mandi

Siapa tidak mengenali pendakwah selebriti PU Azman. Sering ditanya pelbagai soalan oleh followernya dan beliau akan menjawab setiap persoalan yang diajukan.

Dalam posting di laman Instagramnya, PU Azman menjawab hukum suami isteri mandi bersama.

Dapat Pahala Suami Isteri Mandi Bersama, Hukumnya Jadi Haram Kalau…” – PU Azman
Gambar sekadar hiasan.

Artikel Berkaitan: Jangan Main-Main, Haram Hukumnya Minta Kembali Hadiah Pertunangan

Soalan ini diajukan oleh seorang pelajar perempuan di sekolah ketika sesi bersama pendakwah ini.

Dalam jawapannya, PU Azman menjawab, mandi sekali mendapat pahala. Dan yang haram jika suami mandi dengan isteri orang lain.

Ikuti perkongsiannya untuk kita mendapat manfaat bersama.

IKLAN

Tak pasti sekolah mana.

Hadis dari Aisyah.

كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ، تَخْتَلِفُ أَيْدِينَا فِيهِ.

Maksud :”Aku pernah mandi junub bersama Rasulullah dengan satu bekas air, tangan kami bergantian mengambil air”. (Bukhari Muslim).

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial) on

Artikel Berkaitan: Makruh Pejam Mata Waktu Solat, Tapi Lain Pula Hukumnya Kalau Tujuan Nak Lebih Khusyuk

PU Azman turut menjawab tiada salahnya soalan ini ditanya oleh pelajar perempuan berkenaan kerana penting untuknya tahu terutama di zaman serba mencabar ini.

IKLAN

“Yang komen triggered budak perempuan tu tanya soalan, macamlah korang boleh nilai dia tu jahat ke tidak. dah kenapa korang nak bandingkan zaman korang jadi budak sekolah dulu yang kononnya baik dgn budak zaman sekarang? dia hidup di zaman yang mencabar, macam macam pengaruh masuk.

“mungkin tu yang membentuk cara dan keterbukaan dia. kalau tak betul, sepatutnya korang doakan yang terbaik, bukan anggap diri tu suci. Korang terjun dulu dunia remaja sekarang dan hayati masalah mereka.

“bagi dia, mungkin soalan tu penting untuk dia tahu. jangan nilai orang lain terlalu awal. dosa besar tu bukan saja zina dan minum arak. Bajet diri lebih suci dari org lain juga dosa besar.

Artikel Berkaitan: Wajib Ambil Tahu, Ini Hukumnya Bila Isteri Bersedekah Guna Duit Suami

Kredit Foto: Instagram PU Azman

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI