Tidak ada siapa yang tahu bila masanya nyawa seseorang itu akan dijemput Ilahi. Dan tentunya bagi lelaki ini, apa yang dapat dilakukan lika melihat mangsa kemalangan adalah menantunya sendiri.
Seorang bapa mentua tidak dapat menahan rasa sebak dan pilu apabila duduk di sebelaah jenazah menantunya, Allahyarham Zulhilmi Razali, 26. yang maut dalam satu kemalangan di Jalan Bukit Katil, Melaka şemalam.
Gambar Roslan Ramlan, 54 tahun yang berbaju biru bersila di hadapan jenazah menantu keduanya itu talar di media sosial Facebook sejak semalam lagi.
Bersila depan jenazah menantunya.
Menurut Roslan, menantunya itu berasal dari Kampung Chondong, Kelantan dan bekerja di tempat sama dengannya.
Katanya, sebelum kejadian Zulhilmi keluar rumah terlebih dahulu untuk ke tempat kerja lebih kurang jam 6.30 pagi sebelum dia pula keluar kira-kira 10 minit kemudian dengan menaiki motosikal berasingan.
Bagaimanapun menurutnya, ketika melalui lokasi kejadian dia kemudian memberhentikan motosikal dan tidak mengesyaki apa-apa namun terkejut selepas melihat tubuh yang kaku di atas jalan terbabit adalah menantunya.
“Walaupun tahu dia dah tiada ketika itu, namun saya tetap membisikkan kalimah syahadah.
Ads
“Sementara menunggu jenazahnya dibawa ke Hospital Melaka, saya duduk sebelah dan membaca ayat-ayat suci al-Quran sehinggalah jenazahnya diangkat,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Duyong, di sini petang semalam.
Selamat dikebumikan semalam.
Allahyarham yang bekerja sebagai operator kilang dan baru setahun lebih mendirikan rumah tangga meninggalkan seorang balu, Norhasliza Roslan, 24, dan seorang anak perempuan, Nur Irdina Adelia Roslan, 10 bulan.
Tambah Roslan, biarpun sedih dengan kejadian yang menimpa menantunya itu lebih-lebih lagi meninggalkan seorang anak yang masih kecil namun bersyukur ALLAH SWT meminjamkannya seorang menantu yang baik akhlaknya.
Menurutnya, Zulhilmi bukan sahaja disifatkan seorang yang rajin bekerja malah ringan tulang membantu isteri membuat kerja rumah selain hubungan yang akrab mereka sekeluarga memandangkan mereka tinggal di rumah yang sama.
Encik Roslan Ramlan.
Kashoorga ucapkan takziah buat keluarga dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Selepas 3 tahun bercerai, Lufya buat tuntutan mutaah sebanyak 1 juta terhadap bekas suami. Memang itulah jumlah yang diminta oleh Lufya terhadap bekas suaminya.
Mutaah adalah sagu hati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai, malah perkara ini memang dibenarkan oleh syarak bergantung kepada syarat-syarat tententu antaranya,
1. Wujud perkahwinan yang sah.
2. Berlaku perceraian bukan berpunca dari isteri.
3. Berlaku perceraian hidup.
4. Berlaku persetubuhan.
5. Perceraian bukan disebabkan oleh suami papa.
Bekas suami penyanyi Lufya Omar, 38, iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, terkejut apabila menerima notis tuntutan mutaah berjumlah RM1 juta daripada bekas isteri walaupun sudah bercerai tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, Dr Hafiz yang ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan dibuat oleh Lufya pada Oktober tahun lalu.
“Ya, saya terkejut dengan jumlah tuntutan. Saya nak minta maaf, perkara ini privasi dan saya tak nak beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.
“Memang sangat terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan,” katanya.
Dalam masa sama, peguam mewakili Dr Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh mengesahkan jumlah tuntutan mutaah daripada pihak plaintif (Lufya) berjumlah RM1 juta.
“Mutaah adalah sagu hati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai. Jadi, Lufya membuat tuntutan pada Oktober tahun lalu dan hari ini adalah untuk pengurusan kes.
“Sebelum ini, mereka sudah menjalani proses sulh, namun tidak mencapai kata sepakat. Kalau ikutkan, betul ia jumlah yang dituntut oleh pihak plantif.
“Namun semuanya masih dalam proses perbincangan dan mahkamah akan menentukan mengikut syarat tertentu,” ujarnya.
Sementara itu, Lufya yang turut hadir ditemani peguam kelihatan sugul dan tidak memberikan sebarang respon ketika ditemui pihak media.
Kedua-dua pihak hadir ke mahkamah untuk pengurusan dokumen membabitkan tuntutan mutaah. Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura, 5.
Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020. Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.
INFO 1:
Mutaah adalah suatu bentuk bayaran yang menggambarkan penghargaan kepada bekas isteri yang telah berkhidmat untuk suami dan anak-anak sepanjang tempoh perkahwinan.
Menurut pengertian yang diberikan oleh Wahbah Zuhaili dalam kitabnya Fiqh Al Islami Wa Adillatuhu, mut’ah adalah suatu pemberian harta yang wajib keatas lelaki untuk membayar kepada isterinya yang diceraikan pada masa hidup, dengan talak, bergantung kepada beberapa syarat.
Seksyen 2 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 juga menyatakan bahawa mutaah adalah bayaran saguhati yang diberi dari segi hukum syarak kepada isteri yang diceraikan.
INFO 2:
Tiada formula spesifik dalam pengiraan jumlah tuntutan mutaah, namun terdapat beberapa faktor yang boleh diambil kira dalam menentukan kadar mutaah yang sewajarnya iaitu:
1. Kemampuan suami.
2. Tempoh perkahwinan.
3. Taraf hidup pasangan semasa perkahwinan.
4. Sumbangan/Pengorbanan isteri.
5. Taraf kedudukan dan sifat isteri.
Jika seseorang itu sudah taubat tetapi setelah beberapa lama masa berlalu dia telah lakukan lagi dosa itu. Adakah taubatnya dulu tidak diterima?
JAWAPAN :
Siapa yang telah melakukan satu dosa kemudian dia telah bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya itu jika taubatnya itu nasuha artinya yang ikhlas kerana Allah yang terbit dari hatinya dan ada serta taubatnya itu rasa penyesalan atas apa yang telah lalu dan berazam ia sungguh-sungguh tidak akan kembali kepada maksiat.
Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu semua kepada Allah dengan taubat nasuha semoga Tuhan kamu menghapuskan daripada kamu sekelian segala kesalahan kamu dan memasukkan kamu sekelian kedalam taman-taman syurga yang berlari di bawahnya mata air.” (At-Tahrim : 8)
Ertinya : “Dan sungguhnya Aku maha pengampun bagi orang yang bertaubat dan beriman dan melakukan amal yang soleh kemdian mengikut pertunjuk.” (Taha : 82)
Ada pun taubat hanya dengan lisan sedangkan hati masih ingin kembali kepada maksiat maka taubat ini ditolak bahkan ia dikira sebagai satu maksiat pula.
Maka jika telah benarlah taubat yang nasuha kemudian syaitan memperdayakannya sehingga dia terjatuh melakukan maksiat lagi dalam keadaan tidak ada dia berniat untuk melakukan maksiat dan tidak berazam melakukannya kemudian dia bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya.
Di media sosial, laporan mengenai situasi wabak COVID-19 dilihat mula mencatatkan jumlah angka yang tinggi termasuk mereka yang disahkan mati akibat wabak ini. Kes dilaporkan juga mencecah lebih 5000 sehari dan ia mula menimbulkan rasa bimbang di kalangan rakyat negara ini. Tidak hairanlah pendaftaran sejuta vaksin AstraZeneca laris bagai goreng pisang panas dalam tempoh sejam, pendaftaran vaksin ini sudah ditutup dan orang ramai menyuarakan kekesalan kerana gagal memperolehinya.
Di saat ramai yang mulai sedar akan bahaya COVID-19 ini, surat terbuka dari pakar perubatan Dr Azmi Salleh perlu difikir-fikirkan oleh seluruh rakyat Malaysia agar kekal di rumah jika tiada sebarang urusan penting untuk memutuskan rantaian wabak ini.
Bacalah luahan hati dari barisan hadapan frontliners yang sudah “mulai lelah” namun masih mengutamakan kepentingan awam dalam bab penjagaan kesihatan ini.
Surat dari Doktor Barisan Depan yang Ditujukan Kepada Seluruh Masyarakat Malaysia —Jangan Keluar Rumah.
“Saya adalah seorang doktor barisan depan melawan wabak Corona. Sejak timbulnya wabak, kami semua tenaga perubatan menghadapinya ibarat peperangan tanpa asap senapang, dan tanpa ragu kami bekerjasama ke dalam medan perang pertahanan melawan wabak.
Kami menganggap diri kami adalah parajurit, yang berkewajiban maju ke depan, dengan darah dan daging melawan wabak penyakit, merebut balik nyawa seseorang dari cengkaman malaikat maut.
Namun sebenarnya kami juga hanyalah manusia dan bukan malaikat.
Di kawasan quarantin penyakit yang paling berbahaya, pakaian pelindung yang kami pakai harus betul-betul sangat tebal dan ketat, dengan demikian baru dapat menjamin keselamatan hidup kami:
Mask harus pakai 2 lapis, Pembungkus kasut (shoe cover) pakai 2 lapis, Sarung tangan pakai 5 lapis, Di bahagian luar kaca mata pelindung masih harus pasang mask pelindung.
Setiap 5 jam sebagai 1 shift. Setelah memakai pakaian pelindung, kami tidak boleh makan, minum atau ke toilet.
Dengan mengenakan pakaian pelindung yang rapat tidak tembus udara dan kaca mata pelindung, seluruh pasukan bekerja keras dalam perjuangan, semua orang merasakan gerakan fizikal yang amat terbatas.
Ketika kami melepaskan pakaian pelindung, pakaian di dalam kami basah kuyub seluruhnya. Pada muka kami juga timbul garis-garis cengkaman bekas kaca mata pelindung. Ada doktor yang sudah teramat lemah, badannya sudah hampir tenat, setelah masuk bilik istirehat dan minum seteguk air, kena kembali masuk ke kawasan quarantin untuk terus bekerja.
Ada juga doktor yang jari tangannya terluka, setelah dibungkus rapat dengan pelindung plastik kembali ke tempat berjuang di barisan depan.
Kami juga punya orang tua, kami juga punya anak dan keluarga.
Kami tidak memikirkan keselamatan diri kami, tidak memikirkan apakah diri sendiri hidup atau mati, demi merebut nyawa manusia dari malaikat maut, semuanya adalah agar dapat memenangkan peperangan Corona ini. Supaya keluarga kita, dan saudara semua dapat melepaskan mask dan menikmati udara segar!
Kawan kawan semua, mohon kalian bekerja sama dengan negara, bekerjasama dengan kami, dengan ada kesedaran sendiri untuk terus mengasingkan diri, jangan keluar rumah dan lakukanlah pembatasan diri… yang tentu tidak menyenangkan, bolehkah?
Sehingga kita dapat seiras terhadap pengorbanan para tenaga perubatan. Jangan sia-siakan air mata kami.
Kamu fikir keluar rumah sebentar tidak masalah, dia juga fikir keluar rumah sebentar tidak masalah.
Esok semua orang akan keluar rumah semua, maka peperangan Corona ini akan mengalami kemunduran ke belakang lagi.
Bila satu orang, dua orang, tiga orang hanya memikirkan dan mementingkan kesenangan diri sendiri, maka semua perjuangan sebelumnya dalam peperangan Corona ini akan menjadi sia-sia.
.
Oleh sebab itu, maka kami mohon semuanya agar blh bekerja sama, untuk tidak keluar rumah!
Jagalah fikiran dan perasaan dengan baik.
Rumah yang menurut kalian adalah tempat yang membosankan, bagi kami para tenaga perubatan dan petugas yang berjuang di barisan depan melawan wabak, adalah tempat yang kami ingin balik pun tidak blh balik.
Masa yang mencabar ini apakah dapat segera bertindak, tidak hanya tergantung pada para tenaga perubatan melainkan juga MELIBATKAN KERJASAMA kita setiap orang.
Asalkan kita semua tidak keluar rumah, maka kita blh memusnahkan wabak ini!
Mencegah dan mengendalikan wabak adalah tanggung jawab setiap orang!
Tolong gunakan waktu sekejap untuk viral ke semua grup anda.
Saat ini virus sedang mengamuk, semua petugas perubatan di barisan depan berusaha mencegah dan have had mengendalikan wabak, dengan mendahulukan keselamatan orang banyak di atas keselamatan mereka sendiri, maju terus di tengah kesulitan dalam melawan virus.
Terima kasih mereka telah membina pertahanan untuk kebaikan semua orang. Kenapa tidak kita lakukan sesuatu untuk menurunkan beban mereka di hospital? PLEASE… SEBARKAN KEPRIHATINAN ANDA DAN MINTA KAWAN SEMUA JANGAN KELUAR RUMAH SESUKA HATI.
Itu pengorbanan yg tidak seberapa tapi sangat bermakna untuk kami.
Anda ada beberapa grup, bagikanlah ke semua grup tersebut. Supaya semua rakan tahu, hati semua orang bersama mereka, bersama-sama mendukung perjuangan mereka. Sekian terima kasih
Daripada : Dr Azmi Salleh
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?