tahun 2016. Modus operandi ajaran sesat Tuhan Harun ini menjurus kepada menubuhkan sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara 'modus operandi' ajaran sesat "Tuhan Harun" dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai. Tuhan Harun dan pengikutnya turut didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abd Malek yang menyiasat kes ajaran sesatnya.

    5 Ajaran Sesat Popular Di Malaysia Termasuk Ayah Pin, Terkini “Asmaul Husna Wan Maseri” Difatwakan Sesat

  2. Ajaran Rasul Melayu :- Ajaran Haji Kahar Bin Ahmad yang mendakwa dirinya adalah Rasul Melayu telah difatwakan sesat pada 28 Mac 1991 dan diwartakan pada 29 Ogos 1991 oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor. Namun pada tahun 2020, Abdul Kahar ditahan polis bersama 16 pengikutnya kerana kembali aktif menyebarkan ajaran sesat ini tanpa serik. Peliknya Abdul Kahar mendakwa dirinya dilantik oelh Tuhan menjadi Rasul orang Melayu. Selain itu mendakwa Surah Yassin diturunkan untuknya sahaja. Nauzibillahminzalik.

    5 Ajaran Sesat Popular Di Malaysia Termasuk Ayah Pin, Terkini “Asmaul Husna Wan Maseri” Difatwakan Sesat

  3. Ajaran Matahari/ Taslim / Haji Ahmad : Agama Matahari ini juga dikenali di Utara sebagai agama Taslim. Ajaran Taslim diasaskan pada tahun 1870-an oleh Haji Muhammad bin Shafie, dikenali sebagai Haji Muhammad Matahari di Kampung Seronok, Pulau Pinang. Ajaran sesat ini mengakui dirinya pengganti Rasulullah dan lebih teruk membenarkan nikah batin yang telah memporak perandakan rumahtangga orang lain. Masa yang sama, ajaran sesat ini mendakwa dengan hanya niat saja, puasa dan solat dah sah tanpa melakukan amalan berpuasa itu. iangkat menjadi “khalifah” yang seterusnya untuk penganut agama itu.

    5 Ajaran Sesat Popular Di Malaysia Termasuk Ayah Pin, Terkini “Asmaul Husna Wan Maseri” Difatwakan Sesat

  4. Ajaran Baha’i :– Jelas ajaran sesat ini sangat menakutkan kerana mempunyiai 5 juta ahli dari seluruh dunia. Ia diasaskan oleh Bah’u’llah yang mengakui dirinya sebagai pesuruh Allah selepas Nabi Ibrahim, Musa, Buddha, Krishna, Kristus dan Nabi Muhammad. Ajaran sesatnya mementingkan kesamarataan tanpa kira agama, negara demi untuk sebuah tamadun.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI