Umur kita ini semakin hari semakin meningkat. Bagi yang dah berusia 40an itu sepatutnya sudah bertambah lah kematangan dan pahala yang dikumpul sedari muda. Yang pasti kubur pun sedang melambai menanti jasad di tanam. Mengikut pandangan para ulama, usia kehidupan kita ini boleh dibahagikan kepada beberapa fasa. Awas ya kalau dah berusia 40an

Sudah tentu setiap satunya ‘menawarkan’ cabaran berbeza. Setiap daripada kita juga dianugerahklan rezeki usia berbeza, maka dengan rezeki itu, gunakanlah akan ia sehabis baik jangan sedikit pun terleka dibuai mimpi dunia.

Dah Berusia 40an? Perlahankan Urusan Duniawi, Fokus Akhirat. Amalkan Nasihat Emas Ustaz Ahmad Dusuki
Banyakkan masa untuk beribadah.

Artikel berkaitan : Mahu Cari Keberkatan Dunia Akhirat, Tya Ariffin Tak Lupa Bantu Keluarga Di Indonesia Setelah Kecap Kejayaan

Artikel berkaitan: Terlalu Sibuk Urusan Dunia, Sampai Mak Ayah Di Kampung Tak Boleh Nak Jaga  Luahan Azizulhasni Awang Buat Hati Tersentuh

Sebagaimana firman Allah:

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun, ayat 9)

Umur kehidupan kita ini terbahagi kepada lima fasa. Dari kita dilahirkan kita akan menghadapi 99 ujian kematian. Bagi yang bernasib baik atau berusia 40an ke atas , mereka akan berjaya menghadapi semuanya hingga akhir dan ada sebaliknya iaitu dia tidak sempat lalu menemui ajal- Imam Ibnu al-Jauzirah.

Fasa pertama: kehidupan: Kita akan melalui zaman kanak-kanak iaitu dari dilahirkan sehinggalah mencapai usia awal remaja iaitu dalam usia 15 tahun.

Fasa kedua: Ini adalah ketika kita muda, iaitu antara umur 15 hingga 35 tahun.

Fasa ketiga: Kita menjadi manusia dewasa iaitu pada usia 35 hingga 55 tahun.

Fasa keempat: Kita meniti usia awal tua iaitu usia bonus berumur antara 55 hingga 70 tahun.

IKLAN

Fasa kelima: Ini adalah ketika kita berumur antara 70 hingga akhir hayat yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Ini adalah usia double bonus kerana dipanjangkan usia.

Dah Berusia 40an? Perlahankan Urusan Duniawi, Fokus Akhirat. Amalkan Nasihat Emas Ustaz Ahmad Dusuki

Rezeki panjang umur ini bukan untuk dioraikan dengan alpa. Apabila kita mencapai usia 20 hingga 40 tahun, ini adalah tempoh yang mana kita dikurniakan keenakan duniawi daripada Allah SWT.

Setelah mencapai usia 40 tahun, digalakkan membaca doa ini:

Yang telah Kamu berikan kepadaku dan ke atas kedua ibu-bapaku, ya Allah tolong kurniakan kepadaku satu amalan yang kamu reda dalam hidup ini.”

Usia 40 an ke atas sebenarnya adalah masa yang sewajarnya kita bermuhasabah diri dengan lebih banyak kerana pada usia ini kita sudah pun berada di kemuncak pencapaian hidup; lebih stabil dan matang.

Dan oleh kerana itu, banyak hal yang kita perlu jaga dan lakukan untuk memperoleh kehidupan berkualiti dan sihat untuk usia kehidupan seterusnya. Kita mahu terus dapat beribadah dalam keadaan sihat dan waras.

IKLAN

Sebagai rujukan kita yang sudah capai usia 40 an ke atas, tidak rugi amalkan nasihat Emas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di bawah mulai hari ini.

Nasihat 1:
Lakukan urutan urat saraf 7 kali setahun. Amalan ini bagi melancarkan perjalanan darah. Lakukan berurut ini walaupun ketika kita tidak mengalami kesakitan saraf pun.

Nasihat 2:
Minum air kosong dengan banyak kerana kebanyakkan penyakit berpunca dari kekurangan air dalam badan.

Nasihat 3:
Rajin lah bersenam sekurang-kurangnya berjalan kaki atau menaiki tangga.

Nasihat 4:
Kawal nafsu makan dengan mengurangkan kuantiti pengambilan makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

IKLAN

Nasihat 5:
Kawal rasa amarah dan jangan terlalu fikirkan perkara yang boleh menggusarkan. Tiba masa kita memperbanyakkan redha dan melupakan perkara yang tidak penting.

Nasihat 6:
Sepanjang lebih 20 tahunm kita telah kuat bekerja, kini biarkan harta kita pula berbakti untuk kesenangan kita.

Nasihat 7:
Lupakanlah dendam dan kisah silam yang menyakitkan hati. Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

Nasihat 8:
Take it easy. Banyakkan bergurau-senda dengan ahli keluarga, rakan, jiran dan kenalan. Ini akan membantu kita untuk kurangkan tekanan dan dapat menikmat hidup dengan pergaulan yang harmoni.

Nasihat 9:
Perbanyakkan luang masa untuk Allah. Tambahkan ilmu agama dan banyakkan ibadat kerana pada usia ini kita semakin cepat menuju kepada-Nya.

Nasihat 10:
Perbanyakkan bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan Allah. Semoga sahaja pahala kebaikan ini dapat membantu kita di akhirat kelak. InsyaAllah.

Nasihat 11:
Amalkan makan makanan sunnah. Ingat, dalam usia begini, pelbagai penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang. Hari ini, harga sebuah kesihatan cukup mahal. Ada duit banyak sekalipun, kalau tidak sihat, ia tidak akan memberi makna. Duit banyak dihabiskan untuk rawatan dan ubatan.

Dah Berusia 40an? Perlahankan Urusan Duniawi, Fokus Akhirat. Amalkan Nasihat Emas Ustaz Ahmad Dusuki

Janganlah lagi kita disibukkan dengan urusan dunia pada usia 40 an ke atas ini Janganlah kita lalai lagi kerana kita tidak tahu adakah esok masih ada lagi untuk kita. Oleh itu, tumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang boleh membawa kita ke jalan yang diredhai Allah. Kita ingin mempersiapkan diri

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI